Tuesday, 22 April 2014

pengasuh atau pusat jagaan

assalamualaikum semua...

diharapkan semuanya sihat-sihat hendaknya

bila ada anak dulu dah terfikir,mana nak hantar anak nanti bila akak mula bekerja..
akak pasti semua ibu-ibu pun akan berfikir begitu kan, kalau boleh memang nak jaga sendiri anak-anak dan lihat anak-anak membesar didepan mata. tapi apa nak buat tuntutan hidup sekarang ni memerlukan akak bekerja..

masa lepas lahirkan adam, akak memang dah tau kat mana nak hantar adam sebab kawan akak dah bagitau ada seorg opah ni bagus jaga budak2..
dan ternyata memang tersangat bagus,bukan setakat adam je yg opah tu jaga, siap basuhkan baju adam lagi..selain tu boleh dikatakan dalam seminggu tu akak tak perlu nak masak bila balik kerja sebab opah tu dia akan masak lebih dan akan bekalkan untuk akak bawa balik makan dirumah.
cara opah jaga adam pun memang akak puashati la
tapi sayang jodoh tak panjang sbb opah terpaksa balik kampung,
masa tu akak tengah peknenkan adrien,ingat nak suruh opah juga yg jagakan tp tak dapat.

mula la akak dan en.azmi berfikir mana la nak hantar anak lepas ni...
ada la beberapa cadangan,nak hantar ke rumah org juga la, bila pergi tengok akak rasa tak berpuashati, berfikir lagi dan lagi...sebelum bersalinkan adrien akak tinggalkan adam pada kakak akak untuk dijaga dan akak hanya ambil adam pada hujung minggu je..sedih la waktu tu,tp tak bole nak buat apa..terpaksa..

survey2 taska yg ada dekat rumah, tp macam tak berpuashati juga...
akhirnya pergi pada taska yg ada di taman lain...
terasa berpuashati walapon kata jiran-jiran bayarannya mahal sedikit, bagi akak tak kisah la asalkan berpatutan kan...
mula-mula tinggalkan adam dan adrien risau jugak hati ni...
tapi lama-kelamaan akak dah tak risau lagi,sebab akak memang sangat berpuashati...inshaAllah moga taska tu terus memberikan perkhidmatan yg terbaik..anak-anak pun ok duduk disitu..
sekarang adelya pun akak hantar ke taska yg sama..


buku log harian ni, perlu diisi oleh ibu bapa dan juga guru taska..



sebelah kiri tu ruangan utk tecer tulis, berapa kali minum susu,makan,mandi, buang air,tukar pampers dan apa aktiviti yg anak2 lakukan pada hari tu.
itu buku catatan adelya..
tengok tecer tulis...marah bila tidak dapat melakukan apa yg diingini...hehehe adelya sangat aktif ok

owner taska tu muda lagi, selalu juga whatssapp tanya tentang anak-anak kalu anak tidak sihat, ye la kdg2 anak demam terpaksa juga hantar ke taska sebab mama bekerja kan...
taska ini bukanlah sekadar pusat jagaan sebenarnya,dorg ada mengajar juga, dapat la anak-anak kenal huruf dan nombor,juga anak-anak dapat belajar surah2 lazim,dapat juga anak2 mendirikan solat dan tau bacaan dalam solat..syukur sangat2...
terkejut mama dibuatnya bila abg adam boleh baca al-fatihah,annas,al ikhlas...
ye la nak harap mama ni, dapat ajar sikit-sikit je la,apa yg termampu,
tapi berusaha juga la utk mengajar anak-anak,cuma dgn mama ni anak-anak suka main-main bila belajar..

alhamdulillah setakat ni dapat pengasuh dan pusat jagaan yg ok, takde la risau sangat nak tinggalkan anak-anak kan...
 ok la stop dulu bebelan akak nih

wassalam

Monday, 31 March 2014

mangsa buli

 assalamualaikum...
 
 
 
 
 
 
tengoklah anak dara akak yg sorang ni,
kena buli dah...
dengan sapa lagi kalau bukan dgn abg kawasan tu,
si adrien la...
kejadian berlaku masa mama sibuk memasak didapur..
pasrah je la anak ye,nak buat macam mana lagi..
"mama..baby pakai topi" kata adrien..
tak boleh lepa dah anak dara ni,semalam mujur akak sempat tengok kalu tak taktau la mcm mana..
dia dah panjat tangga sampai ke anak tangga yg ke-4 dah.
kusss semangat..berdebar akak dibuatnya,
berlari mcm nak tercabut nyawa,dia lak boleh senyum je...
adoi la anak..kalau kamu tergolek jatuh tangga macam mana?
abg2 dulu dekat setahun baru boleh panjat tangga tau...

kena dipantau selalu nih...
ok lah terima kasih sudi singgah dan baca..
akak je tak sempat nak menyinggah...
kebusy'an melanda disaat ini
wassalam

Tuesday, 25 March 2014

adelya dah 7 bulan

assalamualaikum semua...
semoga semuanya sihat-sihat dan berbahagia selalu...
sedar tak sedar je dah pun 7 bulan..
siapa lagi kalau bukan bidadari kecil akak tu..
dah macam-macam jugak akal dia...
lasak bukan main, taknak duduk diam..
kalau letak kat bawah dah merata dia pergi,tangga pun dia dah nak panjat
bawah kerusi,bawah meja semua dia nak masuk
tengok bawah meja pun dia masuk tu...
mulut memang bising ntah apa yg dibebelkan pun taktau la
perkembangan yg lain-lain masih sama, merangkak dan dah boleh bangun dgn berpaut pada kerusi atau pada orang sekeliling...
masih tak mau dgn lelaki kecuali papa dia, itupun kadang2 takmo jugak
tak serik...dah berpaut berdiri kat plastik baju tu,jatuh..
dia bangun nak panjat lagi...
lasak jugak ini budak, memang tak duduk diam la
tak kisah lah nak...asalkan anak mama ni sihat dan ceria nak melasak pun takpe la...

terima kasih sudi singgah dan baca...
#masih mengharapkan ada keajaiban dgn kuasa Allah...
tak dapat terima dgn berita yg diterima semalam
#pray4mh370
al-fatihah
wassalam

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...