Tuesday, 31 May 2016

Rasa nak menangis

Assalamualaikum...

Pernah tak rasa nakkan sesuatu, tapi bukan sebab mengidam atau mengandung, tapi memang rasa nak makan,terasa-rasa mengunyah dalam mulut,kalau dapat tentu nikmat rasanya.

Entah macammana petang semalam mama terasa nak makan sangat nasi ayam, takde pula tengok kawan share kat blog ye,tapi memang terasa sangat nak makan,kalau dapat makan tentu nikmat sangat nih,mama bagitahu en.azmi..jenuhla memusing-musing, dari bukit naga ke jalan kebun membawa ke johan setia,tapi takde sorang pun yang jual.

Sudahnya en.azmi berhenti dekat satu kedai di bandar putera 2, sayangnya takde jual nasi ayam pun, terpaksalah order makanan lain. Rasa nak nangis je tau tak dapat makan nasi ayam. Ye mama tahu kat shah alam ada nasi ayam pak mal tapi mama taknak nasi ayam tu, mama nak nasi ayam lain yang sambalnya sedap,mama pernah makan masa di uptown damansara utama tapi taktahu lah kedai tu ada tak lagi hehehe.

Takleh jadi nih,pagi ni masih teringat-ingat nasi ayam,rasa nak mengunyah dan terasa ngences dah ni ha...hahaha adehhh teruk betul kalah orang mengidam nih, haaa mama tahu minggu depan kena amik cuti balik kampung suruh mak mertua buatkan,nasi ayam ibu mertuaku memang mabelles..

Tapi itu minggu depan, ini dah terasa nak makan macam mana nih??? Sapa nak tolong masakkan..huwaaa..ok jangan suruh mama masak sendiri,mama malas hahaha

Sekian entri mengarut

Wassalam

Monday, 30 May 2016

Tak tahu nak cerita apa

Assalamualaikum...

Cuti sekolah dah pun bermula, ada yang hantar anak-anak balik kampung? mama tak hantar pun, mama hantar anak-anak ke taska sajalah, sayangnya cuti sekolah mama tak dapat nak bercuti, kena kerja tak apalah kan nanti kita cuti-cutilah bila-bila ada masa.Hajat nak cuti awal puasa balik kampung pun tak dapat juga, mama nak kena buat audit pula hari tu

Pagi tadi mama keluar pergi kerja anak-anak masih tidur, biarlah mereka bangun lewat sedikit. untunglah mama ada en.azmi untuk uruskan anak-anak,jadi tidak kisah kalau mama nak keluar kerja awal, balik lambat pun tak mengapa,en.azmi juga boleh ambil anak-anak dari taska, rezeki mamalah dapat suami yang boleh uruskan anak-anak dan kerja waktu yang fleksibelkan,rezeki setiap orang tu kan berbeza-beza,ini rezeki mama,rezeki orang lain berlainan pula kan.

Anak-anak pula macam tak tahu dah mula cuti sekolah,siap cakap lagi cuti 2 hari je mama..adoii bukan 2 hari 2 minggu la, mereka ingat hari ni saja bercuti esok mereka akan bersekolah kembali, hai susah juga nih, pada hal kalau mama lah cuti sekolah la yang mama tunggu-tunggu...hehehe maklumlah malas nak belajar malas nak mengadap buku dan mengadap homework.

Bangun pagi mandi siap sarapan honeystar dulu sebelum ke taska tadi kata en.azmi,macam-macamlah anak-anak nih, tadi mama kejut abang adam suruh mandi taknak mandi katanya, dengan papa semua mandi pula, oklah tu kan..layankan sajalah, adelya je yang buat hal mengamuk taknak ke taska..haaa mama nak cerita pasal puteri solehah mama yang seorang ni lah..

hari tu berwhatsapp dengan ticer taska, kata ticer dekat taska adelya dah jadi pembantu ticer, bantu ticer marah kawan-kawah..adehhh, bila ada kawan-kawan main lari-lari jatuh dan menangis, tak sempat ticer tengok dan tegur, ticer dah dengar adelya marah "padan muka..sape suruh lari-lari kan dah jatuh.." lepas tu teruslah adelya membebel kat kawan-kawan dia tu, kalau kawan buat salah apa-apa pun laju je adelya marah dulu,adeh..kadang ticer pun nak tergelak dengar adelya membebel tu.



Antara aktiviti adelya di taska..gembira sangat tu dengan kawan-kawan buat aktiviti kraft. mama kata belon panas, dorang kata belon api, belon api pun belon api lah anak-anak oii, ada buat minion dari botol mineral, buat matahari, siap guna cat lagi tu, balik rumah baju pun bercat-cat, takpelah nak demi pengalaman dan pembelajaran, baju yang terkena cat boleh dibasuhkan.




Ini ha...kemain lagi puteri solehah ni dengan dress ala-ala anna dalam frozen tu dia berroller blade, oklah walaupun tak berapa terror sangat tapi dah bolehlah anak-anak bermain roller blade tu, cumanya mama nak kena beli sepasang lagi, asyik bergaduh pula berebut roller blade,maklumlah ada 2 je, masa beli dulu en.azmi ingat anak dara dia taknak main rupanya anak dara dia dah cop 1 untuk dia, pandai pulak tu dia main..hehehe

Oklah mama tak tahu nak cerita apa, membebel sajalah apa yang terlintas difikiran nih..hehehe

Wassalam

Sunday, 29 May 2016

Alhamdulillah...sabar menunggu

Assalamualaikum...

Bersabar menunggu bilakah harinya akan tiba. InshaAllah mungkin tak lama lagi dah agaknya kan,moga dipermudahkan segala urusan olehNya nanti.

Kawan mama yang rajin buat site visit,mama jarang-jarang nak pergi menjenguk. Minggu lepas sedang lepak dengan mertua di padang setia city mall tu tetiba whatsapp masuk, mama tengoklah gambar yang diberi dan bertanya dah ok ke semua?




Inilah gambar yang mama dapat tu...hihihi. Alhamdulillah syukur..kata kawan mama api,air semua dah ada,ini bermakna cf dah dapatlah kan. Bersabarlah sikit hari lagi dapatlah duduk rumah sendiri. Ye..baru nak duduk rumah sendiri,baru ada rezeki nak membeli rumahkan, tak apalah lambat sedikitkan,pasti Allah tahu inilah waktu yang sesuai untuk kami miliki rumah sendiri,ekonomi makin stabil inshaAllah.

Rumah kami berhampiran taman,seronoklah anak-anak nanti dekat nak ke tamankan, hujung sana pula ada kebun nenas,nak beli nenas boleh laungkan saja..haa gitu ye ye je mama ni. Bersabarlah mama..inshaAllah lepas rayalah tu agaknya akan dapat kuncikan. Banyak juga tu nanti kos nak masuk rumah barukan.

Moga Allah permudahkan urusan kami untuk berpindah masuk ke rumah baru nanti, inshaAllah...bersabar ye mama hihihi,anak-anak yang tak sabar,sikit-sikit ajak balik ke rumah baru,sabar ye anak-anak tak lama lagi dah tu.

Terima kasih sudi singgah dan baca

Wassalam

Saturday, 28 May 2016

Kena cucuk

Assalamualaikum...

Pagi semalam abg adam kena cucuk, bukan dekat sekolah tapi di klinik kesihatan bukit kuda. Alkisahnya masa nurse datang sekolah,abg adam antara yang tak sempat dicucuk, mungkin tak cukup waktu kot dah petang agaknyakan. Jadi pagi semalam en.azmi yang bawa abg adam pegi cucuk. Mamanya ni macam biasa..keje hihihi,untung juga en.azmi jenis kerja waktu yang fleksibel,syukur sangat dah mama,apa-apa hal tak perlu nak EL sangatkan hihihi.


Abg adam selepas dicucuk,ingatkan nak menangis rupanya rilex je..oklah abg kuatkan. Sebelum dicucuk tu dia tanya semua orang "papa dulu kena cucuk tak?" "Mama kena cucuk tak?" Masa acu dia datang pun dia tanya juga,sakit tak cucuk? Hihihi macam-macam abg adam ye, alhamdulillah..abg dengar nasihat semua supaya rilex saja. Tapi ada kawan yang dah kena cucuk cakap sakit macam kena gigit harimau, pengaruh upin ipin la tu kan..hihihi


Lepas cucuk hantar balik taska, tapi dah malas nak pergi sekolah sebab tangannya lenguh-lenguh,dua belah pula tu yang dicucukkan..ikutlah abang taknak sekolah pun,duduk je dekat taska sampai petang. Okeh ada lagi yang misteri tentang abg adam nih,itu nanti lain masa mama cerita pula.

Terima kasih sudi singgah dan baca

Wassalam

Friday, 27 May 2016

Aiskrim Anak Soleh

Assalamualaikum...salam jumaat semua

Alhamdulillah rezeki anak-anak,minggu ni setiap hari dapat tempahan aiskrim anak soleh mama tu. Cikgu sekolah tempah untuk jualan minggu sains, mulanya tempah 50, lepas tu tambah 100,kemudian tambah lagi 150 batang sehari, pelajar kata sedap, alhamdulillah lega rasanya bila mereka kata sedap,takut jika yang dijual tak sedapkan.

Minggu depan ada lagi sedikit tempahan, syukur dengan rezeki Allah bagi dihujung sya'ban ini. Moga selepas ini akan ada lagi tempahan. Cikgu ini pun cakap selepas raya mungkin nak tempah lagi..syukur sangat-sangat dengan rezeki yang diberi ni.


