Monday, 30 November 2015

cameron highland - day 3

Assalamualaikum...

malas mama nak tunggu lama-lama cerita pasal cuti-cuti cameron nih, habiskan terus untuk hari ketiga.tapi ada lagi nanti untuk entri penginapan dan muzium 3D hehehe...

malam kedua kami ke pasar malam brinchang, walaupun hujan kami redah jua, mama bukan nak cari apapun cuma nak cari t-shirt untuk kami anak-beranak, tapi terbeli jugalah topi untuk anak-anak, ok lah waktu hujan sesuai juga dipakai, laju je mama dan buah hati jalan cari kedai menjual baju. jumpa satu kedai terus borong kat situ je, baju mamapapa dan anak-anak cukuplah sehelai sorang sebagai kenang-kenangan kan...

selesai membeli baju, baru follow wan dan adik-adik ipar membeli barang-barang lain teh, coklat dan barang-barang lain lagi, mama follow je sebab tak tahu nak beli apa lagi.


hujan malam tu semua berpayung, abang adam pula luka lututnya sebab terjatuh, walaupun hujan orang tetap ramai, mama tunggu dari jauh je melihat wan adik-adik ipar membeli barang.

esoknya selepas check out kami singgah makan dan membeli belah lagi di satu tempat macam pasar yang mama tak tau apa namanya, atas sikit dari kea farm atau memang termasuk dalam kea farm tu...hehehe tapi memang ramailah orang berenti membeli barang disini, mama juga rembatlah juga teh dan coklat sebagai buah tangan untuk orang terdekat.

selepas membeli belah kami tuju ke bee farm..sayangnya tak dapat pun tengok lebah sebab hujan, jalan nak turun ke bawah tu licin kang ada yang terlentang hahaha, mama la takut terlentang so kita duduk je dekat atas, kemudian bersalam-salamam untuk balik, kami berpisah dengan family in law dekat bee farm tu, mereka balik ikut koyan kami balik ikut simpang pulai.



bunga ini menarik hati mama juga, ada bermacam-macam warna, diletakkan bergantungan sepanjang jalan semasa dalam big red strawbery farm yang mama pergi semalam...hahaha saja mama nak share juga bunga ni sebab cantik..

berakhirlah percutian 3 hari 2 malam kami di cameron highland, moga semua berpuashati dengan percutian ini. walaupun pergerakan terbatas tapi tempat yang hendak dituju tu dapatlah juga masuk, cuma ada lagi beberapa tempat yang mama nak pergi masih tidak dapat pergi, mungkin lain kali jika ada kesempatan boleh pergi lagi kan, mama dah usha-usha hotel yanga da berdekatan situ, mungkin boleh pergi untuk honeymoon ke...hehehe

oklah sampai ketemu lagi

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

cameron highland-day 2...ombak rindu..ungu lavender..strawbery coklat

Assalamualaikum...

memandangkan elektrik tiada di opis ni, komputer pun tak boleh nak on satu keje pun tak boleh nak buat lagi..meh la mama sambung citer jalan-jalan mama dihari kedua.

hari kedua plan nak ke ladang teh boh sebab tak pernah pergi biasa singgah kat bharat valley tu je. tak tahu pula ladang boh ni ada dua, setelah mengugel baru tahu ladang teh sg.palas tu yang besar..so jom lah fefeeling ombak rindu.

berpandukan peta yang dibeli adik ipar kami mengetuai rombongan che lah ke ladang teh boh...hihihi..perjalanan agak mencabar..oh baru mama ingat mama pernah datang sini dengan rombongan opis pada tahun 2000 dulu..hai lama sangat dah tu kan

anak-anak semangat mendaki tanpa rasa penat...boleh lagi berkejaran dan tertawa diatas

setelah berjaya mendaki lereng-lereng tanaman teh dan memanjat tangga akhirnya sampai juga tempat yang dituju, semput jugalah mama dibuatnya hingga terpaksa berhenti sebentar memgambil nafas..mujur udara segar nyaman dan damai terasa


mau tak damai bila melihat kehijauan yang sebegini...cerah je mata rasanya

setelah berhenti melepas lelah mengambil gambar dan makan dikafe yang disediakan kami menuju ke kilang memproses teh..tak sempat dah mama nak bergambar di kafe yang digunakan untudk berlakon ombak rindu ni sebab tengok orang ramai segan mama nak mencelah jadi lupakan je hasrat nak bergambar tu..kikiki



dalam kilang memproses daun teh..mula-mula melangkah masuk je..mama terhidu bau dauh teh ni seolah-olah seperti bau daun inai je hihihi...semangat jugala mama menengoknya.

turun dari ladang teh kami tuju ke lavender valley, inipun mama yang nak pergi sebab mama suka ungu lavender, ini kalau ada taman tulip confirm mama ajak buah hati masuk juga hehehe...

bila jalan beramai-ramai macam ni dapatlah bergambar berdua macam ni...sesekali apa salahnya kan adik-adik pun ok nak snap pic mama & buah hati




anak-anak dilavender valley..anak-anak ni dekat mana-mana pun happy je kan, tengok anak-anak happy mama pun happy tujuan jalan-jalan ni pun sebab utamanya anak-anaklah.


cantik bunga-bungaan aneka warna dibelakang mama tu,seronok kalau punya taman bunga begitu dirumah...hihihi tapi mama ada juga hasrat nak menanam bunga nanti inshaAllah kalau ada kerajinan.


bungaan aneka warna sangat cantik pada pandangan mata mama ni, kalau boleh nak bawa taman bunga ni balik..kikiki bunga disini boleh dipetik sekuntum rm2


buah hati mama tak lepaskan peluang bergambar dikereta ni


ini destinasi seterusnya big red strawberry farm..hajat hati mama nak anak-anak petik strawberry sebab itulah tujuan utama mama ke sini pun tapi tak kesampaian strawberynya macam tak cantik pula tak mengapalah anak-anak ada rezeki nanti kita petik strawbery ye.

tak dapat petik strawberry kita makan strawbery cicah coklat je la ye,tapi bercinta pula nak abiskan strawbery tu sebab masam tak macam yang pernah mama makan sebelum ni ada rasa manis juga..

lepas abis pusing-pusing disini kami pun balik ke apartment penat dah jalan-jalan.

sebelum mama berhenti untuk kali ini... terimalah dari mama untuk semua...


bunga yang menarik hati mama...cantik sungguh...

Allahummsolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

sehingga bertemu lagi di lain entri

wassalam

Sunday, 29 November 2015

Cameron highland 3hari 2malam - day 1

Assalamualaikum...

cerita cuti-cuti bersama family in law. Khamis pagi dah gerak balik kampung sebab nak tido semalam dikampung, lama tak balik kampungkan.

malam tu wan masak rendang kerang, adik-adik ipar buat churos untuk dibuat bekal ke cameron nanti. mama biasalah tido awal jadi tiada apa la yang mama tolong.

jumaat dalam pukul 10am kami bergerak ke cameron melalui sg.koyan. Alhamdulillah jalannya elok walapon ada juga kesan runtuhan tanah, perjalanan mengambil masa hampir 3jam..kami gerak 3 kereta sebab balik nanti mama tak balik ikut sini jadi mesti tak muat nanti, jadi kenalah bawa kereta adik ipar.

tempat pertama kami singgah di cameron adalah bharat tea..singgah tengok ladang teh..hijau mata memandang terasa kedamaian dalam suasana sejuk dan hujan gerimis tu..tapi takdelah turun ke bawah jalan basah, atok pun tak larat nak jalan.

memandang kehijauan ini terasa cukup mendamaikan


jadi kita lepak di kafe yang ada pekena teh la apalagi kan...hero mama yang berdua tu bukan main pilih kek..harga boleh tahan 1 slice rm9..sesekali takpe mama belikan la anak nak makan kan, adrien sampai tak bagi orang lain rasa, sedap sangatlah tu,jenuh acu pujuk nak rasa tapi adrien tak bagi..atok juga la dapat rasa, tapi akhirnya dapat juga acu rasa...hihihi

minum teh di bharat tea..semuanya sedap kena dengan tekak mama...hihihi


lepas pekena teh call lagi owner tempat penginapan. dah boleh check in katanya mama guna gugel map untuk direction hahaha...baru la tahu guna itupun selepas berkali-kali diajar buah hati..tak susah pun nak mencari tempat tu.

