Sunday, 31 May 2015

Perjalanan terakhir seorang insan

Assalamualaikum...

Setiap yang bernyawa pasti merasai mati, yang kita tidak tahu bila & bagaimana kematian itu akan datang.

Malam sabtu..adik ipar mesej beritahu keadaan tok semakin teruk,mereka bawa tok ke hospital,akak beritahu en.azmi pagi nanti boleh la kita balik kampung tengok tok.

Dalam pukul 4.20am akak terjaga.. eh bila masa akak kunci jam pukul 4.30 ni? Sebab esok bukan kerja,dalam mamai tu sempat juga berfikir,kemudian telefon berbunyi lagi..oh telefon en.azmi yang berbunyi..rupanya abah call bagitahu tok sudah tiada..innalillahiwainnailahirojiun

Terus akak bangun kemas beg..en.azmi kejut anak-anak mandi dan bersiap selepas subuh kami bergerak ambil adik ipar di kelana jaya.alhamdulillah perjalanan lancar. Di kampung hanya ada abah, mak dan adik2 ipar masih di hospital menguruskan jenazah untuk dimandi dan dikafankan.

Selesai solat jenazah..kain kafan dibuka untuk kami melihat wajah tok buat kali terakhir. Saat ini airmata akak mengalir, teringat pula kali terakhir berjumpa sempat juga la akak tolong tukarkan pampers tok..oh ya tok en.azmi ni sakit tidak bole berjalan dan tidak dapat uruskan diri sendiri..alhamdulillah di pengakhiran hidupnya segala urusannya Allah permudahkan..


Van membawa jenazah ke tanah perkuburan..anak-anak melihat urusan pengkebumian..selepas itu banyak persoalan yang ditanya,sengaja akak bawa agar anak-anak tahu tentang hal-hal berkaitan kematian.. sampai dirumah adrien bertanya "kenapa onyang tak balik?" Akak pun terangkan pada adrien kenapa...

Pada abang adam juga masa dalam perjalanan pulang ke kampung... akak katakan semua orang akan mati,mama juga akan mati dan akan ditanam didalam tanah..cuma masanya tidak tahu bila...

Semoga arwah tok ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh...

Pesanan buat anak-anak mama :

Berbuatlah kita sebanyak mungkin amal kebaikan seolah-olah kita akan mati esok hari...memang kematian itu menakutkan melainkan bagi orang-orang yang beriman dan beramal soleh

Allahumasolli a'ala sayyidina Muhammad
Waala ali sayyidina Muhammad

Wassalam

Friday, 29 May 2015

tersangat lemah

Assalamualaikum....



Keputusan peperiksaan abang adam semalam.




Alhamdulillah..mama berpuashati dengan pencapaian abang adam...jangkaan mama untuk matematik pun memang tepatlah,tidak...bukan mama letak target untuk math tu ye,cuma mama jangkakan abang adam pasti mendapat markah yang tinggi untuk math,cuma tidaklah mama jangka abang akan mendapat 100%.

Cuma...kata cikgu, abang adam sangat lemah dalam ejaan, tengoklah tu markah untuk ejaan 1/10 dan spelling 0/10... abang adam bukan tidak tahu membaca,abang adam tahu, bila mama ambil buku minta abang adam baca,abang adam boleh baca, cuma bila mama minta abang adam mengeja.. abang tidak boleh macam mana tu? bila mama cakap..cuba abang eja pokok..abang tidak boleh mengeja.

Kenalah mama gigih lagi untuk mengajar abang adam dalam ejaan ni,terpaksalah gugel kalau-kalau ada teknik yang dapat mama ikut agar memudahkan mama dalam mengajar abang adam nanti, ia lah risau juga mama tahun depan abang adam dah masuk darjah 1,sekurang-kurangnya mama mahu abang adam dah pandai mengeja.

InshaAllah...mama akan terus berusaha untuk mengeajar abang ye. memang sebelum ini pun masa mama berwasap dengan cikgu abang,itulah kelemahan abang adam yang cikgu beritahu pada mama, takpe abang kita belajar slow-slow ye,walaupun bukan senang nak mengajar,tapi mama akan cuba.. ye lah baru ajar 5minit abang dah penat, kena banyak sabarlah mama ni, hoi ini baru sorang anak muridnya,macammana lah cikgu yang mengajar berpuluh pelajar tu kan,tak dapat mama bayangkan, anak sendiri ni boleh juga nak marah nak cepuk, tapi kalau anak orang lain tu kena berfikir dululah kan, tapi mama ni dah pesan dekat cikgu abang,kalau abang nakal,abang main-main masa belajar taknak dengar cakap cikgu, rotan aje..rotanlah bila abang buat salah..mama tak marah.

Pesanan buat anak-anak mama :

don't see other's doing better than you..beat your own records everyday..because success is a fight between you and yourself

Allahumma solli ala saiyyidina Muhammad
Wa ala aali saiyyidina Muhammad

Wassalam


Thursday, 28 May 2015

dilema mama

Assalamualaikum....

Pagi ni siap-siapkan abang adam... semalam pun sebelum abang tido,abang dah cakap pada mama
"mama..esokkan abang tak payah pakai baju sekolah,abang pakai baju jalan je,sebab esok kena ambil fail je"

"ok abang..." oh ya ambil fail tu,ambil result exam abang adam yang lepas lah.

Pagi ni sesudah abang solat subuh,abang bagitahu mama
"mama hari ni cikgu pesan mama dengan papa kena datang sekolah ambil fail abang" tetiba mama rasa sedih,macammana mama nak cakap ni?

"hari ni abang pergi sekolah dengan papa je tau"

"ala...kenapa mama tak pergi?" mama diam seribu bahasa..sedihhh sambil iron baju.mama berfikir, mahu time off ke pagi ni untuk bersama abang ke sekolah? mama dalam dilema nih antara anak dan kerjaya... hari ni pula survey bulanan hendak ditutup,mama pula ada appoinment dengan responden, sudah berjanji akan telefon pagi ini untuk dapatkan data,macammana mama nak buat ni? sedih lagi...

Kalau mama time off,nanti berlama disekolah...terlepas waktu untuk telefon responden pula,alahai.. kedua-duanya penting, akhirnya mama putuskan untuk pergi kerja seperti biasa.

Dalam kereta,abang hantar mama pergi ofis hari ni...

" Abang..mama minta maaf tau sebab mama tak dapat teman abang ambil resul exam,abag pergi dengan papa je,sebab hari ni mama kena kena kerja,mama kena telefon responden mama.."

"ok mama..." jawab abang adam,mama harap abang faham,inshaAllah nanti hujung tahun mama akan luangkan masa untuk ambil result abang.

Sebenarnya mama memang teringin sangat nak ke sekolah untuk ambil result abang,nak jumpa cikgu bertanya kelemahan dan kelebihan abang,tapi tecer bagi mesej book bagitau hari untuk ambil result lambat sedikit,kalau tidak mama boleh ambil cuti.

Selama ini memang papa je yang uruskan hal sekolah abang,dari pendaftara,menghantar abang dihari pertama,mengambil result exam...semualah berkaitan sekolah papa yang uruskan,bukan mama tidak ambil berat,tapi waktu kerja papa lebih fleksible,mama kena ambil cuti bagai,jadi lebih mudah untuk papa uruskan, daftar sekolah rendah abang,mama daftarkan online, ke sekolah untuk mendaftar, mula dulu mama turut serta,selepas itu papa mahu tukarkan abang ke sekolah lain,jadi semua urusan papa yang uruskan.. inshaAllah tahun depan abang darjah satu,mama akan ambil cuti untuk abang..

Sehingga entri ini ditulis..mama masih terasa ralat, nak menangis pula rasanya...

Pesanan buat anak-anak mama :

Biar apapun result abang,mama tahu abang dah buat yang terbaik...kalau cemerlang itu bonus, kalau tidak...usaha lagi.

Allahumma solli ala saiyyidina Muhammad
Wa ala aali saiyyidina Muhammad

Wassalam

Wednesday, 27 May 2015

very good

Assalmualaikum....

Menjadi mama kepada 3 orang anak yang sedang memnesar ini memang mengujakan, menggembirakan walaupun kadang-kadang amat meletihkan...hehehe itu biasalah meskipun mama ni supermama,kadang-kadang tetap merasa letih jugakan.

Mujur lagi balik kerja awal,sampai dirumah pukul 5pm terus kelentung-kelentang bersilat didapur, menyediakan apa saja juadah yang termampu asalkan dapat mengisi perut seisi keluarga. Juadah tidaklah segah mana tapi bila mendapat pujian dari anak-anak kembanglah hidung mama ni..oh bukan nak tunjuk gambar makanan ye, hari ni takde gambar makanan..