Tempahan untuk hari ini, idea anak soleh adam aryan membuahkan hasil nampaknya, kalau sambutan bagus kena beli peti aiskrimlah nanti,pasaran pun kena diperluaskan lagi, tudiaa mama pun dah panjang cita-cita tu hihi, inshaAllah jika ada rezeki pasti Allah bukakan jalan kan.


Perisa baru yang mama tambah..aiskrim cremo..pasti anak-anak sukakan. Moga rezeki ini berpanjangan inshaAllah dan moga abg adam berjaya dengan idea perniagaannya ini yang mama berikan nama 'Aiskrim Anak Soleh'. Doakan abang adam ye.

Terima kasih sudi singgah dan baca.

Wassalam

Thursday, 26 May 2016

Jalan misteri, hadiah hari ibu

Assalamualaikum...

okeh ini last entri pasal kedatangan FIL weekend lepas, kemain banyak entrinya ye, pada hal datang 2 hari je,semangat mama nak menulis. Bukan apa kalau tulis 1 entri mesti panjang berjela-jela kan tak cukup 10 mukasurat lak nanti.

Malam ahad en.azmi bercadang nak ajak family makan shell out, katanya ada yang murah di subang bestari..sue & tuya shell out namanya. mama memang tak tahulah dimana tempatnya, yang lain-lain pun confirm lagi tak tahu, jadi kami ketuailah rombongan en.azmi nak bershell out. mama buka google map sekali entah apa-apa jalan yang dibawanya, sampai satu tahap memang gelap betul jalan takde lampu.

Berdebar je mama, dah la semua followkan macam tak sedap pulak sebab entah apa-apa jalan yang kami bawa, memang nampak misteri jalannya tu, tiba disatu jalan tu semua kereta melencong ke kanan tapi kami terus je, dah jadi macam pelik, papan tanda lencongan pun takde, tiba ada lubang kat jalan pula,sudah habislah kereta baru ipar nih, dahlah masa tu kami bawa kereta baru adik ipar berdebor je rasa, baru seminggu kot dapat kereta tu, harap-harap takdelah yang kemek ke retak ke. kami agak dah takde dah kedai tu,sebab lain macam sangat jalannya tu.

Rupa-rupanya jangkaan mama tu meleset memang ada kedai tu dan dikawasan bangunan kedai yang kurang kedai, waktu tu hanya ada 2 kedai dibuka itupun 1 dibahagian belakang dan 1 lagi sue & tuya shell aout tu lah, mungkin siang adan la kot, pejabat dibuka dekat situ, tengok-tengok yang follow kami 1 kereta je, 2 kereta lagi dah berpatah ke jalan lain, takut nak ikut jalan yang kami lalu tu kot. tapi kami tak makan pun dekat situ, ye lah nak tunggu 2 kereta datang pun nak bagi direction lagi satu hal pulak,lepas tu kedai tu pulak, punyalah ramai orang,siap ada yang dok menunggu lagi diluar. Mesti sedap kot..dah lah murah, itu yang nak try tu, tapi en.azmi kata kalau jauh ini macam, murah pun dah tak sanggup nak pergi hehehe..takpe biar dia yang buat keputusan.

Kemudian kami berjumpa dan berkumpul semula didepan kedai wood & steel tapi takdeah makan dekat situ, mesti mahal, tapi macam nak ajak en.azmi try makan kat situ je nanti hehehe sebab nampak macam best je, rupanya en.azmi tahu kedai makan tu,ohooo..tapi dia tak pernahlah makan cuma tahu kedainya saja sebab famous amos kan. setelah buat keputusan kami makan sahaja dikedai yang kami jumpa dalam perjalanan tu.




nasi chenta,,ehehehe makanan yang terhidang comel-comel je..alhamdulillah semua makanan yang dipilih sedap.selepas habis makan kami pun balik,abang adam macam biasa dah terlentok dimeja makan, kemudian berbaring diriba mama,cenggitulah abang adam kalau dah pukul 10 lebih memang waktu untuk tidurlah.



Hadiah hari ibu..adik ipar mama bagi shawl,hadiah sempena hari ibu katanya,alahai sweet sangat nih, syukur alhamdulillah dapat adik ipar yang baik, bukan sebab dapat hadiah mama puji ye..hehehe adik-adik ipar mama semua baik-baik belaka. pandai pulak tu beli warna kegemaran mama hehehe warna pink, haaa kena beli baju baru nih, tu diaa dapat tudung nak beli baju baru teruss, bukan apa mama nak buat pakai raya nanti nih,jadi kenalah beli baju barukan..kikiki

okeh dah habis cerita pasal kedatangan FIL. oklah sebagai kenangankan. terima kasih sudi singgah dan baca.

Wassalam

Wednesday, 25 May 2016

ice bucket, aeon mall shah alam

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...hari ni dah beransur sihat,dah masuk kerja walaupun masih ada sedikit ketar-ketar dan kepenatan sebab kurang makan, asal makan je nak muntah, moga hari ini selera lebih baik. Alhamdulillah..sakit itupun nak menghapuskan dosa-dosa kecilkan, banyak juga dosa mama ni. Okeh lupakan pasal kesihatan mama tu.

Adik-adik ipar nak try ice bucket yang pada mulanya mama pun tak tahu apa kebendanya ice bucket tu...huhuhu maklumlah mama ni kurang sikit bab-bab itu. Pastu 2,3 minggu lepas adik mama si maktam tu ada pergi dan share gambar..ooo barulah mama tahu apa itu ice bucket, ini adalah cawangan yang kedua yang pertama di Perak kalau tak silap. kata maktam nak tunggu dapat tempat tu mahulah beratur sejam.hoii siapa sanggup beratur tu?




Sebelum ke tempat yang dituju dalam perjalanan tu singgah pula bergambar kat tempat yang rasanya agak menarik ala-ala winter gitu haa, kenapa muka en.azmi macam terkejut sambil menunjuk tu? hehehe terkejut tengok ramai sangat yang beratur dekat ice bucket tu, sampai begitu sekali gayanya tu kan.




Bila pergi ramai-ramai macam tu haruslah adik-adik ipar yang beraturkan..hehehe mama layan anak-anak main game, adoiii dah kat situ ada pulak tempat game tu, dah kena cukai la mama papa, anak-anak minta nak main game, ok bagilah mereka main sesekali.. jenuh juga beratur nak dapatkan tempat, kami pula ramai, dekat sejam juga baru dapat tempatnya. Sudah dapat tempat nak menunggu datangnya aiskrim dalam cawan besar tu dekat setengah jam jugalah, anak-anak dah tak senang duduk, maklumlah anak-anak mama ni jenis takleh menunggu lama..hehehe jenis mama la tu., tak boleh tunggu lama-lama, rasa berbulu jek..kikiki, tengoklah muka abang adam tu..hadoii




Makanan pertama sampai fries, ok kita pulun makan fries dulu sedap dicicah dengan sos yang disediakan kata maktam ada 4 jenis sos yang diberi tapi hari tu kami dapat 2 jenis je, mungkin 2 jenis sos lagi dah habis agaknya sebab orang ramai hari tu, hari minggu kan. kemudian datang pula curry noodle en.azmi, mama pun cubalah, ok rasanya sedap, boleh diterima tekak, kuantiti pun banyak penuh semangkuk, harga mama tak tahu sebab bukan mama yang bayar.




Last sekali baru aiskrim datang, katanya kena tunggu pekerja datang kacau aiskrim tu dulu baru makan, mana sempatnya, mama cedok dulu bagi anak-anak. Tengok muka adrien tu tak sabar dah nak terkam gayanya tu kan...hehehe. Bagi mama oklah rasanya, yang satu bekas tu yang warna pink tu, banyak buah-buahan, buh-buah berries la kalau tak silap, sedap kunyah meletup-letup dalam mulut, yang coklat tu pun sedap, ada bijirin dan coklat cip didalamnya tu.

Maaf ye mama tunjuk gambar, ada yang terliur ke? hehehe, kalau cerita tak tunjuk gambar tak best pulakkan, kata cerita jalan-jalan cari makan kena tunjuk gambar, baru kawan-kawan ada rasa nak cuba jugakan, kalau yang duduk jauh selain selangor dan perak tu mama minta maaf ye. kalau datang shah alam bolehlah cuba ye, mama saja share tempat makan yang menarik, mana tahu kawan-kawan boleh cuba juga nanti.

Selepas makan-makan di ice bucket, sekali lagi kami tuju ke setia city mall,lepak situ lagi sambil layan anak-anak bermain, mama tak layan pun anak-anak hehehe, mak-mak sedara anak-anak yang layan mereka, mama lepak kat padang je, malas dah nak ronda-ronda naik motor, duduk padang tengok bebudak lain bermain belon dan layang-layang, anak-anak naik motor bersama mak-mak sedara, mama tengok dari jauh je. Selepas puas bermain semua pun balik, FIL pula terus balik ke kampung. Belum habis lagi cerita tentang FIL datang bertandang nih, cerita jalan misteri dan nasi chenta belum lagi, mama nak cuba habiskan ceritanya...hehehe saja sebagai kenangankan.

Terima kasih sudi singgah dan baca.

Wassalam

Tuesday, 24 May 2016

Tewas juga akhirnya

Assalamualaikum...

Pagi isnin bangun macam biasa,walaupun badan dah rasa sengal-sengal kepala pun dah berdenyut-denyut lain macam. Disebabkan mama ada taklimat di putrajaya, gagahkan juga diri pergi kerja. Masa taklimat mama dah tak tahan, kepala makin sakit, badan pun menggigil je, bos call driver suruh ambil mama.

