Monday, 3 February 2020

Cerita hujung & awal tahun

Assalamualaikum...

Februari dah menjengah... Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk melalui kehidupan ini. Malas pulak mama ni nak menulis, faktor penuaankah ini??. Alhamdulillah 22 januari 2020 dah meningkat setahun lagi usia mama,anak² sibuk tulis dikalender siap pergi pasar malam tak bagi mama ikut sebab nak beli hadiah guna duit tabung dorang lagi, tapi mama tak bagi simpan je duit tu mama tak perlukan hadiah,anak² hadiah terindah seumur hidup mama walaupun kita selalu bergaduh,berperang berkecil hati tapi itulah lumrah hidup kitakan kasih sayang mama ni hanya Allah yang tahu walaupun kata adelya mama ni garang.

Dua insan istimewa yang telah melahirkan dan membesarkan mama... Rindu yang takkan pernah padam
27 disember 2019....haaa ko tahun lepas punya ceritakan takpelah mama coretkan juga disini,genap usia pernikahan mama dan en.azmi 11 tahun yang penuh suka dan duka ketawa dan airmata (amboiii ayat kemahin lagi)...ya setiap orang rezekinya berbeza begitu juga dengan jalan cerita hidup kitakan pastinya berbeza. Keperitan, kesusahan yang dilalui adalah ujian. Lihat segalanya dari sudut yang positif,walaupun terkadang rasa tak mampu untuk dilalui namun kunci dari semua itu adalah sabar,kata ustazah sampai bila nak sabar? Sampai kita mati. Jika kita pilih untuk sabar maka sabarlah sampai ke hujungnya.. InshaaAllah pasti ada ganjarannya.

Ditransit sementara tunggu cik ida sampai,yeyen sorang je kumbang heheh sebab abg adam sekolah pagi
Anak² alhamdulillah walaupun kadang² adelya buat hal taknak sekolah katanya tapi setakat hari ni belum lagi ponteng sekolah,cumanya setiap pagi en.azmi yang kena hantar pada hal dah bayar transport mujurlah sekolah tak jauh pun 5 minit je dan tempat kerja en.azmi pun tak jauh jadi sempatlah hantar adelya ke sekolah sebelum ke tempat kerja. Anak manja macam tu lah,en.azmi taknak adelya buat hal jadi ikutkan sajalah, dia nak buat macam sekolah pasti tahun lepas,en.azmi yang hantar. Kadang² waktu balik pun kena ambil tapi takdelah hari² cuma kalau dia suruh ambil en.azmi ambil,tapi anak² ni tak tahu letih sampai rumah 6.40,masuk rumah hantar beg terus keluar main ditaman, gembira je masing²

Adrien pula...si nombor 2 ni suka mengusik mama ada saja akal dia, mama pun sukalah nak menyakat dia, hari tu dia cakap bosan hari² makan kat rumah,mama suruh cedok nasi makan dekat luar rumah hehehe. Kali kedua dia cakap macam tu mama ajak makan luar tapi bukan pergi kedai makan, pergi makan dekat rumah ibu huhuhu... Kebetulan ibu suruh datang rumah dia buat bubur durian. Muncung je mulut dia tu terus order burger dekat abang ayip dia baru muka ada senyum...bukan tak pernah bawa makan diluar tapi tak bolehlah selalukan,hari cuti bolehlah hari kerja memang taklah nak pergi makan diluar.

Cikgu kelas abg adam share gambar,amboii rajin abg tu menyapu sampah..bagus abg rajin² buat kerja ye
Abang adam pula tahun ni mama masukkan ke kelas tuisyen,maklumlah nak ajar sendiri mama dia ni tak berapa nak pandai jadinya hantarlah tuisyen setiap malam khamis dan jumaat. Dah adrien pun sibuk nak tuisyen juga,tapi memang taklah mama nak bagi,bajet pun takde yang abg adam tu pun terpaksa juga bagi tuisyen sebab dah darjah 5. Lagipun adrien takde exam lagikan. Takpe kita tengok kalau ada rezeki dan bajet mama masukkan nanti. Nak tengoklah nanti ujian pertama abg adam macammana, ada peningkatan ke tidak,anak² mama ni biasa² je sebab tu kena usaha lebih sikit, kita dah buat apa yang boleh selebihnya serahkan pada Allah. Sebab yang bagi faham pun Allah kan.

Ok lah nanti mama menulis lagi..inipun ambik masa berhari nak siapkan huhuhu

Wassalam

Wednesday, 8 January 2020

Tiga-tiga dah sekolah

Assalamualaikum...

Sesi persekolahan 2020 dah pun bermula, tahun ni tiga² anak mama dah bersekolah. Persiapan sekolah tahun ni banyak untuk adelya la baju memang kena beli yang baru,abang² beli sorang sepasang untuk pagi petang. Alat tulis dan beg tak perlu beli lagi,ada yang masih belum diguna pun sebab banyak dapat hadiah hujung tahun hari tu.


"Mama...abang dah darjah 5 takkan nak pakai beg spider-man lagi" hehehe ye lah mama lupa abg dah besar, beg elok lagi jadi bagi saja adelya pakai,mujur adelya ok walaupun takde beg princess, tapi satu hal pulak mama kena bebel bila share gambar adelya dekat group "kenapa bagi adelya guna begpack,buku banyak nak bawa nanti berat sakit bahu dia"...dan ada pulak sokongan..hmmm yo lah. Terus mommy call tanya adelya takde beg tarik ke? Memang takde sebab mama rasa tak perlu pun kan.Petang tu juga mommy whatsapp gambar beg tarik suruh adelya pilih nak yang mana. Rezeki anak² mamalah kan.

