Wednesday 24 June 2015

tanah kubur

Assalamualaikum....

Kecik-kecik dulu mama takut sangat dengan kubur,asal lalu kawasan kubur je pejam mata, tak pun palingkan muka, nak mandi sungai kena lalu kawasan kubur, masa lalu tu berlari tak cukup tanah hahaha...teruk sungguh..Apa taknya dulu-dulu sentiasa dimomokkan dengan cerita yang kubur ini tempat yang menakutkan, cerita-cerita hantu pun banyak berkisar dikawasan perkuburan...kubur berasaplah, kubur berlubanglah..hantu keluar dari kuburlah...macam-macam lagilah yang ada.

Bila umur dah makin meningkat ni..takde dah la rasa macam tu, bila lalu kawasan tanah perkuburan sedekahkan al-fatihah buat mereka yang terlebih dahulu pergi, kita ni akan menyusul juga tapi tidak tahu bila dan bagaimana caranya.





(gambar ehsan sedara-sedara je nih, mama tak amik gambar pun,ini semasa pengkebumian arwah onyang anak-anak (tok papa))

semasa pengkebumian jenazah arwah onyang (tok papa),mama bawa anak-anak ke tanah perkuburan bagi mereka lihat sendiri proses yang dijalankan, waktu ini abang adam dan adrien memang betul-betul tengoklah,tengok papa uruskan jenazah arwah onyang mereka.

Kata acu (mak su anak-anak) adrien banyaklah bertanya,sebabnya acu yang dok mendukung adrien waktu tu..hehehe abang adam lak jemu menunggu, di peginya kacau kambing-kambing yang sedang meragut rumput di kawasan perkuburan tu,dah jemu dengan kambing dia main lari-lari pulak... ish budak ni mama kecik-kecik dulu rasanya mau berkepit dengan mak ni,tapi dia takde heran pun.

Balik dari kampung adrien masih bercakap pasal arwah onyang.." onyang tak ikut balikkan mama?" " ooo..onyang dah masuk dalam tanahkan mama" sendiri bertanya,sendiri yang jawab. memang dalam minggu ni abang adam dan adrien banyak bertanya pasal onyang,jadi mama pun ambil kesempatan untuk menerangkan berkenaan kematian ni pada anak-anak,sama ada mereka faham atau tidak, tidak kisahlah kan.

Pada abang adam juga mama berpesan,selalulah sedekahkan al-fatihah pada onyang,memandangkan abang adam sudah pandai membaca al-fatihahkan, selesai abang adam bersolat juga mama berpesan supaya abang adam berdoa untuk onyang,supaya Allah tempatkan onyang di syurga, sekadar berpesan agar anak-anak ingat, untuk arwah tok dengan wan sebelah mama,mama masih belum dapat memahamkan abang adam sebab abang adam lahir pun mereka sudah tiada jadi tunggu abang adam besar sikit dan sudah boleh faham baru mama cerita semula tentang arwah wan ibrahim bin ahmad dan arwah tok halimah bt jaafar sidek.

Sebenarnya inilah pertama kali mama bawa anak-anak ke tanah perkuburan dan melihat sendiri proses mengebumikan jenazah, sebelum ini memang tidak pernah,ada tidak ada pun mama buka cerita tanah kubur untuk anak-anak tengok, ke kubur arwah mak dan ayah mama pun mama tidak pernah bawa... tanah kubur..inilah rumah terakhir kita

pesanan buat anak-anak mama :

Abang adam, adrien & adelya... mama tidak tahu bila hujungnya nyawa mama ni, kalau dipanjangkan umur, abang adam, adrien & adelya dah besar...belajarlah menguruskan jenazah, mama mahu anak-anak yang menguruskan jenazah mama,mama mahu anak-anak mengimamkan solat jenazah mama nanti...haii tetiba rasa sayu lak hati ini...

Allahhumma solli'ala sayyidina Muhammad
wa'ala ali sayyidina Muhammad


Wassalam

10 comments:

  1. betul tu AA..yan juga mengharap anak2 yang uruskan jenazah yan...sebak pulak ati ni

    ReplyDelete
  2. terima kasih untuk entry ni kak..sama-sama kita muhasabah diri..

    ReplyDelete
  3. saya biasa bawa aje diorang ke kubur
    bagi diorang tahu mengenai mati yang pasti
    lalu dekat kubur pun saya galakkan diorang bagi salam

    p/s-saya juga mengharapkan anak-anak saya yang menguruskan jenazah saya kelak

    ReplyDelete
  4. Bercakap pasal ni, saya teringat lagi masa pengebumian abang ipar saya hujung tahun lepas.. anak2 yang empat orang tu sedih sangat rupanya. Saya tak tahu macam mana nak pujuk diorang. Rasa bertuah pun ada dah 30an masih lagi ada mak ayah nak bermanja..berbanding anak2 saudara yang masih remaja dah kematian ayah.

    ReplyDelete
  5. amin amin insyaAllah mudah2an anak2 soleh kita yang menguruskan jenazah dan megimamkan solat nanti kan..

    sama la kira pun dulu lalu tepi kubur takut sangat. tambah kalau lalu malam2

    ReplyDelete
  6. akak nak tanya. akak pernah alter jubah lama dan jadikan jubah mesra bff tak? kalau pernah alter sendiri boleh tak share dengan kira tutorial dia? tailor siap buat baju la huuuu

    ReplyDelete
  7. anak2 perlu diberi kefahaman seawal mungkin supaya jiwa mereka terdidik dgn keindahan Islam .

    ReplyDelete
  8. Setiap ibu bapa mahukan anak2 mereka sendiri yg menguruskan jenazah mereka. Begitu juga ira. Mudah2an dikurniakan ank2 yg soleh dan solehah..

    ReplyDelete
  9. akaak.sayu je baca pesanan di bawah
    dlu kan sblm ada rania..

    sy pnh ckp dgn suami andai Allah tak izinkan kita ada anak, tua tua nnti kita ddk rumah org tua j la .
    xla sunyi sbb ada kngkawan.. pastu sy sering pikir bla dh meninggal tiada anak utk doakan kami di sana. sedey, sayu j tau..

    alhamdulillah Allah makbulkan doa semua..

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...