Tuesday, 27 September 2016

Baiti Jannati

Assalamualaikum....

Mama ni update je cerita, tapi jarang-jarang muncul dirumah kawan-kawan. Maaf jika ada yang tak sempat mama jengah lagi ye. Kesibukan melanda...keluar dari ofis pukul 8, kadang sampai rumah dah penat, buat keje rumah sikit lepas tu tidur, 4.30pg dah bangun, cenggitulah rutin harian mama sekarang nih.

Dalam sibuk sempat jugalah update cerita kan..kikiki apa taknya kalau tak menulis jari jemari mama ni boleh gatal-gatal dibuatnya... Alhamdulillah baru ni pemaju call,boleh ambil kunci rumah...ya Allah..nak menangis rasanya..syukur sangat-sangat impian nak duduk rumah sendiri bakal tercapai. Target mama tahun depanlah nak masuk rumah baru.


Inilah "rumah kami, syurga kami" yang bakal kami duduki nanti. Sesiapa yang berkelapangan tu jemputlah datang tolong cuci-cuci dan mengecat nanti hahaha... Untuk permulaan ni kami buat apa yang penting dulu,itupun mengikut bajet yang adalah. Bolehlah nak survey apa-apa yang patut kan.

Tolong doakan moga urusan mama sekeluarga untuk berpindah masuk ke rumah baru ini berjalan lancar ye. Nanti mama update lagi.

Wassalam

Sunday, 25 September 2016

Rezeki hujung minggu

Assalamualaikum....

Sabtu plan mama untuk berada dimajlis ilmu tak dapat dilaksanakan..kecewa rasanya sebab terpaksa ke pejabat menyediakan slide untuk tuan pengarah yang akan digunakan pada hari isnin. Terpaksa pula ke pejabat dengan anak-anak kerana en.azmi kena memasak dimajlis kenduri.


Menunggu en.azmi balik dari mengisi minyak kereta, dua beradik sempat berperang mulut, hal kecik je pun..yang seorang kata abg yen busuk tak mandi, yang sorang kata yaya tak comey..apalagi perang mulutlah pagi-pagi, adelya mana boleh orang kata dia tak comey teruslah sebak.dan menangis,pagi hari tu riuh rendah dibuatnya, rumah jiran lain masih sunyi. Pukul 1.30 baru mama siap buat slide dan sedikit kerja lain, anak-anak mama biar buat hal sendiri, kalau dilayan tak siap pula kerja mama.

Ahad..mama ajak en.azmi ke rumah makngah untuk ambil telekung, ye lah dah makngah beli takkan nak suruh makngah hantar pulak. Tersesat jalan pula mama ke kg.baru maklumlah dah bertahun tak ke sana, rupanya dah jadi jalan sehala pula, sudahnya tunggu tepi jalan tunggu makdak datang hantar sebab makdak dah sampai dulu rumah makngah jadi kita minta makdak je yang ambilkan.

Sesudah itu kami tuju ke cheras pula untuk jumpa mommy, disamping hantar telekung kata mommy ada barang untuk anak-anak pula. Kami tak ke rumah mommy tapi kami terus ke tadika cahaya ammar, jumpa mommy kat sana je. Lepak kejap kat tadika, ada pula baby amar yang comel dan debab nih.


Tengoklah ammar ni geram betul mama, peha tu kalah.ayam kepsi..hahaha. Tu bebudak tengah bising rilek je ammar tidur,kata umminya dia memang tidur nyenyak bila keadaan bising dan dia tak boleh tidur bila suasana sunyi..masa ni abang-abang tengah bising main tembak-tembak. Ammar ni anak tecer aini, mrngajar kat tadika ni lah, anak sulung tecer aini. Dapat kat mama ni memang sedaplah,rasa nak geget peha gebu tu kikiki.


Semalam mommy whatsapp bagitahu beli barang-barang ni untuk anak-anak mama, bila znak-anak apalagi tak sabarlah nak ke rumah mommy. Mommy beli ni sebab ada jualan murah dekat jaya one p.jaya, mommy beli barang untuk hari graduasi tadika tapi turut beli untuk anak-anak mama juga, alhamdulillah rezeki anak-anak mama pula hari ni.

