Tuesday, 30 September 2014

buah hati papa


assalamualaikum...

dah setahun sebulan usianya,
sabtu lepas baru sempat buat temujanji untuk cucuk setahun,
dah terlewat sebulan sebab mamanya ni sibuk sesangat..
alhamdulillah..
minggu lepas ada kelapangan, jadi semua ke spital la nak cucuk adelya.

pepagi sampai hospital masih lengang,
apalagi seronok la dua hero akak ni bermain kat sini, 
tengok abg adrien tu, dgn tak berkasut berlari kesana sini,
sampai mama,papa pegi bekpes pun dorang taknak ikut nak main je kat situ.


inilah buah hati papa...
tengok tu, duduk je kat papa dia, tak layan pun abg-abg main.
jumpa dokte, dokte kata berat adelya masih tak mencapai tahap yg sepatutnya..
dokte suggestkan akak beri satu susu kepada adelya..
dokte siap bg sample dulu,kalau adelya nak minum bole la teruskan,
jika tidak tak perlulah bagi..

sebelum beli susu yg dokte suggestkan tu, akak search dulu tengok apakata org ramai ttg susu itu,
dari apa yg akak baca memang susu itu bagus utk anak2 yg berat badannya kurang,
oklah adelya, memandangkan adelya pun suka dgn susu itu, kita beli je susu itu...
walapon harganya boleh tahan juga,tp demi kebaikan dan kesihatan utk anak2 mama tidak kisah..
jika berlaku perubahan yg baik selepas ini, kita teruskan dgn susu itu ye,
tp kata dokte, selepas mencapai berat badan ideal sesuai dgn usia adelya,
bolehla berhenti beri susu itu dan bole bertukar ke susu lain..
walapon adelya masih menyusu badan dan akak masih pump susu bekalan utk taska tp terpaksa la top up dgn susu lain,asalkan memberikan kebaikan utk anak2..

adelya setakat setahun sebulan..

perkembangan setakat ini..
gigi bawah baru tumbuh satu, yg satu lg baru nak muncul,
dah pandai nak main dgn abg2, abg main bola dia pun nak join, siap gelak2,lari2 lagi..
dah bole sebut mama,papa...
dokte pun cakap satu hari ajarkan satu perkataan mudah utk anak..
jadi satu hari akak ajarkan satu perkataan utk adelya,
disamping mengajar abg adam dan abg adrien...
bila mengamuk boleh tahan,nak pulak bila barang yg dipegang diambil org,
dia duduk kat lantai sambil kaki meronta2,menjerit dan menangis..
adoii boleh tahan suaranya bila mengamuk..
dah pandai nak buli abg,yg selalu kena abg adrien la,
abg adrien tgh tido dia naik atas abg,takpun dipukulnya abg suruh bangun,
ada harapan dibuat member bergaduh dgn abg adrien nanti nih.

adelya ni..sejak kena tinggal dgn papa bila mama balik lewat,dia jadi rapat dgn papa,
tengah menyusu bila papa buka pintu je,dia terus berhenti menyusu pergi hulur tangan dekat papa,
minta papa dukung sebabnya setiap petang papa bawa ronda2 naik motor.
bila papa bagi makan,papa suruh duduk dia akan duduk,
bangun pagi nangis tunggu papa depan bilik air masa papa mandikan abg..
bila tengah main, papa dtg panggil dan hulur tangan,dia pun terus lari peluk papa..
dah jadi buah hati papa sekarang..

haaa..tunggu bila dah cerdik sikit nanti,
kalau buat sepah tentu dapat hanger jugak mcm abg2..
maklumla papa tu garang sikit,nak pulak kalau lepas dia mengemas rumah,
jangan la buat sepah..habis satu rumah dia bising...

berhenti dulu buat masa ini,

kalau ada sumur diladang 
boleh akak menumpang mandi
kalau ada umur yg panjang
boleh kita berjumpa lagi..

eceh..berpantun pulak...
terasa dah lama tak menggunakan pantun yg macam ni..

wassalam

Monday, 29 September 2014

Di mana Allah???


Assalamualaikum..

soalan yang senang..namun kadang2 susah utk dijawab..
kerana ia akan berturut dgn soalan2 lain yg menguji minda mama utk menjawab...
dalam hal ini sebagai mama, akak perlu berusaha utk menjawab sebaik mungkin supaya apa yg ditanya dan dijawab adalah bertepatan...