Ada sedikit hal yang menjadikan mama sedikit tidak puas hati dengan penginapan ni tapi nanti mama ceritakan di entri yang lain.. bertabahlah membaca ye..entri cameron mesti ada part by part kikiki...nak sekali harung panjang pula kan.

lepas check in..tengok-tengok rumah, rehat dan makan..lepas solat asar kami nak jalan-jalan, memandangkan hari hujan buah hati mama cadangkan kami berjalan dalam bangunan je, so mama cadangkan kami ke muzium 3D je.

Muzium 3D ni baru je dibuka ogos yang lalu, mama tengok kawan pergi jadi mama pun tak mahu lepaskan peluang untuk pergi. sebenarnya mama ni sukakan seni lukisan..dapat tengok lukisan yang dihasilkan memang mengangumkan nama nak buat sendiri memang tak retilah kan jadi kita support artis itu dengan melihat lukisan yang dihasilkan. jika dapat berkunjung ke tempat yang ada lukisan ini inshaAllah mama tak mahu lepaskan peluang untuk masuk.

seketul gambar mamapapa naik sampan kononnya..macam realkan mama suka 


gambar-gambar lain dalam muzium ini nanti mama share di entri yang lain..hahaha banyak sangat gambarnya kena pilih-pilih dulu.

dari muzium 3D kami balik dan singgah pasar malam brinchang. tak tahu apa yang hendak dibeli pun sebab mama dah makan nasi petang tadi jadi malam nak makan yang ringan-ringan je. mama cuma beli jagung bakar dan jagung rebus. habis membeli apalagi balik rumah makanlah sambil tengok polis evo. kami langgan astro first kat rumah tu..hehehe

ok habis citer hari pertama nanti mama cerita hari kedua pulak ye...

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

wassalam

Friday, 27 November 2015

rindu abang

Assalamualaikum...

365 tip didik anak gaya Nabi

Tip 5

Didik anak mengetahui kejadian Alam semesta dan kebesaran Allah swt.

Kejadian alam adalah antara tanda kebesaran Allah swt yang dapat diperhatikan oleh anak. Salah satu tanda kekuasaan dan kebesaran Allah swt adalah kejadian air yang memberi manfaat kepada kehidupan makhluk dimuka bumi bagi meneruskan kehidupan.

Minta anak perhatikan alam dan tanyakan " mengapa ia dicipta?"

Bincangkan supaya mereka menyedari bahawa alam dicipta untuk membantu tugas-tugas kita sebagai khalifah Allah swt. Contohnya jelaskan satu per satu proses kejadian hujan dan hikmahnya kepada anak.


                                  ***************************************************


anak-anak mama ini memang suka bertanya " mama kenapa hujan turun?" pertama yang mama jawab tentulah "Allah yang turunkan hujan" "kenapa Allah turunkan hujan?" tanya adrien "ye la sebab kita semua perlukan air untuk makan untuk mandi" jawapan mudah supaya adrien faham.."oooo" jawab adrien..mungkin fahamlah tu hihihi..

pagi tadi hantar ditaska,tecer datang borak dengan mama sekejap...semalam hujan lebat guruh kilat sabung menyabung..tecer minta semua berdoa sebab doa mustajab bila kita berdoa waktu hujan...selain berdoa Ya Allah turunkan hujan yang bermanfaat kita juga boleh sertakan dengan doa-doa yang lain.

tecer tanya adrien doa apa? jawapan adrien buat mama sebak...adrien cakap "nak abang.." aduhh mesti adrien rindukan abang..tecer pun cakap kalau rindukan abang doakanlah untuk abang..lepas tu adrien pun berdoa,patut lah balik taska semalam adrien cakap tecer suruh berdoa masa hujan.



adelya pun sama...petang semalam cakap "mama..yaya nak jumpa abang" pastu terus nangis-nangis meragam. pagi ni pun sama buka mata je cakap "yaya nak abang.." pastu merengek-rengek menangis..terus nak bawa baby dia pegi taska...

alahai...adik-adik dah rindukan abang nampaknya ni,tak tahulah abang rindukan adik atau tidak,mesti abang rindu jugakan sebab tak pernah berpisah. mama pun rindukan abang sunyi pula rumah tanpa abang.. bertabahlah mama dan adik-adik untuk 2 minggu ya...hehehe kata papa 2 minggu cukuplah nanti kita ambil..papa pun bosan la tu takde kawan gaduhkan.. kalau tak.. nak ajar abang buat homework pun boleh buat bergaduh...

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

Wednesday, 25 November 2015

Abang balik kampung

Assalamualaikum...

Malam pertama tanpa abang,sunyi rumah mama rasa kalau tak abang la yang suka gaduh dengan mamapapa. Adrien pun tak mahu bermain sangat, boring abang takde katanya.

Sebenarnya abang balik kampung cuti sekolah ni,permintaan abang walau berat mama nak lepaskan tapi mama relakan, ye lah belum pernah berpisah lama dengan abang.

Bukan setakat mama, adik-adik pun teringatkan abang. Tengok video yang paklong hantar adik-adik dok panggil abang...abang...sedih pula mama tengok.

Adrien makan coklat sikit terus simpan, adrien kata ini untuk abang,nanti abang nak makan...tengok adik ingatkan abang, makan pun ingat pada abang. Mama suruh mandi pun nak tunggu abang,bila mama cakap abang dekat kampung baru adik mandi.

Adelya pun ingat abang juga,bila mama tanya mana abang¿ adelya cakap abang pegi sekolah...hihihi

Mujur juga sekarang senang ada group whatsapp dengan family...wan,acu dan paklong selalu bagi gambar aktiviti abang dekat kampung,walaupun baru hari pertama..


Antara gambar-gambar yang wan,paklong dan acu kongsi. Abang ikut wan shopping,abang minum petang...debablah abang lepas ni sebab makan sedap-sedap kat kampung.

Abang ikut tok pegi surau,nak biasakan abang dengan surau dan masjid,dekat sini papa bawa pegi surau,abang jumpa kawan main lupa solat..papa nak solat pun tak senang risau abang hilang entah ke mana.

Balik surau abang terus ambil buku yang mama bekalkan abang buat homework...alhamdulillah mama bangga dengan abang sebab abang ingat semua pesan mama,abang pandai berdikari walaupun kat rumah wan.

Mama pun macam biasalah banyak bagi pesanan penaja dekat acu, malam tadi acu dah mula jadi cikgu untuk abang. Moga abang terus bersemangat dan istiqomah ke surau dan belajar..mamapapa sentiasa doakan abang.

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam


Tuesday, 24 November 2015

hasil kerastangan mama

Assalamualaikum....

Mama ni takdelah kreatif pun tapi mama suka sesuatu yang berseni & cantik. Mama juga suka buat sesuatu kononnya kreatif la hihihi walapon takde la kreatif mana pun.

Ingat buku mini yang mama buat untuk anak-anak hari tu? ada yang minta mama buatkan dan ada yang bertanya lagi tu...wah seronok pula mama hasil keje tangan mama tu mendapat perhatian.