Rupanya masa sampai tadika tadika tadi bukan itu saja barang yang anak-anak dapat.


Adelya dapat patung barbie, kata mommy murah rm20 je hari ni sebab hari ni last day, jadi harga lagi murah, semalam masih mahal. Adam adrien dapat pistol, bukan main seronoklah mereka bermain pistol tu, sekarang dekat rumah pun dok main pistollah tembak-tembak. Rezeki anak-anak, harapkan mama memang tak beli la nampaknya kot hehehe.

Alhamdulillah...moga terus dimurahkan rezeki makngah dan mommy, juga rezeki adik-beradik mama yang lain, rezeki keluarga dan kawan-kawan semua. Rezeki datang dalam pelbagai bentuk...bukan sekadar duit... kesihatan,keluarga yang baik,sahabat yang baik, malah ujian itu juga satu rezekikan, tinggal kita saja untuk menilai dan bersyukur.

Wassalam

Saturday, 24 September 2016

Kesyukuran berganda

Assalamualaikum...

Kalau nak murah rezeki kita kena banyak memberi. Mama ni kalau diikutkan dah lama tak memberi, almaklumlah lebih mendahulukan keperluan diri, bayar itu itu, repair sana sini, jadinya dah lama la tak memberi kepada kebiasaan yang mama selalu beri ralat jugalahkan, tapi nak buat macammanakan.

Ini sajalah nak share..khamis baru ni mama dah berniat,kalau duit masuk mama akan transferlah kepada orang-orang yang selalu mama transferkan duit. Pagi tu mama transferlah sebab malam duit dah masuk, untuk online banking memang tak banyak pun ada kalau ada banyak nanti macam-macam pula yang mama nak online shopping, jadi apa yang ada tu dimanfaatkan sepenuhnya untuk memberi, cuma kadang masuk lebih mama shopping jugak hahaha..gagal melawan nafsu untuk bershopping.

Pagi mama transfer petangnya dapat dua perkhabaran atau pemberian yang menggembirakan, syukur alhamdulillah...cepat Allah membalas pemberian itu. Mama ni sejak tengok review pasal satu barang ni teringinlah nak membeli,tapi harus tunggu bajet dulu, tapi petang khamis tu rezeki mama betullah dapat barang tu dengan percuma. Makngah whatsapp dekat group ibrahim dotters "muka korang dengan aku lebih besar je tak?" Semua kami jawab dengan tanda soal tanda tak faham "muka kita semua sama je kan" jawab makngah barulah kami faham,kami jawab muka makngah lebih kecil..kenapa? Rupanya makngah belikan kami semua telekung siti khadijah...lebiu makngah memang mama teringin nak beli telekung tu, tak sabar nak amik kat makngah.


Makngah whatsapp gambar...cantiknya tak sabar dibuatnya, ye lah yang mama idamkan dapat free haruslah suka kan...harga tak tahulah berapa, yang mama tengok telekung ni mahal juga...baling belakang jap, dulu pernah kata-kata seorang makcik ni membuatkan hati tersentak, walaupun bukan makcik tu cakap pada mama kebetulan mama ada kat situ dan terdengar. Makcik ni jual telekung dan ada seorang wanita datang bertanya harga telekung bila makcik tu beritahu harga, wanita tu cakap "amboi mahalnya harga telekung" lepas tu makcik tu jawab, "beli baju mahal kita tak berkira tapi bila telekung mahal kita berkira pula, sedangkan ini pakaian untuk kita jumpa Allah" mama faham bukanlah maksud makcik tu nak cakap jumpa Allah kena pakai yang mahal-mahal, cuma mungkin sebab jawapan wanita itu yang membuatkan makcik itu berkata begitu. Mama pun tersentak juga, ye lah harga baju kadang cecah ratus,takan beli telekung yang ratus pun nak berkira.. Teruk pula rasa mama ni, tapi alhamdulillah dapat jugalah apa yang mama hajatkan tu.

