Thursday, 12 September 2013

alhamdulillah...selamat sudah

 assalamualaikum





selepas dilahirkan..adelya azra bt azmi
berat 3.28kg

Salam semua…
Semoga semuanya berada dalam keadaan sihat dan berbahagia selalu.Dah lama tak update nih,ada yang masih ingat kat akak tak ni?
Blog pun dah bersawang rasanya ni.
Alhamdulillah…pada 22 ogos 2013 hari  tu akak dah selamat bersalin pun dan akak tahu ada yg dah tahu kan, terima kasih utk biras akak ira dan aisy nasiha yg sudi update pasal akak bersalin kat blog mereka, terharu akak dik.
Jadinya hari ni akak nak citer pengalaman bersalin utk kali ke-3 ni.
Rabu 21 ogos 2013,malam ada jemputan raya dari jiran tapi akak tak pegi pun,perut akak rasa lain macam jek,dok baring je kat rumah sambil tengok tv,tapi takde la rasa sakit pun.lagipun akak memang berdoa moga2 akak bersalin dalam waktu terdekat ni,bukan apa dah tak larat rasanya nak membawa perut ni ha..hehehe teruk betul,tapi mmg itu la yg akak minta lgpun segala urusan penting dah settle jadinya boleh la kalu baby nak keluar awal pun kan..
Malam tu tido awal, perut dah rasa lain macam sikit la,tapi akak buat taktau je dulu,sampailah pukul 1 pagi,perut dah mula mengeras2,nak tido pun dah tak berapa nak lena,sudahnya akak berbaring je melayan rasa sakit yg kerap juga datang tu,tapi masih tak bgtau en.azmi lagi biar dia tido dulu sehinggalah pukul 4pagi akak rasa nak buang air,pegi toilet tengok dah ada tanda darah,perut pun semakin kerap sakitnya,terus kejut en.azmi.en.azmi Tanya nak ke hospital dah ke? Memandangkan takde sapa yg bole akak tinggalkan adam dan adrien,akak bgtau en.azmi tunggu sampai 6.30 la hantar diorg ke taska,malas nak susahkan kakak dtg rumah pagi2 buta tu.sementara tunggu 6.30,akak suruh en.azmi basuh barang2 baby yg masih ada belum dibasuh lg tu…hmmm teruk betul mak pak nye nih.
Akak lak mandi dulu,pastu bersiap2 la,en.azmi suruh baring dulu,sbb bila sakit tu dtg mmg taktau nak ckp la rasanya mcmmana,tapi akak taknak baring akak jalan2 kat ruang tamu tu,sbb bg senang jalan buka..hehehe ye ke? Azan subuh berkumandang dr surau, akak tunaikan solat subuh dulu,masa ni sakit yg dirasa mmg tak dapat ditahan lagi,sakit pun dtg dah 5minit sekali.tepat 6.30 kami dah terpacak depan taska,cikgu pun baru nak buka pagar,takpe la cikgu ye ada kecemasan nih,
Pastu teruskan perjalanan ke hospital,bila sakit datang berpeluh2 akak dibuatnya,siap suruh en.azmi bawak slow2 sbb terasa sakitnya mcm nak bersalin dah.gagah tak gagahnya akak ni,kami terus masuk parking je,takde la nak berenti kat depan tu amik wheelchair ke apa,pastu berjalan naik ke labour room,tu pun masa sakit dtg,berenti dulu sekejap pastu terus berjalan lg,bg kad dekat kaunter terus masuk labour room,nurse check jalan dah buka 6cm,terus tak bole turun dr katil,nak buang air pun nurse yg buangkan.kali ni nurse bg oksigen suh akak sedut,sedut mende alah tu akak jd khayal,kepala jd pening.pastu nurse check jln lg dah 9cm,nurse ckp klu dokte tak sempat sampai diorg je yg akan sambut baby,tak kisahlah janji semua selamat,tak lama lepas tu dokte sampai,pecah ketuban dan sedia utk push je,kali ni ada la 4 kali push baby pun keluar,lega rasanya…tak gunting dan tak vacuum,pun begitu tetap berpeluh dan menangis.kali ni prosesnya pun sekejap je, 7.30 sampai spital 7.54 dah bersalin.
En.azmi lak masa dokte bg baby kat akak dia tak sempat nak tgk jantina baby,sudahnya masa nurse bersihkan baby dia pegi tanya nurse tu jantina baby,ye la sebelum ni kan kami tak confirm jantina baby tu,dah tau baby girl lega la dia..
Ehhh..dah panjang sgt akak menulis nih.lepas ni taktau bila lak nak menulisnya ini pun mujur baby adelya tido,kalu berjaga mmg susah la,dia kuat menyusu pastu suka lak tido atas riba mamanya nih,apa nak buat riba mama lebih empuk dari tilamkan..mamanya pulak dah rupa kak limah balik rumah la,malam2 tido bersila,sakit leher tersengguk2,pinggang pun sakit..
akhirnya doa ini dimakbulkan..alhamdulillah
Ok la semoga jumpa lagi ye

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...