Wednesday, 29 November 2017

Saja nak ambik aura

Assalamualaikum...

Haa mak hainom okje mama ni bukan sawan GA tau tapi sawan pasal #fattzura ecehhh, dah sawan kat #fattzura tu teruslah menyawan join GA hahaha manalah tahu ada rezeki Allah nak bagi nanti. Tengok gambar #Fattzura nikah tu rasa nak senyum je mama...ehhh mama minat fazura tu tau dari dulu lagi lah sebab cantik je fazura tu. Fattah tu takdelah minat sangat tapi bolehlah nak tengok dia berlakon, tapi nampak macam budak baik je budak Fattah tu kan.

eh eh sweet je tengok 
Ada akak sorang ni yang duduk kat belakang mama ni berjiranlah dengan family fattah ni, katanya fattah ni memang budak baik, budak mesjid gitu, kalau pegi masjid tu memang adalah muka dia masa dulu-dulu sebelum jadi artis dan masa mula-mula jadi artis tu, masa zaman kurus kering katanya, bila dah sado sikit ni tak pernah jumpa lagilah, mungkin sekali sekala je balik rumah familykan. Akak ni kata mak fattah pun geng masjid juga, akak ni kalau pergi masjid memang jumpalah mak fattah tu.. haaa kau semangat mama nak ceritakan hehehe sekali sekali nak cerita pasal retis kan, bukan selalu..lagipun tengah hangat citer fattzura ni kan, mama up la sebab minat

Tengok cantik sangat fazura ni kan, bertemu juga jodohnyakan, aturan Allah memang cantikkan... ehh mama ikuti juga cerita-cerita artis ni lah, baca jugalah gosip2 artis ni.."gosip2 juga, Allah jangan lupa" kalau takde benda baik yang nak dicakap baik kita diam, kadang kesian tengok komen2 negatif nih, kita doa je lah yang baik2 inshaAllah pasti yang baik2 juga Allah bagi dekat kita nanti. Semoga ikatan pernikahan mereka berkekalan hingga ke dalam syurga Allah.

Lagu dari aizat untuk fattah dan fazura

Jika ku radio dan engkau lagunya
kan aku putarkan hingga semua terleka
begitulah kita ditakdirkan untuk bersama

Jikaku air wudhukmu menjadi serimu
dalam lima waktu
jika kau kuat percaya akulah jodohmu
jagamu selalu

Menarilah sayang dihari bahagia
dibawah bulan bintang
kasih kita berdua

Jangan bimbang sayang
kita harungi bersama berdua selamanya
samapai ke hari tua
mencintaimu

kaulah watak utama dalam setiap drama
yang sering dimainkan menjadi kegilaan
begitulah kita ditakdirkan untuk bersama

Menarilah sayang dihari bahagia
dibawah bulan bintang
kasih kita berdua

Jangan bimbang sayang
kita harungi bersama berdua selamanya
samapai ke hari tua
mencintaimu

Engkaulah satunya menjadi milikku
sampai ke hari tua
mencintaimu

Tengok Fattzura bernikah tetiba mama pun nak ambik aura jugaklah mbahahaha... aura lah sangatkan, ye lah tak lama lagi tak sampai sebulan lagi mama pun  nak sambut anibesari yang ke-9 jadi tengok2 gambar nikah fazttzura ni sengih2 je lah, ehhh rasa macam nak naik pelamin lagi jek..



Nahhhh.... pengantin lama hakhakhak #MILAH. nak jugak ko hashtag bagai ye mama..ehhh sekarang ramai buat hashtag mama pun nak try lah jugak, tapi apasal #milah??? ... ye lah azmi + fazilah jadilah milah wakakaka...amacam sweet ke idokkk.. Ok lah babai

Wassalam

GIVEAWAY PERTAMA DARI BLOG IRDAGARMIN.

Assalamualaikum...

Yeahhh...mama join GA lagi..hujung2 tahun ni join GA kawan2lah kan, kita bagi support sikit kat kawan-kawan. Kalau ada rezeki dapat hadiah, takde rezeki pun takpe kita dapat eratkan silaturrahim.

Kali ni mama join GA dari Irda pulak, GA sempena bulan kelahiran irda. Mama join sebab hadiahnya menarik, buku motivasi tu, dah lama mama tak membeli buku nih, jadi kalau dapat hadiah buku ni kira bertuahlah mama

Nak join klik banner

Syarat-syarat pun mudah je jadi senanglah mama nak joinkan.

Mama suka baca blog irda sebab banyak perkongsian yang diberi, tapi mama suka baca tentang semangat irda untuk berjaya. Tinggalkan kerja yang bagi mama dah selesa la, tapi irda ni sejenis fokus pada apa yang ingin dilakukan. seronok tengok semangat irda, moga mama juga ada semangat dan keberanian macam irda. Mama doakan moga irda berjaya dalam apa juga yang dilakukan.

Jom ramai2 meriahkan GA irda ni, masih sempat lagi nih sebelum tarikh tutup.

Wassalam.

Tuesday, 28 November 2017

DUCK GIVEAWAY BY BLOG NADIAIZZATY.NIA

Assalamualaikum...

Pagi ni mama rasa ceria je hehehe bila dengar berita Fazura dan Fattah dah bernikah..ehhh mama sukalah Fazura tu cantik sangat, suka Fazura ye bukan Fattah.

Disebabkan mama rasa gembira mama nak join GA hari, tu diaaa join ye bukan mama yang buat GA hehehe.. Dah lama tak join GA ni jadi kali ni mama joinlah, mana tahu ada rezekikan.


Kalau nak join klik banner ye

Hadiah menarik wehhh.. tengok tajuk GA pun tau dah hadiahnya apakan. Ini kalau mama sendiri nak beli memang taklah kot kan, jadi join GA ni mana tahu ada rezeki mama kan. Jom ramai-ramai join jom, kalau takde rezeki mama mungkin rezeki kawan-kawan.

Wassalam.

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...