Friday, 30 December 2016

Bila harus memilih

Assalamualaikum....

Bila harus memilih dan membuat keputusan yang sukar, tak terluah rasanya tapi apakan daya keputusan tetap perlu dibuat setelah mengambilkiran pelbagai perkara. Ianya menjadi sukar apabila kita perlu meninggalkan sesuatu yang bagus untuk sesuatu yang kita belum pasti. Tapi biasalah semuanya perancangan dari Allah kan.

Berat hati mama nak bagitahu tecer taska yang tahun ini merupakan tahun terakhir untuk adrien dan adelya duduk di taska tu, selepas ini mereka akan duduk ditempat baru berdekatan dengan rumah baru. cuma abang adam masih transit disitu sebab masih belum dapat bertukar sekolah, jadinya abang adam perlu dihantar dan diambil dari sekolah nanti memandangkan tiada transport yang pergi ke sekolah abang adam tu, takpelah bersusah payah dahulukan, mana tahu kemudiannya akan diberi kemudahan.

Adelya akan diletakkan dirumah jiran sebelah rumah mama, alhamdulillah orangnya pun baik, inshaAllah dia akan jaga adelya dengan baik, jiran mama tu pulak bekas cikgu tadika jadi dia memang dah biasa dengan kanak-kanak dan katanya dah tak tahu nak buat kerja lain selain dari menjaga anak-anak, ok lah tu kan.

Untuk Adrien pula, satu keputusan sedang dipertimbangkan dan dikaji mana yang lebih baik untuk adrien juga untuk mamapapa, kena pertimbangkan dari semua aspek masa, kewangan dan semuanyalah, apa yang pasti Adrien sudah pun kami daftarkan di PASTI yang terdapat disitu, Adelya pula inshaAllah akan menyusul juga tapi buat masa sekarang kami tak masukkan lagi adelya ke pasti tu, setelah menimbangkan beberapa perkara, walaupun kata orang dah boleh nak bagi adelya sekolah tapi papanya kata biar dulu, ok takde masalah kita ikutkan saja.

Hari ini merupakan hari terakhir adelya dan adrien di taska, ada jamuan akhir tahun mama pun menyempatkan dirilah untuk memberikan sesuatu untuk tecer sebagai tanda penghargaan, mama berikan sebiji kek, itu untuk abg adam dan adrien potong nanti, sebagai sambutan hari lahir mereka di taska bulan ini. dan mama yang tak berapa nak kreatif ni pun membuat gubahan bunga dan coklat untuk tecer..ahahahaha orang buat canti, mama buat ala kadar je, itu je yang mama termampu dengan idea yang tak berapa nak memberangsangkan ini, oklah tu harap tecer gembira menerimanya.


inilah hasil dari kerastangan mama..hehehe tak sempat nak berfikir pun beli barang pun main sauk je.
Sedih mama rasakan bila terpaksa berpisah taska ni, tapi tak pe mungkin Allah menyediakan sesuatu yang lebih baik buat anak-anak kan...semoga segalanya dipermudahkan nanti InshaAllah.

Wassalam

Tuesday, 27 December 2016

8 tahun menyulam cinta


Assalamualaikum....

8 tahun sudah melalui ujian dan dugaan, tawa dan airmata..
Moga hari yang mendatang kita lebih tenang melangkah
Menuju cinta Ilahi..




Moga ikatan pernikahan ini kekal hingga ke dalam syurga Allah.
Tak dapat nak tulis banyak-banyak mama busy..

Wassalam.

Sunday, 25 December 2016

Abang dah besar

Assalamualaikum...

Alhamdulillah syukur pada Allah, hari ini umur abang meningkat setahun lagi. Sekejap je abg dah besar. Masih segar diingatan mama ni saat menanti abg dilahirkan. 25 disember 2009 jumaat petang abg selamat dilahirkan secara vaacum..pengalaman pertamakan. Lepas abg dilahirkan mama pitam dan tidur dalam labour room tu sampai ke malam, lepas sedar tu mama minta nak masuk bilik sebab adik beradik dah tunggu lama. Pagi esoknya baru mama dapat tengok abang betul-betul.

Sejak akhir-akhir ni kadang-kadang mama rasa abg dah besar sangat, abg dah belajar bancuh air milo sendiri, dah boleh tolong mama basuh pinggan, boleh juga tolong mama potong sayur. Mama bangga dengan abg walaupun mama tak minta abg tolong, abg yang minta nak tolong mama,siap minta mama ajar abg memasak. Kita belajar satu-satu ye abg. Mama akan ajar abg buat keje rumah juga. Rumah dulu dapur tak elok sebab tu mama tak bagi abg tolong. Sekarang bolehlah mama ajar.


Abg pun dah boleh tolong mama lipat kain nampaknya tu. Cara abg buat, abg minta mama lipat dulu, kemudian baru abg buat, suka mama tengok abg dah boleh diharap. Pagi tu mama biar abg pergi kedai dengan adrien beli roti, mama tunggu dalam kereta, mama tengok abg boleh jaga adik, nak langkah longkang dan lintas jalan abg pegang tangan adik, beli barang pun dah boleh tu.

Hasil lipatan baju abang..oklah tu baru belajarkan, lama-lama nanti mesti lagi kemaskan

Walaupun macam tu kadang ada juga kerenah lain, biasalah adik beradik kadang bergaduh jugakan. Tak apalah masa kecil ni memang macam tu lah kan, kadang keluar suara jantan mama ni..hehehe. Bila anak-anak dah besar nanti dan dah buat hal sendiri mesti makin sunyi rumahkan. Buat masa ni layan sajalah kerenah mereka.

Abang..moga adam dapat menjadi imam satu hari nanti, cemerlang didunia dan akhirat. Jadi abg yang dapat melindungi dan membimbing adik-adik.

Wassalam

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...