Assalamualaikum...
Alhamdulillah rezeki mama lagi, semalam masuk dari lunch tengok ada bungkusan atas meja, terkejut sekejap walaupun dah tahu memang akan dapat bungkusan sebab si pemberi dah maklumkan awal hehehe. Terima kasih aida sudi bagi hadiah untuk saya, ini kali kedua tau mama dapat hadiah dari aida,sebelum ni pernah dapat jugalah. Rezeki mamalah kali ni sebab si hensem izat anak aida cabut undi, nama mama terpilih, TQ izat..
Mama bawa balik hadiah ke rumah, tak sabar nak tengok isi didalam, nak buka dekat ofis malu pulak rasanya kan jadi kita bawa bersabarlahkan, buka dekat rumah. Baru je mama bawa keluar dari beg, ada budak dah tanya "itu apa mama?" "hadiah untuk mama la" selamba la mama jawab sebab memang untuk mama kan, "asyik hadiah untuk mama jeee, untuk yaya takde ke?" hahaha...beria dia selongkar beg nak cari hadiah untuk dia, takdelah anak oiii untuk mama je. Sebelum ni mama dapat hadiah jugakkan untuk cabutan bertuah.
Mama nak buka hadiah dorang pun sibuklah sama nak membuka hadiah jugak. ye jomlah anak2 kita buka dan tengok apa hadiah yang mama dapat. senyum gumbira mama tengok hadiah yang mama dapat tu hehehe...best hadiahnya, mama suka tak sabar mama nak guna nih. Terima kasih aida dengan pemberian ini ya. Mama snap pic pemberian aida tu tapi ye lah ada yang interframe jugak mama bagilah kan. Nantilah adelya tak lama lagi birthday yaya kan, nanti mama belikan hadiah untuk yaya ye dan kek princess (dia dah siap mintak 😂).
Inilah yang mama dapat dari aida, seronok hokey dah siap2 basuh hari ni bolehlah mama guna heheh. Anak dara yang jeles mama dapat hadiah mama nak ambik.gambar dia pun sibuklah juga "biar yaya yang pegang" kata dia, ye lah peganglah nakkk.
Aida terima kasih banyak2 ye..
Wassalam
diari mama untuk anak-anak soleh dan solehah mama... adam aryan, adrien aryan & adelya azra.. penyejuk dimata,penawar dihati.. bila suatu hari nanti mereka boleh membaca,dapatlah mereka membaca kisah tentang mereka yang mama coretkan disini...
Tuesday, 31 July 2018
Friday, 27 July 2018
Tak sempat selfie dengan Kak Wan 😂
Assalamualaikum....
Semalam Jabatan tempat mama berkerja ni mengadakan majlis statistik mensejahterakan rakyat. Kami pasukan rujuk kospen plus dijemput untuk buka booth pada majlis berkenaan. Alhamdulillah dapat pengalaman barulah mama semalam. Majlis akan dirasmikan oleh Tim.Perdana Menteri Malaysia. Majlis diadakan di Dewan Tun Canselor, MMU. 1st time lah mama datang sini.
Dalam pukul 11 sampai nak set up booth sikit, takde buat apapun kalau yang pernah baca sebelum ni mama ni salah seorang dari pasukan rujuk kospen. jadi booth kami untuk buat ujian tekanan darah, glukosa dan bmi. kerja mama hari tu ambil tekanan darah sekejap lepas tu buat ukuran berat dan tinggi bagi pengunjung yang ingin buat ujian saringan, tak sangkalah ramai juga yang datang ke booth kami tu. Sampaikan ada yang ingat kami ni dari Jab.Kesihatan..hehehe
Sebelum Kak wan datang kita bergambar dengan banner yang ada gambar kak wan ni. Majlis bermula pukul 4 sebelum tu ada forum dulu. Dah lama rancang majlis ni tapi sebab nak menunggu TPM ada masa susah jugaklah kan, sebelum ni date lain lepas tu tukar date dan semalam barulah berjaya majlis diadakan.