Buku yang mama hasilkan untuk kawan mama..alhamdulillah anaknya pun suka,cantik katanya..hihihi. Bahan pembelajaran tu mama ambil dari bahan yang dikongsi dari kawan mama...amacam cantik ke idok? hasil keje mama tu hihi bagi komen yang jujur supaya mama bole perbaiki lagi hasil kerja mama...

seronok sebenarnya buat keje ni, walaupun agak renyah,nak print,gunting dan tampal. pulak tu ada yang dok busy body masa mama buat keje tu tapi mama suka buat benda ni.


Ini satu lagi hasil kerja mama, memandangkan abang adam last di tadika, mama pun buatlah satu kad untuk cikgu abang adam, mama suruh abang bagi pada cikgu. Bahagian dalam mama suruh abang adam tulis.

Seronok rasanya dapat buat sesuatu untuk menggembirakan orang lain, walaupun kecil sahaja apa yang mama buat tapi bila dapat puaskan hati orang itu sudah memadai, macam mama jugalah, tak perlu beri yang banyak cukup sekadar ingatan itu sudah memadai, ada kawan2 yang masih sudi jenguk blog mama ni pun syukur alhamdulillah...

Terima kasih buat yang sudi jenguk mama selalu...perhatian sahabat amat mama hargai, mungkin nanti akan ada penghargaan buat sahabat..inshaAllah..

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

Monday, 23 November 2015

ujian diagnostik tahun 1

Assalamualaikum...

Mama bercuti hari ni, memang kebetulan ambil cuti, ingat nak sambung-sambung cuti di kampung balik dari Cameron tapi abang adam ada ujian diagnostik pula pada hari ini, so dari cameron kita terus balik rumah je.

Untung juga mama bercuti dapatlah temankan abang adam menduduki ujiannya, kalau mama tak bercuti pun harus mama ambil EL je ni untuk temankan abang adam. Tak mahu lagi terlepas perkara-perkara yang penting dalam hidup mama ni.

Selepas hantar adrien dan adelya ke taska, mamapapa dan abang adam terus ke sekolah abang adam. abang yang nak menduduki ujian, mama yang berdebar...hehehe biasalah mama kan...



Sempat lagi bergambar dengan abang adam, kenangan kali pertama abang adam mengenakan baju sekolah, tengok abang pakai baju sekolah pun mata mama dah berkaca, besar dah anak mama ni.

Sampai saja di kantin, tengok nama anak di kelas mana untuk pendaftaran, cikgu dah susun nama ikut abjad, senanglah nak cari sebab abang huruf  'A' mudah nak nampak, nama abang nombor tujuh yang didepan tu dari 1-6 pun semua pangkal nama adam...hehehe, bila anak-anak beratur mak ayah panggil adam untuk bergambar semua pandang, mujur mama panggil abang..



beratur mengikut kelas sebelum dibawa masuk untuk ujian, semasa anak-anak menduduki ujian ibubapa dengar taklimat di dewan. Kata Guru Besar, saja dibuat begitu supaya ibubapa tidak meolong anak-anak menjawab soalan ujian...hehehe oooo ada juga ke yang tolong anak-anak jawab ujian.

Selepas habis dengar taklimat baru ibubapa dibenarkan pergi tengok anak-anak dikelas masing-masing, senang je mama nak cari abang sebab kelas abang dibawah je, mama jenguk abang ikut tingkap..tengoklah abang tu...masam jeee

Mama tanya abang, boleh jawab tak? abang jawab boleh...abangkan pandai...hehehe ye lah anak mama memang pandai, mama tak kisah abang duduk kelas mana, yang penting abang dapat belajar dengan baik dan abang mudah menerima setiap pelajaran yang diajarkan oleh cikgu abang.

Habis ujian diagnostik, mamapapa bawa abang ke putrajaya pula untuk settlekan satu lagi masalah, masalah apa tu, nanti mama cerita di entri lain...

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidini Muhammad

Wassalam

Sunday, 22 November 2015

pak jang

Assalamualaikum...

Terima kasih buat yang sudi bertanya pasal pak jang (adik mama), terima kasih juga buat yang mendoakan pak jang.

Alhamdulillah setelah 2 minggu di hoshas pak jang dibenarkan balik. Ibu, abah dan mak ngah balik kampung ambil pak jang bawa ke sini.

Pak jang duduk dengan ibu sekejap. Luka pembedahan dah baik pak jang balik kampung,tak senang pak jang duduk sini lama-lama,risau tinggal pokok sawit dia takde siapa yang tengok.

Pak jang ni duduk kampung mengerjakan ladang sawit peninggalan arwah tok wan,sejak patah kaki ni tak tahu lah mama siapa yang tolong uruskan. Mama ni anak felda, dulu getah sekarang tanam semula sawit,dulu felda uruskan tapi sekarang pak jang uruskan. Ok jugalah ada yang tolong jagakan rumah peninggalan arwah tok dan tok wan tu.


Pak jang terkini, dengan antena dekat kaki pun boleh jalan-jalan, sebab tu tak senang duduk sini kawan takde. Apapun moga pak jang terus diberi kesihatan yang baik.

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

Thursday, 19 November 2015

strawbery coklat

Assalamualaikum...

Mama bercuti hari ini sampai isnin. Sekarang sudah berada dikampung. Esok akan bercuti-cuti malaysia bersama family in law sehingga ahad.

Moga cuaca ok nanti dan semoga semua gembira dengan percutian ini,dah lama rasanya tak pergi cuti-cuti dengan family in law. ke mana kami pergi?



kalau tengok gambar ni tentu dapat agak mama ke mana kan...hihihi

ok lah...doakan mama dan family selamat pergi dan kembali dari bercuti ye..

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

wassalam

Wednesday, 18 November 2015

positif

Assalamualaikum....

seronok rasa bila dikelilingi orang-orang yang positif kerana otomatik kita juga akan menjadi positif. maklumla mama ni kadang-kadang suka fikir negatif dulu baru yang positif datang.

Alhamdulillah...mama punya kawan-kawan yang positif,sama ada secara maya atau nyata. sahabat maya sentiasa memberikan komen yang positif ini dapat menaikkan semangat mama untuk melakukan sesuatu.

kawan nyata..ada beberapa orang yang cukup positif,setiap kali bersama mereka tiada pun aura negatif..

adik mama sorang ni...suka ketawa,dia bercerita masa percutian bulan madunya disebuah hotel,sesudah habis makan chef hotel datang bertanya tentang hidangan yang disediakan, setelah memberikan feedback yang positif terus saja chef itu berkata kepada suami adik mama ni "bagus kamu bawa mak datang makan dan bercuti" terus saja meledak tawa adik mama tu...hahaha "dia kata wani mak pada hal wani tengah honeymoon" katanya, kami yang mendengar turut ketawa, dalam pada tu terfikir tak marah ke budak ni orang kata dia mak..nampaknya dia tak marah. kalau mama entah-entah dah terbalik meja dekat restoran tu...hihihi tapi adik mama tu rilek je takde marah pun gelak je.

adik sorang lagi ni pulak badannya berisi,biasalah ada yang suara lantang selalu je komen..orang gemuk,orang kurus semua serba tak kena..kurus salah, gemuk pun salah, tapi adik mama ni rilek je.."biarlah aku gemuk pun bukan aku minta duit korang untuk makan" katanya..bagus kata-kata orang sekeliling tak memberi kesan pun pada dia.

