Tuesday, 6 October 2015

demam, selsema, batuk dan muntah-muntah

Asslamualaikum....

kesian tengok anak-anak mama..bermula dari adrien demam batuk dan muntah, kemudian pass baton pada adelya, sekarang abang adam, dan malam tadi adelya kembali demam, batuk dan muntah-muntah kesian mama menengoknya.

Dalam pada demam batuk tu, masih tetap aktif bermain dan bergaduh dengan abang-abang... semalam lepas isyak mama turun bawah tengok adelya tiada, sekali dengar suara "mama yaya dekat sini"  oohhh...minum susu sambil silang kaki dekat dalam khemah dia rupanya.

Bila anak-anak demam, selain dari berikan ubat yang doktor bekalkan, apa yang mama buat ialah mama akan selalu mandikan anak-anak ataupun basahkan badan dan kepala anak-anak, pakaikan seluar sahaja tidak perlu berbaju, malam tadi adelya tidur hanya pakai pampers sahaja, biar wap panas itu cepat keluar...Alhamdulillah dengan izin Allah cara itu berkesan, tetapi tidaklah sehari terus baik, 2-3 hari baru sembuh dengan elok.

Untuk batuk mama bakar bawang putih kemudian mama pecahkan sedikit dan dicampur dengan minyak masak, kemudian mama sapu didada dan dibelakang badan anak-anak.

Selain itu, mama berikan juga madu, kata doktor seeloknya madu diberi malam sebelum tidur, madu itu jangan dimakan begitu saja seeloknya dicampur bersama air suam, sudu pula gunakan sudu plastik. adrien dan adelya agak susah untuk minum air suam yang dicampur madu begitu, jadi campurkan sahaja madu didalam bancuhan susu mereka, susu pun jadi lebih sedapkan.

Kita hanya mencubakan Allah jua yang menentukan, bukan apa mama kena mencuba sebab kesian tengok malam-malam anak-anak tak boleh tidur sebab batuk,kemudian muntah-muntah pula.

Mungkin keadaan cuaca sekarang yang mengganggu kesihatan, tapi ye lah sakit itupun dari Allah, jerebu dan cuaca itu penyebabnya sahajakan. InshaAllah pasti semuanya akan kembali seperti biasa. Perancangan mama untuk hujung minggu inipun terbatal, moga kesihatan anak-anak bertambah baik sebab minggu depan ada perancangan lain untuk anak-anak.

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam


Monday, 5 October 2015

aktiviti pada hari cuti aidiladha

Assalamualaikum....

Cuti aidiladha yang lepas mama ambil cuti 2 hari jadi dapatlah berlama-lama sedikit dikampung, maklumlah jarang-jarang balik kampung, jadi bila ada peluang kita cutilah lama sikit.

Cerita cuti aidiladha tak habis lagi ye...bertabahlah membacanya, tapi buakn nak cerita pasal raya, mama nak cerita pasal aktiviti mama,anak-anak dan family masa bercuti dikampung hari tu.

hari kedua dikampung...mama bersama buah hati ke temerloh membayar cukai tanah..tanah ladang dan tanah rumah. Sebelum pergi tu tanya mak mentua, boleh ke pergi bayar macam tu je, sebab geran tak de pada mama, kata mak mentua kalau takde geran takpe tapi kena ada slip bayaran yang sebelum nih, mama mana ada..sudahnya suruh makngah wasap je gambar geran pada mama.

Alhamdulillah orang tak ramai masa mama sampai ke pejabat tanah tu dan boleh je bayar cukai dengan hanya tunjukkan gambar geran ditelefon yang penting no lot tanah tu ada, kerana dah ada rekod bayaran sebelum ni, tapi kena denda la sebab lambat bayarkan, takpelah nak buat macam mana.


budak bertuah dua orang ni lah yang rajin ikut mama papa, abang adam memang tak mahulah mengikut,seronok duduk dirumah melayan youtube.kemain adelya bawa handbag tapi gaya ultraman.

lepas jumaat, berkunjung ke rumah kawan mama pula, sambil melawat sambil makan kenduri


mama dah ceritakan pun kisahnya pada entri yang lepaskan.

lepas balik dari rumah kawan mama, kami bertemu dengan family buah hati mama di star mall mentakab sebab ada aktiviti bersama sepupu sepapat buah hati mama...

