Monday, 21 September 2015

Budak Malas mandi

Assalamualaikum...

Entah apa kena dengan anak mama sorang ni, malas mandi pulak dia akhir-akhir ni ada saja alasan dia.

"Yen tak main kotor dekat taska tadi mama...yen tanak mandi"

Hari ni pun adrien malas mandi,bila mama suruh pergi mandi...

"Yen dah mandi tapi yen tak basahkan rambut" jawab adrien dengan muka selamba...amboi-amboi macam la mama ni tak tahu kan.



Pandai la adrien nak kenakan mama kan..

Allahhummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam


Friday, 18 September 2015

Percubaan

Assalamualaikum...

Percubaan pertama mama untuk bercerai susu dengan adelya. Dulu masa balik dari kursus nampak juga adelya tak mahu menyusu lagi, tapi sehari je adelya tak menyusu selepas itu kembali menyusu dengan jayanya. Mungkin waktu itu mama juga belum bersedia.

Dalam pada itu, mama tetap bertekad untuk bercerai susu dengan adelya dalam waktu terdekat sebab adelya lebih banyak main-main dari betul-betul menyusu. Sedih memang sedih nak bercerai susu ni, tapi tetap perlu dibuat juga.

Mama banyak baca perkongsian cara-cara untuk bercerai susu nih, ada yang guna panadol,sirap, asam jawa dan yang paling berkesan adalah menggunakan getah bakawali yang pahit,mana pula mama nak cari? Jadi mama gunakan bahan yang ada didapur mama sahaja.

Apa yang mama guna? Untuk permulaan mama gunakan sirap,teknik ini menjadi..mulanya adelya minta juga susu, tapi mama cakap "minum susu botol ye..adelya kan dah besar" adelya diam dan terus bermain,beberapa kali juga situasi itu terjadi petang semalam.

Pukul 8mlm...adelya datang pada mama "mama...nak susu botol" kata adelya...beberapa kali mama tanya dan jawapan adelya masih sama,terus mama buatkan susu untuk adelya selepas itu adelya minum hingga habis.

Masa hendak tidur..alhamdulillah tidak berlaku drama antara mama dan adelya, cuma adelya tidak mahu dipeluk mama, nak tidur dengan abang, tapi akhirnya kembali tidur dengan mama tanpa merengek minta susu, mudah sahaja tidurnya. Pukul 12mlm adelya terjaga minta susu "nak susu botol" katanya...mama buat susu habis adelya minum kemudian tidur hinggà ke pagi.

Hari pertama berjalan lancar, moga hari ini juga dipermudahkan oleh Allah.



Pepagi internet ofis buat hal tak boleh nak buat kerja apapun, jadi ambil peluang update cerita sekejap, sibuk sikit màma sekaràng nak siapkan kerja sebelum becuti, tak sempat nak jalan jalan baca cerita kawan-kawan,sempat jeling baca tajuk je hehehe...nanti mama singgah ye.

Allahhummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad.

Thursday, 17 September 2015

Pahala itu hadiah

Assalamualaikum....

Pagi yang indah,alhamdulillah hujan turun sejak malam tadi moga jerebu berlalu pergi.

Mengajar anak-anak yang sedang membesar ini begitu besar cabarannya buat mama yang masih cetek ilmu ni, mama terpaksa belajar dan menghafal doa-doa mudah...oh terasa kurangnya diri tapi tak terlewat untuk mama.

Dalam mengajar anak-anak mama juga turut belajar, moga apa yang mama ajar dapat dimanfaatkan. Kadang-kadang anak-anak yang mengajar mama.

Setiap malam sebelum tidur mama minta anak-anak baca doa tidur dan al-fatihah, anak-anak ni biasalah kadang semangat kadang ada saja alasan,nak baca al-fatihah pun penat katanya.

"Siapa nak pahala?" Mama tanya,lantas anak-anak jawab "nak"
"Ok siapa nak pahala baca al-fatihah" berebut anak-anak membaca..mama lega bila anak-anak tahu apa itu pahala.

"Pahala tu hadiah dari Allah..kan mama"
"Ye betul...sapa nak hadiàh banyak dia kena buat baik banyak-banyak"
"Ok mama..." Tapi anak-anak mama ni biasalah bila masa ingat baiklah bila tak ingat nakalnya bukan main... Takpe lah pelan-pelan kita belajar ye sayang-sayang mama...



Abang sayang...alhamdulillah sudah banyak perkembangan positif yang mama nampak, moga abang terus berubah ke arah yang lebih baik, mengamuk pun kadang-kadang je inshaAllah...makin besar nanti abang makin pandai berfikir, mama sentiasa doakan yang terbaik untuk abang.

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...