"mama Allah tu dekat mana?"
"mama Allah tu ada berapa?"
"mama Allah dgn tuhan tu sama ke?"

antara soalan2 yg sering ditanya oleh abg adam...

tetiba terbaca satu artikel dari majalah pa&ma...

Soalan:
Anak saya yang baharu bersekolah tadika kerap bertanya soalan “Di mana Allah?” Saya tidak tahu apakah jawapan yang sepatutnya diberikan. Suami pula melarang anak daripada bertanya soalan tersebut. Saya jadi tertanya-tanya, bolehkah bertanya soalan tersebut? Jika boleh, apakah jawapan paling sesuai?
Jawapan:
Apabila anak-anak kita bertanya tentang Allah, ia adalah petanda yang baik. Ia bererti mereka berminat untuk tahu lebih lanjut tentang pencipta mereka dan alam ini. Ia lebih baik berbanding kebiasaan masyarakat kita yang lebih kerap memperkenalkan anak-anak tentang hantu dan pelbagai khurafat lain berbanding Allah.
Ia juga lebih baik berbanding kelaziman masyarakat kita yang suka fokus kepada pendidikan hukum-hukum fiqh berbanding pendidikan tauhid dan aqidah. Dibolehkan bertanya soalan “Di manakah Allah?” kerana Rasulullah s.a.w sendiri pernah bertanya kepada umat Islam pada zaman baginda soalan yang sama.
Hadis berikut menjadi rujukan: Mu’awiyah bin al-Hakam al-Sulami menceritan: Saya pernah memiliki seorang hamba wanita yang bekerja sebagai pengembala kambing di gunung Uhud dan al-Jawwaniyah (satu lokasi berhampiran gunung Uhud).
Pada suatu hari aku pergi memeriksa, ternyata seekor serigala telah membawa lari seekor kambing. Saya adalah seorang lelaki daripada Bani Adam, aku marah sebagaimana mereka (Bani Adam) juga marah, lalu aku menampar (hamba tersebut).
Maka aku mendatangi Rasulullah s.a.w (dan menceritakan apa yang berlaku), lalu baginda memandang berat apa yang telah aku lakukan (yakni menampar hamba wanita itu). Aku bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah saya memerdekakannya?” Baginda menjawab: “Bawa hamba itu kepadaku.”
(Setelah dibawa menghadap Rasulullah), baginda bertanya: “Di manakah Allah?” Hamba itu menjawab: “Di atas langit.” Baginda bertanya lagi: “Siapakah aku?” Hamba itu menjawab: “Kamu ialah Rasulullah.” Maka Rasulullah bersabda: “Merdekakanlah dia kerana dia seorang wanita yang beriman.”
Hadis ini sahih, dikemukakan oleh Imam Muslim dalam kitab Shahihnya, hadis no: 836/537. Di dalamnya terdapat beberapa pengajaran. Pertama, Rasulullah s.a.w memandang perbuatan menampar seorang hamba wanita sebagai satu kesalahan yang berat.  Baik wanita hamba atau wanita merdeka, Islam menegah seorang lelaki daripada mengasari mereka.
Kedua, Rasulullah bertanya kepada hamba tersebut: “Di manakah Allah?” Pertanyaan ini menunjukkan ia adalah sesuatu yang dibolehkan dan bukan satu kesalahan. Bahkan jawapan daripada pertanyaan ini telah Rasulullah jadikan sebagai salah satu kayu ukur bagi menentukan sama ada hamba tersebut adalah seorang wanita beriman atau tidak.
Oleh itu berdasarkan hadis ini, dibolehkan bertanya “Di manakah Allah?” dan jawapannya ialah “DI atas langit.”
Berdoalah kepada Allah agar kita diberikan kefahaman yang baik lagi tepat tentang-NYA dan dapat menjelaskan secara hikmah kepada anak-anak. Sesungguhnya ilmu tauhid dan aqidah adalah ilmu yang penting lagi mulia, maka hendaklah berusaha dan memberi keutamaan kepadanya.
Jawapan oleh Hafiz Firdaus Abdullah (Penulis buku agama)
Dipetik daripada majalah Pa&Ma Januari 2014

selepas ini kalau abg adam bertanya lagi,boleh la mama bercerita.. dimanakah Allah..

sebelum ni becerita kisah nabi, mama pun bagitau la nama abg adam tu diambil sempena dgn nama nabi adam.. abg adam ooo kan aje..
faham atau tidak tak mengapalah, asalkan mama dpt bercerita pada anak2...



 
mama bangga dengan abg..
moga abg menjadi anak yg soleh, mampu mendoakan mama ngan papa bila mama ngan papa tiada nanti, dpt membimbing adik-adik ke jalan yg lurus..
wassalam

Thursday, 25 September 2014

wak oh wak


assalamualaikum..

kata dia disatu pagi kepada kakaknya....

