Friday, 30 December 2016

Bila harus memilih

Assalamualaikum....

Bila harus memilih dan membuat keputusan yang sukar, tak terluah rasanya tapi apakan daya keputusan tetap perlu dibuat setelah mengambilkiran pelbagai perkara. Ianya menjadi sukar apabila kita perlu meninggalkan sesuatu yang bagus untuk sesuatu yang kita belum pasti. Tapi biasalah semuanya perancangan dari Allah kan.

Berat hati mama nak bagitahu tecer taska yang tahun ini merupakan tahun terakhir untuk adrien dan adelya duduk di taska tu, selepas ini mereka akan duduk ditempat baru berdekatan dengan rumah baru. cuma abang adam masih transit disitu sebab masih belum dapat bertukar sekolah, jadinya abang adam perlu dihantar dan diambil dari sekolah nanti memandangkan tiada transport yang pergi ke sekolah abang adam tu, takpelah bersusah payah dahulukan, mana tahu kemudiannya akan diberi kemudahan.

Adelya akan diletakkan dirumah jiran sebelah rumah mama, alhamdulillah orangnya pun baik, inshaAllah dia akan jaga adelya dengan baik, jiran mama tu pulak bekas cikgu tadika jadi dia memang dah biasa dengan kanak-kanak dan katanya dah tak tahu nak buat kerja lain selain dari menjaga anak-anak, ok lah tu kan.

Untuk Adrien pula, satu keputusan sedang dipertimbangkan dan dikaji mana yang lebih baik untuk adrien juga untuk mamapapa, kena pertimbangkan dari semua aspek masa, kewangan dan semuanyalah, apa yang pasti Adrien sudah pun kami daftarkan di PASTI yang terdapat disitu, Adelya pula inshaAllah akan menyusul juga tapi buat masa sekarang kami tak masukkan lagi adelya ke pasti tu, setelah menimbangkan beberapa perkara, walaupun kata orang dah boleh nak bagi adelya sekolah tapi papanya kata biar dulu, ok takde masalah kita ikutkan saja.

Hari ini merupakan hari terakhir adelya dan adrien di taska, ada jamuan akhir tahun mama pun menyempatkan dirilah untuk memberikan sesuatu untuk tecer sebagai tanda penghargaan, mama berikan sebiji kek, itu untuk abg adam dan adrien potong nanti, sebagai sambutan hari lahir mereka di taska bulan ini. dan mama yang tak berapa nak kreatif ni pun membuat gubahan bunga dan coklat untuk tecer..ahahahaha orang buat canti, mama buat ala kadar je, itu je yang mama termampu dengan idea yang tak berapa nak memberangsangkan ini, oklah tu harap tecer gembira menerimanya.


inilah hasil dari kerastangan mama..hehehe tak sempat nak berfikir pun beli barang pun main sauk je.
Sedih mama rasakan bila terpaksa berpisah taska ni, tapi tak pe mungkin Allah menyediakan sesuatu yang lebih baik buat anak-anak kan...semoga segalanya dipermudahkan nanti InshaAllah.

Wassalam

Tuesday, 27 December 2016

8 tahun menyulam cinta


Assalamualaikum....

8 tahun sudah melalui ujian dan dugaan, tawa dan airmata..
Moga hari yang mendatang kita lebih tenang melangkah
Menuju cinta Ilahi..




Moga ikatan pernikahan ini kekal hingga ke dalam syurga Allah.
Tak dapat nak tulis banyak-banyak mama busy..

Wassalam.

Sunday, 25 December 2016

Abang dah besar

Assalamualaikum...

Alhamdulillah syukur pada Allah, hari ini umur abang meningkat setahun lagi. Sekejap je abg dah besar. Masih segar diingatan mama ni saat menanti abg dilahirkan. 25 disember 2009 jumaat petang abg selamat dilahirkan secara vaacum..pengalaman pertamakan. Lepas abg dilahirkan mama pitam dan tidur dalam labour room tu sampai ke malam, lepas sedar tu mama minta nak masuk bilik sebab adik beradik dah tunggu lama. Pagi esoknya baru mama dapat tengok abang betul-betul.

