Thursday, 31 December 2015

Hari terakhir 2015

Assalamualaikum...

Hari terakhir di tahun 2015, terlalu banyak yang dilalui tahun ini.

Moga di tahun 2016 nanti bertambah tenang dan lebih dewasa dalam berfikir...azam tahun baru? InshaAllah...tiap hari pun berazam, moga segalanya tercapai... Moga lebih baik dan bertambah baik.

Moga tahun 2016 nanti membawa bersamanya kejayaan dan kegembiraan buat kita semua


Gambar-gambar 2015 yang punya nilai yang tersendiri buat mama.

Banyak lagi cerita 2015 yang diabadikan di sini, pasti mama coretkan saja cerita itu dalam coretan 2016 nanti.

Tak mahu lepaskan peluang untuk ucapkan selamat tahun baru buat sahabat mama semua..moga ukhuwah yang terjalin terus berkekalan.

Allahummasolli a' la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

kuantan 3H 2M - homestay permaisuri

Assalamualaikum...

Biasanya jika bercuti bersama keluarga kami akan cari homestay, keluarga ramai memang berbaloi ambil homestay, dapat save bajet dari segi duit untuk hotel kan.

Cuti-cuti kuantan yang tak dirancang tapi dah tahu nak pergi kuatan dari awal, jadi survey-survey jugalah homestay untuk diduduki selama 3 hari 2 malam nantikan. Ada yang menraik tapi dah takde kosong pada date yang hendak pergi tu, jadi cari homestay yang lain. Alhamdulillah jumpa satu homestay yang bersesuaian dan harga pun berpatutan.


Inilah homestay yang kami duduk sepanjang berada di kuantan, rumah teres setingkat 3 bilik 2 bilik air, 2 bilik dilengkapi dengan aircond, bilik ke-3 cuma ada kipas dan 2 katil single.

Ruang dapur pun luas, lengkap dengan meja makan dan peralatan memasak, ruang kecil dibelakang disediakan dapur ( boleh digunakan, gas juga disediakan dalam tong-tong yang kecil) mesin basuh dan seterika. Semua pun selesa dan puashati.

yang paling best tentang homestay ni adalah kedudukannya yang berhampiran dengan tempat makan yang terkenal di tg.lumpur, antaranya awana tom yam dan ikan bakar, hasri tom yam, marina seafood dan banyak lagi yang boleh dipilih, tak jauh pun dalam 5 minit perjalanan menggunakan kereta.. abang adam lagi best, siap cakap "mama..lepas makan ni kita berjalan je balik rumah, bukan jauh pun" hamboihhh...tak kuasa mama nak berjalan hahaha...dah datang naik kereta takkan nak balik berjalan kaki kot abang..

Sekali lagi di homestay ini, menuntut kejujuran bagi penyewa...ketika sampai telefon untuk check in, tapi owner kata, kunci sudah ada di peti surat, pagar tidak berkunci.okeh tak apa kita masuk dululah, sedangkan duit baki homestay belum dibayar, sebelum ni bayar deposit je RM50.Sehingga hari check out pun masih belum bayar, call owner, owner cakap tak sempat jumpa, nanti bank in kan je baki bayaran pada bila-bila masa je.

Buah hati mama cakap, ini macam kalau orang tak jujur, mau tak bayar terus nih...tapi kita wajib jujurkan...walaupun owner tu tak kenal kita dan kita boleh je buat-buat pejam mata tak bayar, tapi kita dah guna jadi kita wajiblah bayar, tak mahu pula ditanya disana nanti kan..

okeh kalau ada yang nak berjalan ke kuantan dan memerlukan homestay bolehlah ke sini

homestay permaisuri

yang beralamat di
No.21 Lorong kempadang aman 85
Taman kempadang aman
Jalan tg.lumpur (kuantan - soi)
26060 kuantan
Pahang

013-9574334

ok itu sajalah yang mama dapat kongsi berkenaan homestay yang mama dan family tinggal semasa dikuantan..

Habis sudah cerita jalan-jalan kuantan.

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

Wednesday, 30 December 2015

Kuantan 3H 2M - lombong bijih timah

Assalamualaikum...

penulisan yang mungkin panjang berjela..." kau...pandai berceritaaa...suratt panjang berjelaaa..." ahahah tetiba lagu ruhill amani lak keluar.

Selepas kita ke muzium sg.lembing mama nak bawa semua jalan-jalan dalam lombong bijih timah pulak. Mulanya macam tak jadi dah nak masuk sebab kat sepupu buah hati,kanak-kanak tak boleh masuk, tapi buah hati cakap..kita pergi saja tengok-tengok. Ok alang-alang dah sampaikan..

lombong bijih timah ni letaknya tak jauh dari muzium sg.lembing, 500m je jaraknya, tapi kami naik kereta jugalah, sebab jalannya mendaki, lagipun panas, mau masam ketiak kalau berjalan kaki



pintu gerbang lombong bijih timah bawah tanah sg.lembing, sebelah kanan yang berbumbung tu kaunter tiker, sebelah kiri papan kenyataan, menyenaraikan garis panduan apa yang tidak boleh dibuat. antaranya : jangan bawa keluar batu atau apa sahaja bahan yang terdapat di dalam lombong, pesakit seperti asma tidak boleh masuk, kanak-kanak di bawah 4 tahun tidak digalakkan untuk masuk.

Buah hati tanya semasa di kaunter tiket sama ada boleh tak adelya masuk? petugas kaunter kata boleh saja, memandangkan anak-anakk teruja nak masuk, so jom lah kita masuk, mama cakap dekat buah hati bacalah apa-apa yang patut masa kat dalam nanti.

tiket untuk dewasa RM15
Untuk warga emas RM7.50
Kanak-kanak percuma.



gambar atas macam keretapi tu, ingatkan saja diletakkan disitu, rupanya memang itu train yang akan digunakan untuk membawa pengunjung kedalam. masa nak naik train tu adelya menangis kuat, masa tu paklong yang dukung, kemudian bertukar tangan, buah hati dukung, mama pesan lagi baca apa-apa yang patut...abang adam dan abang adrien, teruja dapat naik train. gambar kedua tu, itulah terowong yang kami masuk untuk tuju ke kawasan lombong bijih timah.

