Sunday, 26 February 2017

Kecut perut dibuatnya

Assalamualaikum...

Pagi yang tenang, sambil-sambil mama tenang mengemas rumah, tenang dalam kemalasan sebenarnya hahaha...tetiba dapat whatsapp dari en.azmi yang membikin perut mama kecut... Haishhh dari tenang dalam kemalasan terus cargasss. Kata en.azmi adiknya call nak datang rumah...waduh..waduh..bikin mama kaget.

Mama tanya pukul berapa nak datang? Al-maklum rumah macam tongkang pecah, 2 gunung baju yang tak berlipat perlu ditarah pulak tu, en.azmi kata tak petang, malam baru dorang sampai..ok boleh bertenang lagi la, sekali dapat whatsapp dari adik ipar, mereka dah on the way, mama apalagi dari cargas terus jadi lipas kudung hahaha..mertua nak datang oii rumah kena la kemas, walaupun dihari-hari biasa memang tongkang pecah.

Lauk-lauk pula dah habis untuk masak, berkira-kira dah mama ni macammana nak masak, en.azmi pula takde, nak membeli laul dengan budak bertiga tu memang semputlah pula mama nanti. En.azmi whatsapp dia dah on the way balik, konon nak bungkus nasi kukus je, tapi tak jadi sebab family in law ke aeon mall, kami pun bersiap tuju ke sana la dan terus makan kat sana je la.


Yeayyy...ada orang belanja ice bucket,kalau tak makan nasi kukus je la mama hehehe.. Alhamdulillah.. Mana-mana pun rezeki ye, dari nak belanja nasik kukus kak ros terus dapat nasi kukus kat ice bucket en.azmi belanja, siap dapat makan fruit ice bucket pula. Masa nak bayar adik ipar hulur duit tapi mama tak ambil pun en.azmi pun tak ambil, bukan tak sudi tapi segan hehehe sebelum ni mama suh acu open table belanja tapi mama gurau-gurau je, cukuplah dorang belanja anak-anak main game. Itupun dah ok.


Mak-mak sedara melayan anak buah main game, oklah ye sesekali kena cukai dengan anak-anak buah..hehehe kalau harap mama nak datang aeon mall ni saja-saja memang taklah, lepas tu melayan anak-anak buah naik keretapi pula, lepaslah hajat adrien nak naik keretapi walaupun keretapi pusing dalam mall je,mama papa tunggu je tak naik pun. Lepas tu balik rumah, hujan sepanjang jalan. Malamnya beli makanan dekat pasar malam je.. Hehehe senang keje mama ye.

Ahad lepak rumah je, abah mertua pun tak berapa sihat, itupun gagahkan juga diri sebab katanya teringin nak tengok rumah kami ni, mama pulak segan rumah banyak yang tak lengkap lagi, tapi alhamdulillah semuanya ok. Tapi hari ni haruslah mama bersilat didapur sediakan makan tengah hari, masak yang simple-simple je, tapi seronok tengok semuanya licin..sedap ke atau sebab mama masak sikit sangat tu? Hahaha.. Okeh gambar makanan takde segan nak snap...masak simple sangat cencaru masak sambal, kubis masak lemak, daging goreng, ayam goreng, ulam-ulam dan budu.

Tu je la citer kecut perut mama hehehe...kecut perut weh mertua nak datang rumah.

Ok sekian.. Wassalam

Friday, 24 February 2017

Ber miang kham

Assalamualaikum...

Hari ni ada makan-makan kat seksyen mama nih. makan-makan sempena berjayanya kami menghabiskan Banci Ekonomi (BE2016) dan juga sempena sambutan besday untuk yang lahir pada bulan januari dan februari.

Makanan kami order je sebab malas nak masak, tapi ada jugalah yang bawa sedikit makanan tambahan mama hanya bawa perut sajalah hahaha. apa yang menjadi tarikan pada hari ini adalah miang kham. Makanan berasal dari thailand nih. Mama pun tak lepas peluang untuk mencuba, layan pulak makan mende nih.



