Penat balik dari bertaklimat belum hilang..mengantuk sebab tidur lambat tapi sebab kasihan anak² kena tinggal mama paksa en.azmi bawa kami jalan² hahah..takde lah jalan jauh pun dekat² rumah jugak.
Setelah menggoogle apa yang patut jumpalah satu tempat tu dekat je dengan morib, dari rumah ni dalam 40minit macam tu je,so ok lah jom la kita tengok ok ke tidak tempatnya.
Kuan Wellness Eco Park nama tempatnya, ok jugalah tempatnya kan tapi takdelah besar sangat, ini atas tanah persendirian. Mama tengok macam ada lagi pembangunan yang akan dibuat, macam nak buat resort, sebenarnya dekat situ tempat sarang burung walid dan memang ada dijual produknya disitu, cuma mungkin pemilik menambahkan sedikit tarikan dengan membuat mini zoo disitu.
Bayaran dikenakan untuk masuk mini zoo tu sebanyak rm5 seorang, kira oklah untuk anak² dapat bagi makan ikan dan arnab, makanan ikan rm3 dan arnab rm2. Anak² mama ni mudah je asalkan dapat berjalan dah gumbira walaupun tempatnya takdelah besar mana pun.
Banyak jugalah haiwan dalam tu... Ikan, burung,itik,ayam,merak yang tak mahu kembangkan ekor, musang, ayam serama,iguana,rusa, ayam belanda...ehh banyak jugalah kan,cuma kawasannya tak luas manalah.
Dalam bangunan bersebelahan kami masuk juga, ada tempat untuk menonton info tentang burung walidlah agaknya tapi mama tak tonton sebab dalam bahasa cina, terlupa pula nak bagi cadangan nanti buat dalam bahasa melayu atau english. Seronok masuk dalam ni sebab nak aircon bagi sejuk badan sekejap.
![]() |
| Kincir angin tu.tempat cantik untuk.bergambar, mama bayangkan kalau ada bunga tulip lagi cantik tu |
Haaa...berbuailah anak², seronok juga lepak2 tepi pantaikan
Gambar mama berbuai...en.azmi la tunjuk pada anak² gambar mama ni. Sesekali mama ko nak fefeeling bawang merah kan bila anak² tak ikut,kalau anak² ikut mesti nak terjun kolam je.
![]() |
| Cendol durian,Milo tabur float dan milo nestum float |
Wassalam