"jiwa aku bukan dibandar, aku tak boleh hidup disekeliling yg orangnya sibuk,
keluar pagi balik petang,tak kenal jiran2,
aku serabut dengan kesesakan..
cukuplah dah beberapa tahun aku cuba hidup kat bandar tu..
aku nak hidup kat sini,kat rumah pusaka peninggalan arwah ayah dan mak ni..
nak aku nak usahakan ladang sawit tu..."

hati kakak tersentuh dan tersentak seketika..
tak sangka..
adik yg dulu taktau kemana arah tuju..
adik yg dulu takut utk buat apa2
sekarang kata2 itu yg keluar dari mulutnya...
dia bukan kecil lagi..dia dah dewasa..
kakak ini selalu merasa adik2nya masih kecil,
tanpa sedar yg waktu telah jauh berlalu meninggalkan zaman kanak2,
adik2 yg dulu kecil sebenarnya telah dewasa,
seiring dengan kedewasaan kakaknya sendiri..

setelah berbincang dan k.ju sebagai pentadbir harta ismet ulam raja telah berjumpa pengurus dan telah membuat kata putus..
biarlah dia yg usahakan ladang itu sendiri, setelah menimbang,menolak dan membahagi segala kemungkinan yg mungkin..



wak doyok aka rosyam nor aka atan..
atau nama sebenar mohd shahrizman bin ibrahim

dah besar ko atan..
dulu nak tekan loceng bas pun ko takut,
nak isi borang pun ko paksa org tuliskan..hehehe
 
moga bersungguh-sungguh la mengusahakan ladang sawit tu sendiri,
lepas dah jadi peladang berjaya, boleh la cari calon isteri pulak..
tak sabar nak ada adik ipar pompuan nih...
nak kasi buli sikit..hahaha

wassalam
 

Tuesday, 23 September 2014

maafkan mama ye


assalamualaikum...

kisahnya..mama ini kadang-kadang suka amik mudah dan tak percaya apa yg anak cerita..huhuhu
maafkan mama ye abg adam..

dah lama citer ni, tapi baru berkesempatan bertanya..hmmm
bukan mama taknak amik tahu, tp kekangan waktu buat mama lupa..
dulu abg adam cerita dia kena tukar kelas dari kelas cikgu fiza ke kelas cikgu yati..

akak tanya la kenapa abg kena tukar kelas?
"ye la mama cikgu fiza suruh sbb abg dah pandai.."
"ye lah abg tu.." mama ni memang tak puas hati la..ehhh kenapa pulak kena tukar kelas ni???
anak akak tak pandai ke?? 
jawapan abg adam memang akak tak terima pakai..hahaha teruknya mama ni kan..
macam2 la yg ada dalam fikiran akak ni, suruh en.azmi pergi bertanya tapi en.azmi puntak bertanya-tanya juga,
sampaila tadi nak pergi bayar yuran bulanan, akak ingatkan en.azmi supaya bertanya kenapa abg adam kena tukar kelas...
risau juga akak kan...

pepagi wasap en.azmi tanya dah tanya cikgu fiza tak kenapa abg adam kena tukar kelas?? hehehe

tau kenapa abg adam kena tukar tak???
inilah mama yg tak percaya cakap abg dulu kan...
kata cikgu fiza sbb abg adam dah pandai membaca semua jadi dia ditukarkan ke kelas budak 6 tahun,
wahh...kalu kat rumah suruh baca,abg adam taknak membaca pun..
ada buku latihan matematik yg mama beli suruh abg berlatih mengira,
belum sempat mama ajar abg adam dah buat, mama semak apa yg abg adam buat tu betul..
ala..bukan mengira yg susah pun tambah dan tolak je...hehehe
tapi tetap sebagai mama tetap bangga kot...
tambah dah pandai,tolak je tak berapa pandai lagi,lepas ni mama dah free dihujung minggu boleh la mama mula mengajar abg adam..



abg adam bersama bendera malaysia yg dibuat masa hari merdeka dulu...

wassalam

Sunday, 21 September 2014

bedtime stories


assalmualaikum..