 Bahan-bahan untuk miang kham daun kaduk, sos (yang ini tempah orang membuatnya-haa nanti boleh mama gugel dan buat sendiri je), kacang tanah digoreng, kelapa disangai, udang kering, limau nipis, halia, cili padi...wahhh meletup-letup dalam mulut bila makan, bagi mama layan jugalah makan miang kham nih, semua rasa bercampur dalam mulut.




Okeh untuk jan dengan feb hanya 3 orang yang sambut besday campur seorang psh yang baju maroon tu, namanya erra fazira..seronok mama sambut besday ngan retis hehehe. Alhamdulillah masih berpeluang sambut besday lagi..tahun depan inshaAllah jika dipanjangkan umur.

Ada cerita yang kurang enak didengar, kenapakah? rezeki kitakan berbeza, kenapa perlu kita pertikaikan siapa yang lebih dan siapa yang kurang, Sesungguhnya Allah lebih tahu sebanyak mana rezeki yang hendak diberikan kepada hambaNya..Senyum dan berbahagialah..kita tak dapat yang itu, tapi Allah beri yang ini sebab apa? sebab Allah tahu apa yang kita perlukan.

Wassalam

Wednesday, 22 February 2017

Lempeng bukan lempang ye..

Assalamualaikum...

tetiba teringat lempeng..Sedapnya lempeng cicah kari, tapi sejak berpindah ni tak pernah pergi lagi, walaupun kedainya takdelah jauh sangat,  tapi bila dah sampai rumah tu rasa macam malas pula nak keluar, tunggu cutilah bila-bila teringin nak makan bolehlah pergi. Kalau ada yang teringin tengok gambar mama share nih silalah terjah ke kedai ni ya..hehehe

Kedai ni terletak di Bukit Naga, Shah Alam dekat jalan besar sederet je dengan sekolah kebangsaan dan sekolah agama, tapi maaf kedai memang takde signboard ye..dekat menu tulis nama Juara Tomyam...macam-macam ada ye lempeng, western dan tomyam, mama dah rasa lempeng, tomyam chicken chop dan makanan goreng-gorengnya, semuanya sedap.

kali ni mama nak tunjuk gambar lempeng-lempeng yang ada dan yang pernah mama order..hehehe jangan telan air liur ye...sebenarnya mama yang dok tertelan air liur nih haa..eheh hahah mujur hari ni mama tak puasa, kalau tak ada juga yang buka puasa makan lempeng nanti. Lempeng ni makanan nostalgia bagi mama, kecik-kecik dulu arwah mak selalu buatkan lempeng, kadang lempeng kosong, kadang lempeng pisang, kadang lempeng kelapa...sedapnyalahh.

Lempeng chesse pilihan abg adam, abg adam memang suka chesse
Lempeng kelapa, tentulah pilihan mama...sedap33
Lempeng biasa

Ini pergi dihari yang berlainan ye, bukannya hari yang sama sebab kebiasaannya lempeng ni makanan sampingan je, makanan utama tentulah nasi dan chicken chop..haa banyaknya mama makan...mama memang makan banyak..ok bai hehehe

Wassalam

Sunday, 19 February 2017

Mari mengaji

Assalamualaikum...

Satu yang mama bersyukur sangat bila berpindah ke tempat kediaman baru ni... Haaa bukan nak jadi ahli mesyuarat tingkap ye hehehe. Takdelah sebenarnya terniat nak hantar anak-anak pergi mengaji pada orang yang lebih layak berbanding mama ni, alhamdulillah Allah permudahkan urusan yang satu ini.

Kebetulan ada jiran mama ni ustazah sekolah agama dan mengajar bab tajwid,memang elok sangatlah tu kan tercapai hasrat mama, walaupun kelas mengaji bukan setiap hari tapi mama dah syukur sangat sebab anak-anak dapat belajar. Mama hantar tiga-tiga sekali senang, biar adelya kenal huruf dulu walaupun main-main sekurangnya dapatlah sedikit ilmukan.

Tengok anak-anak pergi mengaji teringat mama kecik-kecik dulu, alhamdulillah suasana sama,anak-anak dapat lalui semua tu mama rasa seronok, tepat pukul 8 kawan-kawan dah panggil kemudian jalan ramai-ramai pergi mengaji, bukan berjalan berlari kebanyakannya, adelya pun tak padan dengan kecik dia yang paling laju berlari,riuh rendah sepanjang jalan, jiran-jiran memang tahulah budak-budak pergi mengaji, siap cakap dalam group whatsapp meriahnya anak-anak pergi mengaji.