Pukul 6pm..anak-anak balik dari taska,mama masih didapur menghabiskan sedikit lagi kerja-kerja memasak. selesai memasak melayan anak-anak sebentar menonton televisyen dan mendengar mereka bercerita apa yang patut,sambil mengangguk disana-sini,entah mulut dan wajah mana yang mama nak pandang pun dah tak pasti hahaha..ye lah semuanya nak bersuarakan dan semua pun nak perhatian mama..

pukul 7pm...bersedia memandikan anak-anak seorang demi seorang,kadang-kadang mandi sambil mulut mama tak henti membebel,biasalah mama kan kalau tak membebel tak sah, pulak tu ada je benda yang nak dibebelkan, kena bersedia awal..lepas tu tunggu abang adam bersolat, kalau mood ok abang adam akan baca sendiri bacaan dalam solat,kalau mood tak ok...mama yang bacakan abang adam ikut...ohoiii bertabah dan bersabarlah mama..cekalkan hati...

Terpanggil untuk ajar anak-anak bersolat seawal ini, kerana mama pernah terfikir...usia ini sampai bilakah penghujungnya, apakah mama sudah buat yang terbaik buat anak-anak mama?apakah yang mama sudah ajar kepada anak-anak mama? andai mama pergi suatu hari nanti mama ingin tinggalkan anak-anak yang soleh yang dapat mendoakan mama dan mengirimkan pahala untuk mama nanti...

Seusai abang bersolat...adrien pula datang membawa buku latihan.."mama...yen ada homework" ok buatlah, rasa tidak adil untuk meninggalkan adrien sendirian,mama temankan adrien membuat homework,menunggu adrien buat homework juga menuntut kesabaran..hehehe apa taknya, yang tak perlu buat pun dia nak buat..urut dadalah mama....

"mama...amik gambar ni,yen dapat very good,nanti tunjuk dekat ibu"

ok marilah mama amikkan gambar...


hasil kerja adrien...siap tunjuk yang mana dia dapat very good...yang dapat tanda soal sebab malas nak buat dia tak tunjuk pulak tu..huhuhu pandai je dia kan,nak tunjuk yang baik-baik je.



ini yen kangger lukisan cantik tak mama? ye..cantik sangat yen kaler nih...

Selepas habis melayan adrien membuat homework,abang adam pula muncul dengan buku sekolahnya " mama..abang pun ada homework ni,mama teman abang buat ye"
" ok abang buatlah mama tunggu abang.."

Sudahnya pukul 8 lbh baru mama jumpa air...hahaha dalam ertikata lain baru nak mandi, apa nak buat melayan anak-anak terlebih dahulu,demi kepuasan anak-anak, itu belum campur dengan adelya menangis nak susu lagi...mama melayan 3 orang dah macam ni,macam mana la arwah mak akak dulu yang menjaga kami adik-beradik 9 orang nih.

Wah mama menulis macam diari harian pulak ye...hehehe pada hal nak cerita pasal adrien je ni...

Pesanan buat anak-anak mama :

Belajar itu bukan sekadar untuk mendapat keputusan yang cemerlang tetapi belajar itu lebih kepada untuk mendapatkan ilmu.

Allahumma solli ala saiyyidina Muhammad
Wa ala aali saiyyidina Muhammad

Wassalam

Tuesday, 26 May 2015

sambutan suku tahunan

Assalamualaikum....

Di Seksyen mama bekerja ni, kami ada buat sambutan hari lahir secara suku tahunan..

ini dah lama pun majlisnya,tapi baru sekarang teringat nak update..hehehe sebab banyak sangat kisah anak-anak yang nak diceritakan,cerita mama dipinggirkan lah,lagipun cerita mama tak berapa menarik,cerita anak-anak lebih menarik untuk dikongsi, tapi kali ni mama kongsi juga lah cerita mama yang tak seberapa tu..



Untuk bulan jan.feb dan mac..hanya 5 orang je, jadi jom lah kita potong kek ramai-ramai..tak potong pun tu, eksyen je lebih...sapa nak makan potong sendiri. kek besar tu beli dengan duit seksyen yang kami collect setiap bulan,kek kecik tu ada yang sponsor...

Hari tu juga atas permintaan...mama ada memasak juga..hehehe, mama masak apa tu???





Inilah yang mama masak...permintaan adik-adik di seksyen tu yang minta mama masakkan spaghetti, mama buatlah spaghetti meatball...kata mereka sedap sangat spaghetti mama ni ( hamboih kemain lagi mama puji diri kan..hehehe jangan marah ye sesekali...ini kata mereka bukan kata mama) siap cakap mereka buat tapi rasa tak macam yang mama masak ni... ada yang minta resepi lagi, ok nak resepi ambil kat sini ye..

Seronok juga sesekali ada majlis macam ni,boleh berseronok bersama kawan-kawan dan bos.. dapat bos sporting lak tu memang ngam lah..

Pesanan buat anak-anak mama :

Kita adalah siapa kawan-kawan kita, carilah kawan yang baik yang dapat membimbing kita ke jalan Allah.

Allahumma solli ala saiyyidina Muhammad
Wa ala aali saiyyidina Muhammad

kita belajar slow-slow

Assalamualaikum....

Pesanan buat anak-anak mama :

Daripada 'Amru bin Syu'aib, daripada bapanya,daripada datuknya berkata, sabda Rasulullah saw :

"Perintahkanlah anak-anakmu mendirikan solat ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka jika meninggalkannya ketika berumur sepuluh tahun serta pisahkan tempat tidur mereka"


"Wahai anak kesayanganku, dirikanlah solat dan suruhlah berbuat kebaikan serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar dan bersabarlah atas segala ba'la bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya."



Alhamdulillah...mama perlahan-lahan cuba mengajak abang adam bersolat, setakat ini.. alhamdulillah abang adam mahu mengikut cumanya,masa abang adam bersolat tu mama kena tunggu sebelah,kalau tidak jadi macam pagi tadi,mama bekejar nak mandikan adelya, tetiba mama tengok abang adam bersujud lama,rupa-rupanya menangis sebab mama tinggalkan dia,aduhaiii abang adam nih,takpe lah,ok mama tunggu abang terpaksalah abang adam bersolat semula... (kenapa papa tak tolong mandikan anak-anak? oh anak-anak mama ni ikut mood,kadang-kadang kalau mereka mahu mama yang mandikan,kenalah mama mandikan,kalau papa yang mandikan mahu mereka meraung di pagi hari..hahaha sabar je lah mama ni kan)

Adelya pun semangat juga nak bersolat dengan abang adam tu,nanti mama kena beli telekunglah untuk adelya,baru nampak ok sikit, ini dengan baju tak berlengan adelya bersolat, sempat lagi tu pandang mama,(saja mama snap pic anak-anak tengah bersolat ni,kenangan untuk mereka tengok suatu hari nanti) buat masa ni abang adam bersolat,kuat bacaannya...tidak apa biar abang baca kuat supaya mama dengar,ada yang salah mama boleh tegur, untuk permulaankan.. diharap semua ini akan berterusan,moga abang adam terus istiqomah menunaikan solat..

Dalam mendidik anak-anak bersolat ni mama perlu kuat dari segi fizikal dan mental, dari segi fizikal mama kena jaga tangan supaya tak ringan sangat, kang asyik-asyik nak merotan je..hahaha mana boleh rotan lagi mama ye... dari segi emosi pun kena jaga, tak boleh cepat marah..hehehe adoiii mama ni dah la kurang kesabarannya kan...sibuk-sibuk masak dengar azan, kena berhenti...pegi pada abang adam yang sedang asyik tengok kartun, pujuk untuk bersolat, ini pun kena gigih jugak nih.. gigih memujuk,bukan senang bila dah asyik tengok kartun tu nak berhenti dulu kan..bersolat pulak tu yang abang sendiri tidak nampak lagi kenapa solat itu perlu dilakukan...

Pernah mama ambil masa sedikit..berdua je dengan abang adam...mama terangkan apa kepentingan solat dan macam-macam lagilah mama berbual dengan abang, tak tahulah abang ingat ke tak...ye seronok juga luangkan masa begitu,luahkan isi hati bersama anak-anak,baru mama tahu apa yang ada dihati  abang sebenarnya...tapi kadang-kadang abang buat perangai tu biasalah, budak-budakkan...