Ingatkan naik train sepanjang dalam lombong tu, rupanya tidak kami naik train sekejap je, kemudian, kami disuruh berjalan dan pembawa train menunjukkan jalan keluar yang perlu kami lalui nanti..
"kalau keluar naik train boleh?" tanya buah hati
"boleh bang kalau waktu abang keluar tu, kebetulan train ada" ooo ok lah kalau macam tu.

80meter berjalan kami sampai ke 2 cabang jalan, tapi kami disuruh masuk ke jalan sebelah kanan dahulu, oh dalam tu ada pekerja ye yang memberi guide pada kita tapi bukan sepanjang jalan di setiap tempat berhenti sajalah.

Ruang pertama yang kami masuk adalah laluan sejuta ringgit...ok meh mama cerita kenapa ianya diberi nama laluan sejuta ringgit...ewah-ewah kemain mama tu..ok sajalah untuk berkongsi pengetahuankan.

"pada tahun 1987,satu usaha melombong bijih timah secara besar-besaran dipercayai telah berlaku didalam lubang ini, tidak lama selepas lombong ditutup. Dipercayai bahawa sekumpulan orang yang terdiri daripada 20 orang pelombong yang sehingga itu belum dibayar gaji telah mengambil keputusan untuk menjalankan aktiviti perlombongan secara haram di sebalik kegelapan malam.

Mereka berjaya mengeluarkan bijih timah yang bernilai antara RM2000-RM3000 setiap malam, untuk satu jangkamasa yang lama, sehingga jumlah keseluruhan bijih timah dianggarkan bernilai RM1,000,000. Bijih timah yang dilombong ini dipercayai dipecahkan dengan tangan di rumah sebelum dijual dipasaran gelap. Lubang ini dilombong sehabis-habisnya sehinggalah struktur dindingnya menjadi tidak selamat.

Nasib pelombong dan bijih timah yang dikeluarkan mereka masih belum diketahui sehingga kini"

Di sini ada disiarkan video mengenai cerita ini, sejauhmana kesahihannya mama tidaklah tahu, mungkin cerita ini disampaikan dari mulut ke mulut. tapi menurut pekerja disitu cerita itu adalah sahih, kerana ada pelombong yang terlepas cerita akan hal itu...wallahu'alam.


inilah rupa dalam lubang sejuta ringgit, disitu pun ada tertulis cerita mengenai lubang ini seperti yang telah mama tulis tu, itu pekerja tu bukan betul-betul itu patung saja, tapi itulah uniform pekerja lombong bijih, mereka hanya memakai seluar dan tidak berbaju. mama tanya "masih adakah bijih disitu?" jawapannya..ya masih ada..hahaha kalau macam tu bolehlah mama melombong bijih mana tau kot dapat sejuta...



tengok tu gigih berjalan...oh ya sepanjang jalan didalam lombong ini sejuk seperti diletakkan aircon, mama ingat memang ada aircon, rupanya tidak okeh..nampak sangat mama tak tahu...hahaha air yang meresap pada batu membuatkan keadaan menjadi sejuk, cuak jugalah berjalan dalam tu, sebabnya air-air meniti, jalan agak gelap walaupun ada lampu, atuk hampir lagi tak mahu masuk, sebab kata wan atuk takut gelap...jangan kata atuk, mama ni pun cuak juga nak masuk, sebab takutkan keadaan yang gelap dan sempit tapi gagahkan juga melangkah. buang perkara negatif dalam kepala, baca saja apa yang patut.

Laluan pertama 80meter..laluan kedua...hambik kauuu.. ada lah 500meter berjalan, tapi kaki tetap melangkah, kesian juga atuk, tapi masing-masing bagi semangat, walaupun yang bagi semangat ni pun tenat hahaha, mujur juga ada bangku disediakan, dalam perjalanan tu, dapatlah atuk melepaskan lelah.."atuk tu tak kisah berjalan, tapi dia takut gelap" kata wan, mama jalan belankang sekali biar atuk kat wan didepan, senang nak tengok.

Hujung jalan ada tangga pulokk...apalagi panjat tanggalah kami beramai-ramai, mujur kat atas tu ada kipas dan kerusi dapatlah duduk melepaskan lelah.Oh ya..adelya masa kat dalam tu ok dah, rupanya adelya cakap dia takut naik train tu, sebab bunyi train tu agak kuat mungkin..hehehe "yaya takut naik tetapi( keretapi)" kata adelya. masa wan dan atuk berehat kami ambil peluang masuk dalam the kiew tu, saja nak merasai pengalaman, rupanya kiew tu, digunakan oleh pelombong untuk turun kebawah, umpama lif la, bila tiba ke beberapa ratus kaki, loceng akan dibunyikan beberapa kali mengikut kedalaman, kami yang dalam tu bergerak-gerak seolah-olah tutun lif jugaklah, seronok abang adam dan adrien dalam tu, merasai pengalaman yang berbeza. 3 minit je kat dalam tu. ohh baru mama tahu kenapa pelombong hanya berseluar dan tidak berbaju, rupanya dalam tu panas...hehehe dapat mama bayangkan betapa sukarnya kerja mereka.

Ada seorang uncle chinese tu, bercakap dengan mama, tengoklah susah orang dulu-dulu nak cari duit, berbeza dengan orang sekarang sudah semakin senang, perlatan dan canggih, dulu peralatan yang digunakan pun tak canggih. mama mengiakan saja kata-kata uncle tu, kalau mama pun mama tak sanggup nak kerja dalam tempat yang gelap dan sempit macam tu, tak cukup nafas rasanya bila tak dapat tengok dunia luar, jadi mama rasa insaf dan bersyukur dengan apa yang mama ada.