Satu lagi kesyukuran dihari yang sama. Berita ini sangat mama nantikan..tiap kali berdoa mama tak pernah lupa untuk dimudahkan urusan yang satu ini,siap cakap pula tu,kalau dapat tahun baru nak berada ditempat baru dengan suasana baru. Alhamdulillah syukur sangat-sangat, perkhabaran yang satu ini memang lama dinantikan, hari ini terjawab sudah. Moga dipermudahkan urusan mama yang satu ini dan semoga tahun baru januari 2017 memberikan kami kehidupan dan suasana baru, ditempat yang baru.

Wassalam

Tuesday, 20 September 2016

Cari duit poket

Assalamualaikum....

Al-kisahnya...mama mencuba macam-macamlah nak cari duit poket lebih, saja suka-suka. Adalah jadi dropship jual tudung, jual baju ada la terjual juga tapi lebihnya beli untuk diri sendiri hehehe...itu yang tak tahan tu. Berpinar biji mata mama ni ha bila tengok baju dan tudung cantik-cantik.

Dalam pada dok menjadi dropship tu mama pun dok la fikir lagi apa yang boleh dibuat untuk tambahkan lagi duit poket mama ni, maklumlah anak-anak banyak permintaan..ehemmm mamanya pun banyak juga kehendak yang nak diturutkan kikiki..guna nama anak pulak ye mama nih. Adalah juga 1 permintaan anak-anak yang memang akan mama usahakan walaupun memerlukan bajet yang agak besar..inshaAllah akan mama usahakan ye.

Permulaannya bila ada jamuan di ofis mama biasa buat chesse cake je, suatu hari bos order tiramisu dalam bekas tu 2,lepas tu lemon chesse cake 1/2kg. Terus rasa semangat, bila bawa datang ofis kawan-kawan lain ada lagi yang nak order. Rasa seronok sangat. Kemudian gigih paksa adik-beradik tolong promote..kikiki nasiblah kan mana tahu ada rezeki. Alhamdulillah kawan-kawan ibu banyak order oreo chesse cake dan tiramisu.

Order pertama mama tiramisu,lemon chesse cake dan oreo chesse cake

Lepas tu ada kawan-kawan ibu dan kawan-kawan yang repeat order, kata mereka sedap.. Lega rasa bila orang kata sedap, puashatikan bila dapat berikan yang terbaik untuk customer..ecehhh customer gitteewww...bila tengok kawan-kawan ibu order banyak, mulalah ibrahim dotters tanya, sedap ke kek cik lah tu??? Ibu cakap sedappp.. Lepas tu ibrahim dotters pun pakat-pakat order...terharu sangat bila adik beradik support apa yang mama buat nih, ye lah kalau tak adik beradik yang support sape lagikan.



Tiramisu kawan mama order untuk.diberikan kepada cikgu anaknya..alhamdulillah, siap cakap nanti nak tolong promote..aduhaii terharu mama tau.


Sebelum balik kampung kita hantar dulu order dari kawan-kawan, siap katanya anak akak tu yang whatsapp sendiri ibu nak order oreo chesse cake, pagi-pagi akak tu dah datang ambik kek dekat rumah ibu..adrien peneman mama pagi tu,malam dah la balik kerja lambat lepas tu buat kek pula dalam 1pg juga la mama tidur, nak cari rezeki.kan haruslah berkorban sedikitkan. Balik kampung pun lambatlah masa raya haji tu..petang baru balik kampung.


Ini order dari ibrahim dotters dan kawan di kampung, balik kampung hari tu memang terus ke kampung mama dulu hantar order..menantu hantu ni cerdik sangat tak buat lebih lak untuk dibawa ke rumah mertua...adoi la hahaha, sebab penat sangat ingat apa yang orang order sajakan,takpe lain kali mama boleh buat,tapi adik-adik ipar mama pun pandai dalam membaking nih..ibrahim dotters je nan hado kikiki,tapi oklah boleh order dengan mama kan ada juga income untuk mama.

Raya hari tu mama cuti panjang tapi selasa dah balik rumah sendiri sebab en.azmi kerja lagipun rabu tu mama ada order kek juga. Tengok semangat nak buat kek walaupun cutikan


Oreo chesse cake 1kg...deco-deco kita kasi hantam saja sebab mama ni tak kreatif janji adakan dan nampak tak kosong.