Sejak akhir-akhir ni kadang-kadang mama rasa abg dah besar sangat, abg dah belajar bancuh air milo sendiri, dah boleh tolong mama basuh pinggan, boleh juga tolong mama potong sayur. Mama bangga dengan abg walaupun mama tak minta abg tolong, abg yang minta nak tolong mama,siap minta mama ajar abg memasak. Kita belajar satu-satu ye abg. Mama akan ajar abg buat keje rumah juga. Rumah dulu dapur tak elok sebab tu mama tak bagi abg tolong. Sekarang bolehlah mama ajar.


Abg pun dah boleh tolong mama lipat kain nampaknya tu. Cara abg buat, abg minta mama lipat dulu, kemudian baru abg buat, suka mama tengok abg dah boleh diharap. Pagi tu mama biar abg pergi kedai dengan adrien beli roti, mama tunggu dalam kereta, mama tengok abg boleh jaga adik, nak langkah longkang dan lintas jalan abg pegang tangan adik, beli barang pun dah boleh tu.

Hasil lipatan baju abang..oklah tu baru belajarkan, lama-lama nanti mesti lagi kemaskan

Walaupun macam tu kadang ada juga kerenah lain, biasalah adik beradik kadang bergaduh jugakan. Tak apalah masa kecil ni memang macam tu lah kan, kadang keluar suara jantan mama ni..hehehe. Bila anak-anak dah besar nanti dan dah buat hal sendiri mesti makin sunyi rumahkan. Buat masa ni layan sajalah kerenah mereka.

Abang..moga adam dapat menjadi imam satu hari nanti, cemerlang didunia dan akhirat. Jadi abg yang dapat melindungi dan membimbing adik-adik.

Wassalam

Friday, 23 December 2016

Buka mata dan senyumlah

Assalamualaikum...

Minggu ini nampaknya kena drive sendiri pergi kerja, memandangkan en.azmi sudah bertukar kerja dan minggu ini selalu out station, rumah baru pula sedikit jauh untuk ke tempat kerja. terpaksalah mama berpagian merempit dengan anak-anak, sesudah subuh kami sudah keluar, mama hantar anak-anak ke taska kemudian ke tempat kerja.

Alhamdulillah rezeki mama sampai pejabat ruangan parking masih ada kosong, jika tiada kosong terpaksalah mama masuk parking berbayar yang bayarannya rm10 sehari, kalau hari-hari mau semput mama dibuatnya, sebab itulah mama terpaksa keluar awal untuk berebut parking. Permohonan untuk parking bulanan masih belum mendapat jawapan, harapnya tahun depan adalah rezeki mama, takdelah mama perlu keluar awal sangat.




Kali pertama nak parking kereta kat dalam..amik terlanggar mesin basuh, kemek lah mesin itu dibuatnya..hahaha adehh sensor dah menjerit-jerit tapi mama ingat nak langgar dinding, puaslah adjust takut langgar dinding, sekali tercium mesin basuh..kikiki, lupa pula mesin basuh ada diruangna depan tu haa..orang mesin basuh didapur, mama mesin basuh kat depan, belum punya cukup masa untuk kemas rumah betul-betul lagi ni ha, jadi mana yangsempat sajalah dulukan.

Semalam nak senang merempit dan parking mama bawa kancil je, sekali masa nak balik tu enjin tak boleh hidup pulak, jenuh dah buat tak boleh juga, telefon lah en.azmi walaupun tahu dia tak boleh tolong sebab baru on the way dari pulau pinang.Dalam terfikir-fikir tu terus teringat kawan, telefonlah kawan mama yang rumahnya berhampiran ofis, alhamdulillah datanglah kawan mama tu dengan isterinya menolong mama, bila jumper barulah hidup kereta tu, lega dah mama. teruslah balik.

Sekali lagi mama cemas, nak masuk tol alam impian tu, tetiba lampu malam, jam di dashboard pun padam, signal tak berfungsi, cuak jugaklah mama, tapi dalam pada tu tetap tekan minyak, apa-apa hal pun tak mahu kereta mati tengah jalan, tawakal je lah waktu tu dah pukul 7 lebih mujur hari masih ada cerah-cerah sikit, lampu jalan pun dah terpasang, tumpang juga lampu kereta lain, mama redah je la jalan, enjin dah tersengguk-sengguk, masuk raoundabout cabang 5 tu, bertambah cuak sebab kereta agak banyak, dalam hati berdoa "Ya Allah kalau kereta ni nak mati pun biarlah masa dah sampai taska" memberanikan dirilah mama mencelah kereta dekat roundabout tu, sikit lagi nak sampai taska enjin macam nak mati dah, mama terus berdoa, alhamdulillah akhirnya dapat parking tepi taska enjin pun mati.