Selepas melepaskan lelah kami turun tangga dan melalui jalan yang kami masuk tadi, bayangkan 500meter masuk dan 500meter keluar..terasa hebat pula dapat berjalan seperti itu, penat tak terasa sebab sejuk je udara, samapi dilaluan keluar kami berhenti  seketika, dengar keretapi masuk.. nampaknya rezeki kami tak perlu berjalan keluar naik, keretapi saja, walaupun jalan keluarnya tidaklah jauh mana pun , tapi kesian dah tengok atuk mengesat peluh..kesian atuk penat mengikut anak cucu berjalan.

kata orang mungkin tak berbaloi bayar RM15 tapi tiada apa sangat pun dalam lombong tu, tapi bagi mama ianya berbaloi kerana pengalaman yang mama dapat didalam sana sangat berharga.

ok itu sajalah pasal jalan-jalan kuantan mama dan family masa cuti hari tu, lepas ni mama akan cerita pasal homestay pula, mana tahu selepas ini ada yang mahu ke sana dan mencari homestay, jadi tengok macamana homestay tu ok atau tidak? nanti mama ceritakan ye.

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

Kuantan 3H 2M - Muzium Sg.Lembing

Assalamualaikum...

Banyak pula cerita jalan-jalan kuantan ye...hehehe catatan perjalanan sebagai kenangan mungkin juga boleh dijadikan panduan. Selesai sudah  jjcm kuantan dan siri bercanda di pasiran pantai kali ini mama bawa melawat Muzium Sg.Lembing.

Dari homestay, perjalanan mengambil masa hampir sejam, alang-alang berjalan kita tuju sajalah ke tempat yang boleh kita pergi, lagipun permintaan wan untuk pergi ke Sg.Lembing ni, kerana wan pernah tinggal di Sg.Lembing sewaktu kecil dulu...oo ok wan nak menggamit memori silam ye??? jomlah kita pergi.

Sepanjang perjalanan kami ditemani dengan pokok kelapa sawit, tak banyak berselisih dengan kereta lain waktu itu, buah hati cakap "macam tak ramai je orang ke sini, tak menarik agaknya" kisah pulak mama menarik ke tidak orang ramai ke tidak, yang penting kita pergi je..hehehe tapi tidaklah buah hati mama tu merungut, dia saja cakap je macam tu.



lepas parking kereta kita bergambar dulu di sini...walaupun cuaca panas, redhalah anak-anak melayan ye.



beramai-rami pulak,..ada yang tolong snapkan pic, mama pun join sekaki bergambar..dah la bergambor moh kita ke dalam beli tiket, sebelum masuk kena tulis dulu dekat buku pelawat. tulis satu nama je, lepas tu tulislah berapa ahli yang ada, tujuannya untuk apa mama tak tahu lah mungkin untuk rekod berapa pengunjung yang hadir.

Tiket masuk RM2 dewasa dan RM1 untuk warga emas, kanak-kanak percuma saja, sebelum melangkah ke muzium, masuk dulu ke kedai cenderahati yang ada, buah hati beli fridge magnet seketul, katanya..kenangan kita pernah sampai sini.

Selepas itu semua menapak ke muzium.


Di pintu masuk muzium, muzium ini sebuah rumah sebenarnya, rumah kayu yang sangat cantik diatas bukit, berangin saja.


lagi gambar dipintu masuk, sajalah nak abadikan gambar buah hati dan anak-anak...jadi marilah kita masuk tengok apa yang ada dalam muzium, tak payah nak bergambar lama-lama..

Seronok sebenarnya masuk muzium ni bagi yang gemarkan sejarah atau ingin tahu tentang sesuatukan, mama berminat nak membaca apa yang tertulis disetiap gambar yang ada, tapi manalah sempat nak membacanya satu persatu kerana, risaukan anak-anak yang cepat saja menghilangkan diri. Tadi buah hati kata macam tiada orang tapi rupanya, masuk dalam tu ramai okeh.

Yang sempat mama baca...bagaimana Sg.Lembing mendapat namanya :

Nama Sg.Lembing dipercayai berasal dari perkataan "lembing" iaitu sejenis senjata yang sering digunakan dalam perburuan.Kisah berkisar pada sekumpulan pemburu yang dikatakan telah merejam seekor kijang menggunakan lembing.Dalam usaha menyelamatkan diri kijang tersebut terjun ke dalam sungai  bersama lembing yang tercacak pada badannya.

Setelah sekian lama. sekumpulan pelombong bijih tiba di kawasan ini. Ketika mendulang, mereka menemukan sebatang lembing yang dipercayai kepunyaan pemburu dahulu dan semenjak itu, kawasan ini dinamakan Sg.Lembing. Namun demikian, tiada bukti kukuh bagi menyokong kesahihan cerita ini.

itu je yang sempat mama baca yang lain mama tengok sepintas lalu je, sebab mata sibuk dok perati anak-anak, walaupun emak saudara mereka ada bersama, bukan apa pengawasan itu penting supaya anak-anak tak hilang dari pandangan, risau jugakan dalam orang ramai begitu, walaupun tempatnya takdelah luas mana pun.

kita layan gambar la pula, sempat jugalah mama snap sikit-sikit untuk dikongsikan di sini..



keadaan didalam muzium, cantik dengan tingkap kayu macam tu, duduk ditepi sambil "merenung ke luar jendela, bayu bertiup lembut" eceh...damai terasa..



