Monday, 11 March 2019

takut eh

Assalamualaikum..

Cuti hujung minggu tak ke mana-mana pun kami, lepak rumah layan movie je anak-beranak. dapat movie baru tapi takdelah baru sangatkan tapi kami tak tengok lagilah. ada jiran mama ni memang pembekal movie untuk kami, dah lama sebenarnya tak minta movie baru, baru ni en.azmi mintalah movie yang ada.

jadinya semalam kami layan movielah, mula-mula kami tengok Aquaman ok ceritanya menarik bagi mama, layan jugaklah kan cerita ala-ala fantasi gitu dengan kerajaan bawah laut semua, tentera berperang pun guna ikan dan haiwan-haiwan dalam lautlah sebagai kenderaan, menarik anak-anak pun suka tengok. Kalau mama korang nih memang suka lah citer-citer fantasi gitu, malam sebelum tu layan cinderella dekat tv3 pada hal dah banyak kali tengok kikiki. jangan tak tahu masa pregnant mama dok angkut cd citer barbie kahkahkah, sampai ke tua ni lah kalau ada cerita barbie mama mesti tengok punya siap boleh gaduh dengan anak berebut tv.

Habis aquaman adrien dan adelya sibuk nak tengok munafik 2, abang adam dah cuak sebab dia penakut citer hantu..ehhhh korang tak tahu mama korang ni pun cuak haahaha jadi abg adam takut tengok citer hantu tu ikut mamalah kan , takpe abang kita geng. adrien dan adelya tu siap gelak-gelakkan abang, elleh..memula gelak lepas tu semua mengendeng dekat papa takut juga bila hantu keluar, mama dorang ni memang tak layanlah buat-buat ambik buku dan baca wakaka. abang adam tanya "mama tak tengok ke munafik tu?" "mama tak sukalah cerita tu, bukan best pun" hahaha tapi bagi mamalah tak berapa bestlah sebab mama tengok jugaklah sikit-sikit sambil baca buku tu kan, tengok tanpa cermin mata, biar kabur-kabur tak nampak hantu

Abg kalau takut pon jangan tunjuk sangat kena pandai berlakon macam hahaha buat2 baca buku la abg
Adelya datang cakap "adik takut tengok citer munafik nak tengok citer lain" okeh ini peluang untuk mama "suruh papa tukar cerita lain, suruh anak yang cakap pada hal mama ko yang dah gelabah tengok citer hantu. mama bukan apa nanti takut tak boleh tidur malam dok terbayang rupa hantu tu, walaupun hantu tu nampak macam beriman sebab bertudung tapi ishhh tak bolehlah mama, kalau hantu kak limah ok lagi hahaah. aha..lepas ni nak minta citer hantu kak limah la pulak. sebelum ni banyak juga dah tengok movie yang mama baca reviewnya best. tapi tengok dekat rumah je la tak ke panggung pun, tunggu boboiboy dengan upin ipin la baru ke panggung hehehe..

Tutup munafik 2 kitorang layang polis evo2 pulak, mesti ramai yang dah tengokkan mama je baru terhegeh-hegeh nak tengok tapi apa ada hal yang penting tengok juga walaupun dah lama citer tu kan. lagipun mama bukan kaki movie sangat sebab takde geng hahaha, ehh penah tau mama tengok wayang citer tu sampai 3 kali ko..citer apa?? citer hindi hahaha,sanggup ko mereput mama 3 jam dalam panggung, tengok sampai 3 kali pulak tu tapi pergi dengan orang berbeza, eh bukan dengan pakwe ye dengan kawan-kawan, mula kawan ofis,pastu kawan serumah,pastu kawan ofis lagi hahaha.

ok lah nak review movie ni mama tak reti lah, tapi bila baca review diblog kengkawan mana yang mama rasa best tu memang mama tengoklah dan apa yang mama baca dari review tu bertepatanlah dengan apa yang mama tengok, sebab itu mama suka baca review di blog rollodepelicula dia buat review memang bestlah baca.

Sampai jumpa lagi..wassalam

10 comments:

  1. Hihi.. Ira x tgk lg aquaman dgn munafik 2.
    Polis evo 2 dh tgk, tp bkn kat wayang, tgk kat rumah juga. Layan astro first. Da lama x ke panggung. Tggu citer upin ipin yg baru la kot.
    Memula nk tgk misteri dilaila.. Tapi ada 2 ending pulak, malas lak rasanya nk tgk. Hehehe..

    ReplyDelete
  2. CERITA SERAM TENGUK SIANG HARI RAMAI2 TAK TAKUTSGT

    ReplyDelete
  3. kita blh geng lah kak, dana pun tkt layan cite antu gk hehehe...
    paling jaki kalau tgh best2 tgk cite ada lak iklan cite antu yg seram sabtu kt astro tu... mmg geram tul

    best jgk kan ujung minggu layan movie ngn family, nk guling2 ke apa gasakla... klu kt wayang mmg la best tp kadang kekangan masa n keadaan tak mengizinkan

    ReplyDelete
  4. Kita genglah mama, tak minat tgk citer hantu, tapi minat citer2 fantasi, akk pun layan cinderella mggu lepas hehe..

    ReplyDelete
  5. Akak pun takut tengok cerita hantu.. nanti terbawa2 tido.. mimpi 👻
    Jadi tak yah tengok 😁

    ReplyDelete
  6. Kita suka thriller dgn cerita perang2 haha...
    Kalau rom-com pun suka juga tapi takleh lah nak layan time anak2 ada. Almaklumlah takat tengok kat TV je, tak pernah ke panggung wayang :D

    ReplyDelete
  7. hahaha.. sembunyi bawah meja.. hehe

    ReplyDelete
  8. kak laili pun sama mama.
    penakut tengok cerita seram.
    tak kira cerita asia ke cerita hollywood ke....

    ReplyDelete
  9. Hai Azra ...sihat ke
    Ohhhh kita tak suka cite fantasi fantasi mcm tu.... kalau fantasi Cinderella tu boleh gaklah layan tapi kalau fantasi ikan ikan pun dijadikan tunggangan mmg tak sukalah nengoknya hihi....
    Munafik 2 tak tengok lagi... best ke cite dia?
    Polis Evo dah tengok gak kat Astro First, bagi mak tak sedap sanagtlah ...... Polis Evo 1 lagi best

    ReplyDelete
  10. Sha pun baru lepas tengok Aquaman.. memang bestlah.. Sha suka kerajaan laut yang dia buat.. berwarna warni gitu..

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Sukan Pasti Kuala Langat

Assalamualaikum... Mama buat siaran langsung dari ole futsal,olak lempit sempena sukan pasti daerah kuala langat hahaha...siap buat lintas...