Wednesday, 6 June 2018

Berbuka bersama

Assalamualaikum...

Untuk entri maaf mama hulurkan ye sebab ada gambar makanan, manalah tahu tetiba ada yang menitik ailio tengok makanan yang mama post ni ekekeke..macamkan sedap sangat tengok makanan yang mama post ni kan, aiii mana la tahu tetiba ada yang terliur tengok, jangan kecam mama hokey

Minggu lepas plan nak berbuka bersama dengan adik-beradik mama, post biasa dekat rumah ibu la senang sikitkan. bincang nak makan apa? sekali abg awisy (anak buah mama) cakap nak makan shell out, okeh bincang2 beli barang, ibu abah beli barang. bila tiba hari kejadian semua tak boleh sampai awal, mommy nak tunggu perabot sampai, makdak pulak, pakdak keje separuh hari hari tu, makngah pulak tunggu makdak ambik, jadinya mamalah yang kena pergi awal masak.

Lepas zohor mama pergi dulu tinggal anak2 dengan en.azmi dekat rumah, awal lagi kan nanti ada pulak yang riuh rendah dekat rumah ibu tu tak senang mama nak masak hehehe, sampai je teruslah memasak, dah kata shell out kita masak seafood je la kan, lagipun seafood tak elok bercampur dengan makanan darat, dah tua2 ni kononnya nak follow la macam tu kan, moga dipermudahkan.


Menu pertama cili crab, terpaksa masak 2 kali sebab takde kuali besar. Bahan2 Cili kering, bawang merah, bawang putih,halia dikisar semua, lepas tu bawang merah, bawang putih halia dihiris untuk tumis, serai 3 batang, cara2nya, ketam tu rebus dulu, air rebusan ketam tu kisar bersama bahan untuk kisar tadi. Tumis bahan yang dihiris tadi, dah naik wangi masukkan bahan kisar, lepas tu mama tambah lagi dengan air rebusan ketam tadi bagi berkuah sikit, perisakan dengan garam, bolehlah hidangkan..


Menu ke 2 Kepah masak sos tiram. Bawang merah, bawah putih, halia, serai Hiris dan tumis, kemudian tambah sos tiram dan sos cili, senang sangatkan, tapi sajalah nak share resepi, garam tak perlu letak sebab sos tiram tu dah masin


Menu ke 3 Butter Prawn. Udang tu basuh dan toskan kemudian gaul dengan tepung jagung/ tepung bistari, goreng separuh masak. Bahan lain Butter, bawang putih dicincang, daun kari, susu full cream. Cairkan butter kemudian tumis bawang putih, masukkan daun kari, dah naik bau tuang susu full cream akhir sekali masukkan udang, kacau sebati..perghhh mabelles..giteeeww mabeles sangatkan.


Menu 4 , Sotong goreng tepung, hanya salut dengan tepung bestari dan goreng


Menu 5 Baby crab goreng, beli kat member ofis mama ni, eh sedap pulak baby crab ni, kalau buat masak cili mesti lagi sedap, tak sangka semua suka.


Menu 6 sayur-sayuran, ini mestilah adakan, brocolli, cauliflower,karot dan jagung - rebus je dengan sedikit garam dan sesudu butter.


Ini menu special untuk orang mengidam, rendang kerang all time feveret lah sangatkannn, memang feveretlah ye ini resepi arwah mak mama ni taktahu lah sedap sangat ke apa sampai ada adik kat ofis nih siap suruh mama buat untuk dia sebab masa mama buat bawa ofis dulu dia bercuti tapi tak buat2 lagi..inshaAllah nanti mama buatkan lepas puasa ni

Meriahlah berbuka hari tu, mama 9 beradik pakjang je takde hari tu, sedih jugaklah kan sebab pakjang takde sebab pakjang dah balik kampung, alhamdulillah kaki pakjang dah ok simen pun dah buka, moga2 pakjang terus diberi kesembuhan.

InshaAllah lepas ni berbuka dengan family en.azmi pulaklah mungkin rabu balik kampung jadi sempatlah berbuka bersama-sama nanti di kampung.

Sedih pulak rasa bila tiba di hujung2 ramadhan ni, moga kita semua dapat tingkatkan amalan, inshaAllah kita semua akan dapat lailatul qadr jadi isilah malam2 terakhir ini dengan solat2 sunat, baca quran dan bersedekah, kata ustaz jika tak mampu buat semua pilihlah salah satu tapi seeloknya buatlah semua sebab kita tak tahu tahun depan dapat tak kita bertemu dengan ramadhan lagi.

Wassalam

10 comments:

  1. Wah sedap2 menunya..
    Siap ada resepi lagi. Boleh la try. Hihi..
    Ada yg mengidam? Kak lah bakal dpt ank buah baru ke?

    ReplyDelete
  2. sedapnyeeeee https://nanafidenaz.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah masih diberi kesempatan utk berbuka bersama dgn adik beradik. Bukan senang tu nak kumpul ramai2 kan...

    Sedap belaka tengok menu mama tu :)

    ReplyDelete
  4. enaaaakkkknya
    Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Apakah Anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ untuk info selengkapnya.
    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  5. aduhai AA.
    sedap nyer ber shell out.
    sungguh special.
    best lah dpt makan2 dgn adik-beradik ramai2.
    aida tahun ni, takde pun majlis berbuka sama2.
    memasing busy, AA :(
    sedih...
    next week semua da balik umah mertua...

    ReplyDelete
  6. aigooo lauk2 semua menggoda. favret yang butter prawn tu.. baby crab tu boleh makan dengan kulit2 dia kan.. crunchy je kan.. penah tengok yang orang jual jadi snack tu je..

    ReplyDelete
  7. nyesal lak tgk pagi2... semua menu perkkkh mmg menggoda

    ReplyDelete
  8. ini btul-btul seafood....semua pown sedap....

    ReplyDelete
  9. nasib baik baca entry ni malam, takdelah terliur. hehe. seronoknya berbuka ramai-ramai. hebat mama masak sorang-sorang.

    ReplyDelete
  10. Ketam dan baby ketam tu, ohsemnya..

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Tahniah anak-anak mama

Assalamualaikum... Alhamdulillah syukur pada Allah setelah berhempas pulas selama lebih sebulan menyiapkan kerja balik malam, keluar rumah...