Friday, 8 June 2018

Perkongsian #kuliahzuhur

Assalamualaikum...

Perkongsian dari ustazah Nor Laila Anizah..mama buat point2 je la ye..

- Jangan kejar baju murah, jangan kejar kuih murah tapi kejarlah lailatul qadr. Nak jumpa lailatul qadr kena niat, niat dari awal ramadhan, niat sungguh-sungguh "Ya Allah...aku ingin bertemu lailatul qadr ya Allah, izinkan aku ya Allah"

- Perlu ada niat untuk dapat redha Allah, setiap apa yang kita lakukan perlu disertakan niat dan doa. Nak baca quran, bukan ambik quran dan terus baca, tapi sebelum baca quran tu kita niat dulu dan baca doa dulu. Contoh yang boleh kita doa
"Ya Allah..aku ini pemarah ya Allah, suka marah anak2 ku, jadikanlah aku seorang yang lembut hati ya Allah dengan sebab aku membaca al quran ini ya Allah"
"Ya Allah..anak2 ku nakal ya Allah, jadikan anak2 ku anak yang soleh ya Allah dengan sebab aku membaca al-quran ini"
Banyak lagilah yang boleh kita doa mengikut apa yang kita naklah kata ustazah

Bab anak pun ustazah sentuh, bagaimana nak elak marahkan anak secara berlebihan, marah anak tu perlu tapi jangan berlebihan (ini untuk mama la ni) sentiasa ingat :

1. anak itu amanah Allah, jadi bila dah amanah tu kita kena jagalah amanah tu dengan baikkan.

2. Bila nak marah tu sentiasa rasa ada yang tengok, macam kalau kita dekat luar la tengah2 orang ramai ada  tak kita marah anak teruk2, haa dekat rumah pun kita patut rasa macam tu. Kadang bila anak nakal dan memberontak tu salahnya dari kita sendiri sebenarnya,pasti ada silap kita. Sepatutnya kita sebagai ibu bapa bila salam dengan anak tu bukan anak cium tangan kita tapi kita yang cium tangan anak, sebab pada tubuh badan anak2 itu ada rahmat Allah sebab anak2 ini hatinya suci bersihkan, peluklah anak, ciumlah anak.

3. Kita yang kawal otak kita, kita boleh pilih untuk marah atau tak marah jadi pilihlah untuk tidak marah, bila tengah marah jangan sebut Allahu Akbar sebab kalimah itu untuk menaikkan semangat, jadi kita selawat bila marah sebab selawat dapat sejukkan hati. Ingat bila kita marah dalam rumah terjeritt-jerit rahmat Allah akan ditarik keluar dari rumah kita. Bila bercakap dengan anak pandang mata, duduk sama paras dengan anak. Bila anak nak bercakap kalau kita tengah buat kerja berhenti dulu buat kerja tumpukan perhatian pada anak.

Banyakkan zikir ya Latiff di ubun-ubun anak dan bacakan al-fatihah. Untuk kita pula selalulah baca ya Aziz, ya Jabbar ya Mutakabbir, yang penting kita kena yakin dengan apa yang kita lakukan.

- Nak Malaikat doakan kita kita kena doakan orang lain sebab kalau kita doakan orang Malaikat akan doakan yang sama untuk kita malah lebih lagi, dengan syarat orang yang kita doakan tu tak tahu kita doakan dia.

Wassalam

7 comments:

  1. semoga anak-anak mama menjadi anak-anak soleh dan solehah. Amin

    ReplyDelete
  2. semoga kita mampu mendidik mereka sebaiknya

    ReplyDelete
  3. apa-apa pun kena ada niat kan..semoga anak-anak kita menjadi anak yang soleh dan solehah

    ReplyDelete
  4. Perkongsian yg bermanfaat AA..
    Tq share..

    Selamat hari raya maaf zahir batin dari akak 💖😍

    ReplyDelete
  5. thanks for tha share....kdg kdg sibuk sgt smpai xsempat nak dgr radio ke nonton tv....naseb baik ada perkongsian ni....boleh djadikan rujukan...

    ReplyDelete
  6. Sangat bermanfaat mama, ilmu2 yg mmg selalu kita peringatkan bersama2. Tq mama

    ReplyDelete
  7. Assalammualaikum wbt.
    SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI! MAAF ZAHIR & BATIN =)

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Aidilfitri 1439H

Assalamualaikum... Dah syawal ke 6 hari ni, mama dah mula kerja pun, ikutkan hati nak cuti lama sampai 2 minggu tapi apakan daya, budak-bu...