Laluan yang disediakan untuk ke muzium, terpaksa melalui laluan yang sedikit berbukit kerana muzium tersebut berada diatas bukit, tapi ok lah kerana laluannya berbumbung, walaupun cuaca panas, masih terasa sejuk dengan angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa..ahahah
laluan pada gambar atas kanan yang tidak berbumbung itu untuk laluan motorsikal atau basikal, Oh ya pengunjung juga sebenarnya boleh menyewa motorsikal atau basikal yang ada disediakan disitu. macam mama takdelah sewa basikal, kalau berdua je boleh juga disewa motorkan, baru bertambah romantik..kahkahkah tetengah panas macam tu nak romantik...memang tidaklah mama


Sekarang kita tengok pula apa yang ada dalam muzium ni.


ini adalah bilik tidur dan Bilik mandi. Bilik mandi ini dikhaskan untuk kegunaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Abu Bakar Riayatuddin Muadzam Shah ( Sultan Pahang ke-4 semasa baginda menginap di bilik tidur utama ini).


Jenis-jenis batu dan permata yang terdapat di seluruh dunia, yang mama tahu diamond, ruby dan beberapa lagi, yang lainnya memang mama tak pernah dengarlah, Semua batu itu pula bukan dijumpai di Malaysia, semuanya dari luar negara, mungkin ada juga dekat Malaysia tapi yang dalam gambar tu semua dari luar negara. atau mama yang tak perasan..hahaha


Gambar atas laluan yang terdapat didalam muzium ini, mungkin telah diubahsuai sedikit bagi nampak macam lombong, tapi kawasan ini tidak boleh dimasuki. itu cuma macam bayangan sajalah laluan keretapi untuk mengeluarkan bijih agaknya...hahaha agak-agak mama je lah ye.
Gambar bawah adalah peralatan lama yang digunakan untuk melombong bijih.

Oh ya yang sebenarnya, muzium ini lebih kepada muzium lombong bijih la, sebab di sini kan terkenal dengan perlombongan bijih timah suatu ketika dulu.jadi apa yang dipamerkan disini juga berkaitan perlombongan bijih timah.


perlatan lama yang digunakan dahulu, mesin tunia, mesin kira, mesin teleks, mesin taip dan macam-macam lagi..mesin taip mama pernah guna masa form 6 dulu, masa tu komputer tiada lagi, mungkin dah ada tapi tak mampu untuk dimiliki jadi guna mesin taip sajalah itupun guna kawan punya..


ini teleskop dan beberapa peralatan lain yang digunakan untuk perlombongan bijih,mama pun dah tak tahu perlatan apa..haiishh..



ini adalah gambaran pada pekerjaan melombong bijih, mama tak sanggup rasanya, sebab kedalamnnya hingga 1000kaki ke bawah tanah tu, tengoklah tu peringkat yang perlu dilalui oleh pelombong bijih, dari atas mereka akan menggunakan kiew untuk kebawah..

Ok nanti mama akan bawa lagi melawat ke kawasan perlombongan bijih timah, cukup dulu setakat ini,mama pun dah naik pening ni hah tak tahu nak terangkan ahahaha...

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam


Tuesday, 29 December 2015

kuantan 3H2M - bercanda di pasiran pantai

Assalamualaikum...

hari pertama selepas check in di homestay dan settlekan apa yang patut kami keluar menuju ke pantai sepat.


bukanlah nak mandi laut pun sekadar melepak di tepi pantai..mama memang malaslah nak mandi laut, lagiupun ombak agak kuat, jadi kita lepak saja.


cuaca yang cantik, tenang dan damai... angin pun bertiup lembut, memang seronoklah. kami bentang tikar dan keluarkan bekalan yang telah dibawa sementara menunggu pakcu sampai.


antara juadah yang tersedia, dapat makan ditepian pantai bertambah sedap. anak-anak nak mandi laut tapi mama tak izinkan sebab ombak kuat, risau juga mama.


sudahnya main layang-layang dan buat istana pasir saja. puaslah bermain di pasiran pantai sehingga ke maghrib.. menunggukan pakcik sekeluarga tiba disitu.


langit senja nampak bulan muncul.. awan sekeliling sudah mula gelap ada setompok awan yang masih cerah..sungguh menakjubkan ciptaan Allah...maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang hendak engkau dustakan.

hari kedua selepas balik dari kemaman kami singgah lepak di cherating pula..


makan bekalan yang dibeli di kemaman keropok lekor dan sata goreng sedap. dekat sini dapatlah anak-anak lepaskan hajat bermain air laut, itupun pakai spender je sebab hari ni mama tak bawa pula baju mandi anak-anak sebab tak plan nak singgah pantai, plan on the spot je..kira oklah tu dapat juga cecah kaki dekat air lautkan..

family pakcik berpisah disini dengan kami sebab mereka nak balik kampung tekal pula..pakcik cakap tak puas ikut berjalan..inshaAllah lain kali kita plan jalan-jalan lagi.

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

Surprise anniversary katanya

Assalamualaikum...

On the way balik dari kampung, buah hati tanya nak makan terus tak? Sebab masa sampai kesas tu hari dah malam, mama ok kan aje, lagipun mana ada lauk di rumah untuk dimasak dan mama pula bukanlah rajin nak masak malam-malam macam tu.

"kita makan kat mamak je lah ye" kata buah hati, mama dah menjeling, dia bukan tak tahu mama tak berkenan makan kat mamak...mama bukan memilih tempat tapi mama memang kurang sikit makan di kedai mamak, tapi kalau dah terpaksa mama makan jugalah.

Sebu je hati mama tengok buah hati terus memandu laju, entah kedai mamak mana yang hendak dituju pun mama tak tahu, sudahnya kereta dipandu masuk federal highway, mama senyap sajalah mungkin buah hati tahu kedai mamak yang best, tiba tempat dituju, cehh...saja nak kenakan mama la tu...

kami makan di the sumbs sekali lagi, walaupun dah malam dan hujan pula renyai-renyai pengunjung di situ tetap ramai, dengan keadaan kedai yang mungkin agak jauh juga, tapi masih ramai yang berkunjung, mungkin kerana makanannya yang sedap? entah mama tak pasti, yang pasti tekak mama memang boleh terima..



seperti biasa menu anak-anak tidak berubah, adrien dengan churosnya, abang adam garlic bread dan mushroom creamy soup, buah hati dengan nasi goreng dagingnya, mama pula berubah selera malam ini, mama makan steaky pasta..hmmm sedap...hirisan dagingnya juga empuk, bagi mama yang bukan penggemar daging, mama rasa itu dah cukup lembut dan sedap. semua rasa digaul sebati..

