Monday, 25 February 2019

Tetamu comel

Assalamualaikum...

Ada orang kata jika kucing datang pada kita jangan dihalau sebab Allah datangkan kucing-kucing ini pada kita. Jangan sia-siakan haiwan yang datang ke rumah kita berilah makanan kepada haiwan. kerana ia juga merupakan rezeki buat kita.

Dirumah mama tu ada la tetamu-tetamu comel.Mulanya ibu kucing ni datang dan bersalin dirumah mama, jadi kami kesian lalu sediakan kotak untuk ibu kucing dan anak-anaknya. berikan makan semualah sebab kasihankan masih dalam pantang, setelah beberapa hari ibu kucing membawa anak-anaknya yang 5 ekor itu ke rumah jiran lain, mama tak kisahlah sebab bukan kucing mama pun tapi anak-anak mama tu sedihlah pulakkan. mama cakap biarlah sebab bukan kucing kita pun kan.

Beberapa hari kemudian datang balik ibu dan anak-anak kucing ini ke rumah mama, lama dah juga duduk dekat depan umah tu memang kami bagi makanlah dan anak-anak pun dah mula sayang cakap kucing mereka dah, yang mama ni memang taknaklah membela kucing tu bukan sebab apa nak menguruskan sisa najisnya tu kan kalau setakat bagi makan je takpelah jugak, tapi setakat ni anak-anak kucing tu memang membuang depan rumah kami je lah, takdelah pergi ke rumah jiran untuk membuang, tapi masih  tak sedap hati jugaklah.

Ada juga tengok video ustaz cakap kalau nak menjaga kucing pun jangan sampai menyusahkan jiran-jiran, nak bagi makan kucing pun kena tengok jugak sebab kucing ni ada satu sifat kalau kita bagi makan dia akan panggil kawan-kawan lain makan jugak, tapi kucing dekat rumah tu takdelah panggil kawan-kawan lain, cumanya itu lah anak-anak kucing tu sedang dalam fasa bermain agaknya seronok bermain sama-sama kadang-kadang dah masuk pagar rumah jiran sebelah, jadi tak sedap hati pulaklah mama ni kan. tadi dah minta untuk en.azmi letak kucing-kucing tu di tempat lain, letak sajalah berhampiran kedai ke kan tempat yang mudah kucing-kucing dapat makanan kan. Bukan apa takut makin lama akan lebih menyusahkan jiran-jiran lagi.


Tengok muka-muka comel ni rasa sayang pulak tapi itulah hubungan dengan jiran pun perlu dijaga juga kan. Kita cubalah cari jalan penyelesaian yang terbaik lepas nih walaupun mama tahu anak-anak akan sedih dan marah tapi apa boleh buat..terpaksa buat jugalah nampaknya kan. Mama pun sedih juga ni, terbayang wajah-wajah comel ni yang selalu menyapa bila pintu dibuka, nak tunggu balik kampung dan tinggalkan di kampung rasa sesuai tak ye? haishhh serba salah pulak dibuatnya. Masih berfikir-fikir..siapa boleh bagi idea, ce kongsi sikit dengan mama nih, supaya keputusan yang akan dibuat tak menjadikan mama sedih dan serba salah.

Wassalam.

5 comments:

  1. DIY rumah kucing hehe..
    Hari tu masa pg rumah cik, cik buat rumah utk kucing dkt dgn longkang rumah dia. Longkang tu dia letak jaring supaya kucing x keluar ke rumah jiran. Pagar pun dia letak jaring. Kalau kucing tu lepas pn x keluar rumah jiran. Tapi sesuai utk anak2 kucing la. Kalau yg da pandai memanjat tu, payah sket kot. Kene sangkar la pulak. Mcm kwn2 yg suka kucing, mmg ada sangkar khas besar utk kucing2 dia. Tp itu mmg peminat kucing la dan rajin jaga keperluan kucing.

    ReplyDelete
  2. Comelnye
    Kalau duduk kampung takde masalah nak bela kucing.

    ReplyDelete
  3. mmg comei2 belaka kak... geram nengok, dana suka kucing2 ni tp dana takde kesabaran nk jaga kucing... kalu tkt bg mkn boleh la... klu kt kampung lain, tanah sendrii luas... takde sampai ke umah jiran mcm kt bando ni

    ReplyDelete
  4. hahahhaha...memang comel la kucing.

    saya pun suka kucing tetapi tidak belum pada sampai peringkat obses lagi

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Shellout

 Assalamualaikum... Kadang-kadang buntu juga apa nak masak bila dah tiap² hari memasak ni. Ahad minggu lepas cadang nak buat shellout makan ...