Assalamualaikum....
Cuti-cuti dah lama, tapi baru ada kesempatan hendak bercerita. Percutian tanpa dirancang katanya, semuanya gara-gara anak dara nan seorang itu. Hari-hari doklah membebel "yaya ni asyik-asyik naik kereta kancil je, bila yaya nak naik kapal terbang". Bila dalam kereta nampak kapal terbang itulah ayat yang keluar dari mulut adelya.
Satu hari en.azmi bagi gambar air asia ada tiket murah, mama pun apalagi post la kat group whatsapp family, nak bagi adil bagi kat dua-dua family lah kan, tengoklah mana yang respon, tapi biasalah nak ajak cuti-cuti kena tengok bajet jugakan, tak semua orang dapt pergi bila kita plan,cuba nasib sajalahkan, bukan apa..mama ni tak pandailah nak membali tiket kapalterbang hahaha, sebab tu kena ajak orang..tapi mama legalah bila ada yang respon kikiki, gedebak-gedebuk berbincang dan memaksa orang pergi(mamalah tu paksa adik beradik pergi)akhirnya terbanglah adelya ke kundasang pada 14-16 jan hari tu.
 |
| Gembira sangat dapat naik kapalterbang. |
Berbaloilah mama keluarkan duit beli tiket sebab tengok adelya senyum sepanjang jalan, kejut mandi pukul 4pagi dia bangun elok tak meragam, lepas tu terus tak tidur dah sepanjang jalan ke airport, nak masuk tunggu kapalterbang pun adelya senyum gembira siap jalan berpimpin tangan dengan makngah, tinggal mama kat belakang, beg pun galas sendiri je. Dalam kapal terbang pun gembira je anak-anak mamanya pulak yang cuak..hehehe.
Sampai airport kk, ambil kereta yang disewa pusing-pusing cari makan untuk mengisi perut, kemudian kami teruskan perjalanan ke kundasang, sewa 2 buah avanza, alhamdulillah keretanya baru dan ok sangat-sangat minyak pun jimat. Dalam perjalanan ke homestay yang mama tempah,kami singgah dulu ke kinabalu park. Tengok ada kumpulan pendaki yang baru turun dari gunung, wahh bestnya...mama nak panjat gunung rasa macam tak mampu dah la, walaupun keinginan tu ada heheh.
 |
| Siblings..geng wanita anggun eceehhh...ibu je takde waktu ni. |
 |
| Menyaksikan keindahan.alam ciptaan Allah swt, anak2 asyik melayan si tupai comel yang jinak, siap ada jual makanan untuk diberi makan, sukalah anak2 |
Keluar dari kinabalu park, kami singgah dibeberapa perhentian untuk mengambil gambar, kemudian teruskan perjalanan ke homestay, mama booking di kiram village. perjalanan kami ke sini jenisnya taram saja, takde pun nak survey-survey tengok blog ke cerita tentang pengalaman mereka ke sini, kami aci redah sajalah, mulanya makngah dan mommy booking hotel bank di kinabalu pine, tapi akhirnya mereka cancel dan turut serta dengan kami di kiram village, ambil sebiji rumah, luas ada 4 bilik.
 |
| Kami lagi menyaksikan gunung kinabalu... Subhanallah cantik sangat. |
 |
| Family potret kenalah ada jugakan, berlatarkan gunung kinabalu |
Sebelum check in sempat lagi singgah di kedai runcit berhampiran untuk membeli kudap-kudapan. biskut gery malkist banyak dijual disini, kat semenanjung macam susah nak jumpa je, ke ada kat mana-mana mama je yang tak tahu, hari tu siap order dari anak bos yang belajar di indonesia, tapi kalau buat sendiri pun boleh tu biskut hehehe...bajet terror sangatlah mama ni kan.
 |
| Anak2 didepan rumah yang kami sewa. |
Malam tu kami lepak kat rumah je, nak makan malam makngah dan mommy keluar bungkus je, makan ramai-ramai kat rumah, sebab driver dah penat drive siang tu, nak simpan tenaga untuk drive esok pula. Sejuk malam tu..sedap tidur..hehehe adrien siap cakap dekat mama "mama rumah ni takde kipas, aircon pun takde tapi sejukk je.." ye lah nak oii sini memang sejuk kalau ada aircon pun nak buat apa kan membazir saja beli.
Ok..mama sambung lagi nanti sebab nal recall balik memori ni, maklumlah perginya dah lama sekarang baru nak cerita jadinya banyak yang nak kena ingat balik, hajatnya tak mahu tulis dah tapi sebagai kenangan untuk anak-anak baca nanti, jadi mama tulis jugak, tapi part by part lah ye, moga takde yang jemu membacanya..hehehe.
Wassalam.