Semangat okeh mama tunggu kak wan dekat booth mana kak wan nak datangkan, tetiba bos cakap tpm tak sempat melawat booth kerana perlu hadiri mesyuarat lain, masa tpm nak berjalan keluar tu kawan mama bergegas la nak kejar nak bergambar katanya tapinya tak terkejar pulak laju betul kak wan berjalan hehehe dah lah kecik molek je orangnya kan. tak dapat tengok dekat2 tengok dari jauh je lah mama kira ok lah kan dapat juga jadi sebahagian daripada majlis. Saja je mama berdiri mana tahu kot2 kamera tala arah mama dapat jugak masuk tv kahkahkah. Masa dorang ajak bergambar ramai2 tu mama dah tak larat nak jalan pun sebab kerja mama berdiri je, gigil dah kaki.
Yang kelakarnya bila diberitahu tpm tak melawat booth kami pun laju la kemas barang sebab tak sabar dah nak balik, waktu tu jam dah pukul 6ptg, sekali ada sorang petugas datang beritahu "jangan kemas lagi Datuk Seri KP dan YB akan melawat booth" adehhh rupanya timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi ada untuk melawat booth, ingatkan balik sekali, kami apalagi..cargaslah susun booth balik hahaha bersedialah mana tahu YB nak buat ujiankan. Lepas lawatan kami pun berkemaslah, boss nak ajak minum pulak sebab datang dengan kawan mama join jugaklah walaupun rasa nak balik dah sebab nak hampir pukul 7 dah kan.
Sudahnya sampai rumah hampir pukul 9, minta kawan hantar sampai parking masjid. Walaupun penat tapi seronok jugalah sebab dapat pengalaman baru kan. Seminggu dua ni penat jugalah sebab kena ke sana sini, tapi takpelah demi kerjakan. Mama perlu bercuti nampaknya , penat rasanya dah ni perlu pergi tenangkan diri sebelum mula sibukkan diri lagi dihujung tahun pulak, banyak survei yang perlu dibuat nih.
Wassalam
Semalam Jabatan tempat mama berkerja ni mengadakan majlis statistik mensejahterakan rakyat. Kami pasukan rujuk kospen plus dijemput untuk buka booth pada majlis berkenaan. Alhamdulillah dapat pengalaman barulah mama semalam. Majlis akan dirasmikan oleh Tim.Perdana Menteri Malaysia. Majlis diadakan di Dewan Tun Canselor, MMU. 1st time lah mama datang sini.
Dalam pukul 11 sampai nak set up booth sikit, takde buat apapun kalau yang pernah baca sebelum ni mama ni salah seorang dari pasukan rujuk kospen. jadi booth kami untuk buat ujian tekanan darah, glukosa dan bmi. kerja mama hari tu ambil tekanan darah sekejap lepas tu buat ukuran berat dan tinggi bagi pengunjung yang ingin buat ujian saringan, tak sangkalah ramai juga yang datang ke booth kami tu. Sampaikan ada yang ingat kami ni dari Jab.Kesihatan..hehehe
![]() |
| Macam pakai jubah pulak pada hal pakai skirt tu..hehehe dorang suh pakai seluar formal, mama mana ada seluar formal mujur ada skirt lama nih kita bedal je la |
![]() |
| Kami di booth kospen plus |
![]() |
| Tengok dari jauh pun jadilah |
Sudahnya sampai rumah hampir pukul 9, minta kawan hantar sampai parking masjid. Walaupun penat tapi seronok jugalah sebab dapat pengalaman baru kan. Seminggu dua ni penat jugalah sebab kena ke sana sini, tapi takpelah demi kerjakan. Mama perlu bercuti nampaknya , penat rasanya dah ni perlu pergi tenangkan diri sebelum mula sibukkan diri lagi dihujung tahun pulak, banyak survei yang perlu dibuat nih.