Cabaran lain bagi mama dalam mendidik abang bersolat ni yang terbesar bagi mama adalah adik-adik...adoiii adelya ok lagi,abang bersolat dia pun bersolat,tapi yang paling menuntut kesabaran adalah adrien...budak yang suka mengusik, abang bersolat dia ikut dibelakang,abang baca bacaan dalam solat dia pun ikut kuat-kuat tapi entah apa yang dibacanya sampai terganggu bacaan abang, terus abang monyok,abang biasalah manjanya terlebih, mulalah..mama tengok adik ni,kacau abang.. urut dada mama dengan adrien ni,kadang-kadang dia berdiri didepan abang sambil gelak-gelak tengok abang solat...aduh nak suruh dia ke tempat lain,tak patut pula bagi mama biarlah adrien belajar sama,tapi itulah budak kuat mengusik itu, ada saja idea dia untuk mengusik..mama kena sabar banyak-banyak sangat nih...

Anak-anak mama...


"Rumah yang dibaca didalamnya al-Quran akan dikunjungi para Malaikat dan dijauhi para syaitan dan selesa kehidupan ahli rumah tersebut dan banyak kebaikan dan kurang kejahatan dan adapun rumah yang tidak dibaca al-Quran didalamnya dikunkungi para syaitan dan dijauhi para Malaikat, tidak selesa kehidupan ahli rumah tersebut,sedikit kebaikan dan banyak kejahatan".

Selepas solat maghrib mama akan ajak anak-anak membaca al-quran,alhamdulillah juga, walaupun bacanya tidak banyak tapi anak-anak membaca itu sudah memadai, buat masa ini mama mengajar dahulu dirumah selepas ini mama akan hantar anak-anak mengaji kepada orang yang lebih layak mengajar,mama ajar apa yang mama tahu sahaja,mungkin masih banyak yang perlu mama perbetulkan dari segi bacaan dan hukumnya...haiii nampaknya mama juga perlu mencari guru untuk belajar nih..


Peringatan untuk mama juga nih :

Sabda Rasulullah saw, sesungguhnya hati ini berkarat sepertimana besi yang berkarat,Sahabat bertanya : Wahai Rasulullah bagaimana untuk mengilatkannya? Baginda menjawab : Membaca al-Quran dan mengingati mati.

Ya Allah jadikanlah aku dan zuriat keturunanku tergolong dalam orang-orang yang menunaikan solat... Maaf terlalu banyak yang mama tulis nih, bukan untuk membangga diri dengan apa yang mama lakukan,sekadar berkongsi, mungkin suatu hari nanti anak-anak mama juga boleh lakukan seperti yang mama lakukan ini..Entri ini sekadar untuk tatapan anak-anak suatu hari nanti...

Doakan anak-anak akak ye...

Allahumma solli ala saiyyidina Muhammad
Wa ala aali saiyyidina Muhammad


Wassalam



Monday, 25 May 2015

makan-makan,jalan-jalan

Assalamualaikum...

Sabtu...seharian dirumah bersama anak-anak sebab papa dorang bekerja.

Ahad...mama cuti masak,en.azmi bawa makan diluar.tanya anak-anak nak makan apa? Macam biasa adrien pantas menjawab "yen nak makan chicken chop dengan nasi" adoiii...tetengah hari ni nak mencari chicken chop? Mama ni dah la lapar nasi.

Akhirnya tak menghampakan adrien kami makan juga lah chicken chop, abg adam macam biasa ikut je,sudahnya share makan dengan mama dan abg adam yang makan lebih-lebih..hihihi takpelah mama tukang suap pun dah kenyang tengok anak makan walaupun perut mendidih hahaha.



Inilah makanan yang di order.. alhamdulillah menepati selera, semuanya sedap lagipun sesekali dapat belanja anak-anak makan mengikut selera mereka rasa puas dan seronok, tengok mereka makan dengan berselera lagilah seronok,walaupun macam-macam hal yang mereka buat, membising je kerjanya..adrien pulak siap kelek bantal busuk dia bawa masuk kedai.. suruh tinggal dalam kereta tidak mahu..adelya pun sama naik juga,dah elok-elik mama letak dalam baby chair tu dia boleh keluar naik atas meja ohoii sabar je lah..pastu nampak meja sebelah ada budak kecil.siap panggil baby..baby..pastu boleh dia main cak-cak dengan baby tu..hehehe yang baby tu pun melayan senyum-senyum tengok adelya..

Selesai makan en.azmi ajak balik tapi akak ajak bawa anak-anak jalan-jalan dulu, dekat situ apa yang dekatnya..i-city shah alam lah..ok lah..moh la kita ronda-ronda, tapi biasalah tempat yang dekat kosnya tinggi pulak,takpe lah sekali sekala kan,lagipun memang tak pernah masuk pun tengok apa yang ada dalam i-city ni secara keseluruhannya lagi kan..dulu masuk trick art museum je.


Anak-anak teruja tengok pelbagai binatang yang ada dekat situ,sikit-sikit minta mama snap pic, tapi takde sorang pun yang nak bergaya elok,memasing buat hal sendiri, jenuh mama nak snap pic, sudahnya mama amik je la yang mana sempat.

memula masuk snow walk...layankan gambar-gambar yang ada



Adrien..memula nak pakai boots tu siap cakap " eh..ni macam kasut tok je" hahaha, kebetulan kan macam kasut tok, kat kampung tok pun ada boot macam tu,cuma warna kuning.


Ada beberapa permainan gelongsor yang boleh dimain,tapi mama tak main pun..sejuk betullah dalam tu,macam ni ke rasa salji sebenar?...hehehe sebab tak pernah rasa salji sebenar jadi tak tahu lah kan, kat dalam ni memang sejuklah,tak tahan betul,anak-anak juga yang seronok,boleh lagi main gelongsor ais tu,tak kisah pun seluar basah,adelya pun main juga.


adelya asyik nak berdukung dengan papa je lah, itu marah sebab papa tinggalkan dia, kalau berjalan pulak bukan main,mama dah pegang tangan dia,sebelah lagi mesti papa yang pegang,kalau papa tak pegang mengamuklah taknak berjalan..perangai sangat kannn..itu masa dalam ice age adventure tu dia duduk dengan papa.rilek je..abang-abang dengan mama la, tak takut pun tengok dinosour dalam tu,abang adam pun ok,adrien yang takut siap peluk mama..hehehe


mama pun teringin jugak nak bergambar..satu ni jelah gambar mama yang ada,itupun mujur papa sudi nak snapkan pic mama nih...abang adam memang susah nak diajak bergambar,jadi bergambar bertiga je la..


semangat adrien nak naik atas semut nih..dia panjat sampai boleh, anak-anak teringin nak main permainan yang ada dekat sini,tapi takde orang yang main pun,kata en.azmi benda ni main malam je.. ye ke? entah-entah dia tipu..hahaha,tapi memang takde yang main pun,lepas tu ada orang dok repair permainan yang ada dekat sini, under construction kot. jadi kita amik gambar je lah kan.


Abang adam macam biasalah gayanya bila bergambar...sokmo lah nak jadi robot, itu yang muka jadi entah apa-apa tu..layankan aje lah...


Kemudian kami cuba masuk submarine pulak..seolah-olah kita masuk dalam kapal selam, meneroka dalam laut, tapi bagi mama lebih seronok jika kapal tu bergegar-gegar  sedikit, baru terasa lebih real, macam mama pernah rasa masa di petrosains dulu..naik helikopter dan bergegar hahaha... kalau bergegar tentu lebih takut rasanya masa kapal ditelan sotong gergasi tu...adelya macam biasa walaupun gelap tidak berbunyi pun, adrien..mula-mula bukan main yen berani la mama... dalam tu pejam mata peluk mama kuat-kuat hahaha...



Akhir sekali masuk fun drive, hero berdua memang suka lah,papa la yang jadi mangsa tukang bawa kereta,mama tunggu je dengan adelya, sebab kereta tu boleh muat dua orang je,kalau bertiga bole juga mama join bawa adelya dengan adrien,abg adam dengan papa,tapi tak boleh terpaksalah papa yang bawa dua-dua hero dia tu..seronoklah budak berdua tu dapat naik kereta abang adam siap nak naik lagi, tapi mama dah penat,lain kali pulak kita jalan-jalan ye...

itulah cerita hari ahad, sesuatu yang tak dirancang pun, tapi alhamdulillah..dapat juga bawa anak-anak bergembira...