Sampai ofis satu hal pula nak drive balik rumah, harap-harap sempat sampai sampai rumah, tak tahan dah rasanya dengan sengal badan,kepala berdenyut semua,mujur en.azmi ada di rumah,nak suruh en.azmi datang ambil di ofis satu hal pula nanti kereta,mama siapa nak ambil, itu yang gagah juga drive tu. Sampai rumah terus ajak en.azmi pergi klinik, virus fever je kata dokte. Risau juga mama takut denggi sebab bulan ni ada kes denggi di kejiranan sini. Akhirnya dokte bagi mc 2 hari, lama dah mama tak mc nih.

Balik rumah makan ubat terus tidur. Petang bangun buat aiskrim yang telah ditempah, walaupun tak larat buat jugalah, ada tempahan sehingga jumaat nanti, alhamdulillah rezeki anak-anak. Selesai buat aiskrim kembali baring. Anak-anak pun en.azmi yang uruskan mamacuma terbaring je, anak-anak datang peluk mama,picit kepala, kaki, tangan..aduhh sejuk hati mama ni.

Ok lah nak sambung baring, mama mc lg hari ni, harap esok kembali sihat untuk bekerja.

Wassalam

Sunday, 22 May 2016

Setia city mall

Assalamualaikum...

Selepas kenyang makan boat noodles kami tuju ke setia city mall nak lepak kat padang je, anak-anak siap bawa roller blade. Mama tak pernah lagi ke sana tengok gambar yang adik ipar share best je, so moh le ke sana.

Memang ramailah orang dekat padang tu,macam-macam aktiviti boleh dibuat, adik ipar beli buih sabun untuk anak-anak, lepas tu adrien dan sepupunya aimy main roller blade, mujur tak berebut abg dan adrien sebab roller blade tu ada 2 je,yang pink memang dorang taknak. kakak aimy dari dalam kereta lagi cakap,nak pinjam adelya punya sebab kakak tak bawa kakak punya dia kata, kakak punya ayah azizul hadiahkan..hihihi ramah kakak bercerita, adelya pun ramah juga.


Kikiki...budak merajuk duduk dengan papa,tengok abang-abang seronok main, mama dan en.azmi bawa adelya jalan-jalan,kami sewa motor ronda-ronda kawasan situ, kadar sewa rm25 setengah jam, oklah puas ronda.


Semua berpasangan, mama ngan en.azmi bawa adelya sekali. Ada 1 lagi basikal bakul pink comey sangat, boleh naik 4 orang yang ni bole naik bertiga je, tu pun mujur adelya kecik lagi, kalau dah besar mama ngan papa je la naik berdua, barulah romantik kuikuikui. Gambar atas tu kebetulan, kami nak ke satu kawasan pastu adik yang jaga situ cakap jalan tu tak boleh masuk, dah alang-alang dia ada,terus suruh snap pic kami hahaha...tq adik,baik sangat awak menolong kami, best juga ronda-ronda,bawa slow-slow je motor tu. Lepas tu mama penat duduk,panggil abang adam dengan adrien pula naik dengan papa dorang tu.



Main belon..cantik belonnya jadi besar-besar gitu,yang nih mama tak tahu berapa harganya untuk 2 bekas tu,rajin mak-mak sedara layan anak-anak buah mama tengok dari jauh je la.


Sebelum balik sempat lagi tu,adik-adik ipar sediakan kek untuk hari ibu, buat mak, biras dan mama..tq adik-adik, siap suruh suap-suap kek lagi tu hehehe...time ni azan maghrib berkumandang,laju-laju dah kami, anak-anak masih sempat berroller blade tu. Kemudian tinggalkan padang, singgah solat di tol mana entah sebelum meneruskan perjalanan yang musteri...hahaha

Terima kasih sudi singgah dan baca

Wassalam

Boat noodle

Assalamualaikum...

Family mertua bertandang ke rumah,mereka tiba jumaat malam sabtu dalam pukul 11 lebih seperti yang dijangka mama dah tertido...hahah buruk benor perangai,tapi mama dah sediakan semua keperluan..eceh, maklumlah mama ni kalau pukul 10, mata bagai digam-gam je,abg adam tu menurun mama la,9.30 je dah lelap heheh

Okeh tujuan utama FIL ke sini sebab biras mama suami adik ipar nak belanja boat noodle. Mama dan en.azmi memang tak pernah makan lagi, mama dalam keraguan, check status halal restoran tersebut,ada yang kata masih belum dapat status halal jakim dan masih ada yang dalam proses,akhirnya setelah puas menyemak, mama dapat tahu dalam satu blog yang di gamuda walk dah dapat halal jakim, wah best sangat tu dekat dengan rumah dan semalam adik-adik decide nak makan kat gamuda walk sebab dekat..mungkin sekarang semua branch dah ada halal jakim kot sebab blog yang mama baca tu semuanya waktu boat noodle tu baru dibuka...maafkan mama ye kalau mama tersilap.

Selepas zohor kami pun gerak ke gamuda walk makan boat noodle, mama follow je apa yang mereka order sebab tak pernah makan dan tak tahu apa yang sedap,cuma yang mama order pun air thai green tea.



Ini mi yang berjaya masuk perut mama..2 kali suap je habis hihihi sikit je tu semangkuk rm1.90,bagi mama ok..sedap mama boleh habiskan dengan kuah dan sayur yang ditabur-tabur tu..yang ayam sedap yang daging kurang sikit,mungkin sebab mama tak gemar daging yang dibuat sup kot dan mama pun lebih sukakan ayam..hihihi


Atas kiri bayam goreng..sedap dan rangup tapi makan banyak-banyak muak lak mama sebab berminyakkan harga mama tak ingat hehehe. Atas kanan chicken wing, itu memang tak pueh ati, memang chicken wing tapi wing yang hujung sekali tu dan yang tengah, yang kurang isi, mama dok bayang chicken wing macam kat pizza tu heheh rm4.90 6pcs, berbaloi tak..hihihi. Kiri bawah salad chicken ball haa..yang ni sedap, pedas-pedas masam rasa yang bercampur dalam mulut meletop-letop gitu kikiki. Last tu roti sangkaya haaa yang ni mabelless amat, rotinya lembut diganding dengan kaya pandan yang cukup sedap, memang memikat hati mama lah kikiki.


Separuh mangkuk-mangkuk yang dihabiskan hihihi, pergi ramaikan haruslah banyak mangkuk yang digunakan. Oh ya dekat sini mangkuk sumbing pun digunakan ke memang style deme guna mangkuk sumbing? Kitakan tak elok makan dalam bekas yang dah sumbing, tapi masa makan tu takde lah kami dapat mangkuk sumbing sangat cuma ada beberapaje,en.azmi siap tegur kat pekerja tu, "macam ini pun boleh guna ke?" Tunjuk kat mangkuk yang sumbing kikiki. Tapi kebanyakan yang mama tengok diblog-blog memang mangkuknya sumbing,tapi dulu kot sekarang tak lagi..maaf lagi kalau mama silap.


Masing-masing kekenyangan..hihihi, kat sini nasi pun ada mama rembat nasi en.azmi thai green curry chicken ke apatah,en.azmi kata tak boleh pergi rasa dia,maknanya tak berapa bestlah tu,mama makan ok je sedapp terasa daun limau purutnya tu, nak ala-ala rendang rasanya tapi ada terung, pastu mama rembat pula nasi abah hahaha...tak senonoh punya menantu sebab abah dah tak abis,sebabnya abah dah rembat nasi mak banyak sebelum tu kikiki...mama kongsi dengan adik ipar tapi tak habis juga sebab mama kekenyangan. Total semua..mama tahu berapa sebab biras yang bayarkan.

Lepas tu kami berjalan ke tempat lain pula, itu nanti mama cerita next entri la pula, nanti penuh pula entri nih..hihihi semangat mama terus menulis ye,bukan apa mama ni hari kerja bangun awal jadi hari cuti automatik bangun awal pastu terkebil-kebil tak tahu nak buat apa, semua orang tak bangun lagi, jadi ambil telefon karang cerita semalam ngehngehngeh...

Oklah terima kasih sudi singgah dan baca,maaf jika ada kesilapan dalam penulisan mama, sampai ketemu lagi.

Wassalam

Friday, 20 May 2016

keboringan yang melampau

Assalamualaikum...

okeh boring yang melampau mama pun tukar rupa rumah mama nih, amik mood baru hehehe

Selamat menyambut nisfu sya'ban nanti ye semua kawan-kawan, moga sempat kita sampai ke bulan ramadhan nanti.

Malam nanti family mertua nak bertandang ke rumah, balik nih nak mengemas rumahlah yang dah macam tongkang pecah itu...huhuhu, mujur tak perlu memasak sebab tak tahu lagi mereka sampai pukul berapa...selamat dah mama di situ...hehehe.

Esok lusa pasti penuh jadual dengan jalan-jalan bersama family,al-kisahnya ada adik yang ingin belanja makan..so kami ok saja, makan free kan..hehehe

Ok lah samapi bertemu lagi.

Wassalam

Thursday, 19 May 2016

Usahawan cilik

Assalamualaikum...

Hasil idea usahawan cilik mama tu, siapa lagi kalau bukan abg adam, alhamdulillah hari-hari ada hasil jualan aiskrim abg adam tu, dapat rm1 @ rm2 sehari pun kira ok lah kan dapat tambah duit tabung abang.

Selain jualan harian, ada juga terima tempahan walaupun tak banyak tapi syukur alhamdulillah dengan rezeki yang Allah bagi. Pada anak-anak jiran mama jual macam biasa, untuk tempahan mama jual 50sen satu, kira ok lah tu kan. Setakat ini yang mendapat permintaan ais krim lemon, sumi, coki-coki dan milo.

Alhamdulillah petang tadi dapat whatsapp nak tempah aiskrim untuk esok dan isnin, rezeki abangkan..haa lepas nih mama nak promote lagilah kot-kot ada yang nak tempah untuk sebarang majliskan. Moga terus dimurahkan rezeki abang adam dan adik-adik. Hasil jualan masuk tabung abg dan adik-adik.


