Wednesday, 30 November 2016

Gold coast, Morib

Assalamualaikum....

Tora datang lagi..hehehe. Okeh muncul lagi mama setelah beberapa hari tak menulis, macam sibuk sangat je ni kan, adalah sibuk sikit..jumaat lepas malam angkut barang pindag ke rumah baru semput dibuatnya, balik kerja pukul 7, sampai je rumah terus packing barang, banyak juga rupanya barang mama. Sabtu memang terus pindah masuk rumah baru, lega rasanya dapat masuk rumah sendiri. Mengemaslah lagi apa-apa yang patut dulu. Ada kotak yang tak sempat dilabel jadi nak mencari sikat pun tak jumpa..adehhh.

Ahad tu kemas sikit-sikit je lepas zuhur kami gerak ke gold coast morib, mama perlu hadiri mesyuarat pengurusan, alang-alang cuti sekolah bawalah en.azmi dan anak-anak sekali. Ramai juga orang disitu mungkin sebab cuti sekolah, kunci bilik pun lambat dapat. Ada yang dah merungut-rungut sebab lambat dapat kunci, nak buat macammanakan sabar sajalah, yang tak sabar anak-anak mama tu siap.tunggu depan meja urusetia kikiki...layankan je la tak sabar nak main air la anak-anak mama tu. Dapat kunci terus naik bilik. Alhamdulillah dapat bilik ok.


Bilik kami mengadap water park..haa lagi teruja la anak-anak dibuatnya..ok bilik kemas dan bersih, bilik air pun bersih siap jakuzi lagi. Bila adrien tak merungut pasal bilik air maknanya bilik air tu oklah..hehehe si adrien tu susah sikit bab toilet nih, memilih sikit, kalau tak puashati mulalah dia merungut, bilik air ni kotor. Lepak-lepak dekat biliki dulu, lepas asar semua pakat terjun kolam, mama terpaksa tunggu kat tepi je sebab loker penuh, duduk tepi jaga beg je lah petang tu, sementara en.azmi layan anak-anak main air. Anak-anak seronoklah dapat berendam dalam air, abg adam dan adelya sibuk bermain gelungsur, tak takut pula si kecik tu,walaupun tersungkur dalam air, muka tetap ceria lepas tu ajak lagi abang adam naik gelungsur.

Abg adamlah yang rajin teman adelya bermain gelungsur, boleh diharap dah abg menjaga adik tu nampak gayanya.
Adrien pula kalau bersama papa barulah nak gelungsur kalau sorang-sorang memang dia tak mahu, dia rela duduk berendam dan berenang dalam air saja, berenanglah sangatkan, kaki tangan sibuk berkayuh tapi bontot cecah lantai kikiki..ada-ada je si adrien tu. lepas tu mama bertukar pula dengan en.azmi, mama pula masuk air teman anak-anak. Terus adrien ajak mama main gelungsur dia tak tahu mama dia pun jenis kecut perut juga hahahaha...tapi dah anak ajak kan, kita turutkan jugalah.. ok juga sesekali main gelungsur macam tu, habis berendam sampai orang tiup wisl suruh keluar kolam barulah kami naik itupun adelya mengamuk tak mahu naik, nak panjat tangga ke papan gelungsur lagi, jenuh en.azmi kejar.

Nasi goreng mafia,crispy chicken burger, chicken chop..menu yang kami pilih
Dibilik pula sambung lagi berendam dalam jakuzi beramai-ramai dengan anak-anak..hehehe, bilik air besarkan seronoklah. Malam tu kami keluar cari makan diluar sebab mama tak ambil pakej makan sekali, kalau sekali pakej makan banyak pula bajetnya tu, so kita makan diluar sahaja. mencarilah kedai makan, jumpalah Sabariah cafe di jalan tali air, singgah sajalah tengok apa yang ada di situ, amik tempat yang open air tak berbumbung, sekali hujan rintik-rintik turun, semua orang berlari masuk tempat yang berbumbung, kami je bertahan disitu..kikiki sebab dah penuh takde tempat nak lari lagi, lagipun hunyai renyai-renyai saja, kami pula dibawah pokok.

