Kali ini mama nak ceritakan restoran yang kami pergi makan sampai 2 kali tu. Tempat makan yang pergi sebelum tu takde rasa nak snap picca pun, yang restoran ni memang mama puas hati dan sempatlah nak snap pic..hehehe.
Petang hari kedua tu balik dari Poring Hot Spring, kami nak terus pergi makan jadi terus singgah kat sini, Alhamdulillah rezeki kami sebenarnya sebab kedai pun dah nak tutup waktu tu, kami pelanggan terakhir walaupun waktu tu baru pukul 5.30ptg, kata adik yang ambil order tu, kedai tutup awal sebab ada renovation biasanya tutup lambat, jadinya order dibuat setakat pukul 6 je, Pilih menu dan tunggu makanan sampai.
Semua pilih minuman panas cuaca petang tu hujan gerimis dan sangat sejuk, sesekali angin berhembus menggigil juga dibuatnya. hahaha...makanan sampai berebut makan, sampai rasa macam tak cukup je makanan yang terhidang tu. mungkin sebab cuaca sejuk rasa lapar pun bertambah-tambahkan.
Keesokannya sebelum balik kami repeat makan disini, kononnya nak minum pagi sebab ye lah masih awal baru pukul 9lebih, sekali entah apa kena bila tanya adik yang ambil order tu katanya boleh order makanan biasa tu,apalagi pakat ulanglah menu petang semalam makan dipagi hari...haaa amikk pagi makan tomyam, sedap semua makanannya memang puaslah kami makan.
![]() |
| Signboard restoran |
![]() |
| 3 layer tea..honey chrysanthemum- sedap air ni mama ambil yang hot |
![]() |
| Butter prawn...creamy soo sedapp |
![]() |
| Butter prawn yang ini tidak berkuah |
![]() |
| Tomyam seafood...pun sedap, pandai orang sabah masak tomyam |
![]() |
| Sotong goreng tepung...sedap3 |
![]() |
| kangkung ikan masin |
sesiapa yang ke sini bolehlah cuba, tapi mama tak jaminlah selera kita sama sebab tekak kita berbezakan, sedap pada mama mungkin tak sedap pada orang lain, tapi bolehlah kalau nak cuba, harga pun berpatutan sangat, semua makanan campur air dan nasi untuk 8 dewasa dan 5 kanak2 rm180...paling best untuk pagi tu makngah belanja...alhamdulillah.
Kita teruskan dengan bajetlah ye...bajet yang dikeluarkan untuk holiday nih.
Tiket flight Rm285 x 5 = RM1425
Sewa kereta 2 buah avanza RM1080 (yang ini percuma sebab makngah sponsor..hehehe)
Sewa Kabin 3hr 2mlm RM800 x 8 = RM100 seorang
Duit minyak 3hr 2mlm = RM85 (memang jimat sangat tak habis pun guna, ini pun makdak yang bayar, sebab mama dan makdak berkongsi kereta)
Parking kat klia2 3hr 2mlm rm46 x 3= RM138 (ini mama la bayar, share dengan makdak, makdak bayar duit minyak, mama bayar parking)
Makan-makan dan tiket untuk satu family(mama sahaja) = RM170 (makan mommy bayar dulu semua dengan tiket lepas tu kira balik so total kena bayar rm170) - ini tak termasuklah makanan sampingan yang beli biskut gery, roti, air mineral dan kudapan lain ye, sebab semua pakat beli sorang sikit dan yang ini tak dikira lah, yang dikira cuma bayaran yang besar-besar.
Bayaran masuk kinabalu park RM3= tiket boleh disimpan untuk poring hot spring (tapi kami tak diberi tiket pulak hari tu)
Poring hot spring = RM3, untuk mandi kolam RM1, kalau nak tunggu je tengok anak-anak mandi tak perlu bayar
Desa Cattle Dairy Farm = RM4 (dewasa) RM3 (kanak2), Bawah 6 tahun dan OKU percuma.
RM100 kalau nak buat wedding photoshoot.
total yang mama kena keluar bajet
RM1425 - tiket
RM200 - sewa kabin(mama & en.azmi)
RM170 - makan
RM138 - parking
Total RM1933
Itu anggaran kasar sajalah ya untuk family mama sebab ada yang tak perlu dibayar kalau semua perlu dibayar...anggarannya perlu ditambah semualah..
Untuk Transport boleh hubungi Borneo Tours 013-8505540
Sekian sajalah entri tentang cuti-cuti mama, tak tahu bila lagi nak pergi bercuti, kalau ada rezeki boleh jalan-jalan lagi nanti.
Wassalam.



