                                                           *************************

Semalam petang pula, selepas ambil mama dari tempat kerja, kata nuah hati nak pergi cari bekas letak susu adelya, sebab yang dirumah tu penutupnya sudah digigit cik mickey, jadi dengan susu pun perlu ditukar, walaupun susu masih penuh sebekas, apa nak buat bukan rezeki, demi keselamatan susu itu perlu dibuang.

Tujulah kami ke aeon big sek.23 je, sebab dekat on the way nak balik singgah je, masuk dalam tu laju je buah hati berjalan, tapi bukan masuk ke aeon pun, dia tuju ke sebuah kedai, mama rasa dah lain macam, mesti ada agenda lain mamat sorang nih, mama perati je dia dok tengok-tengok sesuatu sambil bertanyakan kepada si gadis penjual tu, mama disebelah buat tak tahu je. lepas tu..buah hati tanya mama.."nak yang mana satu ni?" ehhh...nak beli ke? pilihlah antara dua ni..harga hanya beza RM1 je,akhirnya mama pilih yang satu itu...hehehe

Hadiah anniversary katanya...aduhhh mama tak bajet pun nak dapat hadiah, dalam hati gumbira bukan main, pilihan mama yang biasa-biasa je, dah umur-umur macam ni benda itu bukanlah kehendak dah tapi lebih kepada keperluan, Alhamdulillah...bersyukur dengan rezeki yang Allah swt kurniakan...suami yang baik, memahami dan romantik dalam cara yang tersendiri.

Hadiah untuk buah hati??? ada yang tanya ke?..hahaha jangan tanya sebab tiada, aduhh teruk sungguh mama, lagipun kalau mama nak beli apa-apa pasti dijawab buah hati, tak payahlah..utamakan yang perlu dulu, yang dia punya tak kisah sangat, kalau ada duit lebih baru beli, duit mama yang ada tu simpan je katanya.

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

Monday, 28 December 2015

Kuantan 3H 2M - jjcm

Assalamualaikum...

cuti krismas dan maulidur Rasul baru-baru ni family kecil mama dan family mentua berjalan-jalan ke kuantan. hajat sebenarnya wan nak bagi barang yang dibeli masa pergi cameron hari tu kepada adiknya (pakcu) di Kuantan.

Alang-alang mama balik kampung joinlah sekali,siap ambil homestay lagi. untuk keselesaan mama minta ambil homestay,tak mahu menyusahkan pakcu jika kami bermalam dirumahnya lagipun lebih selesa jika ambil homestaykan.

okeh jom kita jjcm di kuantan..

malam pertama adik ipar bawa kami makan di hasri tom yam..


ramai malam ni family pakcik join, family pakcu pun join.makan ramai-ramai, bayar pun ramai-ramai,makcik nak bayar tapi anak-anak buah ni hulur juga lah kan takkan nak menengok saja...hehehe


makan ala kadar je sebab petang dah makan banyak masa picnic kat pantai sepat..rasa makanannya sedap...tom yam dan kangkung belacan memang mabelles.

pagi jumaat kami bersarapan nasi dagang yang terkenal di kuantan nasi dagang ubai..mama pernah ceritakan sebelum ni. memang ramai orang dekat sini. Alhamdulillah makanan yang disediakan memang memuaskan dan sedap... sedap sangat makan lupa nak snap pic.

selepas makan, bapa saudara buah hati mama yang turut serta dalam cuti-cuti kami nak membeli rempah opor, rempah yang hanya ada dijual didaerah pekan ini, menurut cerita suami adik ipar mama lah yang sememangnya orang kuantan. selesai membeli rempah opor kami terus ke rumah pakcu, kerana kaum adam perlu bersolat jumaat pula.

petangnya kami ke kemaman, nak jjcm dan cari keropok untuk dibawa pulang.



pakcu bawa kami makan di sini..sata goreng tu memang sedaplah dengan udang celup tepung tu, mama memang bedal tu je la, walaupun banyak lagi makanan lain yang diorder..meja panjang susah nak menjangkau jadi makan apa yang ada didepan mata saja.. menurut kata wan..laksa penang, mee kari dan laksamnya kurang sedap. mama sempat rasa pulut duriannya..haa sedap, pulut mangga pun sedap tu walaupun tak sempat nak rasa sebab buah hati mama siap bertambah.

malamnya kami makan berhampiran dengan homestay saja. terdapat banyak pilihan kedai makan. kami pilih untuk makan di awana tomyam dan ikan bakar.


bergambar sebelum makanan sampai sebab makanan agak lewat dihidang. malam ni juga dah tak ramai sebab ramai yang sudah balik dan tidak join kami..pakcu dan adik ipar dan suaminya pergi memancing, pakcik makcik dah balik kampung..jadi hanya tinggal kami saja.


antara makanan pilihan malam itu.. orang tak ramai tapi makanannya boleh tahan banyak..sudahnya letih meratah lauk..mama perabihkan ketam telur masin tu dengan sayur kailan ikan masin, wan habiskan siakap sweet sour, atok abiskan pari bakar, maklang dan paklong bereskan siakap stim limau...buah hati mama semua dia amik sikit-sikit...masakannya sedap, mama suka ketam telur masinnya tu, lebih sedap dari yang mama pernah makan dekat super top dulu.

ok itu je la jjcm kami semasa dikuantan.. alhamdulillah tidak mengecewakan, lagi pulak taste mama ni tidaklah tinggi sangat bab makan ni asalkan sedap ditekak mama itu dah memadai.

maaf andai ada yang terliur tengok gambar makanan yang mama sertakan tu ye...