Hari pertama sekolah,abang² naik transport je adelya mama papa hantar naik motor,kalau naik kereta mesti sesak punya depan sekolah tu. Pergi je hantar balik naik transport,suruh abg adrien dia ambil dikelas. Waktu rehat pergi jugalah tengok tapi mama lepas je dia rehat dengan kawan dah masuk kantin tu tak nampak dah mana adelya bercampur dengan ibubapa yang penuh dikantin tu,ada juga yang duduk dibangku kantin tu hmm kalau ye pun nak tunggu anak janganlah duduk dibangku tu utamakan anak² lain yang nak makan. Mama tengok adelya ok je, nak membeli pun dia berani je lagipun senang dah sebab makanan memang dibungkus dengan harga rm1 jadi tak perlu lagi anak² menunggu baki. Hari pertama tu memang merempit je la mama papa berulang pergi sekolah hujan pun redah juga tengok anak balik sekolah. Alhamdulillah abg adrien boleh diharap waktu balik memang dia pergi ambik adik dekat kelas lepas berjalan pergi kereta,senang hati mama tengok,boleh diharap dah.

Abg adrien sebagai bodyguard tahun ni, tahun depan dah tak sama sesi.
Hari kedua mama tak pergi tengok dah biar je pergi dan balik naik transport,alhamdulillah sebenarnya mama dah syukur sangat sebab transport pun naik dengan jiran jadi takdelah mama risau.sangat sebab dah kenal kan. Rehat pun mama tak pergi,tapi jiran mama cakap ok je adelya rehat dengan kawan². Ada yang kawan dari pasti dulu dan jiran sebelah pun sekelas. Cuma mama risau dah la jiran,sekelas dan duduk sebelah² pulak tu dah la dua² kepoh,meja depan meja cikgu pulak tu,risau cikgu mengajar dorang berborak pulak, pagi petang sekelas tu tapi kira ok lah nanti nak pergi cari cik ida pun senang.

Kalau tahun lepas berperang dengan abg adrien je pagi² tahun ni mama kena berperang dengan 2 orang pula. Paling senang abg adam lah,dari darjah 1 kejut bangun tidur mudah, urus diri sendiri je,ikut jadual pun sendiri. Kalau yang berdua ni hmmm memang kena banyak sabarlah mama pagi²,tapi kadang² hilang juga sabar sebab nak kejar pergi kerja lagi mujur jugalah sekarang waktu kerja fleksibel,takdelah gigil² kaki bawa kereta nak kejar punch card,sekarang rilek² drive yang penting sampai ofis sebelum pukul 8,dapat sampai 7.40pagi pun dah ok.

Wassalam

Saturday, 28 December 2019

Lepak santai dihari besday abg adam

Assalamualaikum...

25 dis 2008...lahirlah permata hati mama yang pertama,10 tahun dah sekejap masa berlalu..dah bujang anak mama,hari² dok ukur tinggi dengan mama heheh tak lama tinggilah dari mama kan.

Alhamdulillah...seperti yang dirancang 25 dis 2019,mama adik beradik lepak santai sambil makan². Kali ni takde sambut beria sangat untuk abg adam sebab abg adam pemalu. Makngah tanya nak kek apa? Mama cakap beli cup cake sajalah.

3 jenis cupcake red velvet,carrot cake dan cookies...semuanya sedap² di sponsor oleh makngah
Kami lepak di taman botani putrajaya,semua bawa makanan simple je...roti canai,kuih muih,air kotak dan air mineral,cupcake. Sampai² terus bersila makan abg adam pun bersila makan roti canai tak peduli pun cupcake yg tersedia..huhuhu mujur tak buat surprise macam adrien hari tu,kalau tak mau abg lari agaknya. Jadi takdelah gambar besday boy potong kek. Lepas makan mommy belanja anak² berlima naik basikal 2 jam tu,kami pun menunggulah anak² siap berbasikal.

Kemain 3 beradik ni..berbasikal bersama pastu berwefie pulak,dah bujang² ye masing² dah pandai bawa diri
Kali ni semua ada kecuali pakjanglah yang memang susah nak join sebab duduk dikampung, sedih juga sebab pakjang sorang je selalu takde bila kami berkumpul tapi nak buat macammanakan, kami ajak pun pakjang bukan mudah nak dapat datang,ada tak ada pun kami jumpa pakjang bila balik kampung.

Kali ni lengkap berenam...mujurlah ada adik² lelaki yang rajin melayan kakak² dorang nak berphotoshoot
Cukuplah satu gambar tu kan letak banyak² muntah hijau pulak menengoknya hahaha, lama juga lepak dekat sini sambil sembang², bagi ikan makan. Sampai pukul 12 jugaklah kami disitu. Alhamdulillah...dapat juga tunaikan apa yang dirancang, adik-beradik pun mengikut je kan,itu juga membantu untuk menjayakan rancangan kan...haa korang jangan lupa besday mama ye bulan depan je hahaha...sila buat surprise untuk mama pulak 😹😂

Wassalam

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...