Memang meriah sangat. Rasa terulang memori mama pergi mengaji masa kecik-kecik dulu.


Mak jemah ni bukan main, pergi mengaji pun nak melawa dengan dress kembang-kembang siap berpusing-pusing, abang-abang pun rajin dok suruh adik berpusing-pusing dengan baju kembang tu. Lepas tu puji cantik...haii berbunga rianglah hati adelya bila kena puji.


Adam dan adelya je yang selalu sempat nak bergambar, adrien selalu yang paling lambat, ini dia tengah mandi orang lain dah siap, bila kawan-kawan dah panggil dia pula baru tergesa-gesa nak berbaju, sudah keluar separuh jalan sempat pula balik minta mama isikan air dalam botol nak bawa bekal pergi mengaji. Itulah berlari-larikan maunya tak letih dan dahaga, entah macammana pula ustazah mengajarkan,harap-harap tak peninglah ustazah melayan kerenah anak-anak.

Syukur alhamdulillah...urusan yang satu ini dipermudahkan, moga Allah permudahkan lagi hajat mama yang lain..inshaAllah.

Wassalam

Thursday, 16 February 2017

Riuh rendah dibuatnya

Assalamualaikum...

Tora datang lagi..kikiki, haaa...hari-hari ada cerita nampaknya nih. Sekarang ada sedikit waktu senggang jadi dapatlah tengok blog lebih sikit dan bolehlah merapu lebih sikit kat sini. Nanti kalau dah sibuk kita buat-buat lupalah sekejap dekat blog nih walaupun jari gatal-gatal nak menuliskan.

Dah berbulan asyik kerja di hujung minggu dan masa bersama family dan adik-beradik pun kurang. Tanpa perancangan yang berlebihan akhirnya sabtu lepas kami adik-beradik berkumpul di rumah ibu. Mama sampai dulu kemudian mommy pada hal tuan ruamh takde pun waktu tu, ibu ada kelas dan adik-beradik yang lain pun lambat sampai.

Mama dan mommy pun memulakan kerja lenguh kaki mama ni hah berdiri depan sinki mengerjakan udang dan sotong berkilo-kilo, sementara mama membersihkan udang dan sotong, mommy menyediakan bahan-bahan untuk memasak. selesai dengan sotong dan udang mama mengerjakan jagung dan sayur pula. Dalam pada tu adik-beradik lain pun sampai, apalagi riuh rendahlah rumah ibu dengan suara kami bersembang..meriah je rasa macam nak berbuka puasa.

Mari  tengok hasilnya

Soda herbs...mama bagi arahan je, abg awisy yang tolong buat
Sayur-sayuran yang dipotong mama kemudian direbus bersama garam dan butter..yummy mama suka jagung dan sayur
Chili crab
Lala masak halia
Ada lagi 2 menu yang tak sempat mama nak snap pic sebab semua orang dah kebuluran nak makan, 2 menu lagi sotong goreng tepung dan butter prawn.



Tengok tu abg hensem baju oren dalam gambar tu sibuk agihkan sotong goreng tepung..hikhikhik, itulah chef untuk sotong goreng tepung, laku weh sotong goreng tepungnya, habis licin dikerjakan. semua dapat makan senyap sunyilah,mama makan nasi sikit je selebihnya kita kerjakan lauk-lauk yang ada. Sudah habis makan baru mommy perasan lupa pakai apron pada hal ada dibeli...haa nampaknya kena repat bershell out lagilah sebab nak guna apron..hahaha

Sekali-sekala makan ramai-ramai macam ni memang seronokkan. Dapat berkumpul adik-beradik memang best, hari tu yang takde cuma pakjang dan pakcik sebab keduanya jauh. Makan-makan tu kami buat collectionlah makan ramai-ramai jadi duit pun kita share ramai-ramai jugalahkan...satu kepala rm23..kira oklah puas makan, siap berlebih lagi tu. Lepas makan sambung berbual pula, riuh rumah ibu.

