Monday, 18 March 2019

Sukan Pasti Kuala Langat

Assalamualaikum...

Mama buat siaran langsung dari ole futsal,olak lempit sempena sukan pasti daerah kuala langat hahaha...siap buat lintas langsung ye macam perlarian pun ada mama ni ha semangat nak tengok anak sukan tapi adelya tak boleh nampak mama asyik nak keluar gelanggang je, boleh pulak tetengah game tu dia lari minta air dekat mama hahaha hadoii lah anak...layannn je la.

Dapat port lepak bagus dah tengok anak berlawan.datang pulak 2 orang parent ni semangat kesukanannya tahap dewa tegezut mama okeh, dari luar gelanggang dijerit-jerit dekat anaknya suruh.rebut bola, suami isteri pulak tu, eh dah kenapa semangat sangat nih, siap adelya yang datang dekat mama pun disoundnye..ehhh kecik besor je mama tengok,malas nak layan kita belah cari tempat lainlah, mama semangat juga tapi tak delah lebih-lebih budak2 je kot yang main, lepas tu baru 2 bulan je kot latihan. Dengan cuaca panas memang takde mood budak2, itupun dorang main jugakkan.


Pagi2 hantar ke Pasti sebab pergi dengan mualimah, bangun tidur ceria je sampai Pasti dah mula buat perangai kawan2 lain ok je, yang adelya tu tengoklah...seluar pun senteng sebelah mama pun terpaksa berdiri sebelah dia ambik gambar, tapi mama croplah gambar mama tu kan. Dahla dia ketua kumpulan dia lak yang buat perangai, bersabar je mama dibuatnya. Lepas tu mama tinggalkan je dengan mualimah...adoiilah anak oiii macam2.


Pasukan bola jaring Pasti assofe one. Main secara liga kesian tengok anak2 main walaupun dikawasan berbumbung tapi dalam cuaca panas ni berbahang juga dibuatnya. Ok jugalah kali ni buat dekat ole futsal ni dapatlah penonton tempat berteduh. Kalau buat di padang mau terbakar kulit mama ni.


Gaya dah ada tu hehehe, 1st game seri,lepas tu dia mula buat perangai nak.suruh mama duduk dekat dia je..eheh mama bukan mualimah nak boleh masuk.gelanggang,puas pujuk mualimah pun dok tolong pujuk. Pening mama dibuatnya tau, menangis dekat tepi gelanggang tu, katanya mama tak tengok dia main, aduhai mama dok tercongok tepi padang dia tengah main datang dekat mama, mualimah suruh mama duduk jauh sikit supaya adelya tak nampak nanti dia taknak main. Dah serba salah mama ni haa.


Kena cukai seketul belon.frozen yang gedabak besarnya, muka pun ada senyum mujurlah besar macam tu pun rege rm5 je..itupun dia main.seret2 je bila mama cakap bawa elok2 nanti pecah pandai je dia jawab"kalau pecah beli la lagi bukan mahal pun 5 ringgit je" amboi2 dia ada je nak jawabkan, itu rm5 kalau beli burger kenyang dah tau heheh tapi takpe sesekali bukan selalu pun dapat, itupun sebab mama yang cakap nak bagi hadiah untuk dia sebab main bola jaring, ingat nak belikan kerongsang hello kitty yang comel tapi dia nak belon, takpelah kita ikut je la kan.

Lepas ambik hadiah baliklah tak tunggu lama sebab panas sangat, makanan pun tak ambik takpelah rezeki untuk orang lainlah tu kan. Sudahnya pagi ni mama cuti sakit kepala dan demam..kahkahkah semangat sangat tengok anak bersukan kan, takpe Allah nak bagi mama rehatlah tu kan. Entri yang ditulis bersambung dari semalam, so hari ni duduk dengan.adelya la dia pun cuti hari ni. Malam tadi tiga2 orang datang picit kaki tangan mama bila tahu mama tak sihat...haii sejuk hati mama ni.

Wassalam

7 comments:

  1. comei2 nya kak kecik2 dh main bola jaring hehehhe...
    bdk2 kan, mmg la main nk menang tp masih tak paham sgt kan... selalunya mak pak seronok gelakkan je segala perangai bdk2 nih... comei2 semuanya

    over la mak pak yg suka jerit2 beria2, bdk2 tadika je kot... bkn peringkat dunia hahhaha...

    ReplyDelete
  2. Sebijik sebijan pengalaman kita mama... Tapi in our case, ada sorang bapa ni dia punya jerit menyokong team anak dia macam main game International :(takat pasti je pun. Very annoying dan tak hormat org lain. Sampaikan Kakak pun cakap "uncle tu over lah" haha...

    Macam-macam ye adelya hehe

    ReplyDelete
  3. ceh...bukan mahal pun RM5 je! Aduhai anak ya...hahah
    mcm2 gelagat comel.

    ReplyDelete
  4. Nasib badan demam plak ye, takpe dpt mc boleh rehat2x, Pasti selalu buat sukan kat padang kan, macam akk dulu boss suka sewa dewan, jadi taklah panas.

    ReplyDelete
  5. Wah kecik kecik dah ada bola jaring ek.... reti ke diaorang main tu Azra...hihi mesti cute je diaorang main.
    Biasalah anak pompuan manja nan sorang nan bongsu kan, rugilah tak mintak upah belon ngan mama

    ReplyDelete
  6. Gitu la kalau budak2 main..
    Ikut mood masing2..
    Walaupun budak2 yg main, mak bapak yg terlebih excited. Hehe..
    Cuaca panas skg ni kan.. Duk tempat berbumbung pun terasa bahangnya.
    Bkn main jwpn dia ye.. Sama la mcm bdk2 kat rumah tu.. Kalau rosak, beli je katanya. Sabar je la.

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Tragedi berbuka puasa

Assalamualaikum... Betullah anak2 tu ujian. Ujian terbesar untuk mama anak2 lah,ujian lain mama masih mampu bersabar, bila tiba bab anak2 ...