Sekarang ni disamping buat kek pulun ot pulak, gigih sangat cari duit apa kes mama nih? Nak pergi mana? Hihihi takdelah bukan sebab duit pun tapi memang mama kena kerja, ikutkan malas juga balik lewat,kerja hujung minggu tapi dah tuntutan kerjakan,kita pun menurut perintahlah walaupun mata dah layu memandang angka, tak cukup kalkulator yang ada,kalkulator enfon pun mama belasah,letih kira duit juta-juta...duit oranglah bukan duit mama..kikiki

Okeh rehat dah tamat mari mula kerja, bertabahlah balik pukul 8, keluar rumah gelap balik rumah pun hari dah gelap, takpe sampai disember je kan, januari kita rilek goyang-goyang kaki sekejap. Ada kesempatan mama singgah blog kawan-kawan ye, bila dah kat rumah mata layu dah naj tengok enfon yang kecik nih,kadang gagah juga baca sebab nak naca cerita kawan-kawan kan.

Wassalam

Sunday, 18 September 2016

Taman Botani Negara, Shah Alam

Assalamualaikum...

Hampir seminggu menjadi surirumah sepenuh masa, mama mula terasa bosan tak tahu apa hendak dibuat. Hendak memasak pun malas...hehehe nampaknya tak boleh jadi surirumah sepenuh masa lah mama ni, sudah mula rindukan kerja-kerja di ofis, teruk betul ye patutnya seronok dapat duduk rumah dengan anak-anak...ehhh memang seronok duduk berperang dengan anak-anak nih,tapi itulah jiwa mama ni masih suka bekerja.

Okeh..hari akhir cuti sekolah disebabkan kebosanan yang melampau,pagi ni mama ajak en.azmi bawa anak jalan-jalan, ala jalan yang tak memerlukan bajet yang banyak hihihi.. Jadi mari kita pergi taman botani negara@taman cahaya seri alam@bukit cerakah...tempat yang samalah tu walaupun nama berbeza. Bujang-bujang dulu rajin juga mama pergi sini berbasikal dengan kawan-kawan dihujung minggu.

Model mama...abg adam dah mula malas nak bergambar sekarang nih


Dalam pukul 10pg baru keluar rumah. Sekejap je sampai sebab tak jauh sangat pun kan dari rumah. Tiket parking rm3..tiket masuk taman dewasa rm3, adam dan adrien masing-masing rm1,adelya percuma. Untuk tiket rumah empat musim bayarannya juga sama dewasa rm3(12thn ke atas),kanak-kanak rm1(4-11thn),adelya percuma. Lepas bayar tiket terus masuk tunggu bas, kata pemeriksa tiket ada disediakan makanan percuma, boleh ambil kemudian datang tunggu bas, tapi kata en.azmi ambil sebelum keluar nantilah. Terus kami tunggu bas, ramai juga orang dihari minggu ni.

Beratur membeli tiket

Bas bawa kami terus ke tempat berhampiran rumah empat musim. Sekarang musim luruh, cantik juga tempatnya walaupun kecil saja, ye lah padan dengan bayarannya rm3 kan. Mari layan gambar-gambar yang ada.


Sebelum sampai rumah 4 musim kita akan lalui.galeri pendidikan dahulu, kami tak singgah pun tak tahu buka ke tidak, adrien kata dia dah masuk ye lah dia dan.adelya dah pergi sebelum ni kan. Bunga seri pagi cantik berbagai warna, dikampung dulu masa kecil mama ada tanam juga pokok bunga seri pagi ni.



Haaa...model dah bergambar dekat signboard tu bermakna dah sampai..jom kita masuk sekarang musim luruh. Dulu masa adam masih kecil, kami datang musim sejuk.

Kalau dapat amik.gambar dekat basikal.tu lagi.la fefeeling romantik Autumn in my heart..kikiki






Baru nak feeling Autumn in my heart, budak berdua ni datang menyibuk sama. Abg adam dah boleh diharap nih untuk snap kan gambar.


Keluar dari sini kami terus berjalan ke kawasan sekitar. Dikawasan sekitar terdapat taman hiasan, laman konservasi herba dan tanaman ubatan, taman zingerberalace, taman rempah ratus, perkampungan budaya. Tapi mama tak pergi semua pun sebab takut tak mampu nak seret kaki, anak-anak pula cergas je berlari-lari.


