Wednesday, 28 November 2018

Kem Daurah

Assalamualaikum...

Masjid di kawasan tempat tinggal mama tu ada la buat kem Daurah selamat 4 hari. Memang mama dah niat kalau ada kem tu mama nak masukkan anak2 ke situ, Masa konvo di Pasti hari tu ustaz dah maklumkan tentang itu, cumanya kena cepat mendaftar sebab tempat terhad dan permintaan ramai, bukan setakat kariah situ je orang dari luar pun nak masuk juga.

Disebabkan kesibukan terlambatlah masa en.azmi ke masjid tu, tapi dalam pada tu en.azmi tinggalkan nombor pada ustaz kalau2 masih ada buka untuk penambahankan, Anak2 pun mengharap sangat nak pergi terutamanya abg adamlah sebab kawan2nya ada yang pergi. Bila En.Azmi cakap dah takde kekosongan mendunglah mukanya tu kan. Kenalah mamanya ni masuk campur hehehe

"Abang..tahu tak semua yang kita nak tak semestinya kita dapat, semua Allah dah tentukan"
"Ye ke mama?"
"Ye lah abang..dalam hidup kita takde kebetulan semuanya ketentuan, rezeki semua Allah yang bagi  nak masuk kem ni pun bergantung pada rezeki, kalau Allah rezekikan abang dapat pergi, nanti abang dapat pergi juga, lagipun semua tu bergantung pada niat kita juga"
"Niat apa mama?"
"ye la niat abang nak pergi kem ni sebab nak ikut kawan atau memang abang niat nak belajar?"
"Abang memang niat nak belajarlah mama"
"Ok kalau betul abang niat nak belajar inshaAllah..yakinlah Allah akan bagi juga abang pergi nanti"

Bila dah cakap macam tu nampaklah Abang adam tu cool sikit hehehe...apa yang mama tengok anak2 ni kalau kita berkeras mereka pun akan berkeras juga, bila cakap macam tu fahamlah jugakkan, tapi untuk abang adam je lah untuk adelya tak faham lagi la tu kalau mama cakap macam tu. Sejak hari tu memang dah tak fikirlah pasal kem tu, cumanya mama ni doa2lah jugakkan kalau2 ada rezeki Allah nak bagi, bukan apa kesian pulak anak2 dah semangat macam tu kan.

Alhamdulillah..kalau dah ketentuan ada juga rezekinya kan, semalam En.Azmi whatssapp bagitahu ustaz whatssapp tanya berminat tak lagi untuk sertai kem daurah? memang naklah kan, terus cepat2 en.azmi cakap nak lah. Syukur alhamdulillah sekurangnya ada jugak pengisian untuk budak berdua tu masa cuti sekolah ni kan, cuma adelya je lah belum lagi sebab kem ni untuk 7thn ke atas saja. Moga2 anak2 mama dapat ilmu sepanjang kem ini, dah siap daftar pun pagi ni en.azmi yang hantar. Bayaran pun ok rm30 seorang untuk 4 hari siap makan dan minum, anak2 cuma bawa alat tulis saja.

Gambar dari en.azmi..dah lepas daftar terus tinggalkan pandai2lah bawa diri memasingkan
Sebenarnya banyak juga aktiviti yang dianjurkan dekat masjid disekitar kawasan rumah mama tu ada kem tahfiz teringin juga nak masukkan cuma masa tak sesuai sebab dari pukul 8 hingga 12 tengahhari je macam susah pula nak ambilkan sebab awal, yang kem daurah ni dari pukul 8pagi-5ptg kira oklah sikitkan, kalau mama nak ambik lepas balik kerja budak berdua tu bolehlah tunggu dulu di masjid sebelum mama sampai tak pun boleh tumpang jiran ke kan. Takpelah itu kita fikir untuk yang akan datang apa yg penting cuti sekolah anak2 ada juga terisi dengan aktiviti, tidaklah mereka bermain sajakan.