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

Sunday, 27 December 2015

Darjah satu dah kita

Assalamualaikum...

penulisan yang agak panjang, mungkin akan memberikan rasa boring buat pembaca...ok mama dah bagi amaran siapa nak terus membaca silakan

ini bukan cerita abang adam yang nak masuk darjah 1 tu ye... ini cerita mama dan buah hati. Alhamdulillah hari ni genap 7 tahun usia pernikahan kami, kiranya dah masuk darjah 1 la, alhamdulillah dari merangkak dan bertatih, akhirnya melangkah dengan tenang...ujian dan dugaan dalam rumahtangga tu perkara biasalah kan.

mama dan buah hati...kami masa form 4 dan form 5 sekelas, duduk sebelah-sebelah meja lagi, tapi jarang bertegur sapa sebab buah hati mama ni pemalu dan pendiam, mama pulak jenis yang agak brutal la dengan geng-geng mama tu, pernah la sorang rakan sekelas lelaki kena makan penampar dengan kawan mama..hehehe, itu cerita 20 tahun dulu.

Selepas SPM...memang terpisah terus, dulu-dulukan mana ada enfon, buku autograf mama tu pun, buah hati takde tulis apa-apapun, kawan yang lain ada la jugak tulis-tulis sebagai kenangan, tapi buah hati mama macam biasalah tak jiwang orangnyakan, jadi tak layan sangat benda-benda macam tu.

Raya tahun 2007, tanpa sengaja kami berjumpa kembali gara-gara misi gila kawan mama tengah azan maghrib pegi bagi salam depan pintu rumah orang, nyata jangkaan kami betul itu rumah buah hati mama, oh ya kami main teka je tau, sebenarnya kami tak tahu pun itu rumahnya. saja mencuba nasib untuk berjumpa kawan lama.

Selepas perjumpaan tu 4 bulan kemudian baru buah hati mama telefon, ajak mama teman dia pergi kenduri kawin kawan dia, yang mama hangin tu, dia berjalan sebatu didepan, mujur ada kawan perempuan dia yang lain, berjalanlah mama dengan mereka, dalam pada tu, ramai akak tu dok puji buah hati, cakap buah hati mama ni baik orangnya, mama dengar sepintas lalu je.

selepas daripada itu, kami berjumpa sewaktu main futsal je, kadang mama teman dia, kadang dia teman mama...hehehe lama dah mama tak main futsal, tapi mesti hantar mama balik sebelum pukul 10malam, sebab mama ni sleaping beauty, pukul 10 mesti tidur, kalau tak mengamuk hahaha..

takde declare apa-apapun tetiba suatu hari buah hati tanya bila nak kawin? kau nak kawin dengan aku ke? tanya mama, habis tu? bermula dari situ kami mula merancang, maklumlah mama dah tak de mak ayah waktu tu, jadi semua perancangan sendiri je bikin, beli barang pun sendiri, senyap-senyap je sambil dibantu oleh adik-beradik.

kenduri dekat rumah mama hanya buat doa selamat dan nikah je, pak jang yang jadi wali, tukang mekap pun adik juga, takde ambil jurumekap profesional pun. ingatkan rumah buah hati pun mama nak simple, mama tak mahu bersanding, tapi mak mentua kata teringin nak tengok kami bersanding, jadinya sehari sebelum majlis dirumah buah hati baru kami pilih pelamin...hahaha rilek je kan takde kalut-kalut..sampaikan ada yang tanya kami jadi kawin ke? sebab tak nampak buat persiapan apa-apa. kami buat senyap-senyap je.

oh ya bertunang pun takde tau, cuma beli cincin je sebagai tanda,wang hantaran pun tiada,cuma tertulis diatas kertas je..yang sebenarnya tiada pun,  share je buat kenduri, ringkas je.. yang ada duit maskawin rm22.50 tunai dan seutas gelang untuk batal air sembahyang.jurukamera profesional pun takde, adik mama je jadi jurugambar itupun guna kamera digital je..ok lah tu kan.

masa hari nak akad nikah dimasjid kampung mama ada 2 orang lagi pasangan..yang mama bengang, orang dah tunggu lama tapi pengantin lelaki mama dan rombongan tak sampai-sampai lagi, 2 pasangan pengantin tu mama tengok dah resah menunggu.. tok imam lak taknak mula dulu nak tunggu semua sekali jalan je...hampir juga mama mengamuk..kalau 5minit lagi tak sampai aku balik..kata mama dalam mesej..lepas send tengok buah hati dah kalut masuk masjid...dah la lambat bila tok imam tanya sapa nak nikah dulu? laju je buah hati mama duduk depan tok kadi.. teruk sungguh.Alhamdulillah akhirnya kami sah sebagai suami isteri.

Alhamdulillah...dalam tempoh 7 tahun usia perkahwinan kami dikurniakan 3 orang permata hati..2 lelaki 1 perempuan..nak kejar umur punya pasal..maklumlah kawin pun umur dah 30, jadi target mama umur 35 nak stop dah..alhamdulillah Allah makbulkan doa mama, sekarang tumpukan untuk besarkan anak-anak pula.




inilah permata hati mama dan buah hati... adam aryan,adrien aryan dan adelya azra...


sudah 7 tahun ijab bersaksi...moga ikatan pernikahan ini berkekalan hingga ke dalam syurga Allah. Moga perjalanan kami menuju cinta Ilahi dipermudahkan oleh Allah swt


Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

Friday, 25 December 2015

selamat ulangtahun abang adam

Assalamualaikum...

Alhamdulillah hari ni genap usia abang 6 tahun..besar dah abang terasa sekejap sangat waktu berlalu. belum puas mama peluk cium abang...hehehe sekarang ni bukan tak boleh peluk cium abang tapi kadang-kadang abang malu bila mama cium abang.

Abang yang perihatin, abang yang bermulut manis..bila mama terbaring je cepat abang tanya "mama tak sihat ke? jangan lupa makan ubat" sambil tangan kecil abang tu picit-picit kepala dan kaki mama.