Pesanan buat anak-anak mama :

Hasan r.a berkata Rasulullah s.a.w telah bersabda,

"Moga-moga Allah merahmati seorang hamba yang baik lalu memperoleh keuntungan di dunia dan di akhirat, atau berdiam diri dan terselamat dari salah silap lidah."

Hadis Riwayat Baihaqi

*Diam itu lbh baik...jika tiada apa yang mahu kita ucapkan (tapi mama ni banyak cakapnya..)

Allahumma solli ala saiyyidina Muhammad
Wa ala aali saiyyidina Muhammad

Wassalam

Sunday, 24 May 2015

seorang ironman seorang bermisai

Assalamualaikum....

Petang semalam selesai mandikan anak-anak mama mengemas apa yang patut. Abg adam dengan adrien sudah siap berbaju terus ke bawah bermain,mama diatas melayan adelya. En.azmi tiada kerana semalam ada kerja yang perlu dilakukan keluar dari pagi, hampir pukul 8mlm baru sampai rumah.

Tengah mama bersiap untuk maghrib 2hero mama tu naik,yang seorang tersenyum-senyum,seorang lagi pula beraksi bagaikan ironman,kebetulan pada petangnya mereka dok layan movie ironman kat astro..apalagi jadi ironman la pulakkan.

Mulanya mama buat taktahu je,tapi bila mama dok perati muka memasing... aduhaiii...tergelak mama menengoknya


nampak tak apa yang ada kat abg adam tu? Siap dilukis dengan pen dekat tapak tangan lampu macam ironman tu..dekat tapak kaki pun ada,itu dekat dahi pun ada..macam-macam lah bebudak ni.


Kalau abg adam jadi ironman, adrien pula jadi tony stark..tengok tu siap lukis misai macam tony stark...hahaha. siap buat mulut macam tu nak suh mama snap pic bagi nampak misai dia.

Ini rumah masih sunyi,anak-anak masih tido,hari ini entah apa pula kerenah mereka agaknya..hahaha,mama layankan aje

Pagi-pagi dah cerita pasal anak-anak mama ni,ye lah..ini bagaikan diari mama untuk anak-anak,jadi apa saja keletah atau gelagat mereka mama akan catit disini,mana tau suatu hari nanti mereka akan membacanya kan.

Pesanan buat anak-anak mama :

mama sayang anak-anak mama,melayan kerenah anak-anak menghiburkan hati mama,jadilah anak yang baik ye.

Allahumma solli ala saiyyidina Muhammad
Wa ala aali saiyyidina Muhammad

Wassalam

Saturday, 23 May 2015

semangat pulak dia

Assalamualaikum....

seronok hari ni sebab hari sabtu dapat lepak dirumah bersama malaikat kecil mama yang bertiga ni,mama mengemas mereka juga sibuk,nak pulak anak dara mama yang sorang ni.

Tarik nafas sekejap,ambil telefon coretkan sesuatu disini..kisah anak-anak mama lah ni..semalam petang balik dari taska mandikan anak-anak lepas tu adrien dengan semangatnya ambil buku buat homework,malam sebelum tu bukan main lagi taknak buat sebab penat katanya,kali ni mungkin kena marah dengan tecer agaknya sebab tu gigih buat tu..hehehe tapi ok la janji nak buat.


Tengoklah tu semangat buat homework, yang tecer tak suruh pun nak dibuatnya.

Lepas buat homework terus cakap " yen ngapar...baru nak makan pizza" hamboih dia, selera tak beragak je kan,kebetulan nak pergi rumah kakak,singgah pizza bungkus je,makan ramai-ramai dekat rumah kakak,saja belanja sebab abg ipar tolong repair kereta kalau nak bagi upah mesti dia taknak jadi belanja pizza saja lah. Sudahlah abg ipar baru balik dari out station terus tolong repair kereta.. hihihi

Ok lah mama nak sambung kembali kerja yang tergendala tadi...

Pesanan buat anak-anak mama :

Rajin-rajin belajar..carilah ilmu yang berguna bekalan dunia dan akhirat.

Allahumma solli ala saiyyidina Muhammad
Wa ala aali saiyyidina Muhammad
Wassalam

Friday, 22 May 2015

munafik katanya

Assalamualaikum....


alahai dihari jumaat yang indah ini tetiba akak tersentap pulak..

Pagi ini ada bacaan yassin di ofis akak nih, encik yang mengetuai bacaan yassin ini katalah kepada siapa bacaan ini ditujukan, antaranya kepada orang muslim rohingya...sebut aja perkataan itu,airmata akak terus menitis,laju-laju tarik hujung shawl kesat airmata...

Sebabnya sebelum bacaan yassin tu akak ada terbaca pasal kisah rohingya ni..sedih sangat rasanya,masa tu dah bergenang airmata,bila encik tersebut menyebutnya lagi teruslah menitis airmata akak,mujur duduk dibelakang,takde sapa lah yang nampak akak dok mengesat mata ni...aduhai sejak umur dah meningkat macam ni,tak boleh akak dengar benda-benda macam ni,terus gugur airmata..ntahlah kenapa

Selesai bacaan yassin, bacaan doa...encik tersebut mendoakan seluruh ummat islam,rohingya,palestin dan keseluruhannya, encik yang membaca doa menangis,akak apatah lagi sikit je lagi nak tersedu sedan,bukan akak je ada la beberapa orang lagi yang turut serta mengesat mata secara berjemaah mujur air hidung tak ikut serta..hahah

Seusai majlis...ada satu suara berkata-kata yang merentap jantung hati..."apalah berdoa sampai menangis macam orang munafik"... oh adakah berdoa dan menangis itu dikira orang munafik? apakah maksud munafik itu sebenarnya...bukankah kita dianjurkan berdoa sehingga menangis, bagi menyesali segala dosa dan perbuatan kita, sesungguhnya jika menangis itu ianya benar-benar tulus dari hati ketika berdoa? (betulkan akak jika akak tersalah ye)

munafik dari segi bahasa maksudnya : orang yang menyembunyikan perkara atau maksud sebenar.

munafik dari segi syarak pula bermaksud : seseorang yang tidak menzahirkan kekufuran dengan cara menyembunyikan dalam hati.

Huraiannya bolehlah lihat di sini

Berkaitan doa ada yang berpendapat bahawa,ketika doa kita benar dan inshaAllah makbul, kita akan merasakan salah satu dari hal ini :

- ingin menangis atau bahkan menangis ketika berdoa
- dada tersa hangat dan bergetar
- terasa ada sesuatu yang menakutkan dalam hati kita

Ada beberapa jenis doa yang sangat makbul :

- doa orang yang dalam keadaan terdesak
- doa orang yang teraniaya atau dizalimi
- doa anak yang soleh dan berbuat baik kepada ibu bapa
- doa seorang muslim yang tidak (atau jarang sekali )berbuat zalim dan tidak pernah memutuskan   silaturrahim.

Semoga doa kita dimakbulkan oleh Allah swt...jangan berputus asa teruskan berdoa..

Wallahu'alam... maaf jika ada yang akak tersalah tulis.

yen penattt

Assalamualaikum....

Anak bujang mama yang sorang ni.. hmmm seorang yang tegas pendirian sampai kadang-kadang mama tak boleh nak buat apa dah.

Malam tadi mama suruh buat homework yang tecer taska suruh buat,dia bole cakap apa kat mama "yen penattt..." abis penat pun takkan tak buat homework? "Yen penattt mama..."sambil mata dan tangan leka dengan buku cuci tangan dari lifebuoy tu..semangat menampal, geram je mama tengok.




Tengoklah gayanya tu...kemain lah nak bermanja dengan bear pulak,kengkonon sweet la tu..hehehe 
budak yang tak habis lagi pelatnya,kadang-kadang bila mama tegur.. lagi dia buat pelat mengalahkan adelya pulak gaya cakapnya.."mama..yen nak andi,nak akai aju" pastu gelak-gelak tengok mama, kenakan mama la tu kan..geram je tengok adrien ni tau...

Kalau mengamuk pun boleh tahan..bila masa adrien mengamuk??? hmmm...kalau keluar berjalan dan terlupa bawa bantal busuk dia..adoiii...bantal busuk dia pun mama nak kena ingat ke?? bila sedar bantal busuk dia takde,mulalah dia berzikir dalam kereta sepanjang jalan "nak bantal busuk yen..nak bantal busuk yen.." sepanjang jalan okeh ayat tu diulang-ulang..naik bingit telinga dibuatnya. pergi taska pagi-pagi pun kena bawa bantal busuk,tapi tak bawa masuk taska la..tahu pulak dia malu yeee..