Pagi Isnin mama bermeeting, anak-anak terjun kolam lagi dengan papa dorang, sesekali kan bagilah anak-anak main air puas-puas nak bawa berjalan lagi entah bila, jadi kesempatan yang ada ni gunalah sebaik mungkin, lepas ni kalau nak berjalan pun kena tengok bajet jugalah sebab perbelanjaan bulanan pun dah makin bertambah..wahh gitu, tapi ye lah rezeki tu Allah yang bagikan.

Makan-makan sambik dtemani desiran angin pantai dan ombak laut yang menderu

petang tu kami makan ditepian pantai pula, kata kawan mama ada kedai makan yang murah ditepi pantai tu, ada promosi ikan bakar rm1.90 seekor, masa kami pergi tu ada ikan mabung dan ikan kembung saja kira oklah kan, ada juga makanan goreng-goreng, tapi air nak kena beli dikedai kepunyaan hotel pula, airnya biasa-biasa tapi punyalah mahal...terpaksa jugalah beli kalau tercekik nanti susah pula takkan mahu minum air laut pulakan. Selesai makan balik ke biliklah kami sebab dah takde apa-apa aktiviti lagi, lepak dalam bilik sajalahkan.

Singgah di lukisan 3D semasa perjalanan balik bilik, semangat budak berdua ni bergambar

Selasa pagi..ada sesi perbentangan sasaran kerja untuk tahun 2017, hari terakhir disini anak-anak mandi kolam lagi, seronok adelya bercerita dia naik gelungsur yang pusing-pusing tu dengan papa, alahai berani sungguh dia ya, ikut hati dia nak naik yang gelungsur tinggi tu, tapi en.azmi kata susah pula nak tinggalkan adrien nanti, memandangkan adrien tak mahu naik.

Itulah cerita kami mesyuarat sambil cuti-cuti, ada yang komen tak berpuashati makanan tak sedap.. bagi mama alhamdulillah semuanya ok, bilik ok, makanan pun ok sebab tekak mama ni takdelah high taste sangat, janji cukup rasa masam manis masin, jadi semuanya sedaplah bagi mama, mama tak reti nak cakap sesuatu tu sedap macamamana asalkan boleh dimakan oklah.

Panjang dah bebelan mama ni, perlu berhenti dulu ada masa mama menulis lagi, terima kasih buat yang sudi singgah dan baca.

Wassalam.

Thursday, 17 November 2016

Giveaway Sempena Anniversary

Assalamualaikum....

Dalam kesibukan yang melanda tetiba mama terjah blog biras mama, tengok-tengok mak hainom okjer tu buat giveaway...haishhh mama pun nak menyibukkan diri join juga la nampaknya bagi sokongan pada kawan-kawan katanya, walaupun dah hujung-hujung ni kan, kira masih sempat lagilah, sibuk-sibuk tengok borang kita segarkan biji mata jap join GA ni.

Dulu-dulu mama pandang-pandang jeling-jeling je blog hainom nih maklumlah polower mak ramai, mama pula blogger picisan jek. Tapi bila mama terjah blog kawan-kawan lain sepintas lalu terbaca komen-komen hainom ni...amboii rajin betul dia komen ye, kadang-kadang macam karangan 360 patah perkataan, kalau mama yang komen memang sejemput je lah ayatnya kan.

Satu hari tergerak la hati nak terjah rumah hainom..ambik ko kelakar betul bila mama baca hasil penulisan hainom nih sampai nak tersimpul usus mama ni dibuatnya gelak jer, bahasa yang sempoi dan kelakar tapi ada masanya ada.juga penulisan yang menyentuh hati dan menusuk ke kalbu...tak sangka lepas mama follow blog hainom dia pun datang follow blog mama, bermula dari situ mama akan terjahlah blog mak tu baca tulisannya kadang ketinggalan, pulun gak baca dari mana yang mama tertinggal tu.