Abang yang bermulut manis selalu puji mama...hehehe bukan setakat sampai tecer pun terharu dengan abang,balik dari cuti duduk kampung 2 minggu tu, pergi taska, abang cakap abang rindu tecer lepas tu siap request tecer masakkan tomyam ayam sebab abang kata sedap...hehehe tecer whatsapp mama bagitahu terharu bila abang cakap macam tu..

Moga abang jadi anak yang soleh, rajin solat, rajin baca quran..cemerlang dunia dan akhirat.


Mamapapa,adrien dan adelya sayang abang...tahun depan dah sekolah belajar rajin-rajin ok.

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

Wednesday, 23 December 2015

Salam Maulidur Rasul

Assalamualaikum...


marilah perbanyakkan selawat ke atas Nabi saw...bila membaca kisah Nabi saw dan bila dengar ceramah pasal baginda Nabi saw...terasa rindu dan tanpa sedar airmata mengalir..hari tu selawat beramai-ramai tetiba airmata bergenang entahlah kenapa...bergetar hati mama dibuatnya

mama yang kadang terlupa untuk berselawat...ya Allah moga lepas ini mama rajin dan tak lupa untuk berselawat ke atas Nabi saw...mungkin sebab itu mama menangis...mama yang alpa sering terlupa

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

Bedtime stories


Assalamualaikum...

Sebelum tidur biasanya ibu-ibu akan bacakan buku untuk anak-anakkan,macam omputih cakap tu "bedtime stories".

Hari ni mama nak kongsi buku yang mama guna untuk bedtime stories dengan anak-anak. Kadang-kadang mama tak guna buku pun,mama cerita je apa yang mama tahu.


Buku yang bagus untuk anak-anak,bedtime stories versi islamic. Buku ini mengikut bulan islam yang dalam gambar ni untuk bulan rabiulawal dan rabiulalakhir, jadinya kita boleh guna buku ini mengikut bulan dan satu malam satu cerita.


Buku lain yang mama nak kongsi adalah tentang rukun iman. Siap ada poster lagi, boleh tampal dibilik anak-anak nanti. Selain menghafal sifir,rukun iman,rukun islam,10 malaikat, 25 Rasul dan macam-macam lagi wajib anak-anak tahu.

Mama sekadar berkongsi saja ye...bukan nak berbangga

Dapat feedback dari tecer taska bila satu hari tecer cakap pada mama " anak-anak akak  bila tanya bab agama laju je jawab" jadi mama share dengan tecer apa yang mama buat, mana tàhu tecer nak apply cara tu pada anak-anak taska kan.

Buat cara mama je lah sebab bab pelajaran yang lain math ke english ke mama tak pandai,jadi mama tekankan pada agama je...ada mama pernah baca ustaz kata "jika kita kejar akhirat pasti dunia akan ikut bersama tapi jika kita kejar dunia, akhirat tidàk akan ikut bersama" wallahu'alam...

Maaf jika ada kesilapan penulisan dan kata-kata mama dalam entri ini.

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

Tuesday, 22 December 2015

Kelengkapan sekolah anak-anak

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...dah selesai membeli barang keperluan sekolah anak-anak. Tak banyak pun yang dibeli. untuk abang adam sepasang baju sekolah rendah dan sepasang baju sekolah agama, jadinya ada dua pasanglah sebab sebelum ni dah beli sepasang untuk orientasi.begitu juga kasut 2 pasang juga.

Kata buah hati mama beli 2 pasang dahulu, nanti beli lagi takut-takut abang membesar pula nanti..hehehe mama ok je, selain itu beli 2 helai baju putih dan 2 helai seluar trak hitam untuk orientasi sekolah rendah nanti.

Alat tulis memang mama beli banyak sikit,macam nak buka kedai stationery pulakkan tapi mengikut pengalaman sebelum ni masa abang adam di tadika setiap hari ada sahaja barang yang hilang, jadi beli secukupnya supaya bila diperlukan dah ada dalam simpanan tidaklah kalut mama nak ke kedai, apatah lagi tahun depan adrien juga sudah mula tadika.takut sama pula dengan abang adam asyik hilang pensil,pemadam dan pembaris.

kemudian sesi mencari beg, kata adrien dia nak beg robocar poli, abang adam tak beritahu beg apa yang dia mahu, tapi tiba saja di kedai, tengok beg yang dia nak terus tak lepas, sabor jelah menengoknya..tapi papanya layankan saja.



inilah beg pilihan anak-anak, abang adam satu set beg transformers dan bekas pensil transformers, adrien hanya memilih bekas pensil robocar poli, beg dia tak mahu, tak apalah sebab beg yang dihadiahkan oleh mokdenya sebelum ini pun masih elok dan boleh digunakan lagi, abang adam pun beli sebuah beg je untuk sek.rendah, untuk sekolah agama guna beg yang mokde hadiahkan juga sebelum ini, masih elok, jadi tak perlu membazirkan.

beg yang gambar ala-ala ana muslim tu tentulah untuk tuan puteri, haii dia pun ada beg juga, pagi-pagi pergi taska nak bawa beg, pada hal bukan sekolah lagipun, saja beli boleh juga dibuat isi pampers dan baju jika hendak berjalan-jalan.(ini tidak handbag mama ni lah yang selalu jadi mangsa isi macam-macam barang..hehehe) siap cakap pula tu, gambar yang besar tu yaya, yang gambar kecil atas tu kakak daeisha dan kakak aimy, kedua-duanya kakak sepupu adelya.



tengoklah yang paling semangat hendak bersekolah..tentulah adelya, malam sesudah mandi dan pakai baju, mesti datang pada mama nak pakai beg " yaya nak pegi kul" katanya. Beg dah ok nampak ayu je, tapi tuannya bukan main bergaya otomen...hadoii lahh.