Bergaduh dengan abang adam itu biasa,tapi kalau nak minta tolong abang adam bukan main lagi,siap buat muka comel..bahasakan diri adik lak tu kalau dengan abang adam.."abang..jom la teman adik pegi toingget,adik nak kencing nih".."abang...tolong amikkan adik air..adik dahaga" haaa..kemain kan adik lagi...dengan adelya dia panggil baby..kadang-kadang baby ya,kadang-kadang yaya,ikut sedap mulut dia lah nak panggil apa,suka juga cari pasal dengan adelya,suka menyakat..


Hasil aktiviti di taska, guna sudu plastik buat orang,balik taska terus bagitau ini mama dengan papa.. alolo..sweet sangat nampaknya tu..hehehe vouge sangat mama,rambut sejemput kat dahi tu hensem sangat papa tu...alhamdulillah banyak dah yang adrien belajar dekat taska tu, dah 4 tahun ni sudah mula belajar menulis dan membaca di taska,homework pun dah ada,cuma itulah selalu je..yen tak pandai nak buat...abang adam pulak jadi mangsa kena tuliskan untuk dia...haishhh budak bertuah sorang ni,ada je idea dia nak membuli abangkan.. 

Lepas ni adrien kena rajin buat homework sendiri tau,takmo suruh-suruh abang lagi, kalau tidak bila nak pandai hehehe...tapi mama ni takde bagi tekanan pun bab belajar ni pada anak-anak,ikut kemampuan mereka dan mama ajar ikut kemampuan mama,sebab mama ni pun tak pandai sangat nak mengajar..selalu jugak hilang kesabaran hahaha

Pesanan buat anak-anak mama sempena hari jumaat ni : 
 


Daripada Abi Umamah berkata , Rasulullah saw bersabda...Perbanyakkanlah selawat keatasku pd setiap hari jumaat. Sesungguhnya selawat umatku dipersembahkan kepadaku pada setiap hari jumaat. Barangsiapa yg paling banyak mengucapkan selawat ke atasku, maka dia adalah org yg paling hampir kedudukannya di sisi ku..-Diriwayatkan oleh al baihaqi..

Allahumma solli ala saiyyidina Muhammad
Wa ala aali saiyyidina Muhammad


Thursday, 21 May 2015

masak lemak ketam nenas

Assalamualaikum...

Minggu lepas adik-adik dan kakak datang berkumpul dirumah akak, sudah lama rasanya rumah ini tidak riuh macam tu.Sebelum datang tu memasing siap order apa yang nak dimakan antaranya butir nangka,rendang kerang dan masak lemak ketam..ok akak layankan aje sebab permintaan tu senang je nak dibuat.





haaaa tu dia...sebekas akak punya masak lemak ketam nenas nih,tapi ketamnye kecik-kecik bolehla lepaskan kempunan adik-adik nak makan masakan kakak dorang yang kononnya sedap sangat nih.. hahaha nak resepi ke? kuikuikui bajet terer kan akak nih, kalau nak boleh lah ke sini (blog khas masakan akak yang kononnya untuk rujukan anak-anak satu hari nanti).

Alhamdulillah...semua masakan licin dimakan,senang hati akak tengok..ye lah bila kita memasak dan orang makan dengan berselera tentu kembang hati kita kan,walapon yang kita masak tu biasa-biasa je..

Ini pun ada permintaan lagi dari adik kat opis nih,minta dibuatkan butir nangka sebelum puasa nanti, inshaAllah..yang mana akak boleh buat akak akan buat demi adik-adik ye,seronok bila ada yang meminta kita masak untuk mereka dan mereka makan penuh selera, haishhh bukan bangga diri tau, saja lahirkan rasa seronok, banyak permintaan adik-adik nih sebenarnya...hehehe tapi bab makan dan masakan ni akak tulis kat blog lagi satu tu je..

Pesanan buat anak-anak mama :

Buatlah sesuatu dengan ikhlas,pasti hasilnya akan menyenangkan semua orang..

Wassalam

Wednesday, 20 May 2015

maafkan mama abang

Assalamualaikum...

Abang adam ni kadang-kadang suka mengamuk,apa yang dia nak tak dapat mula lah nak membentak-bentak..sabar aje lah mama dengan perangai abang adam ni.

Biasalah setiap anak tu perangainya tidak samakan,mama tidak sesekali membezakan anak-anak mama,cuma kadang mama sedih dan tersentap bila dengar orang cakap abang nakal,abang degil dan abang jahat..bila orang membezakan abang dengan adik-adik, menangis mama dalam hati.

Mama yang mengandungkan abang,mama yang rasa sakitnya melahirkan abang,mama yang bersengkang mata menjaga abang bila abang tidak sihat,mama yang setiap hari menghadapi kerenah abang tapi mama tak pernah sekalipun mengatakan abang jahat,abang nakal dan abang degil, mama tahu kata-kata itu doa,kalau boleh mama nak semua orang cakap yang baik-baik tentang abang.tapi mama tak dapat nak halang orang lain dari bercakap begitu pada abang.

Tapi itulah kadang-kadang sikap abang sendiri yang buat orang menyampah,buat orang taknak layan abang..abang panggil nama orang berkali-kali untuk main tapi orang buat tak nampak je..mama sedih tengok, mama faham perasaan abang mesti abg rasa terpinggirkan..takpe abang,kalau semua orang kat dunia ni taknak layan abang pun,abang ingatlah mama sentiasa ada untuk abang,walau apapun orang cakap pasal abang,bagi mama abang tetap anak yang baik..ye anak yang nakal,jahat dan degil tu takkan selamanya dia akan nakal,jahat dan degilkan...

Biarlah orang lain tak nampak asalkan mama nampak...mama nampak sisi lain abang,mama tahu abang seorang yang penyayang, walaupun abang nak marah,tak pernah sekalipun abang pukul adelya, meskipun adelya buat abang sakit,abang lebih rela pukul pintu dari pukul adelya,mama nampak tu.. bila adelya menangis abang yang pujuk adelya, dengan adrien pun abang sayang,cuma biasalah lelaki kan suka bergaduh,main dan bergaduh tu biasa, adrien buat abang sakit,tapi bila adrien minta abang ambilkan air, abang ambil..adrien minta abang ambilkan bantal busuk abang ambil,walapon kadang makan tidak mahu berkongsi, mama anggap itu biasa,mama kecik-kecik dulu pun macam tu.

Abang yang perihatin...abang cepat nampak perubahan mama,nak pulak masa mama tak sihat, cepat je abang bertanya,mama tak sihat ke? makanlah ubat..haiii sejuk hati mama ni dibuatnya.
sebenarnya mama tidak kisah jika ada yang menegur abang bila abang buat salah,cuma jangan sampai kata abang seperti itu,mama sedih...

Mungkin semua ini salah mama..mama yang kurang mendoakan anak-anak mama...abang inshaAllah mama akan cuba perbaiki diri mama untuk menjadi mama yang terbaik buat abang dan adik-adik. Mama ini memang kasar orangnya abang,cakap pun kurang lembutnya tapi itu tak bermakna mama tak sayang abang,inshaAllah mama cuba perbaiki diri mama ye.Doakan mama ye abang.

Terima kasih abang sebab jadi anak mama, kerana abang lah mama merasa menjadi seorang mama, hari-hari mama berdoa untuk menjadi mama yang terbaik buat abang dan adik-adik walaupun adakalanya mama terbabas, suara mama kadang-kadang kalah tarzan,jari-jari mama ni mengepit kalah ketam..tapi ketahuilah abang,marah mama sebab mama sayang abang,sayang sangat-sangat.




InshaAllah...anak mama ni akan membesar menjadi seorang yang hebat iman dan akhlaknya,mama sentiasa doakan yang terbaik buat abang dan adik-adik...

adoii tetiba buat entri emosi lak mama ni kan...hehehe

Dalam manis pasti ada pahitnya dan didalam pahit pasti ada manisnya...begitulah hidup ini tak semuanya indah dipandangan mata, adakala duka menghias jiwa.

Pesanan buat anak-anak mama :

Hidup kita ni untuk mencari keredhaan Allah bukan redha manusia, kita hidup jangan fikir apa yang orang kata tapi fikir apa yang Allah kata, tapi dalam pada itu kita juga kenalah jaga hubungan sesama manusia,kerana kita ni hidup bermasyarakat,kita kena jaga hubungan sesama manusia dan hubungan kita dengan Allah.

Wassalam..

