Sunday 15 December 2019

Cerita cuti mama

Assalamualaikum...

5 hari bercuti esok dah mula kerja. Cuti duduk rumah je dengan anak² sebab mama je cuti en.azmi tak cuti. Dah alang² cuti kita settlekan hal sekolah anak² sikit² dulu. Jumaat bawa anak² pergi sekolah beli buku, tahun ni buat sistem no.giliran jadi tak payah beratur boleh duduk dekat pondok sementara nombor dipanggil. Mama dapat no.13 hehehe sebelum pukul 9 dah terpacak depan kedai buku sekolah. Sebenarnya kalau pergi dah hujung bulan tak ramai orang cumanya takut macam tahun lepas tak dapat beli baju sukan sebab dah habis jadi tahun ni pergi awal nak beli baju sukan. Baju yang ada tu dah lusuh.


Haaa...sila bawa buku masing² ye mama dah penat beratur heheh.. Budak sorang tu mengelat dia bawa beg plastik adelya patutlah nampak rilek je bawa abang adam dengan adelya jenuh mengusung, bijak ko adrien kan.


Dah siap² kemas bilik anak dara ni, sebelum ni jadi meja hiasan,kita ubahsuai supaya jadi rak buku juga hehehe jimat bajet tak perlu beli rak buku lagi, tapi tengoklah tu bukunya kurang hiasan yang lebih, harap² bertahanlah kemasnya tu sebab setakat ni bilik anak dara ni la yang paling bersepah pun.

Mengisi ruang cuti sekolah...sebelum ni dah bawa tengok ajen ali the movie. Jadi kali ni mama masukkan 2 beradik ni ke program tahsin ibadah dekat masjid. Nampak seronok budak berdua tu,siap cakap kenapa 2 hari je buatlah banyak hari. Alhamdulillah anak² seronok moga dapat memanfaatkan ilmu yang diperolehi,siap belajar mandi wajib kena bawa baju salinan dan tuala, belajar juga ambik wudhu' dengan spray. Tahun lepas pun mama bagi masuk program dekat masjid juga,inshaaAllah kalau ada rezeki tiap² tahun nak bagi masuk. Bayaran pun berpatutan rm30 seorang makan pagi dan tengah hari disediakan,dapat sijil juga.

Esok dah kerja,rasa sekejap je cuti 5hari. Takpe hujung bulan mama cuti lagi sampai buka sekolah. Menghabiskan cuti tahunan yang ada tu. Moga² tahun depan mama dapat menghabiskan cuti yang diperuntukkan,memandangkan gcr dah penuh tahun ni maka kena gigihlah habiskan cuti bermula tahun depan.

Wassalam

9 comments:

  1. Seronok anak anak kalau mak cuti

    ReplyDelete
  2. kejap je dh abis cuti 5 hari akak yek... seronok bila dah setel awal pasal buku dan barangan sekolah ye kak...
    aiyan pun dah setel, just tambah-tambah mana yang kurang je dari tahun lepas punya

    ReplyDelete
  3. Seronok kalau dapat cuti lama macam ni dan habiskan dengan anak-anak..

    ReplyDelete
  4. salam perkenalan. bestnya habiskan cuti tahunan. cuti kiter tak cukup ada la setiap tahun. banyak betul hal donia nak di settlekan.

    ReplyDelete
  5. Sekolah anak-anak sy belum buka lagi kedai buku. Katanya minggu akhir cuti sekolah baru nak buka. Berebutlah nanti :(

    Cantik bilik adelya.

    ReplyDelete
  6. Siap ada praktikal mandi wajib, bagusnya.
    Lebih mudah paham dan ingat.

    ReplyDelete
  7. bagus manfaatkan cuti. masa mama dan anak-anak semua terisi

    ReplyDelete
  8. Menarik Dan Inspiratif sekali cerita ini, untuk para pencinta sepakbola bisa Gabung Disini untuk dapat update serta informasi terbaru mengenai Sepakbola >_<

    ReplyDelete
  9. kekeke.. pandainya yang sorang tu.. lenggang kangkung dia ye.. hehehe..

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...