Wassalam





Tuesday, 14 February 2017

Ku lihat hijau

Assalamualaikum...

habis dah cerita cuti-cuti mama dan family...hahaha berkajang-kajang cerita cuti-cuti pada hal perginya 3hr 2mlm jek..oklah tu buat modal bercerita..ok mohler kembali ke pangkal jalan, cukup sudah cuti-cuti, lainkali kalau ada mama cerita lagi.

Tahun ini Adrien dah bersekolah di PASTI, mudah sebab berhampiran dengan rumah, kalau terus dengan tadika dulu, susah juga mama nak hantar, kemudian transit lagi di taska. Mudahnya sekarang di pasti yang Adrien sekolah ni sebab disediakan transit sekali..haa kan dah senang tu. Habis sekolah pukul 12.30 terus sambung transit dekat tempat yang sama, bukan saja senang tapi jimat dah.

Bayaran bulanan pasti RM100 untuk transit RM230, kira oklah dah jimat duit transportkan sebab pergi dan balik mama atau en.azmi yang akan ambil Adrien. Dekat transit pun bukan duduk makan tidur saja, tapi ada hari-harinya mereka akan adakan kelas membaca BM dan membaca jawi, kelas iqra' pula setiap hari,kan dah bagus tu..ehh bukan bagus tapi memang bagus sangatlah. Kerja mama pun jadi senang,kos pun dapat dijimatkan.

Transit sampai pukul 7ptg, selepas pukul 7 dikira ot,bayaran ot RM5 sejam, tapi setakat ni pukul 6 je mama dah ambil Adrien, takdelah pukul 7 baru nak ambil. balik kerja pukul 5 sampai je dekat rumah terus ambil Adrien, kejam sangat mama kalau nak biar sampai pukul 7,sebab lepas pukul 6 tu memang takde aktiviti dah kadang anak-anak main diluar kadang main saja didalam kawasan surau tu. kalau mama lambat pun mama akan minta tolong ibu ambilkan Adrien, memang tak pernah ambil lewat lagilah, bukan apa kesian pula dekat anak kalau ambil lewat sangatkan.

Cumanya..pasti ni waktu belajar mula pukul 8 tapi Adrien jadi pelajar yang paling awal sampai.. pukul 7 dah sampai sebab mama perlu bekejar nak masuk kerja pula pukul 8, kadang kesian sebab kena pergi awal sangat, tapi apa nak buat terpaksa..walaupun awal mama tak risau sebab ada yang tolong menengokkan Adrien, pagi-pagi Kak midah yang rumahnya dalam kawasan pasti tu akan buka kelas dan membersihkan kelas jadi kak midahlah yang menjaga Adrien, kebetulan Kak Midah tu kawan ibu, jadi senanglah mama.


Penat belajar..anak-anak susun puzzle pulak, ceria masing-masing dapat main

Hari jumaat..solat dhuha dan hafal surah al-mulk

Aktiviti semasa transit, solat berjemaah dan kelas bacaan

Alhamdulillah setakat ni Adrien ok belajar disini, mualimah pun muda-muda dan baik-baik pulak tu, pandai ambil hati anak-anak, penat anak-anak belajar diajak bermain pula, jadi takdelah anak-anak bosan, rajin pula mualimah share aktiviti anak-anak di pasti tu, mama memang jarang komen dekat group whatsapp tu, baca je maklumat atau info yang diberi,kadang berguna juga group whatsapp nih, kadang jadi krikk..krikkk jugaklah, bila kopiah anak pun minta mualimah carikan, pensil anak takde pun tanya mualimah...kesian mualimah dah penat ajar anak kita, nak kena tolong carikan barang pula. Jangan marah mama ye..ini pendapat mama je, pendapat kita mungkin berbeza...

Wassalam

Monday, 13 February 2017

Restoran Syah Adilah dan bajet

Assalamualaikum...

Kali ini mama nak ceritakan restoran yang kami pergi makan sampai 2 kali tu. Tempat makan yang pergi sebelum tu takde rasa nak snap picca pun, yang restoran ni memang mama puas hati dan sempatlah nak snap pic..hehehe.