Tuesday, 19 May 2015

cuci tangan

Assalamualaikum...

Bangun pagi baru mama tengok segala mesej yang masuk sebab malamnya mama memang tak melayan sangat enpon ni,sibuk melayan anak-anak.

Tengok ada wasap dari tecer taska minta bawakan baju taska hari ini,ada aktiviti cuci tangan bersama lifebuoy.


Gambar yang tecer wasap pada mama.. ok juga ada aktiviti macam ni,anak-anak diajar tentang kebersihan,kali ni abg adam pun sempat join sekali kebetulan waktu aktiviti dijalankan abg adam balik dari tadika.

Kadang mama pelik juga anak-anak ni apa yang mama ajar sama dengan tecer ajar tapi yang tecer ajar lebih anak-anak ingat berbanding mama. Macam cuci tangan ni mama dah ajar dulu,tapi yang tecer ajar juga lekat diingatan...hehehe takpe lah anak asalkan mahu mengikut yang baik-baik.

Pesanan buat anak-anak mama :

Tak kisahlah siapa yang mengajar..asalkan ianya baik dan bermanfaat ikutlah...bukan lihat siapa yg memberi ilmu tapi lihatlah pada ilmu yang diberi.

Wassalam

dia pun nak buat juga


Assalamualaikum....

Cerita anak dara lagi...hmmm anak dara sorang ni,apa-apa yang abang-abang buat mesti dia pun nak buat juga..adoii pening mama kadang tu tau tengok gelagat memasing.



tengoklah tu..mau tak menjerit mama dibuatnya..hisshhh masa ni tarzan tengok mama menjerit pun dia surrender..hahaha kalah tarzan dengan mama, tapi dalam menjerit tu sempat juga nak snap pic... hehehe apalah mama ni kan..

diari untuk anak-anak..jadi apa saja kerenah dan gelagat mereka yang sempat mama snap,mama abadikan dekat sini,nanti dah besar memasing tengoklah sendiri ye perangai memasing.

risau je mama tengok takut terkehel leher dibuatnya,tapi anak-anak ni pandai pulak tu,siap gelak-gelak lagi bila dapat buat..."mama tengoklah abang buat ni,mama amikla gambar abang..." kemain lagi minta mama amikkan gambar ye..yang adelya pun tertonggeng-tonggenglah nak buat sama tu..hehehe.

Pesanan buat anak-anak mama :

sentiasalah bersikap dan berfikir dengan positif dalam apa jua situasi,kerana orang yang positif akan sentiasa memberikan hasil yang terbaik bukan pada diri juga pada orang lain.

Wassalam

Monday, 18 May 2015

supergirl


Assalamualaikum...



Tengoklah anak dara mama ni,ada je idea dia tau,ini mama sibuk lipat kain dia pun datanglah menyibuk sama, diambilnya spenda abg dia pakai.. hai nak jadi supergirl pulak ke..

Siap dengan gaya tangannya tu.. omen..omen...katanya hahaha ultraman la tu..hmmm berkenan sungguhlah dengan kartun-kartun yang abang-abang tengok. Kalau kartun princess tak layan hehehe... tapi kalau cakap diri sendiri cantik bukan main lagi.."wahh mama cantiknya ya ni..." hehehe... haaa puji diri sendiri cantik tu...

Sekarang ni nak pergi taska je nangis, mentang-mentanglah dah lama cuti duduk dengan mama nak pergi taska pun buat hal je...

Pesanan buat anak-anak mama :

kadang-kadang orang menilai kita tanpa mereka mengenali kita...biarkan sahaja kerana begitulah dunia..yang penting kita kenal siapa kita

Wassalam..

Friday, 15 May 2015

Raikan cinta imah dan kery

Assalamualaikum....

Minggu lepas akak balik kampung untuk majlis perkahwinan adik ipar akak, imah.. alhamdulillah majlis berjalan lancar.

Malam berinai

Tidaklah dibuat majlis macam retis-retis tu,buat berinai biasa je..hehehe kebetulan malam tu akak sampai lewat,tapi imah masih dipakaikan inai la,ala...inai orang-orang zaman sekarang tu pakai panggil apa..henna ye hehehe tak berapa nak pandai akak ni. Tengok semua dok menghulur tangan untuk dipakaikan inai,akak pun teringin la juga..lepas mandi solat semua,masih sempatlah akak join, tapi akak amik design paling simple dan akak pakai sebelah tangan je, anak dara akak tu pun teringin,siap hulur tangan juga,akak suruhlah budak yang lukis inai tu,buat bunga sekuntum pada tangan adelya...lepas tu adelya cakap apa.. wah mama cantiknya ya ni.. tengokkk kemain anak dara kan puji diri sendiri...



Malam Akad Nikah

Alhamdulillah...dengan sekali lafaz sahaja adik ipar akak sah bergelar seorang isteri...aaaminnn, malam tu kami geng-geng perempuan memakai baju bewarna pink, yang lelaki pula berbaju melayu sebab nak bagi sama baju yang kaler ala-ala pink akak bawa balik baju melayu en.azmi dan anak-anak yang kaler purple,yang digunakan masa raya dua tahun lepas sudahnya,seluar baju melayu anak-anak senteng...hahaha teruk sungguh mama dorang ni,ingat anak-anak tak membesar ke apa? takpe lah pakai aje lah ye lagipun sekejap aje kan.


pengantin di acara membatalkan air sembahyang dan menyerahkan wang maskahwin, di pahang maskahwin masih lagi RM22.50 tau...hehehe dapat beli apa la tu kan...


anak-anak memeriahkan suasana majlis


mama pun tak lepaskan peluang berposing bersama anak-anak.

Majlis persandingan

Ahad majlis bersanding pulak,sayangnya akan tak dapat nak join lebih-lebih sebab kesihatan tidak begitu mengizinkan,asyik nak berbaring je rasanya,sampaikan nak bergambar pun adik ipar datang ketuk pintu bilik,panggil akak..hai teruk sungguhlah rasanya.tetamu ramai ke tidak diluar tu akak pun tak tahu.adelya pun akak harapkan en.azmi dan adik-adik ipar yang tengokkan...


anak-anak di hari persandingan acik imah dan acik kery.


flower girl berbaju kuning hijau...hehehe gambar akak cilok adik ipar punya je, sendiri punya enpon tiada,abg adam jadikan hakmilik pulak.


Akhir sekali dalam tak larat tu sempat juga la minta en.azmi bergambar berdua, mujur la dia sporting kali ni..hehehe pengantin lama yang teringin nak naik pelamin..

begitulah kisah majlis minggu lepas...Alhamdulillah semuanya berjalan lancar..

Selamat pengantin baru imah&kery,
selamat melayari bahtera rumahtangga...semoga ikatan perkahwinan ini diberkati, berbahagia hingga ke syurga...

Wassalam

Wednesday, 13 May 2015

kerempeng katanya

Assalamualaikum...

tengah akak bersiap-siap untuk majlis persandingan adik ipar,en.azmi dan adelya masuk ke bilik.

Sekali en.azmi bersuara...

"Kerempengnye lah mama yaya ni ". akak tengok je en.azmi.
"Apa la yang kerempeng sangat mike ni" diulang lagi ayat kerempeng tu.

"Kerempeng-kerempeng mama ni adelya, alhamdulillah dapat juga lahirkan abang-abang dengan adelya" (Harap takde yg terasa dgn ayat akak ye, itu cuma perbualan antara suami isteri, semua itu rezeki dari Allah syukur alhamdulillah, akak tahu ada antara kawan-kawan yg masih menanti kehadiran cahayamata,akak doakan moga penantian itu akan berakhir tidak lama lagi ye..inshaAllah).

Ayat itu sengaja akak bagi pada en.azmi, sebenarnya bukanlah en.azmi mengeji atau mengutuk akak ye,agaknya dia kesian tengok isteri dia ni kerempeng. Sebenarnya akak takde lah kurus sangat tapi hari sabtu akak mula demam dan takde selera untuk makan sebab tu jadi terlebih kurus agaknya tu.

Hari ni juga masih tiada selera untuk makan,makan sikit-sikit alas perut sahaja. Alhamdulillah diberi sakit..sakit itukan kifarah dosa.
 

Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya" 

Pesanan buat anak-anak mama :

Janganlah kita beburuk sangka kepada Allah, terimalah apa jua yang telah ditetapkan Allah pada kita.

Wassalam


 

Saturday, 9 May 2015

biri-biri sakit mata

Assalamualaikum...

Alahai anak mama sorang ni kena sakit mata pula. Bangun tido mama tengok mata adrien dah merah.