keje non stop 7hari seminggu tanpa rehat, kadang2 membuat akak jadi sangat letih,
inipun baru baik dari demam,selesema dan sakit tekak, cuma batuk yg masih bersisa,
pun begitu masih gagah untuk menyelesaikan segala tugas yg masih ada..

bukan tidak pedulikan kesihatan,bukan terlalu mengejar duit ot..
tapi memikirkan kerja yg perlu disiapkan..terpaksalah akak bertabah,
kesihatan diri diketepikan..soal anak2 lak en.azmi yg uruskan..
hmmm...tapi mama ini masih juga meluangkan sedikit waktu yg ada utk bercerita dgn anak2...

apatah lagi sekarang ini, mereka sudah pandai meminta mama bercerita sebelum tido..
adoii..terpaksalah hari2 mama memikirkan apakah cerita yg perlu diceritakan utk anak2..
cerita2 biasa sudah memadai buat abg adam dan abg adrien tu..
disamping bercerita diselitkan juga sedikit pengajaran,
agar mereka ingat...

waktu yg ada sebelum tido itulah yg akak gunakan sepenuhnya utk anak2.
selain akak bercerita,mereka juga kena bercerita apa aktiviti mereka pada hari itu..
berebut masing2 nak bercerita..hehehe
sebab itulah sekarang ini, malam adalah waktu yg dilarang utk akak berwasap,melainkan utk hal2 penting sahaja.. ye la sbb dah pernah kena tegur dgn abg adam...
"mama ni asyik tgk enpon je,abg ckp dgn mama ni"
tersentak sekejap..itulah keje punya pasal asyik berwasap dgn bos, terlupa pada anak2 jap..
adoii..maafkan mama,lepas ni mama janji,malam adalah masa utk anak2 mama..
kalau ada hal yg penting biar mereka call mama, wasap atau mesej jgn layan hahaha..bole macam tu?

ye lah kadang2 sebagai mama ni akak terlupa juga..
asyik melayan telefon,sampai lupa apa yg anak2 cakap...
selepas ini berjanji dgn diri sendiri,bila dirumah tumpukan sepenuh perhatian pada anak2..
ye lah..maafkan mama ye..sebagai manusia kadang2 mama juga terlepas pandang...



 
melayan mereka bertiga..
belum beli barang troli dah penuh..
abg adam pun dah bising,mama dah lama tak buat kek..hehehe
abg nak kek yg kecik2,taknak yg besar2..
hmmm..nak cupcake rupanya, nanti kita buat ye..

alhamdulillah...
saat2 genting keje bakal berakhir,
lepas ni boleh la berhujung minggu dengan anak2..

wassalam

Thursday, 11 September 2014

throwback..



"sapa dulu yang paling samseng dikalangan adik-beradik"

"sapa dulu yang pernah kena ikat dekat pokok pastu,diletakkan sisa-sisa ikan biar kerengga gigit"

"sapa dulu yang paling terer panjat pokok,sampai boleh meyorok kat pokok mempelam yg rimbun tepi rumah sebab taknak pegi sekolah"

"sapa dulu yg piglet ramai-ramai lari belakang rumah disangkanya kambing"

"sapa dulu yg bergaduh berebut chanel tv sampaikan,arwah ayah nak kapak tv"

hahaha..adegan waktu tu memang kelakar giler biler diingat kembali,
ramai-ramai tengok tv tapi asyik bergaduh nak tengok citer masing-masing pada hal yg ada tv 1,tv2 dgn tv3  jek time tu.. itupun berebut macam hape tah,
sebabkan bengang dengan anak-anak yg dok bergaduh berebut tv,
tak semena-mena arwah pak berahim muncul kat ruang tamu dgn kapak..
hampir lagi tv kecik tu dikapak arwah,mujur lagi arwah mak limah sempat pegang kapak dari belakang...
kahkahkah..dapat tak bayangkan adegan tu???
masih terbayang diruang mata akak adegan itu...

itulah sedikit throwback antara akak dan adik-beradik semalam...
saja mengimbas memori bersempena dgn tarikh kelahiran arwah ayah akak 10 september..
banyak kenangan sebenarnya yg ada..

setakat ini itu sahaja yg mampu akak tulis...
tp masa amat cemburu pada akak sekarang ni..


anak-anak,menantu dan cucu arwah ayah,
ayah sempat tengok 3 orang je..
oh dalam ni wak doyok tak de..

