Thursday 30 May 2019

moga masih ada kesempatan

Assalamualaikum...


Pasal cermin kereta ibu yang pecah tu, alhamdulillah...Allah berikan rezeki untuk mama bayar pada ibu, itupun ibu minta separuh je dan masa nak bagi tu pun masih tanya lagi "ada duit ke ni nak beli baju anak2?" Mama cakap ada je duit jangan risau. Mama niat nak bayar dan Allah mudahkan. Begitulah juga kalau kita berhutang dan kita niat untuk bayar pasti Allah akan mudahkan. Jangan main-main dengan hutang kan.

Dah tiba penghujung ramadhan kita ni kan, moga amal ibadah dapat dipertingkatkan pada 10 malam terakhir nih, pesan ustaz jangan nak pilih hari-hari ganjil je tapi buatlah pada setiap malam disepanjang bulan ramadhan ni cumanya di 10 malam terakhir tu kita perbanyakkan lagi, sedekah(bila ada peluang je sedekah), solat malam(bangunlah awal sedikit masa nak sahur tu solatlah sunat 2 rakaat terlebih dahulu),baca quran(asal ada peluang je baca, kat tempat kerja tu jika ada masa terluang baca walaupun 5minit), berzikir(ini mudah untuk dilakukan tapi sebenarnya agak berat jugakkan sebab mulut kadang lebih suka bersembang je),berdoa(berdoalah bersungguh2 supaya Allah mudahkan urusan kita untuk beribadah) setiap hari pasti kita akan dapat lailatul qadar.

Mengambil berkat sempena 10 hari terakhir ramadhan ni mama pun tak mahulah ketinggalankan. buatlah apa yang termampu. Alhamdulillah Allah permudahkan niat mama yang satu ini, walaupun mulanya terasa ada kekangan kewangan pada mulanya sebab nak bayar cermin kereta hahaha, tapi sungguh Allah mudahkan. Bagi siap-siap duit raya dekat anak-anak yang datang mengaji, ambil saranan dari ustaz nak bagi duit raya bagi dalam bulan ramadhan, untuk anak-anak bagi duit raya untuk ibu-ibu mama bagi sebekas kuih raya, itu je yang mampu buat masa sekarang, mana tahu ada rezeki bertemu ramadhan akan datang dapat bagi telekung pulakkan..inshaAllah semuanya dengan izin Allah kan.

Macammana persiapan raya tahun ni? mama ala kadar sajalah sebab bajet dah kena tarikkan, tapi takpe takde baju baru pun masih boleh berayakan, beraya tak semestinya dengan baju yang baru, tapi ada jugalah beli yang murah2 je, ada yang orang bagi kira oklah tu kan rezeki juga tu walaupun orang bagi. kuih raya pun ada juga beli itupun sebab dah order kalau tak memang mama cancel je beli kuih raya tu, tapi nak cancel kesian pula orang dah buatkan. Jadi setakat ni semua dah oklah persiapannya, cuma nak cari lagi beberapa barang, moga dipermudahkan jugalah hendaknya.

Balik raya bila? mama tak tahu lagi bila nak balik ikut perancangan asal en.azmi nak balik isnin katanya sabtu ahad jalan sesak mungkin. kalau dah isnin balik kita melenggang kangkung dulu lah kan tak perlu kecoh2 nak packing baju semua lagi, tetiba hari tu cakap nak balik sabtu..ehhh pulak dah mama banyak kerja lagi tak buat dekat rumah tu, kain menggunung tak berlipat(sebab lipat kain weekend je hehehe) jadi semuanya mama akan bereskan pada hari sabtu. mama ajak balik ahad je sebab nak bereskan semua kerja dulu nak siap iron baju sekolah anak2 semualah giteeewww perancangan mama kan, tapi tengoklah perancangan Allah macammana nantikan, kita follow je lah.

Apapun penghujung ramadhan ini semoga kita masih dipanjangkan umur dan kesihatan untuk melakukan sebanyak mana ibadah, dan moga dipenghujung ramadhan ini kita mendapat keredhaan dan keampunan dari Allah swt. semoga kita dimasukkan kedalam syurga Allah kelak dan dijauhkan kita dari api neraka...inshaAllah

Wassalam


11 comments:

  1. SELAMAT PULANG KE KAMPUNG MENYAMBUT LEBARAN

    ReplyDelete
  2. setakat ni baju raya anak2 settlelah, kuih raya tak beli pun, nak beli kerepek2 jer, nak buat pun malas, jadi tengoklah beli sejenis dua cukuplah, janji ada hihi.
    Selamat hari raya in advance ye mama yan, semoga Ramadhan tahun ni bukanlah yg terakhir buat kita..sedih rasanya nak berpisah dengan ramadhan😭

    ReplyDelete
  3. setakat hari ni semua persiapan ala kadar mama.
    baju raya, kuih raya, balik kampung mungkin sehari sebelum raya.
    selamat menyambut hari raya aidilfitri kepada mama sekeluarga.
    Mohon maaf zahir dan batin ye. semoga bertemu lagi kita dengan Ramadan aamiinn.....

    ReplyDelete
  4. semoga kita semua dapat merasai ramadhan utk tahun yg berikutnya.. ameen

    ReplyDelete
  5. aida pun thn ni sgt minima prepare utk raya.
    biskut raya buat 2 je. plan nyer 4.
    baju raya kakak-kakak, sorang 2 psg jer. plan nyer 4 psg. tu pun 2 tu beli readymade jer, AA.
    ijat hanya baju melayu 1 psg. utk sedondon di pagi raya.
    ibu ayah nyer standard lah, tiap tahun 1 psg memasing.
    hu hu hu hu hu maybe sebab serabut pindah rumah.
    preparation utk raya terus merudum.
    tapi semangat beraya sentiasa up meskipun prepare ala kadar :) heh heh heh...

    ReplyDelete
  6. Sama la..ala kadar je... Baju anak yang cantik lagi...basuh wangi2 ...iron lawa2..turunkan kat adik adik yang muat...Mama takde baju raya tahun ni

    ReplyDelete
  7. Biasa biasa aje Azra.... Hakak sehelai je pun baju barunya. Anak anak dara kasi chancelah 2 helai. Kuih pun tak beli banyak. Buat pun tidak...Seadanya je

    ReplyDelete
  8. Kami pun raya bersederhana je.. Sunat pakai pakaian yg elok dan cantik, tak semestinya baru

    ReplyDelete
  9. Sha punya persiapan memang ala kadar.. sedih pula tahun nie.. huhuhu.. macam-macam peristiwa berlaku.. tahun penuh dugaan..

    ReplyDelete
  10. Amin.. semoga Kita semua bertemu Ramadhan akan dtg

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...