Sempat lagi minta mama snap pic. "mama amik gambar yen jadi biri-biri ni" jadi biri-biri lak dia...tengoklah mata tu sepet je haa.

Hari ni macam dah kurang merahnya harap-harap dah ok la..sekarang mama pula yang rasa lain macam badan lenguh-lenguh,sakit kepala dan sakit tekak...bertabahlah mama ye,muffin untuk esok pun mama tak buat lagi ni. Kalau tahu badan nak rasa tak sihat semalam mama buat dekat rumah, tapi tak apalah..sakit pun ada hikmahNya jugakan..moga ianya tak berlarutan, macammana mana nak vouge esok hahah..

Ok lah adelya pun dah tido mama nak jenguk ke dapur pulak, kot ada apa-apa yang mama bole tolong,kalau tak mama tolong tengok aje lah...

Pesanan buat anak-anak mama:

Ujian tanda Allah sayang... inshaAllah

Wassalam

ujian dan dugaan

Assalamualaikum...

Alhamdulillah syukur masih diberi peluang untuk mendengar kicauan burung,menghirup udara segar kampung..ye balik kampung lagi minggu ni..adik ipar akan berkahwin pada ahad ini. Plan cuti dan balik kampung khamis tapi abg adam exam terpaksalah balik hari jumaat.

Selepas jumaat bergerak singgah dipetronas hicom untuk mengisi minyak mama bersama adrien dan adelya tunggu didalam kereta sementara abg adam mengikut papa untuk membeli air dan roti. Tetiba ada seorang lelaki india menunjukkan sesuatu pada mama tapi mama tak pasti apakah itu,setelah lelaki india tu berlalu mama buka pintu dan tengok bonet depan kereta dah berasap, papa pun datang matikan enjin kereta. Selesai mengisi minyak parking ditepi dulu.

Papa menengok kereta dan menelefon beberapa orang untuk bertanya, akhirnya papa telefon abah(abg ipar mama) memang abah ni pandai pasal kereta sudah bertanya serba sedikit, tunggu tempreture turun kami berpatah balik ke rumah kakak mama untuk menukar kereta,mujurlah mereka ada 2 kereta bolehlah pinjam satu..

Perjalanan yang dirancang awal akhirnya lambat juga,tak apalah asalkan selamat,satu hal pulak kereta kakak tu minyak kurang berhenti pula kami ditepi jalan call anak buah tak dapat pulak sudahnya bawa juga walapon minyak memang dah abis,mujur lah sempat juga ke stesen minyak..adoii la hahaha kakak dah beritahu minyak tak ada sebab jarang guna kereta tu.

Syukur alhamdulillah walaupun terdapat sedikit ujian kami akhirnya sampai juga dikampung dengan selamat sempat juga berhenti makan isi perut dulu sebab tak tahan lapar..hehehe


Minggu lepas sebelum balik kampung tayar pecah,kali ini berasap pula.. Takpe lah dugaankan lagipun kereta ni memang tak pernah buat hal selama hampir 7thn berjasa dengan keluarga kecil ini..

Sempat sampai kampung pukul 9mlm dan sempat juga join majlis berinai, anak dara mama pun teringin berinai juga tau hehehe...diam aje masa diinai tu

Okeh nanti kita cerita pasal kenduri pulak ye...

Pesanan buat anak-anak mama :

Ujian dan dugaan itu adalah lumrah dalam kehidupan,ujian dan dugaan bukan untuk ditangisi tapi untuk dihadapi..walau sehebat mana pun ujian dan dugaan yang dihadapi lalui dengan sabar dan redha.

Mama bangga anak-anak mama mampu menghadapi ujian yg kita lalui semalam.

Wassalam

Thursday, 7 May 2015

mengamuk

Assalamualaikum....

Adoi anak dara sorang ni dah pandai memgamuk lak dia.



Gaya anak dara mama sedang mengamuk...ini baru je lagi kejadiannya. Balik keje ambil anak-anak dari taska, layan kerenah mereka seketika,semua nak makan aiskrim,tapi hanya tinggal 2 batang aiskrim dalam peti ais,abg adam ambil satu,adelya satu,adrien berkongsilah.

abg adrien suka minta adelya punya, adelya geram agaknya terus dibaling aiskrim ditangan,adrien apalagi terus rembat la aiskrim tu,terus tak lepas.

Adelya yang menengok terus baring berguling-guling sambil menangis minta aiskrim dari abg adrien,tapi jangan haraplah abg adrien nak bagi...hahaha perangai memasingkan mula tadi elok je berkongsi,hujung-hujung berebut pula. Riuhlah rumah petang-petang macam ni.

pesanan buat anak-anak mama :

Berkongsilah rezeki yang kita ada bersama orang lain..inshaAllah dengan berkongsi rezeki pasti Allah akan tambahkan lagi rezeki kita.

Wassalam

Wednesday, 6 May 2015

melayan kerenah mereka

Assalamualaikum...

Anak-anak balik dari taska, rumah pun mulai riuh dengan suara dan gelagat masing-masing..abg adam jadi robot, adrien dengan cerita2nya dan usikan2 nya,adelya nak melekat dekat mama lepas tu bermain,diusik abg adrien.. menangislah dia...hai mama tengokkan aje kerenah masing2,baru 3..kalau 9 macam adik beradik mama mesti lagi pening melayan kerenah masing2 kan..


Hero2 siap bertopeng,dapat ditaska tu sebab ada sambutan birthday seorang kawan mereka ditaska,apalagi sibuk nak pakai topeng tu,macam2 gaya yang mereka buat,siap suruh mama snapkan gambar,layankan saja...seronoklah masing2 adelya pun taknak ketinggalan, siap mengusik mama tu... atu...atu... haii memang mama tak takutlah tengok hantu comel macam tu,mama ambil geletek je terus ketawa mengekek.

Memang tak pernah sunyilah rumah dibuatnya...ada saja yang akan mereka lakukan,dekat ruang tamu yang dah mama buang segala meja biar senang mereka bermain,disitulah anak2 melompat,berlari kejar2,berguling, bermain bergaduh dan berbaik semula.

Pesanan buat anak-anak mama :

Kawan untuk sama-sama ketawa itu senang dicari yang sukar dicari adalah kawan2 yang sudi menangis bersama ketika susah...jadilah anak2 mama kawan yang sentiasa ada dikala tawa dan tangis...

Wassalam

Tuesday, 5 May 2015

mangsa buli

Assalamualaikum...

Hari tu kakak mama balik kampung,anaknya tidak mahu ikut jadi tinggal sementara dirumah mama.

sudah jadi mangsa buli adrien..hehehe



Tengoklah tu.. pakai seluar baju pun nak dengan abang ayip..spender pun minta abg ayip pakaikan.. amboiii kemain lagi dia kan..sikit-sikit abg ayip.

sekarang ni pulak,kemain lagi..hari tu papa suruh dia tolong amikkan baju..selamber je dia cakap dekat papa..papa pegi la amik sendiri...adoiii dah pandai dia menjawab...

Mulutnya pun boleh tahan becoknye,ada je yang dia nak cakapkan..kadang-kadang mama tak faham apa yang adrien cuba sampaikan.macam semalam, bising dia " nak kule-kule..nak kule-kule" mama cakaplah gula-gula tak ada,rupanya dia nak kura-kura..adoi kura-kura tinggal dekat kampung sebab minggu ni nak balik lagi,jadi tinggalkan sekejaplah dikampung,udah dibantai mengamuk nak kura-kura pulak..jenuh memujuk dalam kereta.

Lepas tu kalau dengan adelya pun adrien suka buli,sikit-sikit dia cepuk adelya, hoi berasap mama tengok,bukanlah mama tak boleh tengok adelya dipukul,tapi kadang2 takde salah apapun dia pegi cepuk adelya tu...ada masanya adelya balas balik,ada masanya adelya meraung sampai menitis-nitis airmata..kadang siap pegi mengadu dekat abg adam,menangis sambil peluk abg adam.." abam..yeyen buat"... hahaha kadang kelakar,kadang berasap juga mama tengok..nak pulak kalau adelya menangis berguling-guling...hoih drama queen sungguh anak dara sorang tu..

abg adrien kalau tengok adelya menangis takkan dipujuknya,berbeza dengan abg adam, panggil "baby...sini dekat abg..dah2 takmau nangis ye" sambil usap2 kepala adelya.

Macam tu lah anak-anak kan, ada masa mereka buat kita marah, ada masanya mereka buat kita menangis...ada masanya pula mereka buat kita tertawa...

