Friday, 1 July 2016

sekadar berkongsi

Assalmualaikum...

Jumaat terakhir dalam bulan ramadhan, moga segala amalan kita pada bulan yang mulia ini diterima Allah swt.

Perkongsian dihari jumaat...katanya ustaz, wahai lelaki kalau kamu mahu dapat pahala beribadah separuh malam, maka solat isyak berjemaah dan andai kamu inginkan pahala beribadah seluruh malam, maka solatlah subuh berjemaah dan siapakah antara kamu orang yang hebat imannya? orang yang hebat imannya adalah orang yang solat subuh berjemaah 40 hari berturut-turut.

Lazimkan solat sunat 2 rakaat sebelum subuh kerana ia lebih disukai Nabi dari dunia dan seisinya, ustaz kata nak solat subuh pukul 6.30pg pun takpe tapi solatlah sunat 2 rakaat sebelum subuh tu, tapi kalau dah kita solat sunat sebelum subuh pastinya kita akan solat subuh tepat pada waktunya, bagaimana nak lebih waktu setiap hari? solatlah diawal waktu, siapa yang solat diawal waktu, pasti banyak masa yang dia ada, lebihkan masa untuk Allah pasti Allah lebihkan masa untuk kita.

Bagaimana nak kekalkan amal kebaikan yang kita lakukan di bulan ramadhan ni agar berterusan sehingga bulan-bulan yang seterusnya? bila kita berpuasa 30 hari dan buat segala amal kebaikan dibulan ramadhan ni selama 30 hari, maka genapkan sehingga 40hari, macammana nak genapkan? syawal tu kita puasa 6 dan tambah lagi dengan bersedekah, mengaji dan tambahlah dengan apa saja kebaikan sehingga 40 hari inshaAllah selepas itu, segala amal kebaikan yang kita lakukan itu akan berterusan.

Boleh jadi saat engkau tidur terlelap, pintu-pintu langit sedang diketuk oleh puluhan doa kebaikan untukmu, dari seorang fakir yang telah engkau tolong, Atau dari orang kelaparan yang telah engkau beri makan atau dari seorang yang sedih yang telah engkau bahagiakan atau dari seorang yang berpapasan denganmu yang telah engkau lapangkan, Maka janganlah engkau meremehkan sebuah kebaikan ( Ibnu qayyim Al Jauziyah dalam kitab Miftah Daaris As Sa'aadah.

Masa adalah makhluk Allah yang sangat cepat dan taat..
Ramadhan hari-hari yang tertentu..Ramadhan akan tinggalkan kita, markah sudah tercatat.Apa yang kita persembahkan pada Allah,Kita boleh lihat hati kita jenis apa,kita boleh rasa kita boleh tahu, Yang benar-benar mengenal Allah, bukan minta dunia tapi minta akhirat..Minta dunia itu apa?minta nak jadi kaya minta nak hidup senang, minta akhirat itu apa? Mintalah Allah rezekikan kita dnegan iman dan takwa..mintalah taufik dan hidayah,mintalah Allah penuhkan hati kita dengan menyintai Dia dan kekasihnya, bila kita sudah mendapat cintanya Allah, pastinya hajat kita ditunaikan Allah tanpa kita minta - Ustazah Nurhafizah.

Sedikit perkongsian moga bermanfaat dan maaf andai ada tersalah kata, sekadar berkongsi bukan bermakna mama bagus, cumanya berkongsi untuk mengingatkan diri sendiri.

Dikesempatan ini mama nak ucapkan selamat menyambut syawal buat semua rakan-rakan, mungkin lepas ni dan sibuk tak sempat nak menjenguk kawan-kawan kan, mama mohon ampun dan maaf andai ada salah silap semasa menulis entri di blog mama dan tersentuh mana-mana pihak, juga maaf andai tersalah kata semasa komen di blog kawan-kawan.

Selamat balik kampung dan berhati-hati di jalan raya ye semua.

Wassalam

Wednesday, 29 June 2016

Balik mana kita?

Assalamualaikum...

rasa macam lama pulak tak menulis apa-apa kat sini,maklumlah kemalasan melanda, amacam persiapan di akhir-akhir ramadhan ni? moga semuanya berjalan lancar dan moga ibadah kita semua diterima Allah swt. persiapan raya macammana pulak? Mama alhamdulillah..semua dah siap serba sederhana sajalah, sederhana dalam ertikata sendirlah ye..

Yang mana dah berkahwin tu dah tahu ke kampung mana nak balik dulu? mama macam biasalah balik kedua-dua kampung juga, cuma untuk tahun ni malam raya dirumah en.azmilah sebab tahun lepas di rumah mama, tapi lepas solat raya haruslah balik kampung mama pula, macam tu lah boleh ulang-alik saja kan, dekatlah katakan..jadi takdelah nak gaduh, tapi gaduh-gaduh manja tu ada jugaklah.

Kadang mama petang raya tu nak jugaklah ke kampung mama, menolong apa yang patut, merendanglah biasanya kerja mama ni, nak pulak kalau ibu balik rumah mertua dia, jadi mama kena lah buat rendang kat kampung mama tu, makngah dengan maktam..tak reti katanya, bukan tak reti tu,saja malas belajarkan nak suruh orang yang buatkan,tahu dah akal memasing tu.