Petang hari kedua tu balik dari Poring Hot Spring, kami nak terus pergi makan jadi terus singgah kat sini, Alhamdulillah rezeki kami sebenarnya sebab kedai pun dah nak tutup waktu tu, kami pelanggan terakhir walaupun waktu tu baru pukul 5.30ptg, kata adik yang ambil order tu, kedai tutup awal sebab ada renovation biasanya tutup lambat, jadinya order dibuat setakat pukul 6 je, Pilih menu dan tunggu makanan sampai.

Semua pilih minuman panas cuaca petang tu hujan gerimis dan sangat sejuk, sesekali angin berhembus menggigil juga dibuatnya. hahaha...makanan sampai berebut makan, sampai rasa macam tak cukup je makanan yang terhidang tu. mungkin sebab cuaca sejuk rasa lapar pun bertambah-tambahkan.

Keesokannya sebelum balik kami repeat makan disini, kononnya nak minum pagi sebab ye lah masih awal baru pukul 9lebih, sekali entah apa kena bila tanya adik yang ambil order tu katanya boleh order makanan biasa tu,apalagi pakat ulanglah menu petang semalam makan dipagi hari...haaa amikk pagi makan tomyam, sedap semua makanannya memang puaslah kami makan.


Signboard restoran

3 layer tea..honey chrysanthemum- sedap air ni mama ambil yang hot
Butter prawn...creamy soo sedapp


Butter prawn yang ini tidak berkuah

Tomyam seafood...pun sedap, pandai orang sabah masak tomyam

Sotong goreng tepung...sedap3

kangkung ikan masin
Haiii telan air liur mama tengok gambar-gambar ni, bila nak masak sedap macam ni ye..
sesiapa yang ke sini bolehlah cuba, tapi mama tak jaminlah selera kita sama sebab tekak kita berbezakan, sedap pada mama mungkin tak sedap pada orang lain, tapi bolehlah kalau nak cuba, harga pun berpatutan sangat, semua makanan campur air dan nasi untuk 8 dewasa dan 5 kanak2 rm180...paling best untuk pagi tu makngah belanja...alhamdulillah.


Kita teruskan dengan bajetlah ye...bajet yang dikeluarkan untuk holiday nih.

Tiket flight Rm285 x 5 = RM1425

Sewa kereta 2 buah  avanza RM1080 (yang ini percuma sebab makngah sponsor..hehehe)

Sewa Kabin 3hr 2mlm RM800 x 8 = RM100 seorang

Duit minyak 3hr 2mlm = RM85 (memang jimat sangat tak habis pun guna, ini pun makdak yang bayar, sebab mama dan makdak berkongsi kereta)

Parking kat klia2 3hr 2mlm rm46 x 3= RM138 (ini mama la bayar, share dengan makdak, makdak bayar duit minyak, mama bayar parking)

Makan-makan dan  tiket untuk satu family(mama sahaja) = RM170 (makan mommy bayar dulu semua dengan tiket lepas tu kira balik so total kena bayar rm170) - ini tak termasuklah makanan sampingan yang beli biskut gery, roti, air mineral dan kudapan lain ye, sebab semua pakat beli sorang sikit dan yang ini tak dikira lah, yang dikira cuma bayaran yang besar-besar.

Bayaran masuk kinabalu park RM3= tiket boleh disimpan untuk poring hot spring (tapi kami tak diberi tiket pulak hari tu)

Poring hot spring = RM3, untuk mandi kolam RM1, kalau nak tunggu je tengok anak-anak mandi tak perlu bayar

Desa Cattle Dairy Farm = RM4 (dewasa) RM3 (kanak2), Bawah 6 tahun dan OKU percuma.
RM100 kalau nak buat wedding photoshoot.

total yang mama kena keluar bajet
RM1425 - tiket
RM200 - sewa kabin(mama & en.azmi)
RM170 - makan
RM138 - parking
Total RM1933

Itu anggaran kasar sajalah ya untuk family mama sebab ada yang tak perlu dibayar kalau semua perlu dibayar...anggarannya perlu ditambah semualah..

Untuk Transport boleh hubungi Borneo Tours 013-8505540

Sekian sajalah entri tentang cuti-cuti mama, tak tahu bila lagi nak pergi bercuti, kalau ada rezeki boleh jalan-jalan lagi nanti.

Wassalam.


Kiram Village

Assalamualaikum...