Pesanan buat anak-anak mama :

Apabila seseorang itu menyakiti hati kamu,berdoalah kepada Allah agar kamu tidak melakukan sedemikian terhadap orang lain... adik-beradik bergaduh tu biasalah kan tapi jangan sampai berpecah ye..

Wassalam

Monday, 4 May 2015

melawat kebun

Assalamualaikum....

Membawa anak-anak mama melawat kebun seorang sahabat mama dan papa, asalnya sahabat mama ini manager disebuah pasaraya,tetapi membuat keputusan untuk berhenti untuk mengusahakan tanah bapanya.

Tujuan utama berjumpa sebenarnya adalah untuk ini...


Nak rembat petai sebenarnya..kebetulan pulak memang mak mentua perlukan petai untuk dimasak dengan tempoyak ubi kayu masa kenduri hujung minggu ni..hai tak sabarlah mama nak makan ni hihihi menu kegemaran mama tu.


Seronok anak-anak bermain dipondok yang terdapat dikebun itu.mama dengan dress masuk kebun getah..oh ya kebun ini ditanam dengan pokok getah.. alhamdulillah kata orang berbudi pada tanah pasti akan membuahkan hasil. Moga usaha sahabat mama ini akan membawa hasil buat dia sekeluarga.. seronok juga punya kebun macam ni.. hai teringin pula tapi tak punya tanah dan tak punya modal..mampu berangan sahajalah nampaknya...

Sengaja bawa anak-anak untuk merasa suasana dikebun,tapi kebunnya pun tidaklah didalam hutan,ditepi jalan besar laluan utama ke temerloh,kalau dulu masa tiada highway LPT tu,jalan ini merupakan jalan utama ke kuantan dan terengganu..bila ada LPT kereta pun dah kurang menggunakan jalan ini,jalan lengang je,seronok pula dengan suasana redup pokok dikiri kanan jalan.

Pesanan buat anak-anak mama :

Kerja itu merupakan satu ibadah.. apa jua kerja kita...tunaikanlah ibadah itu dengan ikhlas dan bersungguh hati...inshaAllah pasti akan ada ganjarannya nanti

Wassalam



aktiviti bersama keluarga

Assalamualaikum...

Nyaman suasana pagi di kampung, syukur alhamdulillah masih diberi ruang untuk bernafas,mendengar kicauan burung,kokokkan ayam dan melihat hijaunya alam..

Ahad..aktiviti bersama keluarga,jiran sebelah rumah mentua buat kenduri kawin,semua gantung periuk kuali..jom makan kenduri..mujurlah mama ni jenisnya dari dulu lagi,akan spare baju kurung atau jubah,bukan apa pesan arwah mak mama,katanya senang takut2 nanti ada hal yang mengejut contohnya kematian...tapi sekarang memang tak kisah lagi sebab mama pakai dress jadi mudahlah, memang itu pakaian mama buat masa ini...bukan apa sehelai jeans yang mama ada pun sudah koyak, malas nak berganti..en.azmi suruh beli tapi mama malas belum terasa nak berjeans lagi,lebih selesa berdress...hihihi feeling princess..masuk kebun pun pakai dress hahaha

Cumanya jadi susah bilamana keluarga ajak main bowling sebelah petang,tidak lah susah mana pun,saja nak bikin susah sendiri sebab mama dah panas balik dari kebun takkan mama nak  berdress pula lagikan? Hehe...mujur ada skirt,laju2 mama iron kemeja dgn skirt kalau tak memang mama taram pakai dress je..  mulanya adik2 ajak tengok movie citer the avengers tapi mama tak mahu ikut sebab sebelum ni dah ada pengalaman bawa adelya,anak dara ni tak selesa,asyik menangis,mama taknak menyusahkan penonton lain jika adelya buat hal,mama suruh je mereka pergi nanti mama join masa main bowling,tapi kata abg ipar tak payah la tgk movie kita main bowling je..


Sementara menunggu semua sampai, mak2 sedara melayan anak2 main benda ini..seronok sangatlah anak2 mama sampai 2 kali naik...jenuh melayan.


Tujuan sebenar...hehehe mak dan abah mentua pun turut serta jadi penonton anak menantu main bowling..mama je tak main jadi penonton juga,teringin juga nak membaling,tapi nantilah dilain masa...

Adelya mood kurang ok dah sebenarnya, nak susu dan nak tido..mama cari kot2 ada disediakan tempat utk menyusu tapi tiada.. apa salahnya sediakan tempat utk menyusu sama,jika tempat utk merokok boleh disediakan, ini kerana ibu menyusu pun ingin beriadah juga.. adelya ni kalau tempat ramai macam tu dia taknak menyusu secara terbuka, tak selesa mungkin,mama bagi sekejap lepas tu dia taknak,mama bagilah air sahaja.. kemudian mama tepuk2 bagi tido.. akhirnya tidolah sekejap.. alhamdulillah walapon mengantuk dan lapar susu anak dara sorang ni masih baik,tidak mengamuk-ngamuk...biasa yang tantrumnya abg adam lah,semalam pun nak mengamuk juga sebab taknak balik nak main bowling lagi.. mama tak pernah cerita lagi pasal abg adam yang tantrum kan..nantilah mama cerita.

Balik dari main bowling singgah makan di lanchang,sinar tomyam..ada makcik jual sate,kata adik ipar satenya sedap, kami pun orderlah..hmm memang sedap nak pulak yang daging,mama biasanya tak suka makan daging tapi kali ni mama banyak makan daging..juicy je rasa..
satu lagi hal yang jadi,kali ni adrien pulak buat hal nak buang air,tapi dah dibawa ke toilet tapi taknak membuang.. yen nak kencing kat rumah katanya.. orang tengah makan dia dok berzikir.. jom banggik..jom banggik.. adoiii tak sempat kunyah terus telan je makanan tu dibuatnya...hahaha kerana adrien semua makan dengan laju..tak sempat nak menghayati rasa makanan...

sekian cerita panjang mama kali ni..

Pesanan buat anak-anak mama :

Luangkan sedikit masa yang ada untuk bersama keluarga...kerana kita tidak tahu bilakah kita dapat bersama mereka lagi...

Wassalam

Sunday, 3 May 2015

bukan mama tak sayang

Assalamualaikum....

Masih dikampung,pagi yang sejuk mendamaikan dengan kokokan ayam serta kicauan unggas...eceh kemain lagi mama ye...

5.30am dah terjaga sebab sudah terbiasa tetapi tidak tahu nak buat apa baring2 sahaja,mata tidak mahu terpejam lagi. Tulislah sesuatu disini.

Semalam abg adam buat perangai, abg adam ni kadang2 bole jadi tantrum tau kalau apa yang dia nak tak dapat.. semalam mama suruh stop tengok youtube dan pergi mandi,dia protes juga dengan muka yang masam,tidaklah mengamuk macam biasa tapi dia pergi main botol untuk isi kekacang bg majlis kawin adik ipar akak nanti,sampai pecahlah botol tu sebiji..hei geram pulak mama dibuatnya,kena la sebijik dengan mama,dah dicakap elok2 pun dibuat juga.

Mama sekarang ni kalau depan tok dengan wan pun mama marah je anak2 kalau dulu mama control juga,takut juga kan,tapi tidak bole jadi sebab nanti anak2 fikir kalau ada tok dan wan dorg bole buat perangai...hahaha jadi sekarang mama nak cubit pun mama cubit je..kalau ada buat salah la,kalau tak buat salah buat apa nak cubit pulakkan.

Mama marah pun bersebab bukan sebab botol pecah kerana botol pecah inshaAllah mama bole ganti tapi mama marah kerana yang akhirnya benda itu menyakitkan abg sendiri,dah kaki abg luka terkena serpihan kaca,jari mama pun terbelah juga dah tak pasal2 jadi mat saleh celup makan nasi dengan sudu garfu...hewhewhew.

wan tanya nape abg tu? Pecahkan botol mama cakap...kena marah la muka gitu.. kata wan lagi..hehehe mama cakap..aah..
dah nok pecoh,nok goner ke pulok..

Pesanan untuk anak-anak mama :

Mama membebel bukan kerana mama marah tapi mama membebel kerana mama sayang... mama faham sangat sebab mama dulu pun pernah kecik dan selalu memberontak bila kena marah tapi bila dah besar ni baru mama tahu ibu bapa tu marah membebel sebab mereka sayang,mereka nak kita jadi orang,orang yg tahu erti tanggungjawab.

Wassalam