Sempena ulangtahun hainom okjer dan pak jilapah yang ke 21... Mama doakan semoga Allah berikan kebahagiaan buat keduanya hingga ke dalam syurga.. Dipangjangkan umur, dimurahkan rezeki dan semoga rahmat dan redha Allah sentiasa bersama mereka.

sapa-sapa nak join sempat lagi nih,esok tarikh tutup jom join ramai-ramai . Tulis seringkas yang boleh je ye.

Wassalam

Wednesday, 16 November 2016

Sibuk sangat ke?

Assalamualaikum...


Nahhh...nak bagi bukti kononnya mama busy kikiki..ya sibuk jugalah kadang balik pukul 8, kadang pukul 9..ok la kan yang penting masih ada kerja untuk dilakukan. Itu baru sikit borang kadang penuh meja kiri kanan.

Itu yang kadang tak sempat nak jenguk kawan-kawan, kadang teringin nak jenguk tunggu juaat la sebab rehat panjang. Whatsapp pulak, kadang tertinggal keretapi, beratus mesej orang dok bersembang. Kalau yang sembang tu mama nyampuk juga la, kalau yang share info tu sekadar tunjuk jari je hahaha walaupun sebenarnya mama tak suka nak bagi icon jaru je bila orang share apa-apa info, ye lah kan orang share untuk kebaikan sekurang-kurangnya nak ucap terima kasih.

Dalam kesibukan moga perancangan semuanya akan berjalan lancar, moga akan hadir bantuan disaat-saat akhir ini..inshaAllah.

Wassalam

Wednesday, 9 November 2016

Kedai kawan papa

Assalamualaikum....

Asyik-asyik cerita pasal rumah bosan pula membacanya ya..hehehe. Biar saja soal pindah rumah itu berlaku mengikut ketetapan-Nya, inshaAllah moga segalanya mengikut percaturan yang sudah ditentukan, kita merancang Allah jua merancang dan perancangan Allah adalah yang paling baik, so kita follow the flow sambil-sambil buat apa yang patut.

Baru-baru ni en.azmi ajak singgah makan dekat satu kedai, belakang shell alam impian tu, katanya ada kawan kerja sebagai tukang masak disitu, mama dan anak-anak setuju je. Apa yang bagusnya dikedai tu macam-macam ada, dia macam satu restoran tapi ada stall lain yang jual makanan lain, ok jugalah sebab anak mama yang sorang tu tekak western chicken chop tak abis-abis, masa mengandung dulu mama makan western je kan...

Mama masa tu tak lapar tahap gaban sangat jadi nak makan yang biasa-biasa je tak mahu nasi atau makanan berat yang seangkatan dengannya lah, tengok menu teringin nak rasa roti nan chesse..haa ko baru nak merasa, orang lain entah dah berbulu perut makan kikiki... Itu ayat arwah mak mama dulu la, kalau makanan tu selalu dimakan haaa katanya makan sampai berbulu perut...agaknya sebab dah selalu makan kot.

En.azmi order kuew teow kerang, adam adrien chicken chop mama nan chesse dan ayam tandoori. Sekali menu mama sampai anak-anak yang rembat dulu sampai tak cukup pula dibuatnya, en.azmi suruh order lagi tapi mama tak mahu sebab nanti datang chicken chop ada pula yang makan tak habis, memang betul pun mama yang kena habiskan... Hoii mana tak gemuk asyik habiskan makanan anak-anak je, tak makan nanti membazir pulakkan jadi makanlah dengan senang hati,takkan nak makan dalam tangisan pulak ye dak hihihi.