Baru-baru ni heboh isu pasal bersalin dengan dokte lelaki,mula isu wanita yang nak bersalin dengan dokte hensem tapi meleret-leret pula pasal bersalin dengan dokte lelaki..ada adik mama ni (haiii...semua adik mama ye? ye la...mama dah tua yang lain-lain tu taraf adik je la ngan mama kan) dia memilih untuk bersalin dengan dokte lelaki..ye dia bersalin di hospital swasta dengan dokte lelaki dan bukan islam,ramailah kawan-kawan yang bersuara lantang ni bercakap "eh...apa ni? tak malu ke dah la dokte lelaki bukan islam pulak tu!" bercakap dengan aksi muka sekali ye.. jawab adik mama ni " saya tak boleh dengan dokte perempuan sebab saya rasa lemah kalau dengan dokte lelaki saya rasa bersemangat sebab dokte lelaki lebih tegas masa kita nak push tu" rilek je dia jawab..ok itu alasan dia siapa kita untuk mengadilikan..yang penting dia tak marah tak sentap pun dengan kata-kata dan pertanyaan orang sekeliling.

oh ya...hari tu mama ada dengar radio..slot bersama ustaz haslin di radio sinar..pertanyaan "bagaimana perempuan yang bersalin dengan dokte lelaki,apakah hukumnya" jawab ustaz haslin..kena tengok pada waktu itu jika bimbang akan mendatangkan mudarat kepada ibu dan anak ketika itu pakar hanya dokte lelaki, maka dibolehkan untuk bersalin dengan dokte lelaki.. itu je yang dapat mama kongsi..kalau salah minta maaf...

apapun sentiasa positif,barulah yang datang juga yang positif sahaja.



Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

wassalam

Tuesday, 17 November 2015

satu malam, satu surah

Assalamualaikum...

365 tip didik anak gaya Nabi

Tip 4

Didik Diri dengan ilmu

Kesedaran mendidik anak dengan adanya ilku perlu ada dalam diri setiap ibubapa.Tanpa ilmu, ibubapa akan menghadapi kesukaran dalam mendidik anak-anak, terutamanya dalam mencintai agama. Ingat, tanpa ilmu, amanah binasa.

- Baca buku dua halaman setiap hari bermula hari ini.Rekod setiap perkembangan pembacaan
- Kongsi dengan rakan tentang apa yang sudah dibaca.Sediakan ruang papan kenyataan dirumah        untuk rekod bersama

Kelebihan tip ini, dapat memantau perkembangan ilmu anak-anak secara efektif.


             ****************************************************************




Ilmu yang lebih penting buat anak-anak pada zaman ini pastilah ilmu agama, mama pun kenalah tahu tentang agama sebelum nak mengajar anak-anak. Mama juga dalam proses belajar, jadi disamping mengajar anak-anak mama juga turut belajar, belajar mencari seberapa banyak ilmu yang boleh untuk disampaikan pada anak-anak, sebolehnya mama ingin berikan pengetahuan agama yang banyak dan jelas buat anak-anak.

Selain ajar anak-anak kenal A,B,C dan 1,2,3 sekarang ini setiap malam sebelum tidur mama pastikan mama akan bacakan untuk anak-anak satu surah lazim.Alhamdulillah anak-anak pun suka. Tapi mama pun perlu kental dalam mengajar, bukan apa kadang badan terasa letih, mata pun cepat je nak terpejam, tetapi anak-anak bersemangat untuk belajar, siap ingatkan mama " mama malam ni kata nak sambung baca lagi" walaupun mengantuk mama gagahkan juga, apatah lagi bila tengok ketiga-tiga anak sudah bersedia ditempat masing-masing.


Buku yang mama gunakan, dengan ilustrasi yang ada dapat menarik minat anak-anak, biasalah anak-anak akan mudah tertarik dengan gambar dan warna yang menarik dalam buku.mama ikut teknik seperti yang pernah mama baca, kita baca dahulu 3 kali, baru suruh anak-anak ikut. tapi menghabiskan bacaan agak susah, bukan apa anak-anak akan pantas bertanya, sebab mama baca dengan terjemahan sekali..."mama syaitan bisik tu macammana?" yang bertanya tentulah abang adam, adrien lebih suka bertanya perihal gambar yang  ada didalam buku. adelya pula akan ikut bacaan mama yang dihujung sahaja...

"syaitan berbisik tu, syaitan akan suruh kita buat benda2 yang jahat sebab syaitan berjanji akan menyesatkan anak adam sehingga hari kiamat"

"bisik2 jahat tu macammana?"
"ye lah nanti syaitan suruh abang mencuri ke,ambil pensil kawan,pemadam kawan..itu bukan benda baik, tak baik buat macam tu dekat kawan, kalau abang nak pinjam kena minta, kalau kawan tak bagi abang tak boleh ambil" semangat je mama ye bagi contoh.

"mama..hari tu kan kawan abang ambil pensil abang tak cakap pun lepas tu dia letak dalam beg dia, dia tak bagi pun balik dekat abang" errrkkk...mama dah terkedu, apa mama nak jawab nih...takkan mama nak cakap kawan abang tu jahat pulak, tak bagus cakap macam tu kan...

Sudahnya mama cakap " takpelah abang...mungkin kawan abang takde pensil, abang anggap je abang sedekah dekat kawan abang, banyak pahala abang dapat, kalau banyak pahala nanti abang masuk syurga"

Eh..Eh...panjang pulak cerita mama, maaflah sekadar bercerita, bukan nak tunjuk mama ni hebat ke apa dalam mendidik anak...tidak..sekadar berkongsi apa aktiviti mama dengan anak-anak, mana tahu boleh beri panduan pada kawan-kawan yang lain kan.Mama cuba buat ni pun berdasarkan pembacaan mama diblog kawan-kawan. terima kasih buat kawan-kawan yang sudi berkongsi ilmu mengajar anak-anak ni..

Alhamdulillah...bila mama buat teknik baca 3 kali, baru suruh anak ikut, abang adam berjaya membaca surah yang mama baca tu, adalah sedikit kesalahan tapi boleh dibetulkan lagi. adrien dengan adelya walaupun masih tidak boleh mengikut tapi tetap menjadi pendengar yang setia, harapnya apa yang diajar dapat masuk kedalam jiwa anak-anak.

Moga mama terus istiqamah dalam mengajar anak-anak.

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

* kalau kawañ2 ada cara mengajar lain yang lebih baik, boleh la share dengan mama ye


Sheila ada bertanya semalam apa nama buku ni, jadi mama letakkan picca muka depan buku sebagai rujukan, mama beli dekat MPH bookstore. Banyak lagi buku keluaran yang sama, tapi mama baru ada 2 koleksi, 1 lagi 99 Nama Allah, buku ini memang menarik bagi mama.

Monday, 16 November 2015

Mana tudung yaya?

Assalamualaikum...

365 tip didik anak gaya Nabi

Tip 3

Ajar anak mengenali Allah s.w.t dengan sifat-sifat 20.

Cara mudah menghafal sifat-sifat 20 Allah s.w.t adalah dengan melagukan dan diulang-ulang secara konsisten supaya anak sentiasa ingat dan mengakui kebesaran-Nya.

Pasang lagu sifat 20 dan bernasyid bersama anak-anak.Jelaskan maksud bagi setiap sifat. Contohnya :

-Wujud : Ada
-Baqa    : Kekal
-Qudrah : Berkuasa

                         *******************************************************



Kadang-kadang mood nak bertudung datang, adelya akan tanya mama "mama..tudung yaya mana?" Mama pun akan cepat-cepat ambil dan pakaikan tudung untuk adelya. Sambil tu mama cakaplah "adelya perempuan,adelya kena pakai tudung tau,adelya lagi cantik bila pakai tudung" hihihi....

saja mama tambahkan pujian tu, bukan nak berbangga atau apa tapi biasalah nak bagi anak-anak buat sesuatu yang baik kenalah sertakan dengan pujian, bagi anak-anak bersemangat sikit nak buat benda baikkan.

Sekarang ni mama memang sediakan je tudung untuk adelya, bila-bila masa adelya minta nak pakai tudung mama akan pakaikan..saja ajar dari awal sebab mama suka tengok anak kawan-kawan yang masih kecil bertudung, nampak comel sangat.

Adelya dah makin tembam pipinya tu sebab kuat betul makan sekarang ni...