Dah siap untuk tempahan esok, aiskrim milo dan sumi, doakan moga usahawan cilik mama nih terus dimurahkan rezeki ye. Berkat doa auntie-auntie semua moga abg adam berjaya dalam usahanya ini. Memang otak bisnes ikut papanyalah nih hehehe..

Mama dulu masa sekolah rendah pun meniaga juga, ingat lagi masa darjah 3 mama jual buah keranji dalam perahu..hihihi,ye jual buah keranji kat kawan-kawan kelas, sekali kawan-kawan makan sepahkan kulit dilantai,cikgu masuk terus marah, yang kenanya mama lah sebab mama yang jual, terus cikgu pakaikan mama bedak dengan menggunakan pemadam papan hitam,putihlah muka mama berbedakkan kapur tulis,sedih dan malu waktu tu,tapi sabar je lah...tak cakap pun dekat mak dan ayah,takut mereka sedih.

Dulu-dulu..apa yang mama tak jual maklumlah orang susah, jual buah jering dari rumah ke rumah pun pernah,jual aiskrim malaysia ni apatah lagi, jual laksa yang arwah mak buat pun pernah..hihihi arwah mak buat laksa untuk makan, mama pegi jual hahah ok la tu kan dapat duit belanja singgit.

Bila dah pernah melalui kesusahan dulu-dulu,sekarang ni jika diuji dengan kesusahan mama masih boleh laluinya, ya setiap orang punya jalan cerira berbeza ujian yang berbeza, kadang ujiannya sama dari segi kewangan tapi jalan ceritanya berbezakan, pandanglah semua itu dari sudut positif,kalau dia berbelanja lebih..biarlah mungkin dulu dia pernah merasa kesusahan yang amat sangat,jadi sekarang dia punya sedikit lebihan,dia berbelanjalah kan. Jangan pula kita kata dia "amboii mewah nampak,beli baju mahal-mahal,dulu takde pun sekarang dah banyak duit ehh...makan pun sedap-sedap je" pernahkah kita tahu yang mungkin dulu dia pakai baju tak berganti bertahun-tahun, dia dulu pernah makan nasi berlaukkan garam...hmmm

Eh dah melalut cerita dulu-dulu pulak..hihihi doakan abg adam ye semua.

Wassalam

ohh sudah tukar ehhh

Assalamualaikum...

Sekarang ni dengan rasminya mama drive sendiri pergi dan balik kerja, tawakal sajalah.. Walaupun lebih best kalau en.azmi hantar dan ambil tapi bila fikir-fikir balik tak apalah, drive sendiri lebih mudah,dapat balik awal, sebelum pukul 5 dah sampai rumah.

Al kisahnya mama ni dah bertahun bawa kereta tapi tak pernah isi minyak hehehe... Hujung minggu pasti en.azmi akan isi minyak, cukuplah untuk mama bawa pergi dan balik kerja isnin sampai jumaat, kalau tak sempat pun mama tak berenti isi minyak, rela balik rumah dulu suruh en.azmi yang isikan..teruk sungguh,pada hal petrol pump tu ada je sepanjang jalan alam impian tu,malas punya pasalkan.

Hangin je en.azmi dengan isteri dia nih,tapi dilayankan jugaklah kan, kata sayang isteri kuikuikui...salah satu sebab taknak isi sendiri, malas nak berenti dah masa drive tu,kalau boleh nak berhenti kereta tu depan rumah je..lagi satu kalau en.azmi yang isi tentu-tentu guna duit en.azmi,jadi save la duit mama...hahaha,pada hal nye duit yang mama guna pun en.azmi yang bagi juga hahah.

Minggu lepas ahad en.azmi keje sampai lewat,sabtu tu dah keluar minyak tak isi dan ahad tu mama keluar dengan anak-anak, memang tak berhenti isi minyaklah kalau dengan anak-anak tu. Pagi isnin mama tengok minyak dah 1 bar, masa balik tu minyak dah terkelip-kelip, ini kalau tak isi ada yang bertapa tepi jalan macam dulu nih...dah minyak takde,kredit phone takde masa tu haaa...lepak tepi makan popcorn dibuatnya..hihihi itu citer dulu, sekarang mama taknak peristiwa lama berulang lagi.

Berhentilah mama isi minyak, lepas bayar teruslah ke kereta, buka tangki minyak, mujur pintu tangki tu terbuka, kadang dia tak mahu buka terpaksa umpil dengan kunci, biasa kena masa dengan en.azmi lah, mujur masa mama ni dia bak pula, kalau tak jenuh pula mama nak umpil. angkat nozle terus masuk dalam tangki pam-pam, minyak tak naik, meter pun tak jalan, sekali adik-adik dekat kaunter tu jerit "nanti dulu kaka.." siap angkat tangan dah ok, dorang tunjuk jari good..mama pun tekan..eh tekan-tekan pastu dia menolak dan tersangkut-sangkut, tekan lagi sama juga kejadiannya tu..rosak ke apa? cuak dah mama

Apa ada hal mama tekan la juga walaupun tersangkut-sangkut, rasanya dah betul kot isi minyak cenggitu caranya, sekali adik dari dalam petrol pump tu keluar sambil senyum-senyum, tuju kat mama lah tu..kahkahkah "kaka...ini sekarang sudah baru, kaka masuk sikit saja, kalau masuk habis itu angin tendang balik sebab itu sangkut-sangkut, kaka masuk sikit macam ini,pastu kasi letak sini, tengok sudah penuh dia tutup sendiri.." ohhh sudah tukar ke ehhh..ke memang cenggini dari dulu, tapi rasanya dulu-dulu mama masukkan muncung nozzle tu abis ok je pun, ni mesti saja nak kenakan mama lah ni..saja nak kenakan mama yang cute ni tau..hwahwahwa..

Dah ucapkan terima kasih pada adik tu, mama start enjin,masuk gear dan terus jalan, mengaummm bunyi enjin kereta hahaha..tekan clutch, press minyak hahaha..memang mengaumlah dibuatnya tapi kereta gerak macam siput kuikuikui...mau sebulan mama tak berenti isi minyak kat pertol pump tu, tengok muka adik tu senyum, macam dia kata "ini kaka bawa kereta saja tau,isi minyak tara tau" hahaha...sorry la adik..kaka ini 8 tahun suda tara isi minyak kahkahkah... memang tau bawa kereta saja..

haishhh...lain kalilah kita berkawan lagi, mama malas nak kawan dengan petrol pump lagi buat masa sekarang nih...eheh hahaha


Ok..harap-harap en.azmi tak tahu pasal nih,kalau dia tahu mesti dia kutuk-kutuk mama "mike ni itupun tak tahu" hah mama dah boleh bayang riak muka dan nada suara en.azmi mengutuk mama tu..huhuhu

ok terima kasih sudi singgah dan baca...sampai berjumpa lagi

Wassalam


Wednesday, 18 May 2016

Sama sangat ke?

Assalamualaikum...

Masa sebelum kawin dulu,selepas ofis hour mama rajin juga berjoging dengan kawan-kawan di tasik shah alam, maklumlah ofis sebelah je dengan tasik, kadang aktiviti dengan kelab sukan, kadang saja berjoging dengan kawan-kawan, sebab tu mama slim je dulu ahaks...perasan sangat kikiki. pernah juga en.azmi follow mama dan kawan-kawan berjoging.

Pertama kali yang tengok en.azmi dengan mama, pasti akan berkata..eh muka samalah. Sorang bos mama tu lagilah dia punya reaksi terkejut tu memang terbaik sangatlah.."masa mula tengok tu,terkejut saya, eh sama betullah muka budak berdua nih,..mesti panjang jodoh nih sehidup semati" katanya haaa...InshaAllah...mudah-mudahan doa itu dimakbulkan.

Bila dapat anak, ramai yang cakap tak tahulah ikut muka sapa sebab muka korang suami isteri ni sama je..gituu, tapi betul ke sama sangat nih, ke ada iras-iras je hehehe, sama pun ok yang penting mama nampak lebih muda dari en.azmi tu, walaupun hakikat sebenar mama lagi tua..tua bulan je la pun, mama lahir bulan jan, en.azmi bulan okt...hehehe


Haaaa....tengok sama tak?sama tak? Hehehe anak-anak mana yang sama dengan mama dan en.azmi


Masa kenduri kawin adik en.azmi tahun lepas, kami ke kuantan majlis bertandang di pihak lelaki, boleh pula sepupu suami adik en.azmi(biras mama la dalam ertikata lainnya..hihihi) ingat mama ni adik-beradik dengan adik ipar tu...hihihi, nampak sama eh muka kami..

Mama bersama adik-adik ipar dan.biras mama, amacam nampak sama tak? Hihihi

Pandangan mata orang lain-lain kan, ada kata nampak sama, ada kata tidak, kadang bila kita bersahabat baik dengan seseorang pun muka kita boleh nampak sama, orang kata serasi la tu kot agaknyalah kan, orang kata kalau muka sama suami isteri jodoh berpanjangan, tapi takdelah kata yang muka tak sama tu tak panjang jodoh ye..mungkin yang seiras ni serasi kot.

Apapun sama ada seiras atau tidak, moga jodoh kita semua berpanjangan, jodoh dengan pasangan ke, jodoh dalam persahabatan ke..tak kisahlah jodoh dalam apa jua keadaan pun, moga semuanya berkekalan hingga ke dalam syurga Allah.