Nak ke anjung tinjau tu, gigih kami berjalan, anak-anak laju je siap panjat tangga dah, tak diheran pun tangga yang kecil dan curam tu, naik risau mama dibuatnya. Panjat di bahagian pertama je tak sampai atas pun sebab mama rasa gerun pula menengoknya...kikiki risaulah dengan anak-anak yang terlebih aktif ni. Jadi kita dibahagian pelantar yang paling bawah sajalah


Tengoklah tu segala tempat nak dijelajah, tak berani mama nak keatas lagi moh le kita turun anak-anak, masa turun tu baru abg adam terasa cuak sebab anak tangga yang kecil dan curam, baru perasan la tu masa naik tadi tak sempat nak tengok.

Jom teruskan perjalanan, sebelum tu beli air dulu sorang sebotol, mama yang terlebih-lebih nak air sebenarnya hahaha...mau taknyer penat berjalan memang pecah peluh, ok la jugakan sihattt...kikiki.tak tunggu bas dah kami jalan kaki je ke taman haiwan. Jalan berlenggang-lenggang kangkung je sambil menikmati kehijauan alam ciptaan Tuhan ni, sambil tu dapat juga baca nama pokok yang ada, tapi memang tak pernah dengarlah namanya pun, baca saja.


Jumpa titi gantung nih, apalagi bagilah anak-anak merasa naik titi gantung, tak jauh pun titi gantungnya tu, tak sempat nak kecut perut hehehe.


Sampai juga ke taman haiwan, sini tempat rusa banyak juga rusanya walaupun tertulis dilarang memberi makan pada haiwan,tapi ada juga yang beri makan, mungkinkah tulisan itu terlalu kecil atau kita yang tidak faham apa yang tertulis? Entahlah mama pun tak pasti. Anak-anak takut nak pegang rusa, en.azmi je la yang pegang.


Mama pun.teringin nak pegang...tetapi apakah??? Sampai hati si dia berpaling..."anak rusa nani lari kembang ekor, apa salah kami lalu tidak tegur???" Sampai hati kau rusa..mesti rusa gigirl nih sebab tu dengan mama taknak dengan en.azmi tadi kemain baik lagi dia...okeh taknak kawan...jom kita jumpa don sayang.

Tak dapat pula mama nak amik gambar don sayang sebab adelya takut kikiki...masih ingat lagi dia pada don sayang tu ye..si kuda yang berjaya membuat adelya takut dan menangis. Selain kuda ada juga iguana, kucing, angsa putih, burung kakak tua..haa itu je yang mama nampak, mungkin ada yang lain lagi tapi mama dah penat seret kaki..kakaka jom ler tunggu bas.

Tak mampu dah nak berjalan tunggu bas la kami untuk keluar, sebelum keluar kita ambil makanan percuma dulu, rezeki jangan ditolakkan, lagipun perut pun dah lapar. 1tiket untuk 1 makanan, tapi kata adik yang jaga tu boleh ambil lebih sebab makanan banyak.


Antara makanan yang ada dalam bekas tu ada nasi impit kuah kacang, lontong, ketupat dan rendang daging yang sedap, air, agar-agar dan kuih-muih..kami ambil setiap satu sebekas tapi adrien suka pula nasi impit tu siap pegi ambil lagi, oklah kan lagipun dah diberitahu boleh ambil lebih..untuk dewasa ikut tiket untuk budak-budak tak kisah katanya, kami ambil apa hendak dimakan je,kalau ambil banyak tak habis pula nanti. Makan pun dekat situ juga sambil tengok sawah padi yang menguning.

Selesai makan kami bawa anak-anak melawat sawah sambil tu terangkan nasi yang dimakab itu berasal dari pokok padi ni lah, mama pun teruja juga tengok sawah ye lah jarang dapat tengokkan, biasa tengok pokok sawit dan pokok getah je.


Cantik sawah yang menguning nih. "Rumah tepi sawah kena pula langsir biru, emak jangan marah esok lusa dapat menantu..ala emak kawinkan aku" wakaka..lagu yang dulu pernah mama nyanyikan untuk arwah mak..hihihi saja main-main lepas tu mak mesti tanya nak kawin dengan sapa? Mana ada sapa main-main je... Kat situ memang ada rumah kecil dan bertingkap comel, terasa seperti dara pingitan pula mama bila bergambar ditepi tingkap tu kikiki...lepas ke sawah marilah kita pulang kerana matahari pun semakin tinggi kaki mama pun dah tak gagah nak melangkah dah ni...


Jadilah anak-anak ye dapat berjalan walaupun sekejap, nanti kita plan cuti-cuti lagi ye, mama tanya abg adam seronok tak jalan-jalan? Abg kata seronok..lega hati mama, abg ajak ke tempat lain selepas itu, tapi tak dapat nak tunaikan lagi inshaAllah nanti mamapapa bawa abg pergi situ ye.


Nahhh...dara pingitan ditepi tingkap kikiki...kbai

Wassalam

Doakan sahabat blogger kita aisy nasiha yang bakal mendapat anak ke 3 pada esok, isnin

Thursday, 15 September 2016

Cerita aidil adha

Assalamualaikum...

Salam aidil adha...mama masih bercuti, seminggu bercuti ye tapi duduk rumah je dengan anak-anak sebab en.azmi bekerja. Sementara anak-anak bermain marilah update sekejap cerita aidil adha kami hari tu...

Sabtu petang lepas asar baru gerak balik kampung, pagi tu mama delivery order kek sekejap, lepas tu baru kemas-kemas baju rileks-rilek dulu sebab malam tu pukul 1am baru mama tidur sebab menyiapkan tempahan kek. 5.30pm gerak balik 9.30pm baru sampai kampung, singgah kampung mama dulu hantar tempahan kek. Selepas itu terus ke kampung en.azmi pula,siap mandi semua, makan nasi terus lelap sebab mengantuk sangat.

Peneman mama hantar order..bangun tidur, tak mandi terus ikut mama..hihihi

Pagi ahad..tunggu adik dan abg ipar menyiapkan tempahan nasi lemak...hehehe mama yang order 20bungkus untuk adik-beradik mama..oh ya abg ipar dan adik ipar buat jualan nasi lemak rm1,tapi mama rasa dengan kuantiti yang macam tu letak rm1.50 pun ok sebab banyak juga,kenyang makan walaupun sebungkus. Disamping nak belanja adik-beradik nasi lemak, mama beli ni sebab support adik dan abg ipar punya bisnes,bukan apa bila buat bisnes macam nih bila adik beradik support rasa lebih bersemangat. Kalau ada kawan-kawan yang duduk area mentakab dan temerloh nak mencuba bolehlah call adik ipar mama ni..gerenti sedapp



Siap order mama terus ke kampung mama, macam biasalah acara membersihkan rumahlah kan. Pokok semalu dah tumbuh merilbun didepan laman rumah tu. Sejak pak jang patah kaki takde pula yang nak membuang rumput-rumput tu. Jenuh pula mencari mesin rumput sebab yang dirumah dah rosak, sudahnya pinjam mesin rumput tecer aini punya mentua


Anak-anak bermain dengan pokok semalu sebelum.dimesin, menakjubkan bila disentuh daunnya kuncup..berikan anak-anak pengalaman, mama juga suka bermain dengan pokok semalu ni dulu, masa kecik dulu selalu terikut dengan cerita dongeng, kalau sentuh daun semalu ni kalau tak kuncup akan kahwin dengan anak raja...hahaha dongengan zaman kanak-kanak. Sekarang memang takdelah nak cerita dongengan itu pada anak-anak.. Sebenarnya itu adalah keajaiban ciptaan Allah.


Lepas tu mama melayan tuan puteri main mekap-mekap, selesai mekap diri sendiri,muka mama pula dikerjakan..hehehe. Oh ya nak tengok muka mama kena mekap? Memang takdelah ye sebab itu cuma berus mekap je, alatan mekap yang lain takde, dua-dua sibuk menggayakan saja..layankan sajalah. Adelya pun sibuklah minta juga berus mekap, nantilah ye kita beli,sekarang share dulu dengan kakak daeisha.