Permulaanya makngah dan mommy nak ambil hotel bank di kinabalu pine, memadangkan disitu hotel dan bukannya apartment, kami yang lain perlu cari hotel yang lain ataupun duduk juga kinabalu pine tu, setelah berbincang akhirnya kami putuskan untuk duduk di Kiram Village. haa yang ini mama uruskan sebab urusan hanya melalui whatsapp saja.

Booking date dan bayar deposit RM300- keseluruhan bayaran RM800. nama-nama kabin di kiram village ni semua nama sayur, yang kami duduk ni namanya asaparagus, ada brokoli, tomato, chilli macam-macam lagilah, sebelum booking dia akan tanya kita berapa orang, sebab nak bagi bilik sesuai dengan kitalah kan.

Kabin kami 2 tingkat, 2 bilik air, pergi 8 dewasa, 5 kanak-kanak memang selesalah siap tilam lebih pun ada 2, dapur pun peralatan lengkap jika nak memasak, gas pun ada, cuma kami tak memasaklah, cuma masak air saja, masa pergi tu, heater yang ada kejap-kejap berfungsi kejap-kejap tak, jadinya mama dan en.azmi jadi tukang masak air untuk semua orang mandi, tak apalah sedikit saja hal jangan sampai merosakkan percutian kita.

banyak kabin yang boleh dipilih, tapi ada kabin yang betul-betul diatas bukit kena parking bawah dan kena panjat bukit pula kalau nak ke kabin, orang muda dan bujang-bujang oklah nak ambil kabin tu, kalau mama ni dah sesuai lah ambik asparagus tu hahaha..kereta pun boleh parking depan rumah, muat 2 biji avanza, legalah tak perlu berjalan sambil usung beg, tapi disebabkan keindahan kawasan kiram village nih, mama rela berjalan sementara en.azmi dan daniel ubah kereta dari receptionist ke kabin, dalam nak tuju ke kabin tu sempatlah kami yang lain ni berphotoshoot.


Ok mari layan gambar-gambar yang sempat dirakamkan di sekitar Kiram Village ini.

Suasana sekitar kiram village

Pandangan dari tempat parkir depan receptionist,rumah yang comel.itu namanya brocolli
Kami diberanda kabin, duduk santai sambil menikmati suasana pagi...memang best

Salah satu kabin disitu, cantik bukan dengan gerbang bungaan tu, tak lepas peluang untuk bergambar walaupun kabin penyewa lain hehehe


Kos untuk bermalam disini:

Kalau tak mahu bawa tuala, boleh sewa tuala disini.. tuala disewa pada RM3 sehelai, seterika pula boleh disewa RM5, nak check out nanti baru pulangkan.
Harga kabin bergantung pada jenis kabinlah, yang mama ambil ni..

weekdays RM350
Weekend RM400
Public holiday & cuti sekolah RM550

Ada yang serendah RM80 untuk weekdays.

Jika ada yang ingin ke kundasang dan ingin menginap di kiram village, mama sertakan nombor untuk dihubungi ya..

016-6950057 - Jamalul Kiram.

Wassalam.

Sunday, 12 February 2017

Short vacay - kundasang part 3

Assalamualaikum...

Hari terakhir di kundasang, ikutkan belum puas lagi berjalan, tapi perlu kembali ke pangkal jalan ye mama...hehehe, ye kalau nak cover semua tempat buat island hoping lagi mau seminggu duduk sini,mama ni nak duduk seminggu memang tak bolehlah hehehe,bajet ciput takpe mana tahu lainkali ada rezeki lagikan boleh datang lagi ke sini.

Bangun pagi bersiap-siap dan check out, sebelum check out sempat lagi kami buat mannequeen challenge, makngah la ni yang semangat nak buat siap nak cari pemenang dan dia nak sediakan hadiah lagi hehehe apalagi semuala join anak-anak pun turut serta, en.azmi yang mama rasa takkan join tu pun join jugak hehehe...ok lah tu kan nak join dan memberikan kerjasama.

Geng lelaki sedang bermannequeen challege, gambar geng wanita & anak2 xdop huhu sebab dirakam video sahaja.

Sementara suami-suami meletak beg dalam kereta, wanita anggun nak serahkan kunci tapi macam biasa masih sempat bergambarlah, ye siapa nak lepaskan peluang bergambar dikelilingi bunga-bungaan yang cantik tu kan.

