Wednesday 16 August 2017

Manisss sangat

Assalamualaikum...

Dengan senang hatinya mama bercuti hari ni. Bangun pagi ni rasa macam malas je nak kerja, fikir punya fikir terus ambil EL je..adehhh teruk sungguhlah. Bukan apa sekarang kurang sibuk jadi rasa malas je nak kerja sebab fikir pergi ofis takde apa yang hendak dibuat rasa macam takde semangat je, kalau tahu banyak kerja haaa memang semangat berkobar-kobar nak kerja sebab dah tahu apa yang nak dibuatkan. Minggu depan sibuklah siap kena ot pula isnin sampai sabtu...ok itu mama suka pergi kerja.


Semalam dapat lukisan ni dari abg adam, bagi bunga matahari untuk mama sepasu..ehh sukalah mama bunga matahari tu cantik berseri je warnanyakan tapi yang abg adam lukis tu tak diwarnakan pula. Bukan bunga je mama dapat siap dapat buah-buahan lagi...manis sangat anak mama nih. Bawang putih pun ada tu haaa..


Tapi yang ini memang tak mahu kalah dengan abg adam, kalau abg adam bagi satu je bungz matahari dia akan bagi banyak-banyak, katanya itu rumah mama, lepas tu ada banyakkk bunga dekat rumah mama, ini hujan turun nanti hujan ni bagi bunga subur, tapi itu hujan panas apa sebab ada matahari hehehe..siap tulis "adrien tulis bunga untuk mama" tulis ke lukis yen? Takpe lah..tulisan pun kecik besar kecik besar oklah tu janji dah boleh tulis dan mengeja...manisss je anak-anak mama nih.

Hari ni jadi surirumah, dah siap masak untuk abg adam makan sebelum pergi sekolah, sekejap lagi nak ambik adrien dia tahu mama dia cuti hari ni, papa dia hantar nanti siap pesan dekat mama "nanti papa wasap mama cakap yen nak balik awal taknak balik petang" amboi kemain lagi ye suruh papa wasap mama hehehe...pandai je dia tu kan. Takpelah dah mama ada kat rumah baliklah awal takkan mama nak biar adrien duduk pasti sampai petang kan.

Ok lah nak sambung kerja rumah pula...anak-anak dah besar ni.macam tak kalut sangat mama sempat lagi nak up entri, tapi mama tahu dah kat luar tu mesti bersepah punya. Ok lah nak pergi berleter pulak

Wassalam

10 comments:

  1. hahahaha mmg suweet sgt, masing2 takmo kalah

    comei2 bunga tuh... seronok lah yen ye mama ada kt umah, leh manja2

    ReplyDelete
  2. Comelnye lukisan tu semua kak. Berbunga-bunga dalam hati bila tgk kan. Selamat bercuti dan berehat kak.

    ReplyDelete
  3. hehehe saya pun baru lepas leterkan anak2 .. habis sekajang kertas dorang main conteng2 pastu sepahkan.

    ReplyDelete
  4. Oh tak aci betul mama bercuti hari ni yea, wah seronoklah tu, dapat golek2, pastu sambung tukang2 apa patut kan.
    Hehe..siap ada bawang putih tu ha, nak suruh mama masak apalah tu agaknya ye abg Adam 😁

    ReplyDelete
  5. Wah, sweetnya anak2 mama..
    Bijak mereka ni...

    Bagus la mama ni..
    Tak ada kerja, jadi ambil EL...
    Kalau byk kerja baru semangat nak kerja..
    Pekerja yg efisyen :)

    ReplyDelete
  6. Seronok tngk lukisan budak2 ni kan...comel je.Akak kerja2 seni anak masa kecil dulu masih ada yg simpan...bukan pe sayang ingat kenangan silam.
    Tu nk berleter dengan si kecil ke tu...

    ReplyDelete
  7. Seronok aktiviti melukis camni... eratkan hubungan dan jana kreativiti anak...

    ReplyDelete
  8. Co.elnya dgn gelagat mereka.

    ReplyDelete
  9. Hihi....teringat masa kerja dulu. Kalau den hari hari pun malas nak gi kerja sebab tak pernah tak de kerja. Naik malas weyh....

    Sekarang dah tak kerja mmg melengkar membesarkan badan jerlah kerjanya hihi....
    Hihi....mentang mentanglah tgh sawan taman, lukisan pun pasal pokok bunga jugak ek

    ReplyDelete
  10. Saya pun memang lagi suka sibuk di pejabat daripada tak buat apa-apa. Bosan tau, rasa nak cepat-cepat balik rumah daripada kena melangu aje tak tahu nak berlakon buat kerja apa. Nanti dikata pulak makan gaji buta. Susah betul!

    Sweet aje anak-anak ni. Samalah dengan anak bujang bongsu saya, hari-hari masih lagi buat hadiah harijadi Mommy dari lego padahal harijadi Mommy dah dua bulan lepas!

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...