Sejak dah kawin dan ada anak ni, lama sudah mama tak berjoging dan berfutsal, teringin pula nak macam dulu dengan kawan-kawan,walaupun tendang bolanya kurang gelak je lebih,jogingnya kurang jalan je lebih tapi rasa happy sangat, sekarang pun happy juga ye, tapi dengan cara yang berbeza pula, cuma sesekali teringin nak bersama kawan-kawan macam dulu-dulu tu...hehehe

Terima kasih sudi singgah dan baca...Wassalam

Tuesday, 17 May 2016

Sambutan Hari Guru

Assalamualaikum...

Bukanlah mama yang sambut hari guru tapi anak-anaklah, semalam dapat gambar dari teacher taska jadi abadikan sahaja di sini.

Abang adam balik dari sek.kebangsaan terus ke taska, habis kotor lengan bajunya terkena darah, hidung abang berdarah lagi. panas sangat agaknya, abang pun kurang minum air masak, tapi teacher bagitahu abang dah ok. Malamnya mama tanya abang bagi hadiah pada cikgu mana? abang bagi pada cikgu azlina sebab cikgu tu baikk sangat...hehehe oh mama ingat abang bagi pada guru kelas abang.

Al-kisahnya..kawan-kawan tarik paper beg abang yang berisi hadiah untuk cikgu, katanya bekas yang berisi marshmallow pecah, beg pun koyak, abang nak nangis, cikgu azlina yang datang dan gamkan balik paper beg abang tu, lepas tu abang bagi paper beg tu pada cikgu azlina...takpe abang tahun depan mama buat elok-elok hadiah untuk cikgu ya.

Adrien tak banyak cerita, cuma bagitahu dia dah bagi hadiah pada cikgu. Adelya pula masa sampai taska teacher tanya "kek ni untuk siapa?" dengan garangnya adelya jawab "bagi tecer"...heheheh. Tecer whatsapp mama, ucap terima kasih bagi kek...alahai sebenarnya mama tak tahu nak bagi apa, jadi mama bagi apa yang mama tahu buat sajalah, tecer nih buat mama terharu je tau..

"akak..tanda ingatan wish pun takpe dah..saya tengok akak memahami taska pun dah besar rahmat, syg parent macam akak,sangat supportive, understanding...syukur Allah bagi parents yang baik-baik untuk taska" terharu mama bila teacher cakap macam tu.

Sebenarnya mama lagi bersyukur dapat taska yang bagus, anak-anak dijaga dengan elok, siap mengajar lagi tu, memanglah kita bayar mahal, tapi apa yang kita dapat setimpal dengan apa yang kita bayar tu kira dah bagus sangatkan. Jadi sesekali apa salahnya kita raikan orang yang bersusah payah menjaga anak-anak kita sejak dari umur anak-anak 3bulan mereka dah berada di taska ini. sampaikan teacher pun cakap, tak sangka dari kecik jaga sekarang adam dah darjah 1 dah...

Disebabkan itu jugalah semasa nak mencari rumah untuk dibeli, mama cari rumah yang akan melalui jalan ke taska ini, alhamdulillah dapat apa yang mama cari, inshaAllah jika berpindah nanti, anak-anak tetap akan dihantar ke taska ini juga.

Layankan gambar anak-anak sambut hari guru di taska.




Anak-anak potong kek yang mama buat, nak dibandingkan dengan 2 kek lagi tu kek mamalah yang paling tak semenggah rupanya tu hahaha, dapat juga abang adam makan kek mama buat "mama kek mama buat yang ada marshmallow tu, abang makan tadi sedap sangat" kata abang adam sebelum tidur, mama rasa bangga dengar pujian abang tu.




meriah je tengok anak-anak nih, mesti seronok sesekali macam ni kan,selain meraikan teacher dapat juga gembirakan anak-anak taska nih,tiada yang lebih bahagia daripada melihat senyuman di wajah anak-anak ini. Kata abang adam, dialah yang menolong teacher warnakan huruf-huruf yang tergantung dibelakang tu, bagus abang, rajin tolong teacher.


inilah rupa kek mama yang tak seberapa itu..kikiki 'marshmallow cinta untuk teacher', tapi bentuk marshmallow bukan luv pun tu,saja mama nak bagi nama tu. kalau ada yang teringin nanti mama share resepi boleh buat ye..nak mama buatkan pun boleh datanglah rumah nanti hehehe.

Ok itulah cerita mama, gambar pun teacher yang share nih..terima kasih sudi singgah dan baca ye.

wassalam

Monday, 16 May 2016

Cerita Hari Guru

Assalamualikum...

Hari ni mama nak ucapkan selamat hari guru buat semua, kita semua pun guru, ibu-bapa guru pertama anak-anak, tapi hari ini adalah hari istimewa untuk para guru.

Anak-anak mama pun sibuk nak sambut hari guru,nak bagi hadiah pada cikgu mereka, adelya nak bagi hadiah pada tecer tehah, adrien nak bagi hadiah pada cikgunya di tadika yang bila mama tanya siapa nama cikgunya? dia tak tahu nak jawab apa...hehehe, abang adam pun tak tahu nak bagi hadiah pada cikgu yang mana.

Tengok kawan-kawan update kat fb,amboii meriah hadiah untuk cikgu-cikgu, mama bekalkan abang satu beg hadiah je, ikut abanglah nak bagi pada siapa, takpe ini kali pertama untuk abangkan, tahun depan mama buat proper sikit ye, kita kira semua cikgu yang ajar abang dan kita bagi semua, tadi pun mama isi 3 barang dalam paper bag abang tu, tapi mama tak tahulah kot abang nak bagi dekat 3 orang cikgu, terpulang pada abanglah macammana.

Masa zaman mama sekolah dulu, memang takde bagi hadiah pun,maklumlah mama dulu susah nak beli hadiah tu memang takdelah, ada tak ada pun, mama petik je bunga ros yang arwah mak tanam tu bagi pada cikgu..hehehe ok lah tu kan ada jugalah untuk cikgu,walaupun bunga tu pasti akan layu, tapi ilmu yang cikgu bagi tidak akan pernah layu.

Tahun ni, 3 hadiah disediakan untuk anak-anak bagi pada cikgu, adelya bagi untuk cikgu ditaska, barang murah je mama beli, hadiah tu dan kek untuk tecer tehah, tecer taska tu penting juga, sebab itulah guru pertama untuk anak-anak mama, anak-anak kenal A,B,C, aliff, ba, ta..anak-anak boleh solat,semuanya hasil dari ajaran tecer taska, jadi tecer di taska juga patut diraikan.

Untuk adrien, mama buatkan beberapa ketul muffin dan barang yang dibeli untuk dibawa ke tadika, hari ini ada makan-makan di tadika sempena hari guru, semangat tu adrien siap cakap ini hadiah yen nak bagi dekat cikgu, walaupun muffin mama tu tak semnggah je, tapi tengok adrien teruja macam tu, lega rasa mama, tahun depan mama buat dengan lebih baik ye.


pic dari google


Harap-harap cikgu sudi terima hadiah dari anak-anak mama tu dan harap anak-anak mama tak malu nak bagi hadiah pada cikgu, mama risau anak-anak malu nak bagi hadiah tu pada cikgu je, maklumlah anak-anak mama tu pemalu...hehehe.

Terima kasih sudi singgah dan baca.

Wassalam.

Friday, 13 May 2016

Moga berguna untuk orang lain

Assalamualaikum..

Hasil mama mengemas hari tu, hari ini mama serahkan kepada kawan mama. Kawan mama ni memang selalu buat aktiviti kebajikan ni, mama ni tak dapatlah nak mengikutnya, dapat bagi sumbangan sikit-sikit tu kira oklah kan.



Hasil daripada mama kumpul semua baju, sorting mana yang masih elok dan tidak lusuh untuk di sedekahkan, moga apa yang mama beri ini dapatlah digunakan oleh si penerima, walaupun apa yang mama bagi tu tidaklah seberapa, baju anak-anak ketika bayi, baju berjalan anak-anak yang sudah kecil dan sendat bila dipakai, baju mama yang masih elok tapi mama tak pakai lagi..erkkk dan beberapa helai baju en.azmi.

Kata kawan mama kali ini mereka akan ke perkampungan orang asli yang terdapat di Pahang, Moga baju-baju yang mama bagi ni bergunalah buat mereka, nak juga bagi lebih lagi, inshaAllah dilain kesempatan kalau kawan mama tu ada projek macam ni lagi bolehlah kirimkan sesuatu yang lain pula, bak kata orang kreatif dalam bersedekah..haaa mama dah fikir macam-macam nih, moga dapat dilaksanakan nanti..Buat masa ini cukup dengan baju-baju ini dahulu.




Wallahu'alam...Moga sedikit yang kita beri akan mendapat keberkatan dari Allah..sekadar berkongsi ye.

Semoga bertemu lagi inshaAllah..Wassalam

Thursday, 12 May 2016

bookcafe, perpustakaan mini

Assalamualaikum...

Mama nih memang suka membaca, dulu-dulu rajin sangat membeli novel, bila dah kawin pun rajin juga membeli, sampaikan en.azmi pun tahulah minat isteri dia ni, tahu pulak tu penulis novel kesukaan mama, pernahlah pergi kedai buku, siap en.azmi tahulah novel terbaru penulis tersebut... Bila tak tahu nak pilih yang mana, disuruhnya mama beli dua-dua novel tersebut.

Sekarang pun masih minat membaca cuma bahan bacaan pun berubah jugalah ke arah lain, masih juga minat dengan novel tapi tetap beli novel hasil penulis yang sama. malas beli novel yang ada dipasaran sekarang, kebanyakan jalan ceritanya sama..kawin paksa kemudian suka, lelaki pula orang ada-ada...hehehe mungkin ada juga yang lari dari jalan cerita sebegini tapi mama malas pula nak membeli..