Abang awisy menjadi mangsa dukung adik-adik, bertabahlah abang ye..siap bergaduh daeisha dan adrien berebut nak naik dukung abg awisy, sampai penat dibuatnya tu, takpe abg..excercisekan.

Siap en.azmi mesin rumput, mama merendang ayam balik ke kampung en.azmi pula,dekat kan senang nak berulang alik. Dikampung en.azmi mandi dan makan, siap-siap nak ke kampung mama pula. Kali ini tidur dirumah mama pula senan aidilfitri hari tu tak tidur kat kampung mama kali ni dapatlah semalam, jadilahkan dapat berkumpul adik-beradik dirumah peninggalan inikan,sambil menggamit memori semalam..ecehhh


Berbbq kami malam aidiladha tu, memang plan nak berkumpul ramai-ramai walaupun ibu abah tak balik kami tetap teruskan bako-bako malam tu, semua makanan disponsor oleh makngah, plan asal buat collection, last minit tak jadi sebab ada yang nak sponsor tapi dah tahu siapa yang sponsor tu...tq makngah moga terus dimurahkan rezeki. Seronoklah malam tu makan-makan, borak-borak. Pagi raya sedondon pink..gambar raya memang takdelah ye.. Walaupun raya haji tetap nak sedondon gituu..tak beli baru pun en.azmi dan hero-hero pakai baju melayu tahun lepas warna pink,mama dengan tuan puteri pakai baju masa aidilfitri hari tu, tak ke mana pun kami lepas makan-makan, balik kampung en.azmi pula.

Selasa dalam pukul 3pm kami gerak balik..alhamdulillah jalan tak sesak. Mama cuti seminggu, tapi en.azmi kerja dah.mama pun ada tempahan kek hari rabu jadi kena balik jugalah selasa tu...hehehe marilah menjadi surirumah sepenuh masa selama beberapa hari. Malam tu 2 org anak buah tidur dirumah, ada 5 budak dirumah..layannn, abg ayip dan abg awisy dah besar dan mendengar kata jadi senang saja nak menjaganya.

Okeh mari menjadi surirumah pula, kain menimbun untuk.dibasuh, yang nak dilipat, sapu sampah, mop lantai...mari bekerja sebelum anak-anak bangun.

Wassalam

Thursday, 8 September 2016

Simulasi Haji Cilik

Assalamualaikum...

Semalam sempurnalah sudah program simulasi haji cilik buat anak-anak soleh mama adam aryan dan adrien aryan. Sebenarnya mama yang beria nak anak-anak join program nih, pada hal masa nak membayar tu bajet tengah kureng, siap mama wasap tecer minta tangguh untuk buat bayaran tapi tecer kata tak boleh tangguh...tetapi dengan baik hatinya tecer dahulukan duit dia bayarkan untuk anak-anak...alhamdulillah syukur sangat, dapat gaji je terus mama bayar...kalau ada yang tanya kenapa en.azmi tal bayar??? Haa kami dah agihkan mama perlu bayar apa dan en.azmi perlu bayar apa, yang remeh temeh ni mama yang bayar,untuk perbelanjaan besar en.azmi yang bayar,jadi tak perlu kacau bajet en.azmi hihihi.

Disebabkan semangat nak anak-anak join simulasi haji tu, sanggup pula mama ambil time off pagi semalam,masuk ofis lambat sikit. Alhamdulillah rahmat Allah turun dipagi hari, mungkin cuaca akan sedikit redup takdelah anak-anak mama berpanas sangat nanti. Mama ambil time off bukan apa sebab kena pakaikan.kain ihram untuk anak-anak, takde pengalamankan tecer hantar video cara pakai kain ihram, berpandukan video itulah mama pakaikan kain ihram anak-anak, siap beli pin napkin tu mama pinkan kain tu supaya tak terlucut. Abang adam mudah sikit nak pakai seban kain tu ngam dengan abang tapi untuk adrien terpaksa dilipat sebab terlalu labuh..hehehe

Sayu rasa hati mama tengok gambar ni...moga inilah bakal imam yang akan solatkan jenazah mama satu hari nanti inshaAllah...

