Friday 1 June 2018

#KuliahZuhur Ustazah nurul Iman

Assalamualaikum...

4 perkara yang Nabi saw sebut jika seseorang wanita itu buat maka masuklah dia melalui mana2 pintu syurga yang dia kehendaki.

1. Solat 5 waktu - solat 5 waktu ini jika dia solat pada awal waktu. Bagaimana yang disebut dengan awal waktu itu? adakah jika tengah makan,  tengah basuh pinggan, tengah mandi terdengar azan maka dia tinggalkan apa yang dia buat tadi dan terus bersolat? tidak begitu, jika tengah makan habiskan dulu sepinggan makan itu minum air dan pergilah solat, janganlah selepas habis sepinggan tu kita tambah berpinggan-pinggan lagi baru solat. Dalam majlis ilmu jika tengah majlis azan, maka habiskan dulu majlis ilmu tu kemudian solatlah berjemaah.

2. Puasa di bulan ramadhan - ini tak termasuk puasa sunat ye sebab orang perempuan ni memang rajin kalau berpuasa kan. rugilah bagi sesiapa yang bilamana masuk bulan ramadhan Allah tidak ampunkan dosa2nya. Bagaimana tu? jika kita tidak tinggalkan maksiat disekeliling kita, mulut memang tak membawang (istilah sekarangkan) tapi tangan yang membawang pula bergosip dalam wasap. Bagaimana kita nak tahu jika kita dah diampunkan dalam ramadhan itu. Kalau kita nak tahu bila kita istiqomah melakukan apa yang kita buat masa ramadhan, khatam quran dalam sebulan jadi lepas ramadhan juga macam tu, bersedekah setiap hari dibulan ramadhan selepas ramadhan pun kita bersedekah setiap hari. pendek kata apa saja kebaikan yang kita buat berterusan selepas ramadhan.

3. Jaga maruah diri sebaiknya - jaga maruah diri dari segi aurat, cara percakapan, cara berpakaian, pergaulan dengan lelaki ajnabi. pegang sungguh2 apa yang Allah suruh. Orang perempuan jika dia keluar syaitan akan memperindahkan dirinya, jika tak jaga pergaulan dengan kawan2 lelaki bergaul berlebihan panggil sayang, lama2 mungkin akan terjadi sesuatu yang lebih teruk jika ianya berterusan.

4. Taat pada suami - Nabi saw pernah berkata " jika diizinkan seorang manusia itu sujud kepada manusia yang lain, maka aku akan perintahkan seorang isteri sujud kepada suaminya". yang ini susah dak puan2 kadang2 benda kecik pun dah muncung sedepa dengan suami, muncung boleh diikat2 pulak tu kan..hehehe nak2 pulak dekat nak raya ni berebut pilih tema baju raya pun dah muncung. tapi muncung manja2 takpe la sekali sekala, gaduh2 manja bukan bermakna kita tak taat suamikan.

Sekadar itu catatan perkongsian mama untuk kuliah hari ini.

Wassalam

3 comments:

  1. Terima kasih atas perkongsian.
    Mudahkan org pempuan nak masuk syurga.
    Walaupun nmpk mudah, tapi itu la yg susah kita nak buat kan? Semoga kita semua dpt perbaiki diri dan mendapat redha suami.

    ReplyDelete
  2. Thanks atas peringatan. Semoga kita semua dapat jadi wanita solehah

    ReplyDelete
  3. tq atas peringatan, AA.
    yg pertama tu is the most important.
    itu betul, in shaa Allah yg lain pun betul gayanya.

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...