Tengok drama tv pun ok sebab adaptasi dari novel juga sekarang ni kan, tapi taklah sempat mama nak tengok kesemuanya..yang memang mama dan en.azmi layan pun 2 cerita saja love you mr.arrogant dan tuan anas mikael...haa yang ni memang mama layan sebab mama rasa seronok menengoknya, pelakon pun zara zya, yang mama rasa lakonannya memang best.

Eh...mama melalut sampai drama tv pulak, sebenarnya nak cerita pasal buku, minat membaca mama tu memang tak pernah habis, sampaikan sekarang cuba tanamkan minat yang sama pada anak-anak. Hasil perkongsian sahabat di Fb, mama pun tak lepaskan peluang untuk membeli buku untuk anak-anak..






Inilah hasilnya buku-buku yang berjaya mama rembat, maklumlah ada sale pulak tu, geram je nak rembat banyak-banyak, tapi memikirkan pasal bajet, mama slowkan jari-jari dari terlebih klik..hehehe dapat jugalah mama rembat 10 buah buku, inshaAllah ada rezeki nak beli lagi nanti.

Seronok dengar adelya membaca, membaca ikut gambar yang terdapat pada buku, "jangan takut bawah katil takde hantu, bawah katil ada lipas" hahaha sebab dalam gambar tunjuk lipas, mainan dan kucing."jangan takut bilik air takde hantu, bilik air ada berus gigi" "jangan takut dekat dapur takde hantu, dekat dapur ada makanan" haaa..gitulah gaya adelya membaca, yang bagusnya dihujungnya tertulis, kita perlu takut pada Allah bukan pada hantu, kerana Allah Maha melihat dan Maha mendengar.

Hasrat hati mama ni, nanti kalau berpindah ke rumah sendiri mama nak buatlah perpustakaan mini di rumah, ada masa terluang ajak anak-anak membaca, tanamkan minat membaca anak-anak dari kecilkan..InshaAllah andai diizinkan jadilah perpustakaan mini tu nanti. Sekarang ni buat bedtime story dengan anak-anak, sebelum tidur bacakan buku, dah lama pun mama buat sebenarnya, anak-anak pun suka.Moga berterusanlah usaha mama ni hendaknya.

Kalau sesiapa nak tengok-tengok buku bolehlah ke laman web bookcafe nih, serius memang best banyak pilihan ada agama, parenting, anak-anak, novel dan banyak lagilah. Tapi sekarang sale dah tamat pun, walaupun dah tamat tapi harga bukunya masih berpatutan...hehehe macam promote lak mama ye, sesuatu yang bagus harus dikongsikan. mama memang suka sebab mama sukakan buku.

Oklah terima kasih sudi singgah dan baca, sampai berjumpa lagi.

Wassalam.

Wednesday, 11 May 2016

tenggelam tayar

Assalamualaikum...

Alhamdulillah setelah sekian lama panas berpanjangan, kini hujan turun membasahi bumi yang kering ini.

"katakanlah lagi."bagaimana fikiran kamu, sekiranya air kamu hilang lenyap (ditelan bumi) maka, siapakah (selain Allah) yang dapat mendatangkan kepada kamu air yang sentiasa terpancar mengalir?"
Syukur Allah menurunkan rahmatNya buat kita, apapun kena syukur bak kata UKE panas pun syukur, hujan pun syukur..apa yang Allah bagi tu kena syukur.

Petang semalam hujan begitu lebat di shah alam ini, dalam 3.30ptg hujan turun lebat membasahi bumi, pasti air naik dekat ofis nih, biasanya begitulah jika hujan turun dengan lebat, risau juga mama dibuatnya sebab kereta parking ditempat yang biasa dinaiki air, balik pukul 4.30ptg, air dah memenuhi ruang luar LG, mama redah saja penuh kasut dengan air.





Sampai diseberang jalan sayup-sayup nampak BJY, tayar dah tenggelam separuh, air memang tinggilah tu, mama berhenti sebentar dibawah jambatan, mengambil gambar dan menelefon en.azmi, bertanyakan bolehkah dibawa kereta itu kalau macam tu, bukan apa risau juga mama jika dihidupkan enjin, rosak pula kereta tu, en.azmi kata boleh lagi, tapi jangan tekan minyak kuat sangat bawa perlahan-lahan je. legalah juga, tapi dalam hati berdebar je.

Sekali lagi meredah air, kain habis basah layankan sajalah, kasut pun memang dah penuh air, mujur takde ikan yang berenang-renang je...hehehe maklum dekat dengan tasik, takut ada pula ikan yang terlepas, kalau ikan ok juga boleh diambil goreng..hahaha, kalau haiwan lain risau jugakan, buka pintu. sir macam seinci lagi nak masuk kereta, berdebar mama, sekali ada hilux lalu dengan lajunya, terus mama rasa terbuai-buai...aduhhh berdebar nih, terapung ke kereta mama ni?

Dengan bismillah dan doa mama hidupkan enjin, alhamdulillah boleh dihidupkan, masa nak tekan minyak tu memang berdebar amat, bawa perlahan yang boleh, sampai enjin pun bergegar macam nak mati je, hoih lagi mama berdebar kalau enjin mati, tukar gera 2, gegar juga, risau mama, dah kata jangan tekan minyak kuat, mama slow je la, lepas dari air baru melaju sikit, mujur ok lepas tu, sepanjang jalan sampai rumah memang hujan lah.

Pagi ni, mama keluar awal sikit supaya dapat parking yang dekat dan bukan kawasan yang dinaiki air, ye lah risau juga, hujan pun masih tidak berhenti dari semalam mungkin, alhamdulillah sejuk sikitkan. sudahnya pukul 6.45pg mama dah tercongok ditepi jalan, oklah dapat parking yang dekat. syukur juga dapat kerjasama yang baik dari anak-anak, tak mengamuk bila papa yang mandikan pagi ini, biasa nak mama je mandikan, cuma adelya la, yang nak juga mama mandikan..

Syukur juga dapat suami bernama en.azmi tu, sudi menolong uruskan anak-anak, mandikan anak-anak, siapkan anak-anak, bagi anak-anak sarapan, tunggu abang adam naik bas sekolah, hantar adrien dan adelya ke taska, rajin juga melayan adrien dan adelya ke kedai dulu beli makanan, bagi mood anak-anak baik, belikan roti untuk abang adam makan sebelum ke sekolah...eceh banyak pula celoteh mama nih..

ok lah sampai jumpa lagi, terima kasih sudi singgah dan baca.

Wassalam

Tuesday, 10 May 2016

triplet katanya..hahaha

Assalamualaikum...

Pagi nih macam takde keje lak mama, buka FB tengok zarina tazari share satu link, hahaha...mama pun gigihlah cuba juga,takde lah gigih mana pun, klik-klik je link yang diberi tu haa, apa link yang mama tangok tu???





ni ha..pada umur berapakah anda akan menimang cahayamata lagi, tengoklah tu jawapannya, umur 41 katanya kihkihkih...dah masuk kilauan emas dah tu,larat ke nak membawa perut, yang lagi tak tahan tengok yang dibawah ni pulak...




hamik koo...sekali triplet tu, hahaha hadoiii,okeh jangan percaya, memang tidak percaya pun saja suka-suka nak main tengah-tengah boring ni haa, kalau triplet macamno mama nak membawa perut ni ha, kalau seorang pun mengah..kuikuikui.

Ini kalau dapat triplet bagus juga, mama bagi je abg adam, adrien dan adelya jaga sorang satu...haaa nak sangat baby kan memasing, kemahin hari-hari balik cium perut mama si adelya tu, siap cakap perut mama ada baby, kalau umur 41 maknanya adelya dah 6 tahun, adrien 8,abg adam 10, haa sedang eloklah tu boleh diharap dah nak menjaga adik-adik..hahaha

okeh cukup-cukup dah cerita mengarut mama nih, terima kasih lah kawan-kawan yang sudi singgah dan baca bebelan mama hari ini, boleh jugalah kalau nak doakan mama, tak dapat triplet dapat twin pun jadilah hehehe..

Sampai ketemu lagi...wassalam

Sunday, 8 May 2016

Lepak-lepak family

Assalamualaikum...

Sekian lama merancang hari ini batu jadi, itupun tak semua ada. Tak apalah lain kali kita plan lepak-lepak lagi. Itupun mama buat je keputusan, ahad lepak-lepak family mohon semua luangkan masa,haa...gitu ayat mama.

Pagi ni kami ke putrajaya, berjumpa adik beradik mama, sambil lepak breakfast di tepi tasik. Kami ke taman botani putrajaya je,sampai awal..ada tempat strategik untuk lepak.



Mulanya kami ke taman wetland, cantik tempatnya hijau dan tenang,tapi tak tahu kat mana pun nak lepak dan bentang tikar,jadi tukar tempat ke taman botani pula. Menu tak banyak pun, tujuan utama cuma nak berkumpul adik beradik diluar saja. Menu yang ada nasi lemak dan sambal bilis mama masak, mommy bawa ayam rempah, cream puff, mak ngah bawa biskut sebagai kudap-kudap, yang lain bawa perut, ok dah tu..sebab cukup makanannya untuk semua.


Perut dah keroncong, bentang tikar kita makan dulu, seronok dapat makan ramai-ramai macam ni,moga nanti dapat berkumpul lagi ramai-ramai.


Adelya yang paling lapar, dari dalam kereta cakap lapar nak makan nasi, dapat sepinggan nasi senyap je makan, sekarang nak makan suap sendiri, ok juga adelya suap sendiri, pandai walaupun ada juga yang jatuh ke lantai.


Gambar gedik santai haruslah ada...tapi tak sempat nak gedik sangatlah hehehe,panas tak lalu dah mama, dah la berbaju hitam...haa 5 beranak berbaju hitam, tak hagak-hagak tengah panas macam tu.


