Thursday, 24 October 2019

Mama...jangan lupa tau

Assalamualaikum...

Sekadar berkongsi catatan perjalanan hidup seorang mama dan anak²nya... "mama...puasa sunat tu hari isnin dengan khamis je ke?" Tanya abg adam "puasa sunat tu bukan isnin khamis je tapi ada hari lain juga" "ohhh abg nak puasa sunatla hari isnin dengan khamis" mama dengar je la abg adam cakap tu sebab tak mungkinlah abg nak puasa sunat pulakkan,macam tu la anggapan mama,tapi mula hari isnin abg dah pesan jangan lupa kejut abg sahur hari khamis,isnin dah tak sempat nak puasa.

Khamis tu sekali kejut je terus terjaga untuk bangun sahur.Nak pergi sekolah tu mama nak bekalkan air dan duit belanja pun dia taknak, siap suruh mama whatsapp ibu ct cakap dia puasa nanti dia malu nak cakap kalau ibu ct suruh makan nasi. Mama ni berdebar je la mampu ke abg adam puasa sedangkan kawan² lain makan, ambil dari sekolah mama tengok abg adam ceria je...puasa ke tak nih??? "Mama tadi ustazah cerita pasal puasa sunat,lepas tu ustazah tanya siapa puasa hari ni,abg angkat la tangan" "abg puasa ke?" "Ye la mama abg puasa la"

Sampai rumah terus ke dapur masakkan rendang kesukaan abg adam untuk berbuka. Bila dah solat siap² di ofis mudah tak perlu nak kejar solat lepas tu nak masak pulak. Inipun abg adam yang tegur mama,biasa mama ambil abg dulu disekolah baru solat dirumah,kebiasaannya abg akan keluar lewat selalulah mama dok bebel abg ni lambat sangat, mama tak solat asar lagi ni. "Mama ni kan dekat ofis ada surau mama solatlah asar dulu baru balik" terdiam mama  dibuatnya.

Alhamdulillah setakat ni abg adam masih berpuasa sunat isnin dan khamis. "Mama kenapa kita kena buat yang sunat² ni puasa sunat,solat sunat?" Huisshh berdebar mama dapat soalan macam tu..."abg..buat yg sunat ni supaya kita dapat tampung kekurangan pada yg wajib,mungkin masa kita buat solat wajib tu ada terkurang dimana²,jadi yg sunat itulah yg tampung kekurangan tu" gituu mama ko jawab,hasil dengar tazkirah dapatlah jawab sikit².

Abg bambam sikit waktu ni,sekarang kuruss
Semuanya dari Allah...Allah yang membuka pintu hati abg adam,moga terus diberikan kekuatan oleh Allah untuk abg berpuasa sunat dan melakukan amalan sunat yang lain sesungguhnya kita tak mampu untuk lakukan apa² tanpa bantuan Allah,nak kekuatan untuk melakukannya mohonlah doa pada Allah,mama hanya mampu tunjukkan jalannya tapi Allah yang menentukannya. Allah tak lihat hasilnya tapi Allah lihat usaha yang kita lakukan. Mama doakan semoga abg istiqomah.

Mendidik anak² perlukan kesabaran sebab setiap anak tu tak samakan. Bukan dalam mendidik anak² je tapi dalam semua perkara. Tapi tengok jugalah dalam perkara yang nak kita sabarkan tu kan. Andai sabar itu adalah jalan untuk kita ke syurga,maka pilihlah untuk bersabar.

Wassalam

14 comments:

  1. alhamdulillah. kenangan bersama anak2 yg takkan dapat dilupakan <3

    ReplyDelete
  2. Ya Allah..Alhamdulillah mama direzekikan dgn abg Adam yang menyejukkan hati.
    Lagi2 part tegur suruh solat kat surau ofis, bijak dia boleh fikir.
    Semoga abg Adam membesar jadi insan penegak agama Allah.

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah, tahniah kak... tahniah abg Adam. acik pun tak dapat buat mcm abg adam tau

    ReplyDelete
  4. Masya Allah, bagusnya Adam, matang budaknya..kuat semangat dia, dah faham kehendak agama, mama terus kena suburkan ni mama.

    ReplyDelete
  5. Tahniah abg Adam... kalau duk sebelah rumah nak je untie sweetie buatkan kueh-kueh utk abg Adam berbuka. Terharulah!

    ReplyDelete
  6. ALHAMDULILAH.. semoga terus amalkan. bagus tu.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah.. Bagus abg adam. Semoga terus istiqomah.

    ReplyDelete
  8. bagus alhamdulillah anak soleh ni.. moga kekal sampai besar.
    soalan tu kalo tetiba tanya kite pun tersentap nak jawab hihi..

    ReplyDelete
  9. bagusnya Adam..tahniah mama dapat anak macam dia.Semoga istiqomah ye

    ReplyDelete
  10. wah sejuk perut ibu mengandung bila dapat anak yang matang dan baik macam abg adam ni.. moga terus jadi anak soleh ya

    ReplyDelete
  11. Bagusnya abang kecik kecik dah puasa sunat.... ni makcik yg dah tua pun nak puasa sunat tak start start hahahhaa....
    Kena ambik contoh dpd abang ni nampaknya...
    Rezeki tu Azra dpt anak yg solehh....sejuk perut ibu yg mengandungkannya...

    ReplyDelete
  12. Mencari Penapis Air MURAH dan Berkualiti?

    Bio ULTRA ALKALINE pilihan Terbaik? Kenapa?
    1 - Harga jauh lebih Murah dr Jenama-jenama terkenal.
    2 - Kualiti Air setanding dgn Jenama antarabangsa.
    3 - Filter2 yg berkualiti (Made In MOrea) dan dapat HALAL JAKIM
    4 - Servis Berkala, ada Warranty & Design menarik
    5 - Pemasangan sepantas 1-2 Hari shj (Seluruh Semenanjung)

    HARGA bermula dr RM699

    http://penapis-air-bioultra.blogspot.com/

    Hubungi:
    0178895990 atau click http://bio.wasap.my

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah.. Tahniah mama..
    Semoga Abang adam menjadi anak yang Soleh.. Aamiin..

    ReplyDelete
  14. alhamdulillah :)
    didik dari awal, memudahkan dia juga dewasa kelak.
    now, aida dan anak2 dara, start dah puasa ganti.
    ganti awal. ditakuti nanti pe pe hal sekolah, tertangguh2 plak diorang mengganti puasa.

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Tunaikan hasrat Adrien Aryan

Assalamualaikum... "Mama...tak lama dah nak besday yen?mama nak beli kek apa?" "Mama beli kek pisang je dekat kedai aceh ...