Nan chesse...mama makan sekeping yang lain-lain anak3 abiskan huhuhu


Mama perabis ayam je la memandangkan anak-anak tak berminat dengan.ayam ni


Harap-harap takdela yang terliur ye hihihi...pada hal sendiri yang terliur macam kena repeat je nih, balik kerja semalam...anak-anak bising nak makan kat kedai kawan papa..ok singgahlah demi anak-anak nak makan, dalam hati mama pun riang gumbira juga la sebab boleh makan nan chesse lagi, tapi bukan rezeki kamilah,kedai penuh, parking pun tak de, disebabkan dah lewat dah 9.30malam maka en.azmi malas nak menunggu, esok saja kita pergi katanya. Apalagi bisinglah memasing nak makan kat kedai kawan papa.. diulang-ulang sepanjang jalan, naik bingit telinga dibuatnya.

Singgah makan.di kedai tomyam dekat rumah je, yang sorang tu laju je cakap chicken.chop, yang sorang order nan chesse ahhh sudahhh dua-dua makanan tu memang takde, apalagi muncung itiklah dua-dua. Makanan sampai mama makan..sudahnya minta juga mama suapkan nasi...hehehe oklah anak-anak kadang-kadang apa yang kita nak Allah tak bagi sekarang, mungkin nanti Allah akan bagi, kalau memang takde tu dah tertulis bukan rezeki kitalah kan, harap anak-anak mama faham ye...

InshaAllah ada rezeki mamapapa akan bawa juga anak-anak makan apa yang mereka mahu tu..cuma masanya lah cepat atau lambat bergantung pada rezeki yang Allah bagi juga.

Wassalam

Monday, 7 November 2016

Baiti Jannati - plan bertukar

Assalamualaikum...

Perancangan untuk masuk rumah terpaksa berubah dan diawalkan.. Sekarang ni mama rasa kalut sangat, semua benda rasa nak buat dengan tak boleh nak cutinya, buat keje untuk berpindah hanya pada hujung minggu sahaja. Letih tu jangan cakaplah kan, Allah je yang tahu, tapi apa nak buat semua pun penting, kerja penting pindah rumah pun penting..huhuhu. Sebab di awalkan pindah, hujung bulan mama sibuk dengan urusan kerja, ada mesyuarat dan taklimat diluar pula.

Minggu sebelum ini paksa adik-beradik mama tolong pasangkan kipas dan lampu..hehehe mujur adik ipar free hari ahad tu,pakat berkumpulah semua dirumah mama menengok mereka memasang lampu siap berkelah bagai, bukannya apa...memaksa kakak mama masakan nasi lemak, ibu nak taknak je buat tapi disebabkan adik-adiknya ini dah kempunan nak makan nasi lemaknya, terpaksalah ibu buat juga, mama bawa benda paling senang tapi mencabar nak membuatnya...haaa rebus telur kikiki susah tu sebab tak tahu dah masak betul ke belum.

Pakat-pakat kongsi bawa juadah, makan membawa ke malam


Alhamdulillah settle sudah bab lampu, kipas pun cuma ada diruang tamu sahaja, tunggu bajet lain pulak untuk tambah lagi kipas, takpelah pelan-pelan kayuh yang asalkan yang penting-penting semua dah ada.

Weekend baru ni pulak, ajak family en.azmi pula datang untuk mengecat rumah, bagi adillah kan ajak kedua-dua belah keluarga untuk sama-sama merasai kegembiraan kami...ecehh sangatkan, pada hal nak mendera orang kikiki, kebetulan weekend ni adik ipar dikampung nak pergi interview di kuantan tak dapatlah mereka sertai kami, cuma adik en.azmi Encik kental bersama isteri dan anak-anaknya yang sertai kami mengecat, jadinya hari itu mama tolong tengok sajalah hehehe..


Anak-anak seronok bermain bersama-sama sepupu mereka

Ahadnya memang tiada siapa lagi yang menolong, gigihlah suami isteri ini mengecat sambil bergaduh dengan anak-anak, apa taknya mereka berebut nak pegang berus cat..aduhaiii sabar je lah hati..sabar sabar jugak tapi mulut mama nih memang tak reti diamlah...itu jangan ini jangan, yang en.azmi dah cat kering datang pula adelya menambah cat, dah jadi bertompok-tompok..hehehe sabar je lah kan, jenuh juga nak mengecat bilik sebab dua-dua bilik tengah tu tinggi, jadi kami buat keputusan tidaklah cat sampai atas, jenuh pulak nak mendongak, ada yang terkehel leher pulak nanti.