Wassalam
Wednesday, 25 July 2018
Jalan-jalan cari makan
Assalamualaikum...
Ahad bila entah la ni, lupa dah sebab lama dah berlalu rasa macam bosan dah duduk dekat rumah takde buat apa nak pergi jalan2 pulak bajet takde jadinya ajaklah en.azmi bawa anak2 pergi pekena ais kepal milo, sekali bila dah sampai kedai tutup pulak takde rezeki nampaknya sebab kedai tu tutup hari ahad rupanya, kuciwalah adelya yang teringin nak makan ais kepal milo tu, yang terlebih kuciwa tentulah mama dia ni hahaha.., sudahnya mama ajak je lah ronda2 sekitar jalan kebun tu, mana tahu ada tempat boleh lepak2 kan.
Mama sebenarnya malas nak memasak dah untuk makan malam tu jadi sajalah ajak en.azmi keluar cari makan yang ringan2 je. sekali nampaklah satu kedai ni, dulu rasanya pernah viral jugak kedai ni. Bila tanya anak2 nak makan dekat situ tak? semuanya ok..so jomlah mama belanja, lagipun dah lama sangat tak bawa anak2 makan dekat luar kan, asyik makan masakan mama je, mesti jemu jugakkan. walaupun yang sebenarnya mama dorang ni yang terlebih2 nak keluar pun kan, takpelah kita gumbirakan hati anak2 yang dah lama mama papa tak bawa kemana2 tu kan, kesian pulak asyik terperap dekat rumah je walaupun hari cuti.
Seronoklah mama tengok anak2 gembira dapat makan dekat luar tu ha, semua pakat pilih makanan kegemaran masing2. apalagi kalau tak chicken chop yang menjadi pilihan. Harga makanan murahlah bagi mama, air pula 1cawan rm1 kami ambil 5 cawan(rm5) dan boleh refill, air yang disediakan hari tu limau ais dan ribena cincau, ais kosong pun ada dan mama tak tahulah air ni bertukar setiap hari atau memang pilihan airnya adalah sama setiap hari. Pilihan makanan kami 2 chicken chop (rm5.50 setiap satu), beef ball(rm5.50), chezzy chicken chop(rm8.50), nasi chicken chop(rm7.50). Rasanya macamamana pulak? bagi mama ok lah rasa makanannya sedap bagi tekak mama. anak2 pun mama tengok selera je makan, portion pun banyak, yang tak habis kita bungkus bawa balik dan sambung makan di rumah.
Sebelum ni abang2 dah banyak kali makan western ni masa duduk kampung nak dekat raya hari tu, adelya la dok tengok gambar je, kali ni dapatlah adelya makan juga, tengoklah tu dia lah yang paling gembira dapat makan,takde lain yang menggembirakan hati mama melainkan tengok anak2 gembira.
Ini je yang sempat mama snap beef ball dan chicken chop. walaupun yang sebenarnya segan nak snap pix tapi gagahkan jugalah kan, nanti tak seronok pula share cerita tapi gambar takde. ye lah bila mama tengok2 balik dah lama takde gambar pergi makan2 nih ada tak ada pun gambar masakan mama yang tak berapa nak hado tu je.
Oh ye ini kami makan di Maipi Corner dekat Jalan Kebun. Boleh katakan dekat area jalan kebun ni memang banyak kedai makan tapi kami je yang jarang2 nak jalan2 cari makan dekat sini.

Subscribe to:
Posts (Atom)
Kejohanan Silat Olahraga
Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...
-
Assalamualaikum... kali ni mama nak cerita pasal muzium 3D kat cameron highland.mama memang sukalah bab-bab lukisan ni teruja je dengan ga...
-
Assalamualaikum.... Salam isra' Mi'raj semua, ada yang berpuasa hari ini? alhamdulillah..rezeki tu dapat berpuasa, tak dapat berpu...