Thursday, 5 March 2020

Mama tak sertai


Assalamualaikum...

Family day unit di Bagan Lalang, Sepang. Mama tak dapat join en.azmi kerja,abg adam pula ada kelas tambahan,family day pun bukan bermalam cuma duduk lepak²,makan²,sukaneka anak²,bbq...meriahlah mama tengok dari gambar² yang kawan² kongsi.


Walaupun tak pergi tetap bagi hadiah. Penyelia ke atas dikehendaki sediakan 2 hadiah,1 untuk tukar² hadiah,1 lagi untuk cabutan bertuah tapi mama sediakan 3,2 untuk cabutan bertuah saja nak tambah supaya ramailah sikit yang dapatkan. Yang berbungkus tu mama bagi buku,biasalah suka baca buku jadi mama naklah bagi buku. Unit mama ni ramai perempuan jadi dalam hati dok cakap mesti dapat dekat perempuan nih sebab mama bagi buku berkaitan wanita,sekali tengok gambar buku tu dapat dekat budak lelaki...hahaha dia sorang je lelaki dan dia pula yang dapat, takpe boleh baca untuk pengetahuan dan nanti boleh bagi pada bakal isteri pula baca kan.


Isnin tu yang tak pergi tetap dapat hadiah,siap buat cabutan jugak tu. Tema hadiah adalah tupperware hehehe...ada kawan opis jual tupperware kita pakat support ramai² beli dan jadikan hadiah, yang bestnya setiap orang tahu apa yang orang lain bagi dan ada pula tu yang berdoa bagilah dia dapat hadiah ini,hadiah itu...alhamdulillah semua dapat apa yang dihajati. Gembira semuanya...mau tak gumbira dapat tupperwarekan, kalau nak tahu inilah kali pertama mama beli tupperware sepanjang 42 tahun hidup nih hehehe..yang ada dekat rumah tu semua yang orang bagi. Mungkin lepas ni boleh beli lagi.

Wassalam

2 comments:

  1. Waalaikumussalam. Takpa mama, semuanya dengan izin Allah Taala jua 😊

    ReplyDelete
  2. Hati-hati mama, sekali terjebak dengan Tupperware tu susah nak control haha...

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Mama tak sertai

Assalamualaikum... Family day unit di Bagan Lalang, Sepang. Mama tak dapat join en.azmi kerja,abg adam pula ada kelas tambahan,family day...