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

Saturday, 14 November 2015

Saja suka-suka

Assalamualaikum..

365 tip didik anak gaya Nabi

Tip 2

Jadikan kalimah tauhid sebagai lafaz permulaan.

- ajar anak-anak membaca lafaz kalimah syahadah.
- lakukan sebelum tidur ataupun selepas mendengar azan.
- terangkan maksud kalimah syahadah tersebut :

  "Sahaja aku naik saksi tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad s.a.w itu pesuruh Allah"


                                ************************


Hasil kerja mama untuk anak-anak cuma muka depan tu mama kena printkan sesuatu agar nampak lebih menarik lagi, tidaklah tulis macam tu je kan.

Oh bahan-bahan pembelajaran tu bukan mama buat sendiri, itu adalah hasil perkongsian kawan mama,mama print dan mama buat buku mini macam tu supaya mudah dibawa anak-anak, dalam kereta pun boleh dibaca.

Mulanya mama simpan je bahan yang kawan mama kongsi ni tetiba terasa nak buat buku,terus mama cari bahan dan edit sikit-sikit je sebab mama tak pandai sangat bab komputer ni hihihi...mujur juga dekat rumah ada printer colour yang buah hati mama beli,jadi mudahlah kerja mama.

Baru siap 2 buku, banyak lagi yang mama nak buat tu, saja mama tunjukkan hasil yang mama buat ni pada kawan, ada pula yang order minta buatkan juga...hehehe ok juga tu dari saja suka-suka boleh buat income pula.

Moga hasil kerja mama ni bermanfaat untuk anak-anak mama. Mama seronok sangat bila buat buku-buku untuk anak-anak mama ni...excited je rasa, walaupun hasilnya tidaklah seperti buku yang terjual di kedai, tapi mama seronok bila dapat hasilkan buku macam ni untuk anak-anak. Usaha kecil mama untuk anak-anak.

Ok mama nak buat buku untuk kawan yang mengorder pulak..doakan mama berjaya ye

Allahummasolli a'ala sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

Oh ya mama akan cuba share tip dari buku yang mama beli (365 tip didik anak gaya Nabi) pada setiap permulaan entri mama ye...saja mama share semoga bermanfaat.

Friday, 13 November 2015

Kasih seorang abang

Assalamualaikum...

365 tip didik anak gaya nabi.

Tip 1

Membisikkan dalam hati bahawa anak adalah amanah Allah swt.

Apabila terasa penat atau marah dengan kenakalan anak-anak, bisikkan dalam hati bahawa :

-anak adalah amanah dari Allah swt
-anak adalah aset dan saham kita di syurga

Tip ini dapat memupuk kesabaran dan  sifat tanggungjawab dalam diri ibu bapa.

                               *************************



Walaupun gambar kabur,mama share juga. Bukan senang mama dapat snap moment-moment macam ni...

Anak-anak syurga mama ni, walaupun selalu bercakaran  selalu dipukul adelya,tapi tengoklah tu kasih seorang abang.. Tolong sikatkan rambut adelya, adelya pun mengikut je, abang adrien suruh duduk dia duduk, abang suruh pusing adelya pusing.

Tersentuh hati mama ni menengoknya. Moga kasih sayang anak-anak mama sentiasa teguh.

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

Thursday, 12 November 2015

365 tip didik anak gaya nabi

Assalamualaikum...

Sekarang ni banyak maklumat yang boleh kita search di internet sajakan,hampir apa saja yang dicari boleh kita dapat melalui google.

Bagi orang macam mama ni google juga tapi kalau dapat baca melalui buku lebih puas...hihihi biasalah nak mengadap tab lama-lama berpinar biji mata dibuatnya.


Baca tajuk je dah menarik hati mama,kebetulan dan mungkin rezeki mama juga,masa turun berurusan di tingkat 8 ada yang bertanya siapa yang mahu buku ini sebab penjual terbagi lebih,mama tengok tajuk terus setuju untuk beli...bila baca tajuk pertama terus rasa...tak rugi mama beli

Nanti bolehlah mama share tip-tip yang ada dalam buku ni,pasti berguna untuk semua. Tip yang pertama saja sudah terkesan dihati mama. Moga mama dapat amalkan tip ini dalam mendidik anak-anak.

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

Wednesday, 11 November 2015

Cendawan mekah

Assalamualaikum...

Siapa pernah dengar pasal cendawan mekah? Mama pun baru jugalah tahu pasal cendawan mekah ni dan kebetulan ada kawan yang ada dan dia bagi je pada sesiapa yang mahu.

Mama pun ambil satu dan mama war-warkan kepada siapa yang mahu sebab cendawan mekah ini banyak khasiatnya, alhamdulillah dapat berkongsi kebaikan dengan semua orang. Kata ibu ada orang jual rm50 tapi mama tidaklah nak jual, mama nak bagi je.

Cendawan mekah ni kalau kita potong nanti dia akan membesar balik tau,hari tu mama dàh potong lapan tak sampai 2minggu dia dah membesar mengikut bekas yang kita guna untuk isi cendawan tu.


Inilah rupa cendawan mekah mama tu, menurut kata ustazah ibu, bancuh air teh setelah sejuk masukkan cendawan mekah, selepas 2 minggu air ini boleh la digunakan,masukkan ke dalam bekas lain dan bancuh semula air teh dan masukkan kembali cendawan mekah. Sementara itu air yang dah dikeluarkan tadi bole la diminum.

Mama minum sesudu pagi dan sesudu malam, airnya masam macam cuka epal pulak rasanya,tak boleh nak minum banyak sebab masam...mama cuba amalkan sebab bila dah berusia ni badan pun rasa tak sihat je,mama minum niat untuk kesihatan je.

Antara khasiat cendawan mekah yang dapat mama kongsi :

1. Mengelakkan dari beberapa jenis kanser.
2. Membantu melegakan masalah sembelit.
3. Membantu melegakan sakit otot pada bahu dan leher.
4. Membantu melegakan masalah bronchitis,asma dan batuk
5. Membantu masalah allergik dan sakit saraf.
6. Membantu melegakan masalah buah pinggang.
7. Membantu membersihkan pundi hempedu, menolong masalah colitis  dan sakit perut.
8. Berupaya mengurangkan kolestrol dan melembutkan saluran darah.
9. Membantu melegakan masalah cirit-birit.

Itulah yang dapat mama kongsi,sejauhmana keberkesanannya wallahu'alam..sekadar berkongsi mungkin bermanfaat untuk sesiapa yang memerlukan, kalau nak boleh beritahu mama, mama boleh bagi nanti.

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

Tuesday, 10 November 2015

Kawan dengan cicak

Assalamualaikum....

Anak dara mama yang seorang ni memang becok mulutnya, jika nak diikutkan perkembangan adelya dari segi percakapan,lebih baik dari abang-abang dahulu.

Abang-abang pun bercakap awal,seawal usia menginjak 2 tahun semuanya sudah boleh bercakap cuma bezanya adelya lebih lancar dan lebih jelas sebutannya.

Biasalah dah ada dua abang diatasnya jadi perkembangan pun lebih laju la agaknya kan sebab nak mengikut abang-abang,apa yang abang buat semua adelya nak buat. Ada juga orang kata anak perempuan lebih cepat matang berbanding anak lelaki...wallahu'alam

Adelya sekarang ni kalau nak marah je mesti cakap "pegi kawan dengan çicak” hehehe...contoh adelya marah " mama buka pintu yaya nak kuar" "tak boleh mama nak sidai kain je ni" bila mama cakap tak boleh terus marah, silang tangan dekat dada "tanak kawan mama..pegi kawan dengan cicak" muncung mulut sambil mata menjeling mama...hehehe pandai sangat dia tu


Adelya...kuat makan sekarang ni nampak berisi je dah, tengok baju abang adrien pun adelya dah muat pakai,ada beberapa helai baju abg adrien dah diwarisi adelya,takpelah kan pakai baju abang pun,elok lagi tu...walaupun gigirl sorang takdelah dimewahkan dengan baju yang banyak,baju abang pun boleh rembat juga.

