dah sebulan

assalamualaikum & salam sejahtera

rasa mcm baru je semalam aku masuk spital & lahirkan adrien,pd hal dah sebulan pun,ini bermakna cuti aku pun dah sebulan ada 2 bulan je lagi utk bersenang-lenang di rumah (pada hal xder senang lenang pun dgn 2 hero ni kat umah).
sebulan bermakna adrien perlu dicucuk.
 
pepagi lagi bangun siapkan barang2 utk ke hospital,bukan barang apapun segala keperluan baby je la.
sebelum tuh aku singgah kat opis dulu utk sign borg SBPA ( aku pun xtau la apa sebenarnya aku sign jek,dah org suh sign kan sign jek la,kang x dpt naik gaji lak aku)dgn pertolongan nida yg bawa borg tu kat aku yg tunggu dibawah,aku malas nak naik opis.selesai men'sign' apa yg patut kami terus ke demc.appoinment kul 10.50am.
 
org x ramai sangat,amik berat badan,berat adrien baru 4.6kg,kemudian tunggu no.giliran dipanggil, doktor yg merawat adrien dr.koshi,alhamdulillah doktornya friendly.tp adrien ini agak manja jika dibandingkan dgn adam,adam kena cucuk x menangis,adrien ni kena cucuk meraung.biasala mana nak samakan perangai dua beradik.

Comments

Popular Posts