Tengok.adelya tu, sukalah biliknya pink..sampai tenggelam.dah adelya baju dengan cat sama warna je

Buat keputusan kita bikin corak sajalah diatas tu, buat bentuk awan ke atau apa-apa sajalah, sudahnya buat garis lurus je untuk bilik si anak bujang, bilik si anak dara belum putuskan lagi sambung pula weekend nih, cadangnya sabtu habiskan mengecat, ahad pula nak mencuci rumah, next week bolehlah masuk...baik punya perancangan diharapkan berjalan lancar seperti yang dirancang, masa  dah makin suntuk...haaa ada sapa-sapa yang sudi nak tolong cuci rumah tak? hehehe, nampak seperti ada juga yang mama nak dera nih, mari kita tengok siapa yang kena nanti..hehehe

Oklah stop dulu, nak sambung kerja pula.

Wassalam

Tuesday, 1 November 2016

Tak sabar menanti Disember

Assalamualaikum...

Ada seorang budak tu asal bangun pagi je mesti tanya mama " mama hari ni bulan berapa?" "oktober" jawab mama dan hari-hari soalan yang sama je dia tanya "Alaaa..mama ni asyik oktober je" ehhh ye lah dah oktober pun ada 31 hari nak oiii, dah la hari-hari tanya mestilah jawapannya sama "oktober" hehehe..."Lambatnya nak disember".

"kenapa dengan bulan disember?" tanya mama. "disember kan besday yen, nanti yen nak kek robot, mama buat kek robot untuk yen ye" ooo patutlah tak sabar nak tunggu disember, rupanya menghitung hari tak sabar nak tunggu besday dia hehehe macam-macam budak adrien ni tau.

Semalam mama keluarkan 1 beg, baju untuk adelya, baju kakak daeisha yang dah tak muat tu mommy bagi pada adelya buat tukar-tukar untuk pergi taska, memang banyaklah dapat suka sangatlah adelya baju gambar princess. Bagus juga mommy bagi sebab baju adelya pun banyak yang dah tak muat, bukan setakat baju untuk pakai harian baju untuk pakai berjalan-jalan pun ada juga, mama tak kisah orang bagi rembat saja asalkan masih elok.

Masa baring-baring sebelum tidur adrien tanya mama lagi "mama kenapa yaya banyak baju princess?" "mommy yang bagi" jawab mama "kenapa mommy tak bagi baju robot dekat yen?" hehehe yen..kalau badan yen tu besar dah lama mommy bagi baju abang awisy tau, tapi yen halus abang awisy tu besar mana muat. Lepas tu adrien sambung lagi "mama...nanti suruhlah mommy bagi hadiah dekat yen baju robot, besday yen kan bulan disember" hahaha tak habis-habis nak ingatkan orang besday dia kan. oklah mama bagitahu mommy nanti mommy belikan lah tu.

Cemburu lah tu adelya dapat baju banyak..kikiki selalu pesan kat mama tu.. "nanti mama dapat gaji belikan yen ni...ye mama" adalah barang yang adrien nak tu hehehe pandai dah dia ye.. baiklah anak-anak..inshaAllah ada rezeki mama belikan, abang adam pun ada minta hadiah juga tu..inshaAllah ada rezeki besday dua-dua bulan disember mama belikan lah buat hadiah...




Inilah budak yang tak sabar nak.tunggu disember tu...hehehe. Sabar ye adrien sebulan lebih je lagi nak sampai hari yang ditunggu, mama kena fikir kek robot macammana lah yang mama nak buat nanti tu, ini kena buat nih kalau tak ada pula yang merajuk.

Ok lah..slow-slow mama jenguk rumah kawan-kawan ye, kekangan masa sekarang ni.tak begitu mengizinkan untuk mama kerap berkunjung.

Sampai jumpa lagi..wassalam