inilah akivitinya...bukan wefie ye hahaha tapi main bowling, sebelum melempar bola ke longkang haruslah bergambar beramai-ramai dulu...mama macam biasalah jadi penonton je, belum masa nak tunjuk skill ahahah...pada hal takut malu baling bola masuk longkang je...


ini hari sabtu...takde tempat lain dah nak bawa anak-anak, ke kubang gajoh lagi la kita hehehe, sellau pegi pun tak puas-puas juga bebudak nih asalkan dapat main air kan, lepas ni mama nak usha-usha tempat lain yang berdekatan kot-kot ada yang menarik, abang adam kata ,lepas nih abang taknak pergi kubang gajah dah...sebabnya dia dah hilang google yang papa baru belikan...alahai abang sedih pula mama menengoknye.


Petang balik dari bawa anak mandi manda mama ada reunion dengan geng sekolah rendah pula...seronok sangat macam-macam nak cerita rasanya sebab dapat jumpa best friend masa sekolah rendah dulu.

Ahad pula...mama dengan buah hati beroperasi membersihkan rumah dikampung mama...adik mama lepas masuk hospital patah kaki tak duduk kat rumah,duduk dirumah kawan...


Alhamdulillah...dapatlah berkemas apa yang patut,itupun anak-anak mama tinggal je dekat kampung buah hati mama,ye lah jaraknya 10-15minit je naik kereta tak jauh pun...mama buat operasi didapur buah hati mama buat operasi diruang tamu dan di halaman rumah... penat hoii biasa buat ramai-ramai kali ni berdua je...

Itulah aktiviti yang agak padat waktu dikampung tempoh hari, apapun kepenatan yang berbaloi bila dapat penuhi apa yang telah dirancang dan yang tak dirancang,walaupun terpaksa bekejaran masa.

Allahummasolli a'ala sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam



Friday, 2 October 2015

comel ke...apa rahsia???

Assalamualaikum....

Tersipu-sipu malu mama sengsorang masa baca komen yana dekat entri ini.. terkembang setaman lak senyuman mama..haisshhh...yana cakap mama comel siap tanya apa rahsia lagi tu..

mama takde rahsia pun yana, ada la amalkan petua tapi kadang-kadang buat kadang-kadang tak, kalau nak tahu kena pm mama lah, segan mama nak cerita kat sini...kahkahkah poyo betul mama ni kan..

sebenarnya mama takdelah comel pun, kamera effect je tu, yang membuatkan mama nampak comel lebih sikit pada yang lain tu...hahahah, kalau jumpa berdepan jangan terkejut ye, tak macam dalam gambar pun, muka mama macam permukaan bulan je, permukaan bulan ye... bukan berseri macam sinaran bulan okeh.

Cumanya adalah sedikit berangan nak menjaga badan walaupun dah berusia ni, kot dapat macam che ta tu...hehehe tapi tidaklah macam che ta cumanya nak nampak maintain walaupun dah berusia, tetap jaga penampilan, penampilan yang sesuai dengan usia la ye, tidaklah macam anak-anak remaja - walaupun terasa diri masih remaja kohkohkoh, ini remaja terlewat namanya...

penjagaan wajah..kalau ada baca entri sebelum ni mama memang setia menggunakan produk safi dari remaja sampailah ke usia dewasa ni, cuma di usia sekarang mama guna safi rania gold, dari pencuci muka, toner dan krim.

Penjagaan badan, mama agak menjaga juga lah badan mama ni,walaupun orang kata mama kurus kering tapi takpe kurus kering asalkan sihat dan ceria hehehe dan asalkan buah hati mama tak komplen...mama suka naik turun tangga, kalau buat kerja rumah mama tak buka kipas biarkan panas dan keluar peluh...lagipun mungkin keturunan juga kot sebab adik beradik mama takde yang terlebih besar pun, semua ikut arwah ayah kurusss je...

ok  lah tulis banyak-banyak kang ada yang muntah lak, dah macam entri nak memuji diri sendiri pulak ohoiiii...jangan muntah hijau ye...


nahhhh...gambar comel sekeping...larikkkkk

sebelum tu kita selawat dulu

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam... sekian entri syok sendiri...cukup-cukuplah cerita mama dah berentri-entri nih, nanti kita citer pasal anak-anak pulak ye

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...