Ok lah nanti mama cerita lagi, nak menaip pun masa anak-anak tido sebab tak mahu anak-anak nampak tab mama hahaha tapi abang adam dah ok kalau nampak pun sebab mama akan cakap tab ni untuk mama buat kerja,jadi abang adam ok je,cuma sekarang mama kena sorok dari adelya je la...adelya belum faham lagi.

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam


Sunday, 8 November 2015

konvo abang adam

Assalamualaikum...

alhamdulillah...selesai sudah konvo abang adam yang berlangsung didewan mbsa jalan kebun.

pagi-pagi mama dah sibuk kejut anak-anak bangun awal untuk pergi konvo abang adam..eksaited mama ni,biasalah kan mama memang macam ni.

jom layan gamba hari konvo abang adam


adrien dan adelya yang sibuk berlari ke sana sini,sudahnya duduk diluar dewan sementara tunggu giliran abang adam buat persembahan,ambil sijil dan ambil hadiah.


tengok pada result exam..mama ingat abang tak dapat hadiah, rupanya abang dapat bahasa melayu terbaik, dapat juga abang hadiah..tak macam tahun lepas tahun ni mama dah sedia untuk snap pic abang..hehehe tapi abang tak mahu senyum pun masam je semua gambar..


tengoklah tu masam je muka abang.. dah la abang orang pertama yang dipanggil.. ye la nama abang huruf A kan..bila mama tunjuk suruh senyum,macam tu je hasilnya tapi mama tak tahu kenapa gamba semua nampak hijau mungkin pencahayaan dalam dewan agaknya..

video

video abang adam buat persembahan.. menari lagu apo kono eh jang...


gambar abang adam membuat persembahan..mulanya ada sketsa lepas tu ada tarian, memang seronok bila tengok anak-anak kecil buat persembahan sebelum ada nyanyian sakitnya tuh disini


abang adam bersama kawan-kawan sekelas...tengok anak konvo tadika pun mama dah touching lebih,belum konvo universiti lagi..apapun mama sentiasa doakan yang terbaik untuk abang, moga abang terus berjaya didunia dan diakhirat..


adelya tak lepaskan peluang bergambar bersama abang tersayang,tersentuh hati mama tengok abang peluk adelya masa adelya jumpa abang dibelakang pentas..ehh mama itupun nak touching ke? hehehe..biasalah mama kan


haruslah mama pun nak abadikan kenangan dengan abang masa hari konvo abang...harapnya nanti dapatlah mama bergambar lagi dengan abang untuk konvo2 abang yang seterusnya... inshaAllah..

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
waala a'li sayyidina Muhammad

wassalam



Friday, 6 November 2015

Dapur penyet

Assalamualaikum....


Hari ni kita jalan-jalan cari makan lagi...hehehe tak abis-abis makan ye, okeh memandangkan hari ni jumaat rehatnya lama dan mama pun tak bawa bekal hari ni, moh ler melayan tekak dekat kedai. Kali ni kita layan adik buyung mama sorang nih, sbeelum bersalin kita layan selera dia.

Tak jauh pun kami pergi makan, makan dekat PAS je sebelah je dengan opis mama, kedai baru buka, so jom lah kita cuba tengok sedap tak makanannya...



Nilah kedai yang baru buka tu..Dapur penyet namanya, tengok nama pun dah tahu apa menu yang tersediakan...

Masa masuk tu orang belum ramai, terus ke kaunter order makanan yang kita nak, lepas bayar dia bagi nombor, pastu pergilah cari meja mana yang kita nak duduk.

Itu lah gambar yang sempat mama ambil, signboard pun nampak sipi-sipi je sebab mama malas nak bangun snap picca..hiasa didinding adalah gambar menu yang ada dikedai tu, tenang nampak dengan suasana lampu yang suram tu kan.


Tengok adik-adik mama yang 3 orang ni over tau bila mama cakap nak masukkan dalam blog..hehehe antara menu yang kami pilih, pecel lele, ayam penyet dan ayam bakar, sedap ayamnya lembut je...takdelah mama nak potong tu sampai bergegar meja...hahaha Teh botol sorso tu...hmmm sedapnya, mama pernah minum masa pergi bandung dulu, kat sini ada jual jadi mama belilah sebotol, lama tak minumkan..kita try la.

Ok sesiapa yang nak cuba bolehlah cuba, puas hatilah kami makan...nak cari kedai ni pun senang je, terletak di ruang legar plaza alam sentral, dulu tempat ni merupakan kedai video speedy, tetapi speedy dah tutup diganti dengan kedai dapur penyet ni...haa kau sambil makan, sambil hapdate blog ker???

Makan dengan kawan-kawan sedaplah nak snap picca, semua sporting je, siap boleh ambil gambo makanan satu-satu, kalau dengan buah hati mama tu, boleh juga ambil gambo tapi dengar dulu la dia membebel...itupun nak ambik gambar ke? katanya...hehehe, tapi kalau pergi tempat bercuti, dia pulak yang lebih-lebih suruh ambil gambar, lepas tu ambil segala info yang ada, nanti senang katanya bila orang baca orang faham...bila orang cari maklumat pun senang, kalau ada info yang banyak..gituuu

Ok lah semua...selamat menjamu selera ye...

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam


jangan diulang kesilapan yang sama

Assalamualaikum....

Tak sedap hati pulak mama dengan entri mama semalam, terpaksalah mama revert to draft entri tu kekeke... entahlah mama ni sebenarnya takut nak buat entri tentang pendapat ni, sebab takut disalahtafsir.. jadi yang sempat baca dan komen tu, terima kasih ye pendapat kawan-kawan mama hargai dan mama tak marah pun tau...semua tu pendapat masing-masingkan.

Cuma mama ni rasa tak sedap hatilah, bukan sebab percanggahan pendapat atau apa, tapi mama risau ada yang terasa hati dan berkecil hati dengan pendapat yang mama berikan tu, ye lah seboleh mungkin mama ni nak menjaga hati kawan-kawan, takut ada yang terasa dan bersedih hati dalam diamkan..berdosa mama ni...

Kata buah hati mama...itulah sebelum tulis dan publish, fikir dulu, adakah benda yang ditulis tu bermanfaat dan tidak menyakiti hati sesiapa, terus mama rasa berbelah bahagi... kata buah hati mama lagi..tak semua orang boleh terima pendapat kita dan tak semua orang boleh faham apa yang kita cuba sampaikan sebenarnya, setelah difikir-fikir mama revert to draft balik entri tu...hehehe simpan sahajalah kan...

jangan diulang kesilapan yang sama seperti sebelum ni, kata buah hati mama...ye lah..lepas ni mama cerita bab anak-anak, masak-masak, makan-makan, jalan-jalan je lah dan cuba elakkan entri memberi pendapat ni, serahkan pada yang pakar je..hehehe sebab mama tak pakar dalam memberi pendapat selalu salah je...


(pic cilok dari pakcik gugel)

Mama rasa kenyataan kat gambar tu salah la...lebih berdosa kalau kita membuat orang berkecil hati atau terasa hati kan...sobsobsob...

Sempena jumaat yang mulia ini, mama memohon maaf andai ada kata-kata dan penulisan mama sebelum ini membuatkan kawan-kawan terasa hati atau berkecil hati...

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

Thursday, 5 November 2015

meatbal homemade


Assalamualaikum....

Hujung minggu lepas, tetiba tekak terasa nak makan meatball, teringat meatball ikea, nak pegi sana semata-mata nak makan meatball memang tak lah kan, lagipun memang dah berkurun mama tak jejak kaki ke ikea tu.