Ini laluan untuk ke tempat kami lepak-lepak tu,cantik je tempatnya itu berhenti tengok kura-kura dalam air tu.

paksu melayan anak-anak buah bagi makan ikan, yang free hair tu...inshaAllah bakal maksu anak-anak buah, moga dimudahkan jodoh mereka nanti. Adelya dari dalam kereta bertanya "itu siapa?" Suka agaknya..hihihi betul rupanya, baru jumpa sekejap dah ngam siap boleh jalan pimpin-pimpin tangan tu,mulut lak riuh bersembang, jarang adelya cepat sesuaikan diri, nampaknya adelya suka dengan sofea tu haa.

Lepas bagi makan ikan anak-anak bermain basikal pula,oh dekat sini disediakan basikal untyk disewa,seronoklah anak-anak lepas bebas mengayuh basikal,adelya paling seronok, naik basikal..ada 3 orang abam sado jadi bodyguard, dok keliling je masa adelya mengayuh basikal tu.


Selepas penat mengayuh basikal, kita bagi makan ikan lagi. Kali ini en.azmi pula temankan anak-anak. Tengok cuaca tu panas terik, waktu ni dah hampir pukul 11pagi. Ikan banyak juga kat sini,tengok gambar tu banyak ikan yang datang bila anak-anak bagi makan, makanan ikan juga ada dijual sebungkus rm1, puaslah anak-anak bagi ikan makan.

Sebelum pukul 12 kami berkemas, tuju pula ke bangi sentral, mak ngah nak beli dress terpengaruh dengan gambar yang ditunjukkan oleh mommy. Mama pun cemas je nak beli, tapi sabar dulu,en.azmi kata nanti tengok dulu. Sekali sampai ramainya orang dan mereka pun beli baju yang mommy tunjuk tu,terus en.azmi cakap tak jadi beli nanti sama pula dengan orang lain,bukan apa baju yang dijual tu sepasang untuk lelaki dan perempuan memang cantik coraknya tu.


Inilah 3 abam sado yang jadi bodyguard adelya...hihihi tengok tu sesuka hati dorang je nak duduk celah-celah baju macam tu,mujur tiada yang marah, ramai sungguh orang dibutik nih mungkin baru dibuka. 

Selepas beli baju terus gerak balik, mama nak makan cendol durian di seksyen 24, tapi hampa kedainya buka pukul 6ptg, aduhh patut kedai cendol bukalah awal, panas-panas tentu sedap makan cendol. Takde rezeki kali ini, mungkin lain kali. Pusing-pusing cari kedai lain, tutup juga.sudahnya singgah cendol pak akob seksyen 16, yang ada cendol biasa je, bungkus bawa balik sebab adrien dan adelya sudah tidur.

Haa...siap juga cerita mama setelah 4 kali bersambung-sambung...hehehe tapi semangat nak menulis tu teruskan jugalah hingga habis.

Wassalam

Terima kasih sudi singgah dan baca

Saturday, 7 May 2016

Kemeja belang-belang

Assalamualaikum...

Minggu depan abg adam exam, hari ni pagi-pagi mama cuba bagi soalan ujian,sebelum ni abg penah cakap "mama jadi la cikgu kat sekolah petang abg" adehh abg ingat senang-senang je nak jadi cikgu..hehehe lagipun mama tak mampu nak jadi cikgu, tak cukup kesabaran, ajar 3 orang murid kat rumah ni pun dah berasap satu badan macam mana nak jaga satu kelas? Mama surrender awal-awal.

Hai abg..nampaknya abg sukar nak faham kehendak soalan nih, puas mama terangkan tapi abg masih kabur-kabur,soalan mama bagi banyak dijawab salah, pada hal soalan tu mama ambil dari buku yang cikgu ajar juga. Takpelah abg...jom kita buat benda lain, ini mama tengok soalan matapelajaran dsv.

4 soalan pilih 1 je yang hendak dibuat. Abg pilih soalan 1, gambarkan hidupan laut, tapi yang abg lukis orang memancing ditepi pantai..adeh ikan besar dari orang pulak tu, ikan paus ke apa yang dipancing tu hahaha...kenalah mama terangkan hidupan dalam laut bermakna lukisan dalam laut,mama pun lukiskan untuk abg gambarannya,tapi tak cantik pun sebab mama pun tangan tak berseni hehehe.

Lagi satu aktiviti yang mama buat dengan abg, buat origami baju kemeja..hihihi bukan saja-saja buat tau, tapi dalam soalan ada,gigih mama google tau seban dah lupa cara nak buat, ye la kecik-kecik dulu je buat, dah tua-tua ni lupa lak...setelah berusaha akhirnya berjaya juga mama buat..


Inilah hasilnya kemeja belang-belang untuk abg,1 lagi minta buat topeng muka, yang tu mama tak buat lagipun...buat topeng zorro dah la abg,mudah sikit hihihi. Soalan keempat lukisan batik, mama tak ajar pun sebab abg pun tak tau,lagipun mama tak pandai juga, cuma mama nak tunjuk kat abg lukisan batik tu macam kain batik sajalah..hihihi, kot abg handal buat lukisan arfa batik lah.

Cerita abg dan mama dihari sabtu..sampai jumpa lagi


Abg masih meneruskan usaha jual aiskrim...hihihi inshaAllah moga ada rezeki untuk abg.

Wassalam

Friday, 6 May 2016

cerita hari jumaat

Assalamualikum...

hari ini mama saja nak membebel-bebel je, cerita hari jumaat...Alhamdulillah syukur dengan rezeki yang Allah bagi, maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang hendak engkau dustakan?.

Bulan lepas mama dapat 2 pasang baju 1 jubah, 1 kurung moden...haa kurung moden tu diberi oleh rakan blogger baby pose, saja mama komen dekat entri BP hari tu, kalau nak baju hehehe.. alhamdulillah dapat sepasang kurung moden, terima kasih BP.




Jubah pula..makngah yang bagi..alhamdulillah makngah tu memang tau selalu beli baju, lepas tu tak berkenan, pastu makngah offer la dekat sape-sape yang mahu, haa..sebenarnya dah banyak pasang jugalah baju makngah yang diberi pada mama, yang kali ini makngah bagi sebab baju yang dibeli terbesar sedikit, makngah tu kecil dan comel je orangnya, jadi rezeki adik dia ni lah jawabnya kan..

Awal minggu ni juga dapat berita gembira lagi, alhamdulillah rezeki tu, pengganti duit mama yang hilang dulu agaknya tu kan, apapun rezeki dari Allah, setiap apa yang berlaku tu kita redha sahajakan mama memang tak fikir pun pasal duit yang hilang tu,anggap takde rezeki, sekarang Allah dah ganti balik..haip bukan nak cakap mama bagus sangat ye, tidaklah, mama je fikir begitu, apa yang mama dapat tu macam Allah ganti baliklah, bukan nak cakap mama ni bagus sangat sampai cepat je Allah nak ganti balik kan..tidak ye...

persiapan raya dah beli...haaa tadi ada ceramah kat ofis mama nih, kata ustaz tu sila shopping raya sekarang sampai siap jangan nak tunggu ramadhan sebab apa, nanti bila 1 ramadhan tu terus stop shopping tumpukan pada amal ibadah di bulan ramadhan pulak, hmmm..betul juga kata ustaz tu ye, boleh ajak en.azmi shopping raya lah lepas nih hehehe, untuk mama sepasang cukup, yang lain boleh guna baju kerja je sebab ada yang masih belum dipakai lagi, yang lebih pun untuk anak-anak je lah nanti...tapi kalau nak dibeli lebih mesti mama tak tolak punya..hahaha

Wassalam

Bila mama letak status islamic, share pasal islamic, cerita pasal islamic...bukan bermakna mama bagus, cuma sekadar ingin berkongsi selebihnya untuk mengingatkan diri sendiri..

Bila mama cerita pasal anak-anak, bukan nak kata anak-anak mama bagus, bukan juga nak tunjuk mama pandai didik anak-anak..cuma nak berkongsi saja...

Thursday, 5 May 2016

Rajin anak solehah mama ni

Assalamualaikum...

Untung betul mama ni tau ada sorang anak solehah, bukan saja comel ( ehemmm...puji anak sendiri ye hahaha) tapi sangat rajin menolong mama ni ha.

Menolong mama bagi banyak kerja, rumah yang kemas disepah-sepahkan supaya mama tidak duduk saja goyang kaki, jadinya mama kenalah menyapu mengemop dan kerja-kerja yang seangkatan dengannya, oleh itu untungnya mama, dapat keluarkan peluh dan dapat juga mengekalkan kerampingan badan...kikiki rampinglah sangatkan.

Itu rajin bab lain, ini rajin bab lain pula..bukti kerajinan




tengoklah baju tidur pun dia nak iron, hai...macam-macamlah anak solehah yang seorang ni, ada saja idea dia tau, sebelum ni mama pernah terlupa cabut plug seterika tu, dah pandai pula dibukanya suis, masa tu, handsocks mama dibantainya iron, habis terbakar handsocks tu tau sebab materialnya macam bergetah ke apatah terus berlubang kena iron panas, mujurlah tak kena adelya, haii anak dara sorang ni macam-macam dia ye. Alhamdulillah sejak itu mama tak lupa untuk cabut plug, kalau mama lupa en.azmi yang akan cabutkan plug iron tu.

Syukur alhamdulillah nampak dah ciri-ciri kewanitaannya tu..dapat menolong mama iron baju, memasak, menumbuk sambal, menggentel kuih, memotong sayur..haaa banyak dah tu kerja yang boleh dibuat adelya..mama gumbira dibuatnya...moga rajin-rajinlah menolong mama nanti ye. Mulut pun boleh tahan becoknya tu...ikut siapalah agaknya tu ye...mama ni pendiam hahaha..

