Wednesday 29 April 2015

meriah sangat gayanya

Assalamualaikum....





Kalau dalam kereta macam ni lah gayanya, tak pernah sunyi sepanjang jalan melainkan ketiga-tiga mereka tidur. kereta kecik tapi dengan segala robot,bantal busuk,zirafah semua pun nak dibawa naik kereta. Dengan abg adam yang asyik suruh mama mengira..mama 17+3 berapa? lepas tu optimus prime tersangkut dekat pemegang pintu. Belum campur lagi dengan mereka bermain,bertolak-tolak dan bergaduh dalam kereta tu...adoiii

Kalau mama didepan mereka dibelakang ok jugak lagi,bergumpal mereka kat belakangtu,tapi bila mama kena duduk belakang hero berdua berkongsi kerusi didepan lagi haru..papa nak bawa kereta pun susah...hahaha mama kat belakang gelak aje lah..

Belum campur lagi dengan adelya yang kadang-kadang buat perangai nak duduk atas riba papa masa papa drive,siap bergaduh dengan mama okeh sebab mama tak bagi duduk dekat papa,kalau kereta auto takpe juga ini kereta manual nak tukar gear pun susah nak oiii.

Tengoklah tu betapa meriahnya dalam kereta, itu mama cuba snap pic semua yg ada hahaha macam2 gaya lah yg ada memasing dengan kerenah tersendiri,layankan aje lah..tema hari tu hijau dan biru.. macam ye je bertema,kebetulan terpakai kaler yang sama..

Pesanan buat anak-anak mama :

Redha " terima sahaja apa yang Allah beri..jgn ada hasad bila orang lain dapat rezeki dan jangan cakap banyak bila kita tidak dapat rezeki sebagaimana orang lain dapat..."

Belajar hidup dengan sabar dan redha kerana ia kunci kebahagiaan,yakinlah Allah ada bersama kita.

Wassalam

5 comments:

  1. :-)) gelagat anak2 kadangkala gwram kadangkala mnghiburkan

    ReplyDelete
  2. Saya pernah meriba kedua2 ahmad ni sepanjang jalan balik dr kelantan.masa tu kedua2 pun nak duduk atas riba mama..adoi.. demi anak sendiri..relakan jelah

    ReplyDelete
  3. Riuh dalam keta. Kalau riuh main tak per. Riuh bergaduh yg tak tahan tu ☺

    ReplyDelete
  4. Meriah klu ramai2 dlm kereta..
    aimy da besar pun, beriba lg dgn ibu kat depan..
    selalu jgk selfie 2 beranak.. bertiga ada gak, tp ayahnya suka buat muka mengarut, tu yg x share tu..

    ReplyDelete
  5. meriahhhhhh hahahahaha kira yang ada sorang tu jenuh rasanya ini kan pulak akak ada tiga kihkihkih

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...