Jadi mama ajak buah hati pergi giant cari bahan, kata mama nak buat meatball sendiri...hehehe mujurlah buah hati mama tu jenis melayankan saja, tekak buah hati mama tu pun tak kisah, makanan apa pun boleh masuk je asalkan sedap...

Maka...hari itu terhasillah meatball homemade tapi takde lah macam ikea tu..ini meatball versi mama la..




Amacam ada nampak macam meatball ikea tak? heheh..kira oklah ni sebab buah hati mama makan sampai licin

Ada yang nak cuba tak? meh mama bagi resepi..

Bahan-bahan :

500gm daging (dikisar)
1/2 biji bawang holland (mama suka guna bawang holland sebab rasa macam sedap jek...hehehe)
1 sudu butter
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1/2 sudu serbuk kulit kayu manis
1 sudu mixed spices
1/2 sudu gula
1/2 sudu garam
30ml fresh milk
1 biji telur

bawang holland ditumis dengan butter, dah wangi dan masak...tutup api..
kemudian campur semua bahan diatas...uli sehingga menjadi doh.
dah siap, ambil sedikit-sedikit dan bentukkan seperti gambar diatas, besar mana tu terpulanglah.
Bila dah siap semua, goreng dengan menggunakan butter (butter dari menggoreng jangan dibuang)

Bahan untuk gravy :

1 ketul kiub ayam
1 sudu kicap cair
1/2 sudu serbuk lada hitam
1/2 sudu tepung gandum (bancuh dengan sedikit air)*
1 cawan whipping cream*

Masak semua bahan kecuali yang bertanda *..didihkan dan rasa, selepas itu masukkan bancuhan tepung dan whipping cream sedikit demi sedikit, tengok dah agak pekat tutup api...sedia untuk dihidangkan...


Hiasan tambahan :

Boleh potong salad salad dan karot digaul dengan mayonis
1 biji kentang mama belah-belah dan goreng ( sedap anak-anak makan cicah dengan gravy yang mama buat tu...hehehe)

ok selamat mencuba

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam




Wednesday, 4 November 2015

cerita anak-anak

Assalamualaikum...

Cerita anak-anak ni memang takkan pernah habiskan...biasalah bila ada anak-anak ni rumah bersepah, kotor, melekit, riuh rendah dan macam-macam lagilah, tapi itulah penyeri dalam hidup mama ni..tanpa anak-anak jiwa mama akan kosong..

Setiap hari balik dari taska rumah memang akan kecoh dan gamat dengan gelagat anak-anak, berebut makanan, berebut mainan, berebut buku bacaan, macam-macamlah lagi...mama yang memasak didapur pun pening dibuatnya, kejap-kejap datang dapur buka peti ais, tengok apa yang ada dalam tu, pada hal kalau buka 40 kali pun benda yang sama juga ada, tapi tetaplah mereka buka...entah apa yang dicari pun mama tak tahulah.


Abang adam buat homework...denda sebab markah exam akhir tahun jatuh kali ni...hehehe, bukan denda apa pun, mama belikan lebih banyak buku untuk abang adam buat latihan. Selain itu mama belikan buku bacaan supaya abang adam lebih lancar membaca, no more gadget..hehehe

mama dah pesan siap-siap lepas ni balik kampung pun takde nak tengok tab lagi...bawa balik buku latihan dan bacaan, maklumlah dekat kampung atuk ada unifi, seronoklah nak buka youtube tengok kartun..abang adam mengiakan saja cakap mama, tapi mama tak tahu lah abang adam akan buat ke tidak..inshaAllah mama berusaha, tab pun dah sorokkan, kalau abang nampak pun mama cakap, tab ni untuk buat kerja mama je, abang dah tak mengamuk lagi bila mama cakap macam tu...yang nak mengamuk pun adelya la...tapi maaf memang mama tak bagi semua tengok tab lagi dah...buat hati kering je...


Bila abang adam buat homework, dua beradik ni pun gigih juga nak buat, tengok tu macam tekun je memasing buat kerja, sweet je nampakkan, tapi situasimacam ni tak lama okeh..sekejap je mereka dah bercakaran..mama tak tahu lah nak buat apa dengan dua beradik nih, adelya memang suka sangat membuli adrien, makan cubitan je adrien hari-hari, garang betul adelya dengan abang adriennya ni.. mama memang menyinga la bila abang adrien kena cubit tu...apa taknya sampai menangislah adrien dibuatnya..

Tapi kata tecer taska..bila dekat taska bukan main baik lagi, kalau disuruh beratur mesti nak pegang tangan abang adrien, tak nak pegang tangan kawan lain..mungkin dekat rumah je mereka suka bercakaran, diluar mereka berbaik-baik...tapi memang hari-harilah berperang dan mama memang hari-hari menjadi tarzan...

Takpelah anak...asalkan kamu semua sihat dan ceria mama tak kisah pun, walaupun kadang-kadang mama menyinga tu, faham-faham je lah ye...kesabaran mama pun ada batasnya hahaha..

Abang adam juga suka menyakat adrien dan adrien ini kadang-kadang cengengengnya boleh tahan, lumba naik tangga kalah pun menangis..." abang ni jangan la laju, bagi la yen menang" kata dia adoiii macam tu pun boleh...abang adam kadang-kadang mengalah kadang-kadang tidak, biasalah ikut mood jugakan..

Hari tu masa tengah makan malam, abang adam macam biasa menyakat adrien, menangislah adrien, apalagi papa pun teruslah marah abang adam sebab depan rezeki, papa tak mahu anak-anak bermain.
terus dengan selamba abang adam cakap " abang taknak la papa ni, abang nak papa lain, mama je abang nak mama ni" sambil cakap sambil suap nasi, papa senyap tak kata apa...hehehe
"mana ada papa lain dah nak cari abang..papa tu je la yang abang ada.." hehehe

Anak-anak penyeri hidup mama,maaflah kadang-kadang mama menyinga juga dengan anak-anak, tapi ketahuilah mama sayang semua anak-anak mama.

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

Stew ayam

Assalamualaikum....

Hari tu mama berpuasa, pastu biasalah kan bila berpuasa ni macam-macam pulak terlintas kat kepala ni, nak makan apa? nak makan apa? huhu teruk sungguh la kan...ini mama je la orang lain mama tak tau la sama ke tak.

Lepas tu dalam dok fikir-fikir tu...hahhh masak stew ayam pun ok jugak nih, tambah pulak hujan makan panas-panas memang mabelles rasanya...cehhh tak boleh blah betul mama ni...heheh



maka jadilah stew ayam untuk mama berbuka, mana ayamnyer mama??? hahaha...ayam tak nampak le pulok..ada tu nampak sikit hehehe

sapa-sapa nak cuba ? ni ha resepi mama sertakan sekali..ecehhh, bertabahlah ye, dah jadi blog resepi pulak ni..

ini mengikut anggaran resepi yang mama buatlah ye...

Bahan-bahan :

7-8 ketul ayam
1/2 biji bawang besar (mama guna bawang holland, sebab bawang tu je ada kat dapur mama tu)
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 ketul kulit kayu manis ( ketul ke? ke apa nak panggil...taram je lah ye)
1 kuntum bunga lawang
2 sudu tepung gandum
sesudu kicap manis (kicap masin pun boleh, tapi kat dapur mama ada kicap manis je)
sesudu kecil lada hitam ditumbuk kasar
sebiji kentang (potong ikut suka)
sebatang karot (potong ikut suka)
sebiji tomato

Cara masak :

Tumis semua bahan penumis diatas (semua tahukan hehehe...) tumis hingga naik bau, masukkan ayam dan sedikit air, kemudian bancuh tepung gandum dengan sedikit air, masukkan ke dalam masakan.