Sampai taska dah lega dah, terus telefon kakak dan abang ipar minta datang taska. Alhamdulillah sebenarnya sebab ada orang yang berhampiran boleh untuk diminta tolong masa kecemasan, sebelum kakak sampai, tecer taska dan suaminya dan tolong jumperkan lagi kereta tu, kakak dan abg ipar sampai, nak balik tu mama bawa kancil tetiba lampu kembali padam, kata abang ipar bukan masalah bateri sebab en.azmi baru tukar, tetapi alternator tak cas. abang ipar cas lagi sekejap supaya dapat bawa balik, tukar kereta mama bawa keretalah, abg ipar bawa kancil, guna double signal lah, lampu makin lama makin suram, alhamdulillah sampai juga rumah.

Hari ni mama drive lagi, tapi tak bawa kancil dah, kena tengoklah apa rosak sebenarnya tu nanti. anak-anak en.azmi hantar ke taska naik lori, petang ni mama ambillah. Tahun depan mungkin senang sikit dah sebab adrien dan adelya mama hantar dekat jiran sebelah je, cuma yang kena hantar dan ambil dari sekolah cuma abang adam saja sebab abg adam tak dapat tukar sekolah lagi, harapnya tahun depan adalah rezeki untuk bertukar sekolah pula, bukan apa bila anak-anak sekolah dekat dengan rumah lebih mudah, sekolah rendah yang ada tu memang dekat dah dengan rumah, cuma dah penuh pula untuk tahun 2, terpaksalah abg adam bersekolah disekolah lama lagi buat sementara waktu..

InshaAllah...setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahNya kan, Allah lebih tahu apa yang terbaik buat kita dan Allah uji kita sesuai dengan kemampuan kita, jangan bersedih bila diuji, buka mata dan senyumlah kerana langit masih cerah...

Wassalam

Tuesday, 13 December 2016

Hikmah disebalik kejadian

Assalamualaikum...

Seronok selangor cuti sampai 4 hari, mama setakat ni ahad je cuti sabtu dan isnin keje. Takpe lah rezeki bekerja dihari cutikan, nikmati kerja yang ada sementara masih sibuk, nanti bila dah tak sibuk rindu pula dengan kerja-kerja yang menimbunkan, sebenarnya seronok bila banyak kerja ni.


Sabtu selesaikan borang-borang ini, sampai tak nampak dah muka orang lain..huhuhu, mujur juga mama dapat sampai ofis al-kisahnya sabtu hari tu jalan nak pergi ofis ditutup, ada kren buat kerja dan ada larian menjunjung kasih...oiii bangunan ofis dah nampak tapi tak boleh masuk, sampai beberapa kali la mama tawaf roundabout masjid tu, bagi signal nak masuk pun abg trafik marah, sian orang kete depan kena marah,terus mama pun tak jadi masuk...hehehe.

Dah puas pusing shah alam..ecehh macam pusing satu shah alam.pulakkan tapi memang memusinglah mama mencari parking tu,sampai rasa nak putus harapan dah jadi mama cuba nasib sekali lagi lagi,kalau tak dapat juga mama pusing stereng balik rumah teruss. Mama cuba dapatlah parking tepi jalan,tapi takut pula kereta kena tarik pula dengan mbsa. Sudahnya telefon kawan tanya dia parking mana, pergi dengan kawan mama masuk jalan melawan arus parking dalam pas...hadoii mencabar pula nak pergi kerja hari tu.



Senyum pagi...sambil ditemani angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa. Kereta dah antik ni tapi banyak berjasa, kata en.azmi kereta cari rezeki. Masa mama drive terasa macam ada benda yang jatuh bawahnya, lepas traffic light jalan kebun mama berhenti call en.azmi, en.azmi suruh keluar tengok,mama pun keluar la tengok tapi takde apapun, tetiba nak masuk kereta balik tak boleh, semua pintu berkunci, pintu sebelah driver memang tak berkunci tapi tak boleh dibuka dari luar...adoiii, mujur mama bawa keluar telefon bolehlah call en.azmi suruh datang bawa kunci spare, dan mujur juga tepi jalan tu ada kedai yang belum buka dan ada kerusi dapatlah mama duduk sambil menunggu en.azmi datang.

Hahaha...macam-macam hal kan,lihat saja dengan berhikmah setiap apa yang terjadi, bila tersadai tepi jalan macam tu,dapatlah mama nikmati udara pagi yang segar nyaman dan sejuk seperti di cameron highland, ok lagi tu dapat call en.azmi...dulu pernah terjadi masa mama bujang, minyak habis dibangsar dekat susur nak ke mid valley...hamikk minyak takde, kredit pun takde, duduk la sorang-sorang dalam kereta sambil makan pop corn tergelak sorang-sorang sambil menunggu kot-kot ada orang berhenti hulur bantuan, alhamdulillah ada yang berhenti,mama pinjam telefon, call member belikan minyak...hahaha, nak suruh belikan minyak duit ada rm5 je...jadi pinjam telefon je...kejadian itu memberikan pengajaran....lepas tu minyak sentiasa ada,kredit pun ada, duit pun pasti ada hahaha.

Sambil menulis,sambil berfikir nak kerja tak hari ni rasa macam malas je...rasa nak duduk rumah dengan anak-anak walaupun nanti mereka bangun pasti rumah kecoh dan bersepah, mama pun serabut tengok,lepas mengemas bersepah,mulalah membebel macam-macam, tapi bila mereka takde dan bila mereka belum bangun ni terasa sunyi je...

Wassalam


Sunday, 11 December 2016

Akhirnya dia senyum

Assalamualaikum...


Akhirnya dia senyum...setelah beberapa kali bertanya mana kek dia? Jumaat malam ada acara membakar dan makan-makan dengan jiran jadi tak sempat mama nak buat kek, sabtu pagi, dia minta lagi mama buatkan, tapi mama kalut nak pergi kerja.

Balik kerja letih pula mengemas,pergi pasar malam singgah rumah ibu,8 lebih baru balik rumah,walaupun rasa mata dah nak rabak, mama gagahkan juga buat kek, carilah segala harta karun dalam kotak yang belum siap dikemas, siap juga,kek untuk adrien.

Ini baru sekejap tadi dia minta mama dan adelya nyanyikan lagu hepi besday untuk dia...hehehe nyanyilah mama berdua dengan adelya, abg adam takde, dia dekat rumah ibu. Tengok adrien tersenyum gembira makan kek dengan berselera, ok nanti ada rezeki sambut dengan kawan-kawan dekat taska ye.

Lega...dapat juga tunaikan permintaan adrien.

Wassalam.

Friday, 9 December 2016

Saya sudah 5 Tahun

Assalamualaikum...



Nama saya Adrien Aryan Bin Azmi, Hari ini umur saya sudah 5 tahun. Doakan saya jadi anak yang soleh ye...

Semalam mama dah beli bahan untuk buat kek seperti yang diminta Adrien, sayangnya ada halangan yang melintang, mama dah balik awal pukul 6.30ptg dah balik. Memandangkan adelya masih panas badannya, kami singgah di klinik kesihatan seksyen 19. Alhamdulillah orang tak ramai, kami sampai dah hampir pukul 7,dalam pukul 8 juga baru selesai semua urusan, check up dan ambil darah, lega keputusan darah ok saja.

Balik tu ingat naklah buat kek, tapi dicampur dengan penat dan adelya yang meragam, en.azmi pula terpaksa menghantar barang ke Ipoh jadi terpaksalah mama batalkan hasrat nak membuat kek untuk adrien, ralat juga rasa sebab memang nak sangat buat, adrien pun dah seronok sebab tahu besday dia dan dia memang cakap nak makan oreo chesse cake. Sudahnya mama tidur sajalah, itupun kejap-kejap terjaga, sebab adelya kejap-kejap menangis.

Pagi-pagi adrien bangun buka peti ais...Adrien cakap "besday yen takde ke?" maksudnya kek dia tak la tu, sedih pulak mama mendengarnya, takpe mama akan buat juga kek untuk adrien nanti ye.

Alhamdulillah rezeki adrien dapat juga potong kek, siap bangga lak tu, cakap kek dia ada 2 jehehe. Takpelah kan..asalkan dia gembira, kawan-kawan ofis mama pun ok je ajak adrien potong kek sama-sama, tersenyum simpullah adrien dapat potong kek kan.


Kebetulan bawa anak-anak pergi ofis, ada jamuan dan sambutan besday. Tumpang sebadanlah sambut untuk adrien.bos pun ok so layan je siap lepas tu suruh mama balik sebab adelya nangis-nangis.

Ok lah adrien...mama doakan semoga jadi anak yang soleh, cemerlang dunia dan akhirat.. Mama sayang yen banyak-banyak.

Wassalam

Wednesday, 7 December 2016

Pantas bertindak

Assalamualaikum...

Sedar tak sedar sudah masuk minggu ketiga mama sekeluarga dirumah sendiri. Banyak lagi yang belum dikemas, maklumlah cuti hujung minggu kena bermesyuarat dan bertaklimat diluar, takde masa yang betul-betul free untuk mama mengemas, masih bersepah disana sini, pelan-pelan kayuhlah. Apatah lagi balik dari sepang kesihatan juga teruji..adelya dan mama sama-sama demam.

Semalam sudah tak tahan terpaksalah mama EL walaupun cuti dibekukan, apa taknya bulan ini tutup banci jadi tak boleh bercuti, semalam ingat nak time off je pagi tu, tapi mata bagai digam-gam je sudahnya mama EL je la, cuba nak rest tapi bila dirumah tak boleh juga nak rehat-rehat dengan adelya yang asyik meragam je tu. Rasa macam perlukan rehat je mama ni sebab berbulan dah rasanya tak dapat rehat yang secukupnya.

Ok moh ler berbalik pada tajuk, dah hampir tiga minggu ni jiran-jiran dok bertanya sampah takde kutip ke? Rumput dipadang permainan pun dah makin tinggi nak bagi anak-anak main pun takut, mama cakaplah perlu call majlis ni untuk bertanya, mama cakap je tapi takdelah call pun. Sekali jiran mama bagitahu dia dah call,bagus mdkl nih, lepas call je terus dia call kontraktor yang bertanggungjawab, lepas tu kontraktor pun call jiran mama, dia kata tiada makluman dari pihak majlis lagi. Tapi bila dah dimaklumkan kontraktor akan mulakan kerja pada hari rabu.

Baguslah mdkl dan kontraktor nih pantas bertindak, takde nak berdolak dalik dan tolak.sana sini macam yang kawan mama kena dengan satu majlis tu, dia pass sana sini pada hal nak tanya pasal kutipan sampah je. Alhamdulillah lega lah kejiranan kami bila soal sampah dan rumput dah selesai.


Pagi-pagi jiran dah hantar gambar kat group whatsapp bagitau kontraktor dah datang potong rumput di taman permainan. Alhamdulillah betul sepertimana yang telah dijanjikan, bolehlah anak-anak bermain ditaman, apa taknya taman dekat dengan rumah tapi dilarang pergi...muncunglah masing-masing, hari ni mesti emak-emak pula yang muncung panggil anak balik tapi tak mahu hehehe, anak-anak mama tunggu hujung minggu la baru dapat main sebab mama kerja balik dah lambat macammana nak main ditaman kan.

Satu lagi yang mama bersyukur, jiran-jiran yang baik dan niat mama berpindah untuk melakukan sesuatu bakal terlaksana inshaAllah, moga Allah permudahkan hal yang satu ini, memang mama dah niat bila pindah, inilah yang akan mama lakukan, jalannya sudah ada tinggal untuk dilaksanakan saja..syukur sangat-sangat.

Wassalam.

Friday, 2 December 2016

Dah sampai pun

Assalamualaikum....

Dah sampai pun hadiah dari mak hainom okjer. Balik tadi en.azmi hulur sampul " bukan dari pemaju ni kan" kata en.azmi. Maklumlah mama bagi alamat rumah baru...haa orang pertama tu tau alamat rumah baru mama ni...ada makna tu bagi alamat rumah nak minta datang tolong kemas rumah yang masih bersepah tu haaa..


Tak sabar nak cuba nih, tapi bersabar dulu sebab mama sekarang dalam perjalanan ke sepang pulak, ada taklimat sampai hari ahad nanti.

Terima kasih hainom sudi bagi hadiah ni pada mama, teruja iols tau, dah lama juga tak dapat apa-apa dari member blogger, mana nak dapatnya tak rajin join apa-apa kan. Oklah terima kasih sekali lagi. Doakan mama sekeluarga selamat pergi dan kembali.

Tak dapat nak tulis banyak-banyak dalam kereta yang sedang bergerak nih.


Wassalam