Manfaatkan peluang yang ada sebaiknya ye anak2, moga Allah mudahkan urusan semua anak2 di kem daurah ini.

Wassalam

Friday, 23 November 2018

Hari terakhir sekolah

Assalamualaikum...

Pejam celik pejam celik dah pun hari terakhir sekolah sekejap je rasa masa berlalu, berjaya juga anak2 lalui sesi persekolahan tahun ni... Alhamdulillah..ketiga2 anak mama dapat anugerah kehadiran penuh ke sekolah..ehh tak sangka pulakkan.. Rezeki dari Allah tahun ni dipermudahkan urusan anak2 bersekolahkan.

Walaupun tak naik pentas mama tetap banggalah kan, ambik report card sek.agama tadi seorang dapat mumtaz,seorang jayid jiddan..alhamdulillah dah bagus dah tu, moga terus kekalkan ye abg adam dan adrien, walaupun dekat rumah malas belajarkan hehehe tapi mamapapa dah pesan malas dekat rumah takpe yang penting dekat sekolah fokus apa yg cikgu ajar, anak lelaki macam tu la gamaknya. Ni hari terakhir sekolah pun masih semangat ke sekolah, mama cuti so ambik anak2 lah hari ni sambil tunggu dorang keluar sekolah tulislah coretan hari terakhir sekolah untuk tahun ni.

Adelya pagi2 semangat bungkus hadiah untuk mualimah, tahun ni akhir dah dengan mualimah maria, tahun depan dengan mualimah lain pulak lah. Semangat nak tulis sendiri huruf pun terbalik, kira bolehlah kan heheh. Jadi pagi tadi hantar adelya dululah pergi Pasti baru pergi sekolah abang2..apalagi mengamuk lah adelya sebab nak ikut pergi sekolah abg, mama tinggal je la dekat sekolahkan hihihi, harap2 adelya ok lah kan, rupa2nya mualimah sampai pun dia menangis lagiπŸ˜‚.


Siap mualimah buat status lagi tu...adehhh anak dara sorang tu dah bagi hadiah suruh mualimah buka tengok waktu tu jugak, siap dia yang tolong buka hadiah untuk mualimah tu, anak bertuah betul, dia yang bagi dia yang tolong buka...bolehlah adelya oiii, manja sangat dengan mualimah tu. Dah hujung2 mama main bagi je la hadiah apapun kain pasang dengan buku. Tengoklah tu adelya tulis sendirilah tu heheh.


Tetiba ada lak gambar mama dan anak2 ye...lepas ambil report card terus ke jamuan akhir tahun Pasti dah alang2 cuti mama join je lah, sambil tu jumpa dengan mualimah yang dah last mengajar tahun ni, jiran2 ada yg tukarkan anak mereka ke Pasti lain sebab ada mualimah yg berhenti, mama pulak malas dah nak fikir setahun je lagikan teruskan je di Pasti sekarang, ada transit pulak tu kan,inshaAllah moga dipermudahkan urusan tahun hadapan.

Alhamdulillah dah habis pun sesi persekolahan tahun ni, walaupun banyak drama pagi2 dengan anak2 bergaduh membebel pagi2 walaupun kata ustaz "tak elok bebelkan anak sebelum pergi sekolah" tapi kadang2 mama lupa bila anak2 buat hal, pada hal bukan selalu pun anak2 buat hal kan,ok tahun depan kita cuba yg terbaik, moga Allah bantu kita dalam setiap urusan kita. Kalau ikut perancangan tahun depan uruskan adrien dan adelya je lah, abg adam kita bagi duduk hostel πŸ˜‚, itu nantilah mama ceritakan, perancangan tahun depan moga dipermudahkan Allah hendaknya, perancangan dan pengorbanan..gitewww

Wassalam

Monday, 19 November 2018

Hadiah Hari Lahir

Alhamdulillah...

Setakat ini apa yang dirancang berjalan seperti yang sepatutnya. Moga dipermudahkan urusan yang seterusnya. Tahun ni setelah difikir dan dibincang suami isteri, mamapapa sepakat nak sunatkan dua2 hero pada cuti sekolah tahun ini. Dah ada perancangan tu mulalah kami survey2 kalau ada program sunat beramai-ramai ke kan. Masa konvo pasti Adelya tu ada lah pengumuman masjid akan adakan sunathon, tapi terhad untuk 30 orang sahaja. Disamping tu survey juga kaedah yang hendak dipilih secara clamp atau laser, bila mama buat pembacaan kita pilih kaedah laser lah(gitewww nak sunat anak pun macam2 yang mama cari info, eh mestilahkan)πŸ˜‚..berdebar ni okehhh

Waktu tu mama sibuk, minta en.azmi tengok2 masa ke masjid tu tapi waktu tu belum ada lagi. Jadi kita pun survey2lah dekat tempat lain. Jumpalah dekat klinik Siti dekat Taman Perwira, dekat sajalah dengan rumahkan. en.azmi pun whatsapp tanya2 apa yang patut. ada 3 slot untuk berkhatan, mama tengok ada satu tarikh tu memang kenalah sebab mama nak ambik cutilah nanti seminggu kalau anak2 bersunat. Sunathon dekat masjid 2 disember. tak kena pulak dengan tarikh, jadi buat keputusan kita sunat di klinik siti sajalah, sunat guna kaedah laser rm200 seorang untuk  yang bawah 12tahun, atas 12 tahun rm350. Makngah tanya kenapa 12 tahun ke atas mahal..mommy jawab..tetttttt kena sensored lah jawapan mommy tu kikiki. Mama ingat guna laser mahal tapi rm200 tu kira oklah, mama bajet 3-400 hehehe

Weekend dah tak perlu kerja jadi sabtu pagi ke Klinik Siti lah nak booking dan bayar deposit.Sebelum keluar tu tanya Adrien lagi, nak sunat tak? dia jawab nak..ok kita sunatkan jugaklah kan. abang adam memang cakap nak sunat, adrien tu antara nak dengan tak je, bila tanya dia kata nak, oklah takde talian hayat lagi ye mama nak bayar deposit dah ni ha, sampai klinik siti, tarikh yang mama nak tu masih ada kosong so kita booking teruslah dan  bayar deposit rm200 untuk 2 orang, katanya seorang pukul 11.15 dan seorang lagi 11.30. tarikh 12 disember, 11 disember tu kan cuti untuk selangor, mama cadang memang nak cuti seminggu untuk jaga budak berdua tu, alang-alang cuti banyak lagi kita ambil peluanglah cuti lama sikitkan.

Moga urusan nak sunatkan budak berdua tu berjalan lancarlah nanti, jangan ada yang nak lari pulak ye hehehe...abang adam tu mama tak risau yang mama risau tu si adrien tu lah. Mama cakaplah abang sunat dulu pukul 11.15 lepastu adrien pulak, dah malam tadi dia sembang2 dengan mama kenapa yen kena sunat no.2? mama tanyalah kenapa?yen nak sunat dulu ke? dia kata aah dia nak sunat dulu biar abang no.2, mama ok kan je asalkan dia nak sunat. hehehe...hadiah hari lahir untuk dorang, dua2 lahir bulan 12 kan, kita bagi sunat sama2 lah..tapi sebelum bersunat tu kita bagilah dorang gembira sikit, bawa jalan2 mandi kolam dulu nantikan.


Mama cakap upin ipin sunat tak sakit punnn..heheheh Adrien jawab "memanglah tak sakit itukan kartun je" kikiki...tapi apapun sunat tetap sunat ye adrien, tak dapat bayangkan ni ha nak menjaga dua orang budak bersunat nanti, tapi mama dah cakap dekat en.azmi bab cuci2 mama serah dekat en.azmi je, jangan suruh mama πŸ˜‚πŸ˜‚. Oklah nanti mama membebel lagi.

Wassalam

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...