Tambahkan kicap, kemudian masukkan kentang, karot, akhir sekali masukkan tomato..perisakan dengan garam..siap untuk dihidangkan.

Masa makan nasi tu, sepanjang masa abang adam puji mama, sekali suap sekali puji..kembang setalam mama dibuatnya..

"sedaplah mama masak, nanti mama masak macam ni lagi ye"
"sedaplah mama, nanti abang nak makan denga roti pulak, bolehkan?"

Macam-macamlah pujian abang, sampai nak tercekik mama masa makan tu...hehehe.

Abang adam sayang memang mulut maniskan, bab puji mama memang serah kat dia la...hehehe

apapun..alhamdulillah anak-anak suka apa yang mama masak

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

Tuesday, 3 November 2015

Sahabat

Assalamualaikum...

Sahabat ini ada bermacam-macam, ada sahabat hanya ada ketika kita senang, ada sahabat yang sentiasa ada di saat susah dan senang, jadi ...sahabat yang bagaimanakah kita ini?

Alhamdulillah..setakat ini sahabat mama semuanya baik, tak kiralah sahabat dialam nyata ataupun di alam maya, alam maya tu sahabat blog la hehehe, cuma mama je tak tahu mama ni sahabat  yang baik ataupun tidak.

Sahabat tak seharusnya seperti kamera 360...menutup segala cela yang ada, sehinggakan kita nampak begitu sempurna,sahabat seharusnya seperti cermin yang menampakkan kecantikan dan kekurangan kita..segala kesan jerawat,jeragat dan pori terbuka semua nampak...hehehe begitulah sahabat yang baik bukan sahaja nampak baik kita tapi juga kekurangan kita, yang baik jadi ikutan yang kurang boleh ditegur dan diperbaiki...sahabat juga tidak perlu sentap jika ditegur ke arah kebaikan, kerana sahabat yang baik akan membimbing sahabatnya menuju jalan Allah...sahabat yang baik juga pasti dapat menarik sahabatnya untuk bersama masuk ke dalam syurga..

sesekali mama berbicara ye...siap perumpaan bagai hahaha, perumpaan pulak ntah apa-apa,.kamera 360 lagi tu...kikiki jangan marah ye...saja perumpaan mengikut peredaran zaman, tapi jangan diikut ye sebab tak tak sesuai langsung untuk digunakan..

berikutan dari entri mama pasal pak jang ni ada seorang sahabat blog wasap mama bertanyakan mengenai pak jang...alahai tersentuh hati mama ni tau tak...niat mama bukanlah apapun sekadar bercerita diblog, tetapi sahabat ini ingin menghulurkan sumbangan buat pak jang..segan pula mama nak menerimanya sebab pak jang bukan sakit teruk pun, di operate kaki sebab patah semasa bermain bola je..tapi sahabat mama ini kata..masa orang susah..inshaAllah sama-sama bantu, masa susah kena tolong..jangan masa senang je nak sama-sama gembira...alahai tersentuh hati mama

Katanya..sikit saja yang diberi moga dapat meringankan bebanan pak jang...apa yang pasti bukan jumlah yang menjadi ukuran, tetapi ingatan itu yang yang lebih utama, walau berapa pun jumlahnya pasti akan bermanfaat buat si penerima, sahabat ini jugalah orang yang sama yang memberi sumbangan semasa anak buah mama eksiden dulu...

Kadang-kadang kita tidak menyangka kan, bertemu hanya dialam maya,tapi melalui cerita diblog kita terasa seolah-olah rapat dan mengenali mereka, mama ni pulak jenisnya, bila follow blog seseorang, bila ada masa terluang mama akan cuba baca blog yang mama follow tu dari awal, bukan apa agar mama tahu cerita empunya blog dari awal, lebih mengenali gitu...

Apapun moga persahabatan kita ini walau hanya dialam maya akan berkekalan hingga membawa ke dalam syurga Allah kelak...


 

( pic mama pinjam dari en.gugel ye..tq )


Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidinia Muhammad

Wassalam





Monday, 2 November 2015

Foodsbury


Assalamualaikum....

Jumaat rehat yang agak panjang, setelah 2 kali jumaat rancangan ini tergendala, akhirnya jumaat baru ni barulah berjaya rancangan mama. Rancangannya nak berdating dengan sahabat lama, sahabat sepermainan sejak dari mama kecil lagi,kami bertiga sebenarnya tapi yang seorang itu norma namanya hanya berjumpa ketika raya sahaja.

Nantilah mama imbas kenangan bersama kawan-kawan mama tu,kali ini mama dating dengan miezha yang kerja di HTAR klang...miezha lah yang kena jemput mama di ofis hihihi...kami pergi makan di foodsbury seksyen.9, kata orang sedap makanan disini, jadi marilah kita cuba.

Masuk ke sini cari tempat untuk duduk,pilih menu yang kita nak makan,tulis,bawa ke kaunter dan bayar, masa itu kita dibekalkan dengan nombor order kita.

hiasan dalaman yang agak menarik



Tengok antara hiasan yang ada di dinding tu yang menraik minat mama, talam tu...hahahah sebijik talam yang arwah tok limah (arwah mak mama) punya. memang menarik hati mama lah, no.12 itu nombor order, yang diberik semasa kita buat pembayaran dikaunter,macam ni senanglah sebab lepas tu kalau kita rasa nak tukar tempat pun ok, kita bawa je nombor tu sekali, kalau nombor dilekatkan dimeja,nak bertukar tempat macam leceh pulak kan...

Dok asyik berbual minuman kawan mama sampai, terus dihirupnya air latte yang diorder, mama tengok mukanya berkerut " awat ayaq ni memang macam ni ka takdak gula?pahit sungguh haih " kata miezha pada mama, mama angkat bahu, taktau... air mama honey lemon pulak sampai, mama pun sedutlah... alamak masam tak bergula, terus kami berdua pandang memandang, sekali nampak pada botol yang sebelah bunga tu, sugar syrup...

"ka kena bubuh ni?" tanya miezha, kami dah gelak-gelak tengok meja sebelah-sebelah, tapi tak nampak pun, last-last mama ambil sugar syrup tuang dalam cawan, sesuaikan rasa...hahaha baru kena, rupanya memang dekat sini, kena isi air gula sendiri hehehe...darat sungguh laaa...



Ini makanan yang mama order chicken roasted olio...apatah namanya mama tak berapa nak ingat tapi lebih kurang macam tu lah namanya, sedap sangat, semua terasa bahannya..



Ni miezha punya, beef olio, tapi miezha tak nampak catatan tambahan kat bawah tertulis, spicy...mezha tak tahan pedas, sudahnya kami bertular pinggan hehehe,...mama ok je makan pedas, tapi bagi pemakan pedas macam mama ni tetap merasakan spaghetti ini memang cukup pedas...



Ini macam signature dish la dekat sini, kalau datang makan dekat sini kena order kek nih namanya almond salted caramel crepe cake, memang sangat sedap, tapi kami order satu je share, makan sambil nangis...huhuhu nangis sebab sedap dan mahal hehehe 1 slice rm13.80..tetapi berbaloi la dengan rasanya..sesekali nak rasa apa salahnya kan, sempatlah mama bungkus untuk adik buyung kat ofis mama tu satu dan untuk buah hati mama satu...mesti sedap sebab buah hati mama makan sampai tak terkata tu, bukan tak terkata je, tapi tak pelawa la mama ni hah...

itu je cerita jalan-jalan cari makan mama kali ini, kami merancang untuk berdating sebulan sekali selepas gaji hahaha...selepas ini kita ke kedai makan lain pula...

Sesiapa yang hendak ke sini :

Wisma Faiz Azrina,
No.24 Jln. Tengku Ampuan Zabedah A9/A,
Seksyen 9, 40000 Shah Alam

Belakang Shell disebelah concorde hotel..

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam