Tuesday, 9 June 2020

Projek PKP, PKPB & PKPP

Assalamualaikum...

Dah lama berangan nak buat sikit-sikit rumah tu,tapi memandangkan bajet tak berapa nak hado kita diam² dulu la. Tapi sejak maktam cakap nak buat majlis bertunang dan inshaaAllah majlis nikah pun dekat rumah mama jadi mama dan en.azmi pun berbincang semula buatlah ubahsuai sikit² mana tahu ada rezeki buat kenduri maktam nantikan, rumah dah kemas sikit.

Rancangan asal nak buat majlis tunang masa cuti hari raya tapi pkp dan tak dibenarkan buat majlis,kita tangguhkan dululah.jadi kita teruskan dengan projek kita,buat perancangan terus pergi beli barang, mujurlah kedai hardware buka. Projek ni gerak hujung minggu je sebab yang membuatnya abah(abg ipar) dan en.azmi je, hari ahad je dua² cuti, tapinya gigih la dorang membuatnya, mama ni legalah sikit sebab abg ipar pandai buat kalau upah kontraktor mahal juga tu walaupun yang nak buat tu sikit je.


Hasil 3 hari membuatnya,alhamdulillah naik bata dah siap tunggu bumbung je lagi, bumbung tu guna awning je macam jiran sebelah² je, tu pun upah jiran juga buat,untung ada jiran² yang pandai. Tak besar pun ruang belakang ni mama nak buat tempat laundry je, tapi 2 orang biras tu berbincang lain pulak,abah bg cadangan en.azmi pun setuju,hmm mama dengar je cadangan masing², macam ok juga dah alang² tengah buat keje tu..teruskan je la dengan projek seterusnya, apa projek tu kena tunggulah dulu, minggu ni tak pun minggu depan mula projek baru, bergantung pada masa abah kadang² hujung minggu abag out station.


Besar ni je ruangnya muatlah untuk mesin basuh dan tempat sidai baju. Cukuplah ni untuk mama dah syukur dah bila basuh kain malam² boleh terus sidai takde la kena keluar rumah lagi kalau nak sidai kain,walaupun biasanya en.azmi yang sidai kain pagi² sebelum pergi kerja hehehe...

Itu je lah projeknya bukan projek besar pun,tapi dah cukup bahagia dah mama ni.

Wassalam

7 comments:

  1. walaupun kecik, tp selamat. blh elak dr dcuri org

    ReplyDelete
  2. Beli barang & buat sendiri, jimat kos..

    ReplyDelete
  3. Untung boleh buat sendiri
    Kalau upah tukang memang mahal.

    ReplyDelete
  4. Kecik ke...buruk ke...yg penting kita selesa...bersih...terlindung dr panas hujan...dah cukup dah...

    ReplyDelete
  5. Wahhh bestnya... mesti tak sabo nak deko deko kan....Tak perlah Azra yg penting tempat basuh tak makan ruang dalam, dah ok sangat tu... Untunglah ada yg pandai bertukang dah save cot kat suitu tu... Nanti dah siap snap tau...nak tumpang tengok gak

    ReplyDelete
  6. Maaf zahir batin Azra....yelah kan... kalau raya kat rumah sendiri senang sikit kan .... masak pun santai santai je. Untunglah adik berdik kat Kl jugak, boleh gader gader...
    Baju Raya buat awal eh

    ReplyDelete
  7. best boleh letak mesin kat ruangan khas.. macam rumah saya xdak tempat dah kena jugak sumbat kat dapur tu ha huhuhu..

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Shellout

 Assalamualaikum... Kadang-kadang buntu juga apa nak masak bila dah tiap² hari memasak ni. Ahad minggu lepas cadang nak buat shellout makan ...