Makngah sebelum menyerahkan kunci.

Selepas menyerahkan kunci kami meneruskan perjalanan, tapi sempat lagi berhenti dibeberapa tempat untuk bergambar. Banyak tempat yang cantik jadi jangan lepaskan peluang yang ada, nanti tak tahu lagi bila kami akan sampai ke sini lagi kan.

Ini berhampiran dengan kiram village je, cantik pemandangan belakang tu.
Selesai bergambar singgah makan direstoran semalam, terus makan tengah hari repeat menu semalam, sebab semalam tak puas makan heheh teruk betul pagi-pagi makan tomyam ko, pasal restoran ni nanti mama cerita lagi ya, mana tahu ada yang nak ke sini nanti bolehlah singgahkan.

Dalam perjalanan kami singgah lagi bergambar...

Anak-anak berlatarbelakangkan gunung kinabalu...bila nak daki tu? Ehehehe...pendam dalam hati je la mama
Ramai-ramai pula...yeayyy kami dah sampai sini

Banyak sangat gambar sebenarnya tapi mama pilih-pilih je la kang ada yang pening tengok gambar banyak sangatkan. Kemudian kami pusing-pusing kk, pergi pasar beli barang untuk.dibawa pulang sedikit, mama je la sedikit yang lain berkotak kikiki. Beli ikan bilis, keropok amplang, kuih cincin, keropok angry bird berbagai perisa, banyak lagilah yang boleh dibawa pulang, sediakan saja duitnya.


Di pasar kraftangan ni banyak dijual cenderahati untuk dibawa pulang, boleh jugalah untuk dihadiahkan pada sesiapa, jangan risau nak shopping lama-lama pun sebab surau dekat sangat, lepas solat boleh sambung shopping. Selesai mengempiskan purse kita rehat-rehat pula sambil menunggu masa untuk ke airport.


Lepak di food court dekat tanjung aru, sambil menikmati air kelapa, coconut shake, abc buah-buahan, abc aiskrim dan kepak ayam bakar, ditemani pula deruan ombak laut... Fuhh memang best. Abg adam tu muka ada masam sebab sakit perut, angin katanya. Sian anak mama.



Tiba masa untuk kita balik, budak yang paling gembira ini memang ceria sepanjang percutian ini, tak meragam langsung, cuma masa flight balik ni dia menangis nak duduk dengan papa, mula papa duduk seat jauh sikit dengan abg adam, lepas tu mama suruh tukar duduk depan sebab ada seat kosong, menangis nak susu, mama minta air panas dari cabin crew untuk buat susu. Lepas minum susu tidurlah dia.



Budak berdua ni bukan main order makan dalam flight sorang nak sandwich, sorang nak nasi lemak, makanlah anak...sedap nasi lemaknya berlaukkan rendang ayam. Cuaca malam tu tak berapa elok, berdoa sajalah mama didalam hati moga semuanya selamat, alhamdulillah pukul 11 mlm kami selamat tiba di klia2.

Sekian cuti-cuti kundasang 3hr 2mlm kami, cuti-cuti yang menyeronokkan

Jemput baca cerita di entri sebelum ini

Short vacay - kundasang part 1
Short vacay - kundasang part 2

Lepas ni mama akan cerita tentang penginapan, restoran & bajet yang kami keluarkan. Macam banyak lagi ye nak cerita, takpe sebagai catatan untuk mama, mana tahu dapat juga digunakan oleh orang lain.


Wassalam

Saturday, 11 February 2017

Short vacay - Kundasang Part 2

Assalamualaikum...


Update sikit perjalanan dari kk ke kundasang mengambil masa dalam 2jam lebih, bawa kereta secara santai sambil menikmati keindahan alam ciptaan Allah swt...subhanallah sungguh cantik menyaksikan kehijauan alam yang mendamaikan. Kereta yang disewa drive sendiri, 1 kereta adik ipar bawa, 1 lagi en.azmi bawa, perjalanan kami dibantu okeh wazelah kan hehehe, jalan cantik tak sesak, dalam perjalanan tu kita akan jumpa tempat-tempat yang boleh dilawati ada rumah terbalik tapi kami tak singgah pun kami terus ke kinabalu park sahaja.