Dalam soal balik kampung siapa dulu ni, kata DMFK..tengoklah pada keadaan, kalau rumah ibubapa suami kita tu dekat rumah kita, tiap-tiap minggu kita balik,maka hari raya baliklah kampung isteri, lepas tu kalau, dua-dua jauh, kena pulak ibubapa suami tu tidak sihat, maka baliklah kampung suami walaupun tahun tu tiba giliran kampung isteri, kalau semuanya ok, ikutlah giliran yang penting jangan gaduh-gaduh buat o som pun boleh hehehe..

Ada setengah orang kata, best kampung dekat-dekat boleh ulang-alik je, tapi ada juga yang kata baik kampung jauh-jauh senang, boleh tumpukan pada satu rumah tu saja tak perlu ulang-alik, nak berjalan pun senang, jalan je rumah saudara mara yang ini, tak perlu nak terbahagi dan tergesa-gesa, kesana sini, kadang penat juga macam tu, apapun terpulang pada kitalah kan.

Mama tahun ni ada dikampung sampai raya kedua saja, raya ke 3 dan keempat mama nak ke Taiping, ada jemputan kenduri dari paksu (adik arwah ayah), memang kami semua nak pergilah, sebab inilah masanya nak berjumpa saudara-mara pun, dah lama mama tak jumpa paksu ni, dulu-dulu paksu pernah tinggal dengan kami, sekrang anak-anak paksu semua dah besar ada yang dah kawin pun. InshaAllah raya keempatnti dapatlah kami berjumpa. Rasa tak sabar itu ada, paksu siap telefon mama lagi, nak jumpa en.azmi dan anak-anak, ye paksu tak pernah jumpa pun en.azmi dan anak-anak. itu yang nak pergi sangat tu.

Jadi raya tahun ini kami akan balik Pahang dan balik Peraklah. Perak negeri kelahiran mama, tapi mama dibesarkan di Pahang. En.azmi pula memang anak jati Pahang. Moga dipermudahkan urusan kami nanti hendaknya. Jumaat dah last keje, semangat pun berkobar-kobar, tapi mama balik kampung hari ahad.



Wassalam

Sunday, 26 June 2016

Berbuka dimana kita?

Assalamualaikum...

Macam berbuka diluar je gayanya ye..tak adalah masih berbuka dirumah. Sabtu ibrahim's dotter nak datang rumah mama untuk ambil bajukan, mulanya takda siapa pun cakap nak berbuka puasa di rumah sebab ramai ada hal, tapi lepas tu berubah rancangan semua nak berbuka dirumah mama. Tinggal maktam dan pakjang je yang tiada.

Pagi keluarlah mama membeli barang untuk masak, takdelah masak yang gah pun masak bizsa-biasa saja,asalkan dapat dimakan oleh tetamu pun alhamdulillah, tetamu tiba selepas asar, jadi tenanglah mama memasak, kalau tak tentu tak tenang dengan suasana kecoh, mana nak memasak, mana nak berborak hahaha.


Ini sajalah yang mampu mama masak semalam, ayam goreng untuk anak-anak, udang petai, ketam lemak cili padi dan sayur campur. Alhamdulillah semua licin, seronoklah mama bila hasil masakan mama dimakan dengan begitu selera hingga licin, ini satu penghargaan buat tukang masak walaupun kata en.azmi kuah ketam mama cair, biarkan saja yang penting habisss.


Sardin home made dan mangga dibawa oleh mommy, tapi sardin tu dimasak mama juga, ceh pengelat punya mommy dia punya resepi mama yang kena masak, kerabu mangga tu pun idea dia sudahnya menggoreng kacang dan bilis mama juga heheh..ini menu-menu terakhir sebelum azan berkumandang,gigih kami sampaikan en.azmi terpaksa ke kedai membeli bilis, kacang dan limau.


Ramai-ramai mengadap juadah, itu baru sebahagian saja. Gambar bawah mommy yang gigih meracik mangga, sampai paksu pun kena kerahan tenaga mengopek bilis dan memotong cili, nak hampir berbuka pakcik pula dikerah membuat hidangan. Makngah, makdak dan pakdak sedikit lambat tiba sebab jalan.jem, mujur juga lambat sebab nasi yang mama masak tidak cukup, terpaksa masak untuk kali kedua, seelok mereka tiba nasi pun masak, tak perlu menunggu lama untuk makan.

Selesai makan dan buat apa yang patut, anak-anak riuh bermain bunga api, emak-emak didalam rumah kecoh mencuba baju raya, memang gamat dibuatnya bila semua nak bersuara, macam-macam pula cerita yang keluar,seronok sesekali berkumpul begitu, inshaAllah raya nanti berkumpul lagi kesemuanya dan inshaAllah kami akan beraya juga ke negeri kelahiran arwah mak dan ayah nanti.

Pukul 10.30 semua pun balik ke rumah masing-masing. Mama pun selesai mengemas apa yang patut, anak-anak pun sudah mula letih kerana asyik bermain dengan sepupu, tanpa sedar semua tertidur sendiri.

Oklah itu saja cerita berbuka semalam, terima kasih sudi singgah dan baca.

Wassalam

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...