Monday 3 February 2020

Cerita hujung & awal tahun

Assalamualaikum...

Februari dah menjengah... Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk melalui kehidupan ini. Malas pulak mama ni nak menulis, faktor penuaankah ini??. Alhamdulillah 22 januari 2020 dah meningkat setahun lagi usia mama,anak² sibuk tulis dikalender siap pergi pasar malam tak bagi mama ikut sebab nak beli hadiah guna duit tabung dorang lagi, tapi mama tak bagi simpan je duit tu mama tak perlukan hadiah,anak² hadiah terindah seumur hidup mama walaupun kita selalu bergaduh,berperang berkecil hati tapi itulah lumrah hidup kitakan kasih sayang mama ni hanya Allah yang tahu walaupun kata adelya mama ni garang.

Dua insan istimewa yang telah melahirkan dan membesarkan mama... Rindu yang takkan pernah padam
27 disember 2019....haaa ko tahun lepas punya ceritakan takpelah mama coretkan juga disini,genap usia pernikahan mama dan en.azmi 11 tahun yang penuh suka dan duka ketawa dan airmata (amboiii ayat kemahin lagi)...ya setiap orang rezekinya berbeza begitu juga dengan jalan cerita hidup kitakan pastinya berbeza. Keperitan, kesusahan yang dilalui adalah ujian. Lihat segalanya dari sudut yang positif,walaupun terkadang rasa tak mampu untuk dilalui namun kunci dari semua itu adalah sabar,kata ustazah sampai bila nak sabar? Sampai kita mati. Jika kita pilih untuk sabar maka sabarlah sampai ke hujungnya.. InshaaAllah pasti ada ganjarannya.

Ditransit sementara tunggu cik ida sampai,yeyen sorang je kumbang heheh sebab abg adam sekolah pagi
Anak² alhamdulillah walaupun kadang² adelya buat hal taknak sekolah katanya tapi setakat hari ni belum lagi ponteng sekolah,cumanya setiap pagi en.azmi yang kena hantar pada hal dah bayar transport mujurlah sekolah tak jauh pun 5 minit je dan tempat kerja en.azmi pun tak jauh jadi sempatlah hantar adelya ke sekolah sebelum ke tempat kerja. Anak manja macam tu lah,en.azmi taknak adelya buat hal jadi ikutkan sajalah, dia nak buat macam sekolah pasti tahun lepas,en.azmi yang hantar. Kadang² waktu balik pun kena ambil tapi takdelah hari² cuma kalau dia suruh ambil en.azmi ambil,tapi anak² ni tak tahu letih sampai rumah 6.40,masuk rumah hantar beg terus keluar main ditaman, gembira je masing²

Adrien pula...si nombor 2 ni suka mengusik mama ada saja akal dia, mama pun sukalah nak menyakat dia, hari tu dia cakap bosan hari² makan kat rumah,mama suruh cedok nasi makan dekat luar rumah hehehe. Kali kedua dia cakap macam tu mama ajak makan luar tapi bukan pergi kedai makan, pergi makan dekat rumah ibu huhuhu... Kebetulan ibu suruh datang rumah dia buat bubur durian. Muncung je mulut dia tu terus order burger dekat abang ayip dia baru muka ada senyum...bukan tak pernah bawa makan diluar tapi tak bolehlah selalukan,hari cuti bolehlah hari kerja memang taklah nak pergi makan diluar.

Cikgu kelas abg adam share gambar,amboii rajin abg tu menyapu sampah..bagus abg rajin² buat kerja ye
Abang adam pula tahun ni mama masukkan ke kelas tuisyen,maklumlah nak ajar sendiri mama dia ni tak berapa nak pandai jadinya hantarlah tuisyen setiap malam khamis dan jumaat. Dah adrien pun sibuk nak tuisyen juga,tapi memang taklah mama nak bagi,bajet pun takde yang abg adam tu pun terpaksa juga bagi tuisyen sebab dah darjah 5. Lagipun adrien takde exam lagikan. Takpe kita tengok kalau ada rezeki dan bajet mama masukkan nanti. Nak tengoklah nanti ujian pertama abg adam macammana, ada peningkatan ke tidak,anak² mama ni biasa² je sebab tu kena usaha lebih sikit, kita dah buat apa yang boleh selebihnya serahkan pada Allah. Sebab yang bagi faham pun Allah kan.

Ok lah nanti mama menulis lagi..inipun ambik masa berhari nak siapkan huhuhu

Wassalam

13 comments:

  1. Happy belated birthday kak... moga sentiasa dalam LindunganNya...

    ReplyDelete
  2. cute anak2 nak beli hadiah birthday guna duit tabung...semoga dipermudahkan segala urusan..

    ReplyDelete
  3. waalaikumussalamm. alhamdulillah selamat hari lahir ^_^

    ReplyDelete
  4. Hepy blated bday.. semoga anak2 menjadi anak soleh dan solehah..

    ReplyDelete
  5. Happy belated birthday AA..
    Semoga usia dirahmati Allah SWT Dan dikurniakan kesihatan yg baik..

    Best bila anak bagi hadiahkan..

    ReplyDelete
  6. Sanah helwah sis. Moga terus diberi kesihatan yang baik, rezeki yang berpanjangan berkatnya aamiin

    ReplyDelete
  7. Happy belated birthday dan happy belated 11th anniversary Mama :)

    ReplyDelete
  8. Sama lah kita..
    Januari je tros meningkat usia.
    Happy belated birthday Mama AA.

    ReplyDelete
  9. Happy belated birthday.
    Singgah sini baca.

    ReplyDelete
  10. Happy belated birthday mama yan dan happy belated anniversary..
    Semoga mama yan dan keluarga sentiasa dalam rahmat Allah.. aamiin

    ReplyDelete
  11. Happy belated birthday kak lah.. Semoga sentiasa dlm rahmat Allah.. Aamiin..

    ReplyDelete
  12. Happy Bezday Azra moga panjang umur dengan keberkatan, diberikan kesihatan yg baik dan sentasa dlm limpahan rahmat Allah. Alfatihah utk arwah org tua tercinta moga rohnya dirahmati Allah.
    Happy Annivrsary utk korang berdua moga jodoh kekal bahagia dengan kasih sayang hingga ke jannah....Tu diaaaaa bila dapat sesekali berucap hihi

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...