haa..abadikan juga gambar wak doyok kat sini,walapon akak tau adik akak sorg tu taktau pun kewujudan blog kakak dia ni..
jadi boleh le nak kutuk dia lebih2 sikit hahaha


wak doyok konpiden berbaju pink...
jadi pengapit je la dulu ye..
ini kalu arwah ayah tengok mau nangis nih..
kecik-kecik dulu nakal nak mampuih katanya..dah besar sejuk hati,
sekarang dia la duduk kat kg jaga rumah pusaka dan usahakan kebun sawit kt kg tu...
kakak siap pesan cepat2 la kawin,lepas ni kitorng balik kg dah ada yg tolong masak utk kitorang hehehe... tak sabar nak ada adik ipar pompuan pulak...

ayah..semoga ayah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman dan beramal soleh..
aaminn... ya rabb...

wassalam

Thursday, 4 September 2014

bersabarlah hai hati...


kerja yang banyak..
banci yang dibuat tahun ni bakal ditutup pada bulan ni..
hari-hari akak terpaksa balik lewat..

minggu lepas akak balik pukul 7pm,
minggu ni..bos kata kalu rajin boleh balik pukul 10pm..
apa???pukul 10???...
hmmm...kalau diikutkan mau je balik pukul 10..
tapi memandangkan akak bukan bujang lagi,jadi akak balik pukul 8,
mujur en.azmi benarkan dan dia sanggup lak utk menjaga anak-anak..

hai kalau tak difikirkan kerja, memang akak taknak balik lambat,
kesian anak-anak tp nak buat macammana..
bila orang lain ot dan akak tidak ot...
borang2 yg dihantar akan sangkut kat meja akak bertimbun-timbun,
pada waktu bekerja biasa tak sempat akak nak kejar,
mana nak key in dalam sistem, mana nak buat batching hantar ke perosesan lagi...
nak taknak terpaksalah akak meng'ot'kan diri...

pagi tadi..dalam perjalanan ke tempat kerja..
abang adam dengan muka monyok memandang mama dia ni..

"mama..cakapla dekat papa,takmau balik lambat-lambat lagi"
akak kurang jelas maksud abg adam tu...
"sapa jangan balik lambat?"
ye la suruh mama cakap kat papa..mungkin en.azmi la kan yg selalu balik lambat..
"mama la..jgn balik lambat"
sedih lak mama dibuatnya..baru mama faham, abg adam minta en.azmi amik akak awal la,jgn amik malam2 lagi...
terpaksa la akak jelaskan pada abg adam
"sekarang ni mama banyak keje,kena balik lambat nanti dah abis keje nanti,mama bawa abg jalan2 ok"
"ok.." jawab abg adam dengan muka yang tak gembira...

maafkan mama ye..sekarang mama mmg sibuk sangat..
wahhh..macam kalah menteri lak bizi mama ni ye..hehehe
harap cepat semua ni berakhir,supaya lepas ni akak tak perlu balik lambat lagi...

mata dah rabak asyik pandang pc je nih...adoi laaa...
habis semua ni,perlukan rehat dan masa untuk anak-anak pulak...



dua beradik yang teruja dapat pergi ke ladang tok masa cuti hari tu..

anak-anak ni, tak perlu beri banyak pun,
walau sedikit yg kita beri mereka tetap gembira...
hmmm...mama bersemangat buat kerja utk mereka juga..
claim ot yg mama dapat nanti,mama bawa anak-anak pegi jalan ok...
kesian juga pada adelya..kecik-kecik dah kena tinggal hari-hari...
sobsobsob...
lepas amik mama tiap-tiap hari terus melekat dgn mama je..
sabarlah nak ye..mama pun tengah bersabar menghadapi ujian ini...

wassalam


Wednesday, 3 September 2014

cuti merdeka


assalamualaikum semua...

apa khabar semua? diharapkan semuanya sihat-sihat sahaja ye...
akak tetiba lak rasa macam sakit tekak...hukhuk..
rasa letih..tapi tetap kena kerja,terpaksa ot lak tu, kalau tak ot bertimbun lak keje..
hehehe..ok stop pasal keje..

cuti merdeka hari tu kami sekeluarga pulang ke kampung,
jumaat selepas solat jumaat bergerak balik..
akak sengaja amik cuti hari tu..
perjalanan alhamdulillah lancar je walapon banyak juga kereta kat highway tu..