Tenang dan mendamaikan

Percutian kami ni santai-santai saja takde rushing pun nak kemana-mana, bawa anak-anak kecil jadi tak perlulah rushing dan berkejar nak ke semua tempat hehehe..nanti anak-anak penat dan meragam mama pula yang semput..pagi tu bangun dalam kesejukan, bestnya udara pagi yang sejuk nih.

Dari dalam bilik mama dah terdengar kecoh-kecoh diluar sana, ingatkan apa rupanya adik-beradik lain dah bersiap-siap nak berjalan diluar..ohhh ingatkan apa mama hanya duduk melihat dari beranda rumah sajalah sebab anak-anak belum bangun tidur, mereka berjalan-jalan ke bukit sana mengambil gambar suasana pagi di kaki gunung kinabalu..nyamannya lah udara, homestay kami tu dikaki gununglah pemandangan memang cantiklah.sukar nak digambarkan.

Pemandangan dari beranda kabin, dengan suasana pagi yang sejuk, memang terasa cukup damai dan tenang, lupa sekejap kesibukan kerja waktu itu.

Bila anak-anak dah bangun tidur, kami pun bersiap-siaplah untuk keluar. Destinasi kami tuju Desa Dairy Farm...marilah melihat lembu dan merasai pengalaman seolah-olah berada di new zealand... ecehhh, kawasannya dekat saja dengan homestay yang kami duduk tu. Udara yang nyaman, tengok lembu bagi makan anak-anak lembu dan kambing, minum susu makan asikrim dan apalagi kalau tak bergambar beramai-ramai..haaa layankan gambar sajalah kan.

Alhamdulillah...sampai juga kami ke sini


Menikmati keenakan susu dan.aiskrim yang dijual disini
Boleh bagi makan dan bagi minum susu, rumput seikat rm1,susu sebotol rm3, selain anak2 mak2 pun teringin juga nak bagi makan lembu dan kambing

Sepupu
Anak-anak lagi,melihat mereka gembira...priceless
Adelya dan papa

Anak bujang mama, bukan main lagi dengan rambut pacak dia tu

Bujang ni pun.semangat juga nak bergambar

Bukan senang nak.dapat gambar cantik budak berdua ni sebab selalu bercakaran je, ini dah ada peluang kita snap cepat2 sebagai kenangan

Geng wanita anggun..ecehh hihihi, tengok tudung sama, makngah sponsor ni untuk kami, siap bawa datang sini  nak pakai sama-sama heheh

Selepas itu kami makan dulu, di pekan kundasang tu, nama kedai mama tak tahulah tapi ada nasi ayam. dan ada juga nasi dan lauk-pauk paling sedap dekat situ, kepak ayam, berselera masing-masing makan kepak ayam bakar tu. Selesai mengisi perut kami ke Poring Hot Spring, layan anak-anak mandi kolam, kata cuti untuk anak-anak jadi kita dulukan anak-anaklah kan, untung dah mama sebab ada yang boleh jaga adelya mandi kolam, anak dara tu tak reti sejuk, berendam dalam kolam suruh naik tak mahu.

Anak2 main air, mama tunggu tepi sambil kunyah biskut gery, kat sini biskut gery rm3.50 sebungkus

Balik dari Poring Hot Spring, kami singgah makan..Alhamdulillah makanan dikedai ni sedap dan agak murah jugalah..haa nanti mama share menu yang kami makan di kedai ini nanti ya di entri yang lain pula...nampak tak mama saja buat by part supaya blog ni ada entri baru kikiki..Okeh petang tu kami makan dikedai nih esok pagi kami repeat lagi makan dikedai yang sama.

Gendang gendut tali kecapi kenyang perut senang hati, lepas makan singgah kedai runcit dahulu beli kudap-kudapan kemudian balik homestay, kita tidur, habis dah cerita hari kedua..percutian yang singkat sajakan, kalau nak ke banyak tempat mungkin perlu pergi banyak hari tu. Haa mungkin boleh pergi lain kali pulakkan mana tahu ada rezeki nak kesini lagi.

Wassalam...

Nak baca lagi :

Kundasang Part 1