Adrien cakap seronok dapat pergi haji dapat baling batu, rambut digunting sedikit, abang adam pula sedikit tak seronok katanya orang ramai dan panas, haaa...mama pun mulalah nak bagi tazkirah ringkas dekat abang adam...itu baru sikit panasnya abang, nanti kat padang mahsyar lagi panas, matahari tu dekat je atas kepala kita, kalau kita solat, buat nenda baik-baik, inshaAllah kita akan sejuk..jadi abg kenalah solat, dengar cakap mama, cakap papa, jadi budak baik...lepas tu terus abg ambil wuduk solat maghrib...mencabar juga nak mendidik anak-anak nih.

Abadikan sedikit gambar anak-anak yang dikongsikan oleh tecer.

Jemaah cilik sebelum berlepas menunaikan haji


Seronok.anak-anak ada tecer tolong payungkan


Abang adam cop.buku

adrien muka tu macam.takde perasaan je

lepas selesai setiap rukun buku akan dicop

Abang sempat lagi study sebelum meneruskan rukun haji yang seterusnya, muka nampak  macam dah penat tu

Melontar jamrah..ini yang adrien suka sangat nak baling syaitan katanya


Anak-anak soleh mama bakal imam inshaAllah..


Mama dulu tak dapat lalui semua ini, jadi untuk anak-anak jika ada program macam ni seboleh mungkin mama nak anak-anak sertai, moga apa yang dilalui anak-anak mama semasa program ini sedikit sebanyak dapatlah anak-anak tahu mengenai ibadah haji dan inshaAllah moga satu hari nanti kita semua dapat ke Makkah tengok kaabah ye adrien.

Pastinya pengalaman yang sangat berharga buat anak-anak mama.

Wassalam

Saturday, 3 September 2016

Cerita hari merdeka

Assalamualaikum...

Cerita merdeka kami, tu dia dah lepas baru nak cerita..hehehe ok lah janji cerita walaupun tak ke mana pun kami ni. Menulis sebentar sambil menunggu pintu opis dibuka, hmmm bekerja dihari sabtu mama.

Merdeka hari tu tak ke mana pun, malamnya konon nak tengok bunga api dan pusing-pusing shah alam tapi lepas makan diluar anak soleh mama adam aryan tu dah tertidur dalam kereta, nampaknya tengok bunga api dalam mimpi sajalah, kita balik tidur kikiki.

Pagi merdeka memang tak ke manalah en.azmi ada perarakan merdeka dengan geng KRT dekat situ, mama dan anak-anak merdeka dekat rumah sajalah kan.

En.azmi n the geng, semua jiran-jiran je nih

Petang barulah keluar, itupun sebab nak membeli bahan buat kek, kebetulan ada kawan order kan, dah alang-alang keluar tu kita makanlah terus. Mama ajak ke teapot deli, sebab pernah makan disitu jadi bawa pula en.azmi dan anak-anak merasa makanan disitu pula.



Makanan yang kami order, kata en.azmi nasi goreng tu buat sendiri dekat rumah pun boleh...heheh okeh nasi gorengnya ok-ok saja takde wow sangat, tapi chicken roasted tu sedap, dengan sos dan mashed potatonya tu, chicken sandwich menu abg adam pun sedap. Lepas makan layankan anak-anak nak belon.



Berbarislah 3 beradik tu menunggu badut buat belon, adelya tu asal nak pergi jalan je nak pilih baju sendiri, bukan main lagi berdress dia tu haa,layankan sajalah mujur banyak dress kakak sepupu dia punya, mama rembat sajalah lepas ni kena buatlah sebab yang ada tu pun banyak dah senteng. Masa ni terjumpa pula dokte norleen, tu yang bertudung kelabu dalam gambar tu, ketiga-tiga anak mama ni disambut okeh dokte norleen lah. Bercuti dokte bawa anak-anaknya berjalan juga.

Lepas dapat belon barulah mencari bahan buat kek, jangan tak tahu sekarang ni gigih pula mama berusaha buat kek tapi yang simple-simple je la,asalkan dapat tambah duit poket kira oklah kan, nanti mama update pula pasal bisnes kecil-kecilan mama tu ye..hehe

Oklah mama stop dulu, nanti membebel lagi

Wassalam.