abang sudah balik

assalamualaikum semua...
semoga semuanya sihat2 hendaknya..
alhamdulillah syukur..abg adam dah balik rumah, walapon sebenarnya belum boleh keluar wad lagi tapi en.azmi dah minta nak balik,bukan apa dia keboringan begitu juga adam.
dekat hospital..dia bukan nak duduk diam berjalan je kerjanya,kadang2 en.azmi bawa naik kereta pusing hospital...aduhhhh penat melayan abg apa taknya dia sihat,mata yg terkena bisul tu pun tidaklah sakit jika tak disentuh,doktor tak bagi keluar lagi sebab nak bagi antibiotik saje.
kadang-kadang nurse datang nak cuci mata dia takde kat tempat sbb pergi berjalan-jalan...
masa adam nak keluar semalam nurse cakap sunyi la wad tu...kalu tak memang adam je asyik keluar masuk dan buat bising macam kat rumah lak...




tengoklah gayanya tu...
ini dia jadi transformers okeh,kadang-kadang dia jadi robot,kadang2 jadi lori..
maunya tak bising wad tu,mujur juga tak ramai org,sampaikan doktor tulis dalam report..hyper active tp takut ubat hahaha...
dia punya meronta masa nak cucuk antibiotik kat tangan tu sampai 4 org kena pegang, siap bungkus dgn selimut lagi,tp sebelah tangan pegang mainan kapal terbang..
dia punya meronta tu sampai bisul tu pecah dah darah keluar sangat banyak..mama ni pun rasa macam nak meraung sama bila tengok,tp terpaksa tabahkan hati..

mana en.azmi taknak balik awal...
tengoklah ni, baru 6 hari di hospital mcm dah boleh buka kedai mainan..
aduhai lah anak..mmg la harga mainan tu cuma rm3-rm5 je, tp jenuh jugakla kata en.azmi, takut lama-lama dia beli satu kedai tu lak...hehehe
cuma yg dua kotak besar tu bukan en.azmi yg beli itu dia pow mak ngah dia..nak transformers katanya yg boleh tukar jd lori..ikutkan akak tak bagi beli,tp mak ngahnya tu mmg belikan juga,pakej lg dgn adrien pun dapat..
matanya masih ada kesan bengkak tu,tp masih perlu dicuci dan makan antibiotik..
hmmm..ntah apa-apa dah yg akak citer nih,tunggang langgang ayatnya kot...
sebenarnya ada ujian yg bertimpa-timpa...tak dapat nak diceritakan lagi..
moga kami semua tabah menghadapinya...
pasti ada hikmah disebalik apa yg berlaku ini..
terima kasih sudi singgah dan baca
wassalam

Comments

Popular Posts