diari mama untuk anak-anak soleh dan solehah mama... adam aryan, adrien aryan & adelya azra.. penyejuk dimata,penawar dihati.. bila suatu hari nanti mereka boleh membaca,dapatlah mereka membaca kisah tentang mereka yang mama coretkan disini...
Thursday, 2 April 2015
#kenangan mengusik jiwa 3
Assalamualaikum....
Tak abis-abis dengan kenangan mengusik jiwa nih, dok bermesej-mesej dengan kawan-kawan terbuka kenangan dan cerita lama.. sedih,terharu, gembira bercampur baur,berkumpul menjadi satu, kadang-kadang tersenyum sorang-sorang,kadang-kadang mata berkaca-kaca,akak sapu je dengan shawl nih ahahaha...jgn ada yang perasan sudahhh
pengalaman sebenarnya banyak mengajar kita erti kehidupan ini kan...
selepas spm...akak pernah bekerja kilang sebagai operator di kilang Motorola,sekarang dah bertukar nama kepada freescale.. budak kampung masuk bandar kan..tercangak-cangak je,berdua dengan member nak pergi interview,dari jauh dah gabra tengok pintu..ehhh pintu tu kita nak tolak ke nak tarik???bertanyalah berdua ni,sekali dah sampai dekat terus pintu buka sendiri...wahhhh terasa kagum disitu...hahahah,nampak sangat kekampungannya kan,dengan berbaju kurung,berbeg sandang belakang,berkasut pallas hitam tali putih memang legend...kerja sehingga dapat result spm..
kawan akak nak sambung bekerja tapi akak nak teruskan belajar...
lower six..
akhirnya masuklah akak ke sekolah abu bakar school temerloh dengan semangat yg berkobar-kobar, masa tu duduk rumah sewa,rumah family jauh,nak duduk asrama malas,sesambil belajar malamnya bekerja sambilan sebagai pelipat kertas soalan peperiksaan bagi daerah temerloh,akak dan kawan-kawan bekerja untuk pej.pendidikan daerah temerloh duit yang dapat bolehlah untuk buat tampung bayar rumah sewa dan belanja makan harian...
walapon letih siang belajar,malam bekerja tapi tetap seronok,kami menyewa di kg batu satu temerloh.
semasa bercuti hujung tahun...akak bekerja lagi disebuah kedai baju di chow kit,kedainya betul-betul dibawah jejantas chow kit tempat allahyarham sudirman membuat persembahan dulu.bukan bawah sangat la sebab bawah tu jalan kan hahahah..kat hujung tangga tu la,kedai tu nama minna,dulu la sekarang dah takde pun... akak bekerja untuk membayar yuran periksa stpm sebanyak rm250 waktu tu kalau akak tak silap, duduk pulak dirumah flat yang dinamakan wisma hock ann,akak taktau lah ada ke tak lagi wisma tu...lama sangat dah tak pergi sana...
ye sebab nak sambung belajar jadi taknak susahkan mak ayah jadi bekerjalah sendiri untuk menampung segala perbelanjaan,tapi ok je rasa gembira sangat waktu tu...
bila kita lalui keadaan sukar seperti itu barulah kita ada rasa untuk menghargai setiap apa yang kita buatkan..dalam belajar tak pandai tu tetap nak bersekolah..dan tak sangka pula nama termasuk dalam senarai pelajar yang akan dapat result cemerlang.. malu pun ada nama terpampang kat papan kenyataan sekolah... tapi apakan daya result ok itu tak membawa akak kemana, sebab tak mampu nak sambung belajar lagi,namun bersyukur 2 tahun selepas itu dapat kerja tetap,dapat juga membantu keluarga...
Wassalam
dr.adrien aryan
Assalamualaikum...
Kali ni dokte adrien lak yang pegi kidzania,ikut program bersama taska.
dekat sini bukan hanya menjadi dokte,macam-macam yang anak-anak boleh buat tetapi pihak taska lebih tumpukan kepada beberapa aktiviti utama seperti menjadi doktoe.
Sebelum ke kidzania ni,mama diberikan buku mengenai doktor dan tugas-tugas doktor,dirumah mama kena bacakan buku dan tunjukkan gambar pada dr.adrien samaada dokte adrien faham atau tidak tugas-tugas doktor..
Alhamdulillah dokte kecil mama itu faham tugas-tugas yang perlu dilakukan berdasarkan gambar yang mama tunjuk,lagipun pihak taska juga sudah buat praktikal,dr.adrien menjadi dokte dan ada kawan-kawan yang jadi pesakit..
Tengok gambar dokte adrien pergi bank untuk keluarkan duit,mata mama dah berkaca..hai anak terasa cepat waktu berlalu,kamu dah membesar rupanya.nampak macam dah pandai berdikari pulak kamu.
Seronok dr.adrien dapat beraktiviti bersama kawan-kawan.

Wednesday, 1 April 2015
#kenangan mengusik jiwa 2
Assalamualaikum...
ketuk ketampi labu-labi...
Sapa tengok citer labu-labi p.ramlee angkat tangan...
kan ada scene yg haji bakhil tu sikit-sikit suruh ketuk ketampi, ingat lagi muziknya bagaimana waktu tu...haaa jangan taktau kami sekelas pun pernah kena macam tu..haaa waktu ni akak dengan en.azmi dah sekelas,form 4 masa tu..cikgu husin ajar geografi..
ayat yang paling akak ingat yg cikgu ni selalu cakap kat kitorang..
" ah aok ni,asal ko lalu je meroba,asal ko lalu je meroba.." bahahaha ye la dia suh lukis peta tp tak menjadi,dia nak tengok je kitorang padam kikiki... satu lagi
" aah aokme ni...koi cakap wat tak cakne je.." hehehe loghat pahang tu..
tapi yang paling diingati adalah denda yang cikgu husin ni kenakan kat kitorang...kadang bila dia tanya soalan mesti jawab sepantas yang boleh,kalau lambat je terimalah nasib kami...satu kelas okeh kena denda..
"lambat sangatttt..keluar barisannnn" semua pun berbaris diantara meja tu, kemudian cikgu husin pun cakap..
" ok..turunnnn"
ketuk ketampilah kami sekelas sambil gelak-gelak,ada sorang yg berkaki panjang siap member depan terduduk atas riba dia,gamat satu kelas dibuatnya... tergelak satu kelas termasuk cikgu husin tu
tersenyum-senyum lak akak teringat kenangan itu..lucu sangat rasanya,itu belum lagi bebudak lelaki bakar mercun dalam kelas..adoii dunia gamat bunyinya...
Kenangan zaman persekolahan kan...

Subscribe to:
Posts (Atom)
Kejohanan Silat Olahraga
Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...
-
Assalamualaikum... kali ni mama nak cerita pasal muzium 3D kat cameron highland.mama memang sukalah bab-bab lukisan ni teruja je dengan ga...
-
Assalamualaikum.... Salam isra' Mi'raj semua, ada yang berpuasa hari ini? alhamdulillah..rezeki tu dapat berpuasa, tak dapat berpu...