Ok lah...sekian bebelan mama,

Wassalam

Isra' Mi'raj

Assalamualaikum....

Salam isra' Mi'raj semua, ada yang berpuasa hari ini? alhamdulillah..rezeki tu dapat berpuasa, tak dapat berpuasa pun tak apa, Allah lebih tahu apa yang terbaik buat kitakan.




Peristiwa isra' mi'raj, gambar yang mama ambil dari perkongsian di FB, kredit untuk alif & sofia. cantik gambaran ini, mudahlah untuk mama bercerita pada anak-anak apa itu isra' mi'raj kan. Jika nak bercerita pada anak-anak mama pun kenalah tahu dan faham kerana apa?, anak-anak nanti pasti banyak pertanyaan diluar jangkaan, mama perlu luas pengetahuankan. untuk luaskan pengetahuan pembacaan itu penting.

Moga mudahlah urusan mama nak bercerita lebih pada anak-anak nanti, bukan berkenaan isra' mi'raj saja, tapi tentang semua perkara mengenai agama yang indah ini.

mama share cerita peristiwa isra' mi'raj ni, nanti senang nak rujuk untuk anak-anak

Peristiwa Isra’ Mi’raj ini diambil dari dua buah kata yang penuh arti yaitu Isra’ yang berarti “perjalanan malam” dan Mi’raj yang berarti “naik ke langit”. Perjalanan malam yang dimaksud adalah perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa. Dari peristiwa Isra’ Mi’raj inilah umat Islam di seluruh dunia mengenal yang namanya sholat dan diwajibkan untuk melakukan sholat tersebut.

Dahulu peristiwa Isra’ Mi’raj ini terjadi tepat pada tahun 621 Masehi, tepatnya pada tanggal 27 Rajab (3 tahun sebelum hijrah). Nabi Muhammad SAW waktu itu sudah berumur 51 tahun dan peristiwa Isra’ Mi’raj terjadi saat tengah malam hingga subuh waktu Mekah. Peristiwa ini terjadi karena Nabi Muhammad SAW yang sedang dalam keadaan duka. Beliau telah ditinggal mati oleh dua orang yang dia cintai yaitu Khadijah sang istri serta Abu Thalib sang paman. Saat itu beliau mengalami duka yang sangat dalam sehingga untuk menghibur Nabi Muhammad SAW, Allah SWT mengajak Nabi Muhammad SAW ke suatu perjalanan hingga sampai ke langit untuk bertemu dengan-Nya.
Awal Peristiwa Isra’ Mi’raj Nabi Muhammad SAW
Sejarah Peristiwa Isra’ Mi’raj Nabi Muhammad SAW dimulai pada tanggal 27 Rajab. Saat itu Allah SWT mengutus Malaikat Jibril a.s. untuk pergi ke syurga dan mengambil buraq. Setelah itu Malaikat jibril a.s diutus untuk pergi ke tempat Nabi Muhammad SAW. Saat itu hari sudah malam dan pada waktu Malaikat Jibril a.s. datang ke hadapan Nabi Muhammad SAW, beliau tengah tertidur. Nabi Muhammad tiba-tiba terbangun dari tidurnya karena mendengar suara dan saat beliau terbangun di hadapannya sudah berdiri tiga orang laki-laki yang rupanya adalah Malaikat Jibril dan Malaikat Mika’il, serta seorang Malaikat lain.
Setelah itu, Malaikat Jibril dengan Malaikat Mika’il dan seorang Malaikat lainnya membawa beliau ke sumur Zamzam. Di sana Malaikat Jibril hendak bermaksud membersihkan hati Rasulullah dengan membasuhnya menggunakan air dari sumur Zamzam. Setelah dibasuh bersih, Malaikat Jibril membawa baskom emas dan menuangkan isinya ke dada Nabi Muhammad SAW. Baskom emas itu berisi keimanan dan juga hikmah. Nabi Muhammad SAW yang telah dibasuh hatinya dipenuhi dengan keislaman, kesabaran, ilmu, dan juga keyakinan. Bahkan di antara ke dua belikat Rasullulah telah disetempel dengan setempel kenabian.
Peristiwa Isra’ Mi’raj Nabi Muhammad SAW (Masjidil Haram menuju Masjidil Aqsa)
Dibawalah seekor buraq ke hadapan Nabi Muhammad untuk ditunggangi. Saat itu Nabi Muhammad SAW dibawa ke beberapa tempat oleh Malaikat Jibril dan di setiap tempat tersebut Rasullulah diharuskan untuk melakukan shalat sunnah 2 rakaat dan berdoa kepada Allah SWT. Selama melakukan perjalanan dengan Malaikat Jibril, Nabi Muhammad SAW diperlihatkan berbagai macam peristiwa dan pemandangan simbolik penuh arti. Setiap kali Rasullulah melihat suatu peristiwa simbolik maka Malaikat Jibril akan menerangkan arti-arti dari peristiwa-peristiwa tersebut beserta berbagai maknanya. Nabi Muhammad SAW oleh Malaikat Jibril akhirnya di bawa ke Baitul Maqdis untuk memimpin shalat berjamaah di sana beserta seluruh arwah para Nabi dan Malaikat-malaikat yang lain.
Peristiwa Isra’ Mi’raj terjadi ketika Nabi Muhammad SAW diajak oleh Malaikat Jibril menaiki sebuah tangga yang sangat indah menuju surga. Selama perjalanan Nabi Muhammad SAW naik ke langit dunia dengan pemandangan-pemandangan yang belum pernah beliau lihat sebelumnya. Malaikat Jibril membawa Rasullulah sampai ke langit ke-7 dan sampailah Nabi Muhammad SAW untuk bertemu dengan Allah SWT, namun beliau harus melanjutkan perjalanan sendiri tanpa ditemani oleh Malaikat Jibril dan akhirnya beliau dapat bertemu dengan Allah SWT. Dari peristiwa-peristiwa yang dialami beliau maka Nabi Muhammad menceritakan semua peristiwa Isra’ Mi’raj yang telah dia alami ke semua orang.
Berbagai Macam tempat Bersejarah Peristiwa Isra’ Mi’raj Nabi Muhammad SAW
Berikut beberapa tempat-tempat Bersejarah Peristiwa Isra’ Mi’raj yang penuh arti dan makna :
  1. Masjidil Haram : Di dalam Masjidil Hara mini terdapat ka’bah dan juga makam Ibrahim. Masjidil ini terletak di kota Mekah. Sebelumnya, Masjidil Hara mini hanya berupa tanah lapang dengan bangunan ka’bah tepat berada di tengah, dan di sekitarnya terdapat rumah-rumah penduduk. Kemudian umat dan penguasa muslim membangun gedung atau bangunan yang mengelilingi ka’bah tersebut.
  2. Thaibah atau Madinah : Thaibah atau Tai’bah sendiri artinya adalah “Negeri Sumber Segala Pengetahuan” dan Negeri inilah kota Madinah. Di kota Madinah inilah terdapat makan Nabi Muhammad SAW. Pada jaman dahulu dan sampai sekarang tempat ini telah menjadi tempat hijrah umat Muslim seluruh dunia.
  3. Thursina : Thursina atau juga dikenal dengan Gunung Sinai merupakan gunung yang ada di Mesir. Di sini adalah tempat Nabi Musa bercakap-cakap dengan Allah SWT.
  4. Baitul Laham : Baitul Laham atau juga dikenal dengan nama Betlehem adalah tempat kelahiran Nabi Isa Al Masih.
  5. Masjidil Aqsa : Masjidil Aqsa terletak di Baitul Maqdis atau dikenal juga dengan nama Yerusalem. Di sini terdapat Mesjid Kubatus Shakhrah dan Masjid Aqsa.

Wassalam


Wednesday, 4 May 2016

rezeki

Assalamualaikum...



Jika nak dihitungkan terlalu banyak rezeki yang kita dapat dari Allah kan, cuma tinggal kita saja untuk berfikir dan menerimanya.

Jangan bandingkan rezeki kita dengan rezeki orang lain, kerana jalan hidup kita dan mereka juga tidak sama. Jangan bila melihat orang mewah sedikit kita mengata mereka menunjuk, pada hal kita tak tahu apa yang telah mereka lalui. Mungkin sebelum itu mereka pernah makan nasi berlaukkan garam sahaja...Ambil secara positif setiap apa yang orang kongsi. maklum sekarang zaman fb,ig dan segala macam lagilah. semua benda senang nak viral.

Bila orang update status kebahagiaan mereka suami isteri,kesetiaan suami ramai pula yang komen, "ala...baru kawin bolehlah cakap macam tu, tunggulah nanti dah beranak pinak" macam-macam lagilah komen negatif yang dilemparkan, kenapa? tak bolehkah kita doakan yang baik-baik sahaja, ambil positif apa yang orang tulis, lainlah kalau dia sebut nama kita..kalau takde mungkin kita patut diam sahaja. Kalau kita tak suka status dia, jangan baca dan jangan follow..hehehe Anggap saja itu rezeki mereka, rezeki kita lain pula.

Zaman serba canggih ni ramai yang dah hilang rasa kemanusiaan agaknya, bukankah lebih elok kita diam, jika kita tidak dapat nak mengeluarkan kata-kata yang elok, peringatan untuk mama juga nih, kadang-kadang mudah saja berfikir yang negatif. Alhamdulillah rezeki mama dapat kawan-kawan yang baik sama ada di alam nyata atau didunia maya, selalu memberikan kata-kata positif.

Ok..sekian bebelan mama di pagi hari...

Wassalam