Tuesday, 18 August 2020

Mak tam kita dah bertemu jodoh😉

Assalamualaikum...

Alhamdulillah segala yang dirancang berjalan lancar dengan izin Allah walaupun nak bercuti mama kena minta Dengan Timbalan Pengarah sebab sedang bertaklimat. Sehari sebelum majlis baru mama bercuti, jumaat tu lah keluar beli barang untuk memasak. Debaran juga hilang bila paklong cakap boleh tolong memasak 😁

Kisahnya... Merancang untuk majlis pertunangan Maktam sepatutnya buat lebih awal tapi pkp kita tangguh ke Tarikh lain yang dipersetujui bersama. Mulanya nak ambil katering je tapi kata En.azmi masak sendiri lagi jimat. Kalau paklong tak cakap boleh tolong masak memang mama je la yang memasak masa majlis tu. Sebelum tu mama dah bertanya pada makcik En.azmi yang memang buat katering berapa daging dan ayam yang diperlukan untuk 100 orang makan, bertanyalah sebagai persediaankan.

Bersyukur juga mama ni dapat jiran² yang ringan tulang, malam tu geng² lelaki potong daging Dan bersihkan ayam, yang perempuan memotong Bawang Dan sayur. Pagi esoknya paklong memasak dibantu Jiran lelaki, mama Dan jiran² perempuan buat kerja lain sediakan itu ini keperluan untuk memasak, setup meja buffet semua. Alhamdulillah selesai memasak sebelum pihak lelaki sampai 12.30


Perlu patuhi SOP Di musim pkpp nih, kami sediakan kaunter untuk check suhu Dan scan mysejahtera jika tidak scan buku disediakan untuk menulis nama, hand sanitizer Dan face mask juga disediakan. Pihak lelaki datang juga mengikut SOP, bukan nak menyusahkan tetapi kita jaga kita kan, kami dah daftar mysejahtera risau juga polis datang buat rondaan. Apapun kita bersedia untuk patuhi segala yang telah ditetapkan.


Hantaran kedua-dua belah pihak 7 berbalas 9, bawa siap² waktu bertunang ni sebab Masa nikah nanti tak perlu bawa apa² lagi. Perbincangan juga berjalan lancar abah(abg ipar) En.azmi Dan adik² ipar yang jadi wakil dari pihak kami. Lega tengok penerimaan dari keluarga pihak lelaki, duit hantaran yang diletakkan mereka tambah lagi, mas kawin kami minta ikut yang negeri tetapkan pun ayahnya tambah lagi sebab katanya rm300 dapat beli apa nak beli cincin sebentuk pun tak lepas katanya kami ni mengikut sajalah, yang penting semuanya dipermudahkan, Tarikh majlis pun dah ditetapkan katanya kalau pun ada arahan kerajaan kenduri tak dibenarkan, nikah akan tetap dibuat pada Tarikh yang telah ditetapkan InshaaAllah..


Alhamdulillah... Semuanya selesai seperti yang dirancang, semua adik-beradik pun ada dalam majlis ni, cuma tak bergambar ramai² je. Semua ambil bahagian tugas masing² dalam menjayakan majlis ini.


Tapi macam Biasala gambar geng gugurl mesti ada, kami pilih untuk pakai warna biru tapi tak kisah biru apa yang penting biru, cuma anak dara mama tu je buat hal taknak pakai baju yang mama dah gosok nak pakai baju lain, makngah pun layankan je sebab mama dia sibuk kesana sini, rupanya nak demam anak dara mama tu. Dah pukul 2 petang dia dah mula panas mama mandikan Dan suruh adelya tidur. Mama kena layan tetamu yang masih ada lagi.

Dah petang Dan tetamu pun dah tiada baru mama isi perut baru teringat dari semalam mama tak makan Nasi letih ke sana sini sampai takde selera nak makan yang mama ingat makan ubi goreng je hahaha teruk betul tu baru buat kenduri nak Terima adik ipar belum Terima menantu lagi. InshaaAllah bulan 11 nanti sekali lagi buat kenduri nikah Dan sanding pula, ambil tanggungjawab sebab kami dah takde mak ayah dah, tapi alhamdulillah dapat pengalaman uruskan kenduri besar macam ni kan.

Kebiasaan Masa kenduri yang paling dirisaukan makanan tak cukup 😅. Tapi alhamdulillah semua cukup siap boleh bungkus lagi 😀. Untuk 100 orang tetamu 10kilo daging untuk masak kari Dan 10 ekor ayam untuk goreng, mulanya orang kata sikit mesti tak cukup, tapi makcik kata untuk 100 tetamu 7-8kilo daging dah cukup Dan kami dah tambah jadi 10kilo,aphamdulillah takde lebihan yang banyak. OK la tu dah ada pengalaman buat kenduri besar kan.

Okeh semalam pun mama cuti hari ni masuk kerja sambung bertaklimat untuk banci penduduk... Adoii sejak akhir² nih jarang betul menulis dekat blog nih, kekangan waktu sekarang ni. Sampai jumpa lagi kita

Wassalam

12 comments:

  1. alhamdulillah..selsesai satu bab..
    salam kenal..follow here#229

    ReplyDelete
  2. tahniah buat mak tam... meriah nengoknya kak oi...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..tahniah berjaya masak sendiri utk tetamu yang ramai.
    Tapi memang biasa kan..jadi tuan rumah ni memang boleh hilang selera makan. Tau2 je makanan dah habis, baru nak teringat-ingat..haha

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah..
    Tahniah utk kedua mempelai.

    ReplyDelete
  5. Akak nanti email kat dana no tepon, nak tanya pasal mask extender
    norhidana@gmail.com

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah...
    Tahniah mak tam. Tahniah jgk kak lah. Bkn senang nk buat majlis jemput tetamu ramai.
    Lebih2 lagi part makanan tu. Ok la tu, ada pengalaman, lps ni kenduri kawen lebih sibuk nnt tu. Hihi..

    ReplyDelete
  7. Wahhh....tahniah Mak Tam.
    Bertambah lagi ahli keluarga Mama.
    Alhamdulillah

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah tahniah maktam. Moga, dipermudahkan urusan seterusnya aamiin.

    Good job mama 👍

    ReplyDelete
  9. Salam, blogwalking here. done follow blog ini. Tahniah kepada yang berkahwin. terbaik semua. :)

    ReplyDelete
  10. Tahniah buat Mak Tam. Semoga dipermudahkan segala urusan untuk majlis berikutnya nanti. Aaminn

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah tahniah makntam Dan pasangan

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Shellout

 Assalamualaikum... Kadang-kadang buntu juga apa nak masak bila dah tiap² hari memasak ni. Ahad minggu lepas cadang nak buat shellout makan ...