sabtu..plan asal nak ke water park yg baru dibuka kat temerloh tu.. tp ding dong2x..
hari dah nak tengah hari masih tak gerak2 lagi,akak taktau apa plan sebenarnya..
sudahnya tak jadi ke water park,pegi tengok wayang,
akak sebenarnya taknak pegi tengok wayang sbb terasa susah lak nak bawa adelya tgk movie tu..
nak duduk ke dia nanti?
en.azmi kata bawa je...ok lah kita pegi je lah, asalnya suruh acik imah bawa abg adam je tengok movie sbb abg adam suka sangat tengok citer kat tv...


ye..inilah citer yg abg adam nak tengok sangat tu..
remaja mutant ninja penyu..ehehe..


masa dalam wayang..
sebelum movie bermula semua penonton diminta bangun utk menghormati lagu negaraku..
alamak..akak tengah menyusu adelya waktu tu..
tengok semua orang bangun tak kira bangsa dan agama, akak pun bersemangat bangun siap akak menyanyi lagi..hehehe
terasa bersemangat patriotik pulak waktu tu, 
bila tengok anak-anak muda, berdiri menghormati lagu negaraku itu..
tetiba teremosi sekejap dengan keadaan dalam panggung waktu itu..

yang mencabar masa tengok wayang..tentulah adelya yg tak mahu duduk diam..
adelya nak tido sebenarnya..tp ye lah tak selesa tambah pulak bila dia nak pejam...
muzik bunyi kuat, terus meraung dan meragam... nanti kita tengok cerita princess la pulak adelya ye, mungkin adelya suka..hehehe
kali ni kita layan permintaan abg adam dulu ok..
habis tengok movie pergi ronda tengok water park..
kat kubang gajah temerloh, ok juga kawasannya boleh la nak pergi main,
inshaAllah ada rezeki boleh pergi nanti..

hari merdeka..
pakat ramai-ramai pergi berkelah kat janda baik,
tok pun kitorang angkut sekali, 
sebabkan sampai dah terlewat memusing-musing cari tempat utk lepak sayangnya dah penuh,
tp mujur ada juga tempat yg sesuai akhirnya..
hajat hati nak juga berendam dgn anak-anak waktu tu,
tapi memndangkan keadaan sekeliling terus tak jadi..hahaha
berlagak diva pulak akak ye..dah siap baju utk berendam tp mungkin lain kali hehehe..
bagi en.azmi dan mak2 sedara yg layan anak-anak..


tengok tu.. 
semangat si adelya main air, seronok je dia,mcm abg2 dia masa kecik2 dulu jugak..
seronok deme berendam, akak tengok je la..
lagipun hari mendung dan hujan...sejuk le pulak nak berendam, lepas dah puas semua..
balik la kami, singgah pasaraya kat bentong pulak lepas tu..
dah lama juga tak jejak kaki kat bentong nih, 

oh ya malam sebelum tu kitorang buat makan-makan celebrate besday mak mentua, abg ipar,adik ipar dua org dan adelya...meriah la, sbb ramai yg dapat hadiah, yg besday lambat lagi ni pun dapat hadiah jugak dari langkawi...hoih gumbira la hati..hehehe...
kali ni akak berjaya memasak lagi satu jenis masakan utk makan malam..hehehe
ala..guna rempah masak hitam yg dibeli dari izan tu...
risau je takut tak menjadi,bukan apa tak biasa memasak di kampung macam tu la jadinya..
sikit-sikit ketar...hahaha
ramai-ramai masak semua ada part masing2, adik ipar siap panggang ayam lagi, guna pemanggang ajaib dari langkawi..
tok makan sampai habis ayam seketul sedap katanya bila akak tanya...

isnin...
plan nak balik ke klang sesudah zohor,
tp dapat undangan dari kawan akak yg duduk di mentakab,
tak sampai hati lak nak tolak lg pulak, dah lama tak jumpa dia..
ajak en.azmi dia kata ok..so pergilah akak,en.azmi dan adelya,,adrien kena tinggal sebab tido malas nak kejutkan...
 
last jumpa member ni masa lepas stpm 97..
akhirnya dapat jumpa kembali..
kawan sekolah dan seasrama..
sekolah abu bakar school temerloh..
banyak kenangan tu...
sapa-sapa nak pergi temerloh mesti lalu sekolah tu,tepi jalan je..
 
 
walapon sekejap je dapat jumpa tp tetap seronok,
anak dia sama umur dgn adelya..
masih cantik dia ye...

akhirnya, lepas isyak kami bergerak balik ke klang,
jalan jem le pulak..
pukul 12.30pm baru sampai rumah,rasa letih sangat...
tido sekejap dah kena bangun utk pegi kerja..
hehehe...

terima kasih sudi baca..jumpa lagi
wassalam