Terima kasih buat blogger yana yani yang share tips membeli kelengkapan sekolah bukan itu saja siap ada ucapan untuk abang adam lagi tu, terharu mama dibuatnya tau. Selain itu terima kasih juga buat blogger fiza rahman yang share kelengkapan sekolah murid darjah satu Segala yang dikongsi itu sangat-sangat membantu mama dalam membuat persiapan untuk abang adam masuk darjah satu.

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

Monday, 21 December 2015

Tiramisu & mango chesse cake

Assalamualaikum....

Ini permintaan buah hati mama,katanya dah lama tak buat jadi petang semalam balik dari membeli barang keperluan sekolah anak-anak gigihlah mama membuatnya.



Inilah hasilnya....tiramisu versi mama, kalau dulu mama guna nescafe tapi bila dah ada anak-anak ni mama guna milo je menggantikan nescafe.

ini juga khas buat blogger ira yang bertanya selain oreo boleh guna biskut apa, Ini untuk tiramisu mama guna biskut marie sahaja dan milo. Cara buatnya lebih kurang sama dengan oreo chesse cake nih. kalau nak bertanya lanjut boleh whatsapp mama ye ira...hehehe


Ini pula versi guna buah-buahan...mama guna mango.. Nyum nyumm...hihihi

Ok itu je update ringkas dari mama hehehe..nanti mama share lagi resepi senang-senang yang mama pernah buat ye...heheheh  sempat lagi mama ni ye

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

oreo chesse cake

Assalamualaikum...





ini oreo chesse cake antara hasil kerastangan mama...hehehe taram saja mama hiasankannya tu..ada untuk anak-anak dan ada yang orang order.

semalam blogger yan minta mama share kan resepi, jadi mama share dekat sini ye. mama buat versi mudah je..non baked punya...hehehe segan mama tau bila ada orang minta resepi sebab mama ni tak pandai sangat memasak, tapi mama tetap share untuk yan

bahan-bahan (untuk sebiji kek seperti gambar)

500gm cream chesse (tatura @ emborg)
biskut oreo secukupnya (mama guna 3 bungkus)
susu pekat manis
susu full cream
sesudu besar butter

untuk hiasan :

biskut love letters julie's ( untuk kek 1 dan 2)
biskut oreo
kit kat bytes

cara membuatnya :

1.untuk lapisan bawah, hancurkan biskut oreo, cairkan butter kemudian gaulkan dengan biskut oreo tadi, masukkan kedalam bekas, tekan sehingga padat, masukkan sekejap ke dalam peti air.

2.pukul cream chesse bersama susu pekat manis dan krim biskut oreo. (manis ikut kesesuaian).
biskut oreo (asingkan daripada krim) mama guna juga krim biskut oreo tu sebab rasa rugi jika dibuang.

3.dalam bekas letakkan sedikit cream chesse yang sudah dipukul sebati tadi. kemudian susun biskut oreo yang telah dicelup sebentar dengan sudu full cream. celup sekejap je jangan lama.

4.susun biskut oreo kemudian letakkan cream chesse..ulang langkah tersebut hingga cream chesse habis.. hasilnya akan nampak seperti layer cake.
selesai masukkan ke dalam peti ais (bukan bahagian beku).

itulah cara mudah mama buat oreo chesse cake...hiasan boleh ikut kreativiti. mama kurang kreatif jadi main taram sajalah.

Moga yan berpuashati dengan perkongsian mama ni,kalau ada apa nak tanya whatsapp mama ye.

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam


Saturday, 19 December 2015

besday di taska

assalamualaikum...

semalam petang di taska mama bekalkan kek dan sedikit goodies bag untuk anak-anak taska..menyambut kelahiran adrien dan adam bersama anak-anak taska. bukan apapun saja seronok tengok anak-anak gembira.

besday adrien dah lepas 9 dis hari tu. abang adam pula belum lagi besdaynya krismas nanti 25 dis baru besday abang adam..mama sekalikan saja senang lagipun masa besday abang dan tentu taska tutup kan.

layankan gambar yang dikongsi oleh tecer taska malam tadi, seronok tecer share gambar dekat whatsapp, terharu betul mama dengan tecer nih.


selamat hari lahir hero-hero hensem kesayangan mama...amboi adrien tu bukan main senyumnya ya..seronok sangatlah tu. abang adam macam biasalah susah nak senyum itupun puas tecer paksa...hasilnya macam tu je lah


lagi gambar besday boy bersama kek hasil dari kerastangan mama ni je hihihi


walaupun besday abg-abg tapi yang terlebih excited tentulah si puteri yang ditengah tu. dari mama buat kek malam tu bisinglah dia cakap dekat abg "mama buat kek besday yaya" bila papa dia cakap bukan...terus papa kena marah..adoii garang betul tuan puteri mama yang seorang ni tau. jadi semalam memang tuan puteri join potong kek lah.


antara gambar mereka bertiga lagi..memang mama sengaja bekalkan baju merah untuk mereka bertiga..biar sedondon hehehe...mama pun over jugakkan


bersama kawan-kawan taska, tak ramai sangat sebab cuti sekolah,tapi tak apalah tetap meriah nampaknya tu.mama pilih buat semalam sebab takut buat minggu depan lagi ramai yang tiada mana tahu ramai yang bercuti panjang..macam tahun sudah tak ramai.


nak tunjuk juga...hehehe kek hasil dari kerastangan mama. agak comot mama buat..tapi petang semalam masa balik dari ambil anak-anak..dalam kereta adrien riang bercerita..lepas tu adrien cakap "mama kek yang mama buat ada bola-bola tu sedappp sangat, yen makan kawan-kawan makan habis.."lega mama dengar walaupun sebenarnya mana takde idea nak buat kek apa dan hiasan tu pun main bedal je heheh..

oklah...update cerita sebagai kenangan untuk anak-anak suatu hari nanti..bila anak-anak boleh membaca nanti haruslah mama bagitau kewujudan blog ni pada anak-anak biar mereka baca kisah mereka yang mama abadikan disini.

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam