Monday, 8 June 2020

Syawal 2020

Assalamualaikum....

Masih dalam bulan syawal, salam syawal semua..bagaimana syawal tahun ini? Bagi mama sepanjang 22 tahun menjadi perantau inilah syawal pertama mama tidak balik ke kampung, sedih ke idok? Nak kata sedih sangat tu taklah jugak biasa-biasa je bagi mama.. 

Mama dan 7 lagi adik beradik lain memanh duduk di lembah klang jadi kami masih boleh beraya bersama,cuma pakjang seorang je lah di kampung,kesian jugaklah dekat pakjang tu. Tok dengan wan macammana pulak? Pun mama tak risau sangat sebab adik² ipar ada disana cuma mungkin en.azmi la kot yang sedih tak dapat jumpa tok dengan wan,mama takdelah sedih sangat biasa² je cuma rasa lain jugalah bila raya tak balik kampungkan, tapi takpelah kita dapat pengalaman baru beraya dirumah sendiri, juadah raya disediakan seperti biasa,cuma takdelah kalut sangat memasak rilek² je. Baju raya pun ada beli bagi ceriakan anak² yang berpuasa.

Pagi syawal berkumpul rumah ibu(kakak sulung). Dah kira siap² kami semua tak lebih 20 orang. Kemeriahan macam biasa sebab masih dengan adik-beradik kan. Makan² sembang² cuma takde berkunjung ke rumah jiran je la.


Sempatlah bergambar sekeping dua, itupun tengah nak bergambar bunyi helikopter terus berselerak masing² takut juga wehhh... Kisahnya baju mama sepatutnya sama dengan anak dara tapi bila sampai saiz kecik,ngam² je dengan badan segan pulak nak pakainya jadi kita tengoklah rezeki siapa baju tu nanti.

Tengah hari balik rumah pulak, abg ipar(pak long) dan adik ipar(pokde) nak datang rumah. Mujurlah memang ada biskut raya,rendang,lemang dan order sate sikit untuk dijamu pada tetamu. Tengah makan² sepupu en.azmi pula whatsapp bagitahu nak datang, mama ok je, inshaAllah takde apa². Kira meriah jugalah raya kami dengan kehadiran tetamu, tak sangka tetamu nak datang kalau tidak boleh mama masak menu lain yang berat sikit.


Adik ipar dan isteri ( pokde dan mokde)... Terima kasih semua sudi datang beraya ke rumah kami. Kalau bukan pkp tentu lebih seronok,anak² jiran mesti berkunjung dan keadaan mesti lebih meriah hehehe...tapi alhamdulillah inipun meriah juga ada juga anak² yang datang dimalam raya. En.azmi siap bakar lemang dengan jiran².

Walaupun tak balik raya tak berkunjung,alhamdulillah rezeki anak² duit raya banyak juga tapi kurang sikitlah dari sebelum² ni apapun rezeki tetap ada untuk anak². Duit raya untuk anak² buah pun mama transfer je,tak dapat balik kampung tapi bagi jugalah duit rayakan, rezeki anak² buah.

Ok itu je lah cerita 1 syawal kami, mama mohon maaf andai ada tersalah kata sepanjang mama menulis ni kan, moga kita panjang umur dan diberi peluang untuk balik kampung pada syawal yang lain.

Wassalam

3 comments:

  1. Salam Syawal..Meriah raya sesama adik beradik..

    ReplyDelete
  2. Salam Syawal buat mama sekeluarga :)

    ReplyDelete
  3. Belum terlewat lagi nak ucap Salam aidilfitri...mohon maaf zahir batin ya..

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Shellout

 Assalamualaikum... Kadang-kadang buntu juga apa nak masak bila dah tiap² hari memasak ni. Ahad minggu lepas cadang nak buat shellout makan ...